Showing posts with label ss19. Show all posts
Showing posts with label ss19. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Tips Perubatan Islam (Ceramah Maghrib oleh Ust. Tabib Ikbar Hisam)

Slot Kuliah Maghrib diisi oleh Ceramah Perubatan Islam oleh Ust. Tabib Ikbar Hisam dari Kota Bahru (yang juga mempunyai klinik perubatan Islam di sana). Ceramah yang sangat bagus dan begitu memberi kesedaran bahawa umat Islam selamat ini terlalu bergantung kepada perubatan yang berunsur dadah dan alkohol serta najis yang memerlukan dos-dos tertentu yang walaupun diambil berulangkali bahkan ditambah kuantitinya, masih tidak dapat memperbaiki keadaan.
.
Ustaz Tabib Ikbar menekan peri pentingnya perubatan Islam ini diamalkan secara kesleuruhan dan meninggalkan perubatan berasaskan dadah dan alkohol ini kerana ianya jelas lari dari Al-Quran & sunnah Nabi s.a.w sendiri, sedangkan Nabi telah memberi ruang petunjuk yang sepatutnya kita lakukan amalkan.
.
FORMULASI TERAS/KAEDAH PERUBATAN ISLAM
1. IMAN
2. AMAL
3. RUQYAH
4. BAHAN ALAM - MADU, HABATUS SAUDA ETC & BEKAM

.
1. IMAN
Kita mesti yakin akan perubatan Islam yang disandarkan oleh Al-Quran & Hadis itu terlebih baik daripada perubatan barat yang ada. Ustaz menceritakan Iman ini adalah seperti Iman keyakinan para sahabat kepada ketentuan Allah dengan kisah sahabat Nabi s.a.w Abu Darda yang diminta oleh Salman Al-Farisi untuk meminang seorang anak dara, tetapi akhirnya dikahwini oleh peminangnya iaitu Abu Darda sendiri kerana orang tua gadis itu lebih mengenali Abu Darda walaupun Abu Darda telah terlebih dahulu menerangkan kehebatan dan siapa Salman itu. Kisah ke-2 berkenaan Saad bin Asad yang disuruh berkahwin oleh Nabi tetapi Saad merendah diri mengatakan kulitnya hitam, bibirnya tebal dan hodoh. Nabi menyuruhnya ke rumah seorang gadis yang tercantik untuk berjumpa orang tuanya, untuk menjadikan anak mereka yang cantik itu sebagai isteri. Gadis itu bersetuju kerana mengambilkira ianya sebagai perintah daripada Nabi. Saad gembira dan berjumpa semula Nabi. Nabi memberinya sejumlah wang untuk pergi ke pasar membeli persiapan pernikahannya. Ketika ke pasar, Saad terdengar panggilan jihad, lalu dia tidak jadi membeli barang persiapan, sebaliknya membeli kuda perang & pelana dan membungkus mukanya (supaya tidak dikenali Nabi) untuk bersama yang lain ke medan jihad. Dia gugur syahid. Nabi sendiri terkejut bahawa orang yang berbungkus muka itu adalah Saad. Nabi mengurus sendiri jenazah Saad dan sentiasa tersenyum sehingga dikebumikan. Sahabat-sahabat bertanya kenapa Nabi tersenyum, Baginda menjawab aku melihat Bidadari berbandong-bandong turun mereebut Saad sambil berkata inilah calon suamiku.
.
2. AMAL
Solat 2 rakaat, beristighfar. Jangan diamal kalimat-kalimat jampi-jampi mengarut.
Amalkan Sunnah Nabi ie memakai selipar bertali 2 (mampu hilang/elak migrain).
Bersugi kerana kayu sugi menguatkan gigi, elak ulcer, elak gigi berlubang, sakit gigi, lelah/lendir.
Buang air dengan cangkung bertinggung (buang air -besar kanan tinggi sedikit daripada kiri) & sebaliknya.
.
3. RUQYAH
Wirid, membaca ayat Al-Quran setidak-tidaknya Al-Fatihah & Yassin.
Orang yang ada penyakit buah pinggang atau sedang jalani dialisis - makan habatus sauda/madu pagi dan petang dan baca surah Yassin selepas Subuh dan Asar.
Nabi adalah manusia yang paling bijak. 1 bahagian ada pada akal manusia tetapi 99 lagi ada pada akal Nabi. Hadis Nabi ketika sedang mengurut/usap belakang Salman Al-Farisi mengatakan jika Salman tahu di mana bintang Al-Surayya, nescaya Salman sanggup pergi ke situ (mencarinya).
.
4. BAHAN ALAM - MADU, HABATUS SAUDA ETC & BEKAM
Cuka epal, habatus sauda, madu etc
Bekam itu adalah Sunnah Nabi dan telah dipesan oleh Jibrail untuk melakukannya. Hadis Nabi berpesan bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati/tua
.
Bagi mereka yang ada breast cancer (kanseer payudara) atau sebarang jenis kanser atau tekanan darah rendah (tekanan darah rendah berisiko menghidap kanser) atau tumor otak, maka amalkan makan habatus sauda & madu (tidak dicampur air) 3x sehari.
.
Ubat batuk hendaklah ditinggalkan kerana ia mengandungi 40% - 70% alkohol. Sebaliknya, amalkan ambil madu (jangan campur air) & lemon (lemon adalah beralkali, bukannya limau yang asidik). 2 hari InsyaAllah hilang batuk itu.
.
Luka, lebam, melecur - sapu ditempat terkena itu dengan madu.
.
Sakit jantung, bypass - jus delima (tanpa pengawet), madu dan habatus sauda.
.
Di Israel, madu banyak digunakan dan dipanggil Live Meal Honey. Prof Dr. Nor Hayati Othman sangat sedia maklum kehebatan madu dan habatus sauda, hingga pernah mengatakan dalam satu konferen, jika kita sudah tahu hebatnya madu dan habatus sauda dalam perubatan, mengapa kita masih mengajar pelajar kita dengan perubatan berasaskan dadah?
.
JAGALAH PERMAKANAN KITA DAN KELUARGA
Hadis Nabi dalam bab makan - APA YANG KAMU MAKAN AKAN DITERJEMAH MENJADI PERANGAI.
.
Ustaz melihat contoh babi, jika ia sedang duduk, kita halaunya perlahan, dia tidak bangun, kita halau kuat, pun tidak bangun juga. Kita pukul baru ia bangun, tetapi duduk semula selepas 2 3 langkah. So elakkan makanan yang mengandungi babi, berunsur babi mahupun DNA babi. Termasuk vaksin tertentu (laporan CAP Penang).
.
Terakhir. Penyakit HIV boleh diubati dengan makan madu+habatus sauda setiap 2 jam.

