Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Monday, October 27, 2008

Syawal (10) - Kunjung Ziarah (3)

Bandar Sri Damansara - Kak Cik Ton (right) -- all the way from Seattle, USA -- Kak Cik jangan lupa email gambar Seattle nanti OK... nampak gaya macam tengah bincang camana nak pi Pulau Karimun je...

Hanis, Hanif & Hanaa's uncles - serious discussion!!!

Dato' Seri Talaat & wife dan saudara mara.



Shah Alam


Mak Su Hanaa tengah layan anak sedaranya yang berumur 5 tahun (Along Alia)


Bro Jim (Najim) & adiknya, Wafi


3H punya cousins and pak/mak sedara. Posing untuk blogger.
Abang E & anak buah.

Greenville KGSAAS.

Rumah Izma/Mazuin @ Bukit Jelutong. Aksi apa tu?????



Ni gambar kat mana ni????
Cukup la ye, susah juga nak load semua gambar ni...
Hanaa bagitau dia suka pi rumah Kakak Akidah.
Bila tanya -- kenapa Hanaa suka pi rumah kakak Akidah? Hanaa jawab, rumah Kak Akidah ada ASTRO....

Syawal (9) - Kunjung Ziarah (2)

Helmi Helan (kawan baik - singer satu band rock kapak dengan kawan masa kat U) & his wife, Azura (semua-semua satu U) buat Open House kat Restoran Asam Pedas (RAP) miliknya di Tiara Square, Subang Jaya (project by Titijaya Group) . Lokasi - jalan potong dari USJ3 ke Proton's Centre of Excellence, dekat dengan Faber Castell HQ & Transmark Corp.
.
Helmi/Azura bisnis Asam Pedas Johor (isshh korang ni macam tau je aku suka asam pedas....) restoran buka dari pagi sampai malam...selamat berjaya bro/sis.
.
Amy, kalau orang yang baca blog ni pi RAP, lepaih makan nak bayaq depa sebut nama aku 3 kali, hang boleh bagi diskaun ke kah kah kah...




Syawal (8) - Kunjung Ziarah (1)

Rumah Pak Unggal (Abang Naim)

Kak Yam tengah sibuk susun juadah - DOUBLE TROUBLE. Tahun lepas tak buat open house (kerana kalau tak silap Abg Naim beraya di Hospital kerana operate appendix), so tahun ni Abg Naim + Kak Yam kasi up semua juadah double nak cover tahun lepas punya, kasi jamu semua.



Keluarga Tok Ngah (Tangkak)
Rumah Pak Uda (Ayer Hitam)


Ziarah rumah Atuk - Atuk sedara (Grandma & Grandpa) & Cousins
Hello En. Hanif, kaki kasi turun la...

siap sempat main game...

Mama kucing baru beranak. Rumah Izni siap ada pokok anggur -- berbuah dah...

Ada laman diguna bercucuk tanam -- Rumah Andak Tahar





Sunday, October 19, 2008

Sambutan Aidilfitri Warga SIMDE

Semalam 18 Oktober 2008 / 18 Syawal 1429 - Warga SIMDE -- pentadbir sekolah, guru-guru, staff, ibubapa dan para pelajar bersama-sama meraikan Sambutan Aidilfitri - bertempat di Dewan SIMDE & Dataran SIMDE. Majlis diserikan dengan Tazkirah Aidilfitri dan persembahan Nasyid Raya....dan.... jamuan raya....

Persiapan awal oleh sukarelawan ibubapa & guru.



Scoop persiapan Coral Speaking murid Tahun 6 bergambar bersama Teacher Noorisah untuk Hari Ihtifal SIMDE, November nanti.

Hensem & kacak gitu....Majlis Sambutan Aidilfitri dimeriahkan dengan anak-anak yang mengenakan pakaian Baju Melayu lengkap (baru macam pi Marhaban..)
Parent paling jauh yang pulang bercuti dan datang bersama memeriahkan Majlis -- En. Norisham (baju gelap) dari Tehran, Iran bertukar-tukar data sulit dengan En. Haris (nak borong karpet ke...?)
Puan Sita Dini (baju biru - Ketua Biro IT/Komunikasi PIBG) bersama Puan Salina (Ketua Biro Pendidikan PIBG)
Cikgu Nor Shafeni (berbaju emas!) bergambar dengan murid Tahun 5
Hanis & friends - Murid Tahun 6
Warga SIMDE --- makan time....

Sup lembu+daging+gearbox sumbangan parent Puan Raden Hartini (HS Nada) - terimakasih daun keladi Puan...

Persidangan Meja Bulat oleh CEO SIMDE bersama En. Zaki dan Tuan Syed (baju coklat - NYDP PIBG)
Sebahagian Persembahan Nasyid Raya oleh murid SIMDE
Muffin yang masih segar dan panas lagi -- baru keluar oven -- my favourite (tq)..
Antara makanan yang disumbang oleh semua warga SIMDE (terimakasih)

eloklah kita berpesan-pesan (terutama untuk saya/isteri) dan sesiapa yang ingin mengambil/mengamalkan pesanan:
.
a. ibubapa perlu berbuat baik dengan semua guru yang mengajar anak-anak mereka -- maksud berbuat baik termasuklah kenal mengenal guru dan bertegur sapa, bertanya khabar guru dan bertanya khabar tentang anak (pembelajaran dan perangai depa di sekolah). jika kita baik dengan guru, guru akan lebih ikhlas dan bertanggungjawab mendidik dan mengawal anak-anak kita. (tanamkan dalam diri anak kita sifat sayangi guru mereka, bukan sebaliknya) .
.
b. program ibubapa/sekolah seperti ini dapat memupuk semangat ke arah itu. kalau tak dapat/boleh hadir, boleh jumpa terus guru-guru di masa yang sesuai ataupun kalau tak boleh juga, buatlah phone call.
.
c. jangan terlalu memewahkan anak-anak kita (walaupun ibubapanya memang mewah) -- tapi lebihkanlah kepada mendidik akhlak & mengasuh anak.
.
jangan sampai terlepas pandang. bersama-samalah kita semua memperbaikinya.




