Thursday, September 2, 2010
Takziah & Al-Fatihah
Monday, March 8, 2010
Takziah & Al-Fatihah
Sunday, February 28, 2010
AL-FATIHAH & TAKZIAH
Friday, January 22, 2010
Takziah & Al-Fatihah: Cikgu Jamion Sies
Oleh kerana first batch 83 (kami) di SMS Muar bermula Jun 83, maka STP sediakan kelas transit pelajar Form 1 yang akan keluar dari STP untuk ke SMS dan SBP yang lain. Bersama saya dalam kelas itu yang saya ingat ke SMS Muar ialah Hamdan Abu Samah (Hamdan Magua) dan Cikgu yang bersama-sama mengajar sementara transit ada 4 orang kalau tak silap. Yang paling diingat ialah Cikgu Jamion Sies (BM) dan Cikgu Zaini (Sains Panduan). Mereka kerap berbual dengan kami dan saling bertanya khabar sehingga kami semua pindah ke SMS Muar. Memang Cikgu seorang yang baik dan penyayang.
Gambar dari FaceBook, Cikgu Jamion berdiri belakang 3 dari kanan. (Gambar 1985)Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Jamion Sies. Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkan dalam golongan orang soleh. AMIN.
Wednesday, November 11, 2009
AL-FATIHAH & TAKZIAH
---
Moga Allah merahmati roh-roh Arwah semua. AMIN.
Thursday, October 15, 2009
Al-Fatihah (Nurul Ain Mohd Salleh)
Friday, September 25, 2009
Al-Fatihah, Al-Fatihah & Al-Fatihah
===
Arwah suruh saya bersama beliau hidupkan semula Persatuan Penduduk di SS19 ini. Saya tak buat.

Untuk pembaca blog ini, kubur Allahyarham tidak jauh dari kubur pengarah di atas ini.
Wednesday, September 16, 2009
Mindef's Webmaster & PR? Apa dah jadi?
Thursday, August 13, 2009
Al-Fatihah untuk Ustaz Asri (Rabbani)
Monday, August 3, 2009
Al-Fatihah untuk Atuk Bahrum bin Hashim
Thursday, May 21, 2009
Allah Lebih Menyayangi dan Maha Mengetahui
Sunday, May 10, 2009
Al-Fatihah untuk Tok Su

Ini gambar Hanis berdiri di sebelah pokok padi (di tepi rumah Tok Su). Inilah gambar pertama Hanis kenal pokok padi original. Tok Su memang akan tinggalkan sepokok dua padi di bendang berdekatan tepi rumah untuk cucu/cicitnya ambik gambar...(lihat latarbelakang gambar tu, sawah padi yang telah habis dituai dan sudah hendak dibakar). Friday, May 8, 2009
Muhammad Hanan Nafiz & Al-Fatihah
---
Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayub Ismail.
Monday, April 20, 2009
Al-Fatihah & Takziah
.
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Jannah. Moga Allah s.w.t. tempatkan Allahyarhamah dalam golongan para solehah dan dalam redha & rahmatNya.
.
=*=*=
(Update 10.18pm. 20/4/09)
...dan Maghrib tadi, sebelum memulakan Kuliah Al-Quran/Tajwid/Taranum, Imam II - Ustaz Wan Adam sempat minta jamaah yang hadir menghayati lagu nasyid yang dinyanyikannya (memang sedap suara Ustaz, tanpa muzik) - lagu Menanti Di Alam Barzakh (lagu yang terilham dipetik dari Al-Quran & Hadith) dan Ustaz berpesan bahawa kita akan terjaga semula di alam kubur sejurus hanya beberapa langkah sahaja orang yang datang meninggalkan kubur kita. Hayati...
Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,
Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih, aku menangis
Ku meratap, aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Lagu asalnya boleh didengar di SINI
Monday, April 13, 2009
...bas ekspres lagi
---
RAWANG: Lima penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres terbunuh manakala dua orang cedera parah setelah bas itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di KM 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.
Polis berkata, kejadian berlaku pada 5.30 pagi setelah bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres itu membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah, gagal dikawal.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Ismail, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Jitra; Mohamad Fauzi Awang, 57, Kampung Siam, Alor Setar; Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang; Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah; C. Magentharan, 26, dari Klang, dan pemandu bas, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kesemua mayat dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh. BERNAMA
Saturday, December 27, 2008
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mangkat
SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada pukul 11.45 pagi tadi.
Baginda berusia 86 tahun.
Demikian disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor, lapor Bernama.
Tuanku Ja'afar lahir pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor dan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 iaitu dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.Lanjut di SINI.
Monday, December 15, 2008
AL-FATIHAH: Wak Long kembali ke Rahmatullah
Saturday, December 13, 2008
AL-FATIHAH & TAKZIAH
Sunday, December 7, 2008
Tragedi Bas di Tangkak, Muar
Ahad Disember 7, 2008
9 maut, 19 cedera bas ekspres terbalik awal pagi
MUAR: Sembilan orang terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki terbunuh manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 146 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tangkak di sini awal pagi ini.
Bagaimanapun, kesemua identiti penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Johor Baharu, itu masih belum dikenal pasti.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika bas yang membawa 28 penumpang termasuk pemandu dan pemandu kedua.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Nasir Mohd Ali dipetik Bernama berkata, pemandu dan pemandu kedua adalah di antara mereka yang cedera.
Laporan awal menunjukkan, ketika tiba di tempat kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan penumpang yang kebanyakannya sedang tidur cedera parah.
Pasukan Bomba dan Penyelamat serta polis mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan pemandu kenderaan itu yang tersepit di tempat duduk kenderaan berkenaan yang remuk teruk.
Nasir dijangka mengadakan sidang akhbar pukul 3 petang ini untuk memberikan butiran lanjut.
Kesemua mereka yang cedera dan meninggal dunia dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.--
Ikut pendapat/pandangan saya, Hi-way PLUS Tangkak bermula dari Jasin ke Pagoh, pada dasarnya adalah lurus dan landai (rata) bukan seperti PLUS di sebelah utara yang berbengkok-bengkok dan turun naik (berbukit).
Kemalangan pada jam 2 pagi -- Adakah sebab mengantuk? -- Adakah kerana terlalu letih? -- Kerana cuaca/hujan/keadaan jalan? -- Atau, adakah kerana terlihat kelibat makhluk / bayangan / benda terbang / sesuatu merayap melintasi jalan?
Saturday, December 6, 2008
Tanah Runtuh di Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa
Laporan langsung tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa oleh para bloggers boleh diikuti di sini (sila klik)
http://bugbitesandco.blogspot.com/2008/12/stucked.html
http://audie61.wordpress.com/2008/12/06/our-condolences-to-landslide-victims-ref-malaysiakini/