Monday, November 8, 2010

Jauhi Zina

Zina adalah satu perbuatan paling terkutuk/jijik dan satu daripada 7 dosa-dosa besar dalam Islam. (Rujuk Al-Quran Surah Al-Furqan ayat 68-69). Zina itu adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad nikah yang sah. Ianya termasuk jugak kegiatan pelacuran dah hubungan seks terlarang yang lain. Akibat/kesan daripada zina ini sangat buruk bukan sahaja kepada pelakunya tetapi kepada keluarga dan keturunannya serta masyarakat. (Rujuk Al-Isra': 32)

Menurut data Jabatan Pendaftaran bahawa anak luar nikah Melayu/Islam di Malaysia yang berdaftar (didaftarkan & hidup) adalah seramai 16,100 orang (tahun 2007), 16,541 (2008) dan 17,303 (2009). Masya-Allah!

Dan bagi tempoh 5 tahun (2005-2009) jumlah terkumpul anak luar nikah itu adalah seramai 74,723. Jumlah ini menggambarkan akhlak anak muda/ perhubungan keluarga masyarakat Melayu Islam dewasa ini. Memang banyak faktor yang menyumbang ke arah anak luar nikah dan perzinaan ini. Antaranya penyalahgunaan sistem komunikasi, media, DVD/CD, Internet, kerosakan sistem pendidikan dan masyarakat.
.
Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Asr r.a Rasullullah s.a.w bersabda --- Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Adakah itu akan terjadi? Jawab Baginda: Ya, nescaya akan terjadi. (Riwayat Ibnu Hibban & At-Thabrani)
.
Bersama-samalah kita menjaga dan mendidik keluarga kita, anak-anak dengan didikan agama yang mulia, tingkat perhubungan dengan nasihat menasihati, pro-aktif dalam kerja-kerja dakwah/menegur/ melarang aktiviti munkar/maksiat dan pantau aktiviti anak-anak kaum keluarga dari masa ke masa.
.
Moga Allah s.w.t memelihara kita dan keluarga daripada maksiat, zina, kemungkaran dan kerosakan akidah. AMIN.

