Showing posts with label keldai. Show all posts
Showing posts with label keldai. Show all posts

Wednesday, August 13, 2008

...tersebutlah al-kisah (Luqman-Al-Hakim)...

(Hanis, Hanif & Hanaa)
.
Alkisah tersebutlah satu cerita. Luqman-Al-Hakim mempunyai seorang anak kecil dalam 10 tahun umurnya (sebaya dengan Hanif). Beliau ada seekor keldai. Suatu hari Luqman dan anaknya menziarahi seorang sahabat dihujung kota dengan keldainya.
.
Luqman menunggang keldai sementara anaknya menunda keldai tersebut. Perbuatan itu disaksikan ramai orang di pasar.
.
Orang ramai: Apalah si Luqman tu, dia baguih punya menunggang, anak yang kecik disuruh berjalan. Zalim sungguh si bapak ini!
.
(demi mendengar kata-kata orangramai itu) Luqman berkata kepada anaknya: Hai anakku, naiklah engkau keldai ini, biar ayah yang menunda.
.
Orang ramai: Tengok si anak Luqman tu, apalah punya anak, ayah yang tua disuruh berjalan..dia baguih punya tunggang!
.
(demi mendengar kata-kata orangramai itu) Anak Luqman terus berkata kepada bapanya: Hai ayahku, marilah menunggang bersamaku..
.
Orang ramai: Engkau tengok dua beranak tu, adakah patut depa pi tunggang keldai tu berdua beranak.....tak kesian langsung kat keldai tu?!
.
Luqman: Wahai anakku, marilah kita berdua turun dan menunda keldai ini bersama!
.
Orang ramai: Hangpa tengok la si Luqman dua beranak tu..ada keldai tapi tak ditunggangnya!!
.
Luqman: Hai anakku..marilah kita pikul keldai ini..
.
Orang ramai: Laaaa..apa lah punya gila !&5$?!!^*/# si Luqman dua beranak tu..adakah patut keldai dipikulnya..??!! (ha ha ha... depa pun pakat gelak ramai-ramai..)
--
--
--

(Hanis, Hanif & Hanaa) --- moral pengajaran cerita ni: buatlah sesuatu perkara kerana ianya benar di sisi ALLAH s.w.t & Islam. Kalau kita buat sesuatu perkara kerana manusia, alamatnya, memang tiada apa yang boleh kita buat untuk puaskan hati/nafsu semua orang. Akan ada sahaja komen/komplen, yang perli, yang kutuk, yang sokong dan yang tentang (macam-macam ada...)


.