Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Wednesday, November 26, 2008

...Tipah tertipu bang...Tipah tertipu!!!

Saya berborak dengan seorang rakan yang terlibat dalam dunia seni/event management dan bekerja dalam media arus perdana. Dia bercerita tentang TEMPOH kemunculan penyanyi yang betul-betul menonjol/bertahan ialah pada setiap 10 tahun. Yang ada sipi-sipi tu ialah mereka yang memeriahkan dunia seni je.
.

Saya tak pasti, saya bukan anak seni & pemerhati seni, tapi tengok pendapatnya ini. Mid 70-an kita ada DJ Dave. Mid 80-an Ramlah Ram (orang Muo ni..). Mid 90-an Siti Nurhaliza. Dan Mid 2005-an Mawi (peh, happi je orang Kulai/Felda dengor..steady la orang Kuley...). Akan muncul satu lagi penyanyi yang unggul/cemerlang pada Mid 2015-an -- kita tengok ler saper yang kena.
.
Itu kata kawan tu la.
.
Yang ini saya kata. Mid 80-an, ada satu ungkapan dalam filem yang diingati sampai la ni -- TIPAH TERTIPU BANG!!! (sampai orang nama Tipah pun jadi malu...). Pada saya, ungkapan filem yang diingati saya rasa datang setiap 20 tahun sekali. Selepas 20 tahun (sekarang), ungkapan yang mungkin akan diingati untuk 20 tahun lagi --- ya, saya rasa yang ini >>> I LOVE MAT REMPIT...!!!

agaknye la...
setuju ke?