Thursday, February 18, 2010

Bank Rakyat Sumbangkan Van Jenazah

Bank Rakyat sumbangkan van jenazah untuk masjid kami, Masjid Abu Bakar As-Siddiq untuk kegunaan ahli kariah SS19 dan SS18 khasnya dan juga Subang Jaya.

Pengurus Bank Rakyat USJ/Taipan mewakili Bank Rakyat memberi ucapan.


Van Jenazah yang telah dirasmikan, tetapi masih belum diguna.

Tuesday, February 9, 2010

(18SX) tolong jaga telor masing-masing

(keras sedikit teguran ini)

Beberapa hari lepas, saya dan Nazir masjid saya mengadakan perbincangan dengan Tuan Nazir dan S/U sebuah masjid lain (tak payah lah sebut nama masjid). Banyaklah yang diperbincangkan. (Satu perkara yang patut saya blog) S/U Masjid tu cerita dapat komplen dari jamaah perempuan di masjidnya ada lelaki yang bersolat di barisan depan saf perempuan hanya pakai kain pelikat dan tak pakai seluar dalam (underwear/spender).
(memang terdapat segolongan lelaki (ada jenis orang - selalunya orang yang sama) di masjid itu yang bersolat memang suka di hadapan barisan jamaah perempuan.)
Bila mereka bersolat (sunat terutamanya) dan bersujud bagai terjuntailah benda alah tu, ditambah pula dengan kain pelikat putih dan di hadapan mereka ialah cahaya matahari Zohor/Asar.

Sebenarnya memang ada hal ni di masjid lain, cuma tak le sampai jamaah perempuan komplen. Saya pernah juga melihat hal ini (terutama solat jumaat dan mereka ini solat di saf hadapan). Depan pulak dinding cermin ada cahaya matahari. Yang kita boleh tegur OK, kita tegur.

Saya cadangkan kat S/U masjid tadi, bagi jamaah perempuan tu getah lastik cicak, kalau nampak jamaah lelaki tu yang macam tu, jentik getah tu kat telor lelaki tu...ni memang jenis orang ni...

(Minta maaf, sila pesan kepada abang/suami/orang tua kita, kalau nak pi solat di masjid tu dan pakai kain pelikat, sila pakai spender. Kain pelikat pun bior warna bukan putih. Kalau tak pun pakai le jubah kat luar atau baju labuh sikit macam Tabligh ataupun pakai baju Melayu & sampin sampai ke lutut. Jangan buat malu kaum)

Tuesday, December 15, 2009

sumbangan kepada anak yatim/miskin diperlukan

Saya memanjangkan rayuan sumbangan oleh Ustaz Hamzah - Pengurus Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB). RAKB seperti sedia maklum ialah pusat kebajikan bagi anak yatim, fakir miskin dan asnaf - terdapat 17 lelaki dan 13 perempuan. Sumbangan boleh dalam pelbagai bentuk - kewangan, kelengkapan harian sekolah/asrama, barangan makanan kering/basah dan lain-lain. Sumbangan kewangan boleh bank-in ke Maybank - KASIH BESTARI (5620 8551 3207). Boleh call Ust Hamzah (016-251 6515)

---
Saya panjangkan juga rayuan sumbangan oleh Ust. Sallehen Mukhyi, Mudir - Pusat AsSolihin - satu pusat pendidikan anak yatim/miskin di Sabak Bernam (Bt. 6 Kg Sungai Lias, Sg. Besar). Pusat ini memberi pendidikan tahfiz percuma kepada anak yatim/miskin siap makan dan asrama kepada para pelajarnya. Sumbangan kewangan sila salur ke Maybank 562197037536, Bank Islam 12056010017983 atau CIMB 12130009085056. Call Ust. Sallehen (019-2614782)

---
Teringat malam semalam Kuliah Al-Quran/Tafsir oleh Imam II - Ust Wan Adam kupas Ayat 177 Al-Baqarah

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."