Tuesday, October 7, 2008

Syawal (7) - beraya & MARHABAN di kampung

(Hanis, Hanif & Hanaa)

Muar- (sebut) Muo.
Uniknya beraya di kampung kita kerana adanya MARHABAN. Tempat lain dah lama tak de...

Apakebendenya MARHABAN tu?


Hanif and co, tengah bergaya untuk ke acara MARHABAN (raya kedua sehari suntuk)

Parit ni dulu dalam/lebar, masa kecik-kecik parit ni jadi tempat kami buat latihan renang dan scuba diving he he he (berkubang), menimba ikan dan macam-macam lagi. Air parit ni dulu, bersih/jernih, harum dan tinggi parasnya.

1. Marhaban mengumpulkan semua saudara, tua muda, kecik besor, yang merantau dan yang jaga kampung dalam satu ketika, dalam satu uniform (baju melayu/samping), dalam satu aktiviti dalam satu nada (selawat) dan dalam satu suasana. CERIA!!! Semua orang blok dalam jadual Syawal mereka MARHABAN ini. sapa gi MARHABAN tak pakai baju melayu boleh kena PULAU wooo...


2. MARHABAN menyediakan pelbagai juadah kuih raya, makanan berat dan makanan ruji orang Muar (mee siput/sambal.... & mee bandung) dan macam-macam juadah lagi la... kena tanya perut, sanggup masuk ke tidak...


3. MARHABAN gabungkan Atuk-Atuk dengan cucu-cucu, piot-piot dan sebagainya.




4. MARHABAN diisi dengan selawat Nabi beramai-ramai dari rumah ke rumah dari pagi hingga lewat petang. Habis selawat, diikuti dengan doa. Semua orang boleh baca doa, orang muda dan orang tua. So masing-masing kena hafal/tau baca doa (nanti chief tunjuk, tak boleh baca camana?).
(Actually, dulu lepas MARHABAN ada sedikit berzanji (aljannatuwana ee @ wamuhayyan...) -- sebelum doa, tapi telah ditiadakan kerana kesuntukkan masa)

5. MARHABAN boleh disekalikan dengan majlis potong jambul, tahlil ringkas arwah, doa selamat.





6. MARHABAN jadikan kita sihat (mesti fit) kerana selain guna suara, kita kena turun/naik/duduk/jalan dari rumah ke rumah (kalah orang main golf). (Hanif kepenatan pancit - orang berdiri masa MARHABAN, dia duduk je...ingat turunkan sikit berat badan tu)
7. MARHABAN membolehkan bapa bercerita dengan anak-anak/sedara keadaan kampung masa dulu-dulu

8. MARHABAN boleh update projek komersil di kampung terutama kepada yang dah merantau lama tu. Gambar tunjuk projek ternakan lintah/arnab daging/tekukur (herba/ubat)/gerai santan.



9. MARHABAN membolehkan anak-anak muda bergaya dengan baju melayu dari pagi sampai petang. (siap rayban sekali ko)
10. MARHABAN dapat jayakan aktiviti ziarah mereka yang sakit, tengah recover dan update perkembangan terkini/semasa orang kampung. gambar atas ialah anak muda kampung yang telah pergi selamanya kerana kemalangan jalanraya. sebenarnya ada ramai lagi saudara mara yang telah pergi dalam mas setahun yang lepas ini. Al-Fatihah untuk semua. (Ada juga beberapa gambar saudara mara yang sakit tetapi saya tidak upload dalam blog ini.)
11. MARHABAN membenarkan kumpulan ekor (orang dah keluar dari rumah, depa baru nak masuk tiba -- malas nak marhaban la tu) untuk makan sepuas-puasnya tanpa sapa-sapa marah, tuan rumah akan layan.

12. MARHABAN juga dijadikan majlis membuka rumah (house warming)



13. MARHABAN jadi tempat hasilkan kreativiti, tengok-tengok rumah sedara

14. MARHABAN merapatkan tali silaturrahim walaupun memimpin parti politik yang berlainan..!!!

15. MARHABAN mendidik anak-anak menjadi pewaris pelapis adat yang baik turun temurun dari atuk nenek kita ini. Bila korang dah beso, korang pulak lead OK? (tengok kocek depa tu, penuh duit raya)

16. MARHABAN membenarkan sapa-sapa bakar mercun/meriam, orang-orang tua pun OK je...(sampai nak terbakar pokok pun boleh)




Dah la ye, harap semuanya saya dah cover tujuan MARHABAN dan semua orang faham apa itu MARHABAN (selain dapat pahala kerana berselawat dari pagi sampai petang, pahala kerana ziarah orang, pahala kerana bermaafan, pahala kerana bagi budak-budak duit raya dan sebagainya).
Kaum ibu/wanita MARHABAN lambat sedikit, kadang-kadang Syawal ke-3 atau ke-4 atau ke-5.
(Nota: Oleh kerana orang yang membuka kampung ni ialah arwah atuk/nenek kami, maka semua yang ada dalam gambar di atas adalah Atuk/Atuk sedara pak/pak sedara, sepupu sepapat saudara mara kepada Hanis/Hanif/Hanaa)