Jelas maksudnya.

Diceritakan juga bagaimana para sahabat menginfaq harta-harta mereka berjuang untuk Islam, ada yang separuh dan ada yang seluruh hartanya.

Bagaimana kalau kita hidup zaman Nabi itu? Adakah kita akan infaqkan harta untuk Islam dan berjuang untuk memartabatkan Islam?

Sunday, December 13, 2009

Kahwin & (dalam setahun) Timang Anak

La ni cuti sekolah tengah musim kenduri kawin, timang cucu dan majlis cukur jambul...
(musim kolestrol naik, darah tinggi & gout...pun ye jugak... so hati hati la)
Majlis Aqiqah & Cukur Jambul anak buah - Raja Nurul A'isyah Raja Ahmad Safuan
Majlis Perkahwinan Helmy & Dalila di PKPS Shah Alam, kariah Masjid Al-Falakh diraikan oleh Kumpulan AsSiddiq - Kumpulan Berzanji/Marhaban dari MABAS
Puan Hajjah Salwa (biasa dengar suaranya di IKIM.fm untuk sebarkan aktiviti Masjid Al-Falakh) dan suami, Haji Kamaruddin (baju hitam keduanya) --- ketua/sahabat semenjak bersama di Arab Saudi dahulu.

Majlis Aqiqah, cukur jambul, berzanji dan marhaban di rumah keluarga Hanim Muhili (majlis untuk baby --- Imanee Alveena). Peramah sungguh Pak Cik Muhili layan makan kambing aqiqah...!!! Tahniah dapat cucu pertama!!!


Last sekali tahniah pada cousin - Faiza, kerana selamat lahirkan baby boy 10 Disember hari tu...suka sangatlah Maknya jadi Nanny dapat cucu sulong...

---
AAAPIT - kasi inform good news dalam 2010, orait !!!

Friday, December 4, 2009

Azman Yang Teristimewa (Jurnal)

Azman, kiri sekali (baju pink) adalah anak istimewa. Dia suka saya dan saya pun. Rumah dia dalam 20 biji rumah dari rumah saya. Dia panggil saya En. Tajudin walaupun dah banyak kali saya suruh dia panggil abang je...tapi tak pe la...(dia mudah sangat dengar cakap/arahan saya, saya pun tak tau kenapa...)

Dia rajin ke masjid (memang tak boleh sapa-sapa lawan). Selalu sebelum Suboh dia akan lalu depan rumah saya sambil nyanyi atau pun bercakap-cakap kuat sendirian. Semua orang dalam rumah boleh sedar kalau dia lalu...Dia kerap dan awal ke masjid, sehingga orang kata kalau hari Jumaat tu, memang tak de orang lain yang boleh dapat pahala UNTA, kerana memang dia yang akan dapat (dia cepat datang masjid hari Jumaat).

Dia ramah dengan semua orang. Semua orang disapanya. Bila saya kebetulan ke masjid, dia akan sapa saya dan tanya macam-macam. Soalan-soalan tu sebenarnya dia dah tahu, tapi memang dia suka tanya banyak kali dan dengan ramai orang. Selalunya saya akan layan, tetapi kalau dalam masjid saya akan suruh dia perlahankan suara (suara dia kuat satu masjid) atau diam. Lepas solat suruh dia tanya semula.

Ingatan dia kuat. Dia ingat tarikh lahir saya, anak saya, bila orang tua saya meninggal dan orang lain yang sama date lahir dengan saya termasuk penyanyi wanita dari Lebanon (huh! betul ke tidak, not sure). dan dia boleh meneka tepat tarikh lahir orang! ...saya pun tak tau camana dia boleh tahu.
Dia rajin tolong Tok Siak bersihkan masjid. Dan dia juga makan banyak dari biasa. kalau ada saya, memang saya minta dia berhenti makan, pasal tengok lah badan dia...
Dia pandai baca Al-Quran ( walaupun perlahan-lahan dan satu patah satu patah, OK la kan...). Bab pengiraan dia cekap, tu yang saya tak tahu kenapa dia macam tu...
Yang best untuk Azman ialah setiap kali tiba hari jadi dia, masjid dan jamaah akan buat solat hajat untuk dia sempena hari jadi dia...(pehhh, mana nak dapat...)
Allah pelihara Azman.
Allah lebih mengetahui.
Azman, seorang anak istimewa, autistik.

Tuesday, December 1, 2009

Berkorban Apa Sahaja

Share sedikit gambo program ibadah korban di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Subang Jaya. 14 ekor semua ditumbangkan pada 11 Zulhijjah 1430H, ketika hujan renyai. Penat? Kalau tak nak penat duduk rumah je la...penat, basah, best dan seronok, buat kerja ramai-ramai...lebih 300 orang jamaah Muslim/Muslimat bantu membantu...

Imam 1, mulakan program ibadah korban dengan bacaan doa. Sukarelawan semua pakai baju merah. Merah tu... lembu pun naik ekor...
Ketua tumbang lembu - Haji Malik (membelakang kamera, baju hitam) bersama beberapa peserta korban yang disebut nama untuk lembu yang siap henda disembelih. Lembu-lembu disembelih oleh Imam Nordin, Imam II dan Imam III MABAS.

Penasihat Undang-Undang MABAS (kanan) dan Penolong S/U MABAS
Bahagian daging lembu, siap untuk diagih kepada fakir miskin, asnaf dan ibu tunggal serta orang awam.

Kerja-kerja lapah oleh petugas pro dan semi-pro he he he
Kerja-kerja "melahap" oleh petugas pro dan juga semi-pro. Sebanyak seekor setengah lembu diguna untuk buat sup/kari dan dijamu dengan nasi dan roti john...bersih...


Tapi seperti kata Ustaz Kamal Naser dalam Tazkirah AidilAdha-nya - berkorban bukanlah hanya setakat derma/tumbangkan lembu, tetapi sepatutnya sebagai Muslim kita mesti berkorban lebih dari itu. Fikirkanlah...

Monday, October 5, 2009

Aidilfitri @ MABAS

Untuk julung-julung kalinya (firsttime) Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19 Subang Jaya, mengadakan Majlis Terbuka Aidilfitri semalam.
Dari kiri --- Tuan Nazir (Haji Abd. Razak), Siak 1, Imam 1, Juru Audit 1, Ketua Pemuda dan Setiausaha MABAS
Antara yang hadir adalah penduduk SS19, SS18, tamu jemputan serta tuanpunya kedai/workshop sekitar masjid.
Beratur untuk kambing golek...4 ekor ditumbangkan...
Turut hadir YB Loh Gwo Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya bergambar bersama Bilal II


Bilal II, Ustaz Zaini dengan kambing goleknya
Ketua Biro Muslimat, Kak Faridah tengah menerangkan sesuatu kepada YB. Kelihatan Timbalan Nazir, Saudara Azizan (duduk di hadapan Nazir)
YB Gwo Burne dan YB Hannah Yeoh bersama Nazir dan Ketua Muslimat

Bendahari MABAS, Hj Yusof (baju hijau muda) bersama tetamu
"Kami sayang Tok Siak" --- Siak 1, Saudara Jamal bersama remaja MABAS
"Kami lagi sayang Tok Bilal" --- Bilal II, Ustaz Zaini dan beberapa remaja. I jam sebelum majlis, semua dah makan dulu...
Imam II --- Ustaz Wan Adam dan keluarga


Saudara Zul (Biro Dakwah - jubah putih) bersama tetamu
Biro Muslimat diketuai oleh Kak Faridah (tengah-tengah kat pangkal anak panah tu...)
Dari kiri --- Bilal I (Ustaz Mohamad Soen), Imam II, Tn Haji Rahim, Tuan Nazir, Siak 1

Tuan Haji Syukri (kiri - Biro Kewangan) dan Tuan Zabidi (kanan - Penolong S/U MABAS)


Saudara Khairol (baju hijau) & friends. (nampak tak saper yang pakai baju merah kuning jersi Selangor belakang tu...makan sorang-sorang jerr...)

500 roti boom backup selepas jam 2 petang, punnnn habis....
Alhamdulillah, selamat semuanya...
Untuk mengetahui Program/Kuliah MABAS, sila layari web portal rasmi MABAS di SINI