Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Detik2 Membuat Kek Besar Sempena 10 Tahun UNIKL

Saya berkesempatan hadir menyaksikan acara membuat kek besar sempena 10 Tahun Penubuhan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) di Menara UNIKL baru-baru ini.  Bukan senang rupanya nak siapkan kek sebesar ini (tapi nak menghabiskan, senang jerrr).  Gambar dari mula (atas) hingga kek itu siap/selesai adalah selama 3 jam setengah dengan 5 orang yang secara langsung terlibat.  Bagaimanapun, kek-kek itu (dalam gambar 3) telah siap dimasak di tempat lain sebelum dibawa ke lobi ini.
.
Sila saksikan.







































Wednesday, January 5, 2011

Kursus Kepimpinanan Sukarelawan (PUSRAWI JKM)


Baru-baru ini, saya mengendalikan 3 hari 2 malam kursus kepimpinan dan sukarelawan untuk para jururawat/nurse daripada Pusata Rawatan Islam Kuala Lumpur (PUSRAWI) dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur. Ianya satu progaram yang sangat padat, sehinggakan ada beberapa Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam modul yang kami sediakan, tidak dapat dihabiskan. Aktiviti petang dengan Explorace/Treasure Hunt menjadikan semangat berpasukan lebih tinggi lagi. sangat menyeronokkan dan penuh dengan ilmu maklumat penting.

Syabas kepada semua para peserta! Mereka semua sangat komited untuk menjadi sukarelawan. Ada masa kita jumpa lagi!

Friday, April 9, 2010

Sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Hanis & Hanaa bersama Ain Maisarah - penulis buku yang depa sukai sekali. Minta autograph.


Hanif dengan Wall yang Kreatif - gambar lukisan/kartun
Contoh Al-Quran yang tidak diluluskan JAKIM kerana kesalahan baris, huruf, hilang mukasurat, hilang ayat, dicetak atas kertas yang tidak berkualiti dan sebagainya.

Friday, March 26, 2010

Subang Jaya & TM's Highspeed Broadband (HSBB) service

Residents of Subang Jaya (together with Taman Tun Dr Ismail & Bangsar of Kuala Lumpur) now enjoying broadband speeds of 10 Mbps and above under the HSBB project - newly launched by Telekom Malaysia, TM Berhad. This is a public-private partnership between TM and the Government, and they could have spent /will spend billions of RM now and future. Don't have the details, if wish to share please comment.

===
TM launches high-speed broadband service

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) launched its “UniFi” next-generation High Speed Broadband (HSBB) service in Dataran Merdeka, last night.The new service promises a world of faster, richer and more reliable online experience for users.

Present at the launch were Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin and TM chairman Datuk Dr Halim Shafie.Speaking at the launch, Najib said HSBB need to be comprehended and embraced for the benefit of everyone.

“Apart from providing quality supply and service, we need to tell the people that this is for their advantage.

"Public education is important to spur demand so that results can be seen.

“HSBB is a key enabler to transform Malaysia as a middle-income nation to a high-income nation. It will make Malaysia a 21st century nation."

Najib said the HSBB will be a catalyst to grow the country’s economy, increasing Malaysia’s competitiveness, giving confidence to foreign investors, developing creative and innovative minds, and disseminating knowledge.A flagship project of the National Broadband Initiative, HSBB aims to boost the country’s competitiveness.

The national project worth RM11.3bil is a joint effort between TM and the government to develop the next generation high speed broadband infrastructure and services.

Details HERE

Thursday, March 18, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) yang dinanti-nanti oleh ramai pencinta buku setiap tahun datang lagi.
.
Tarikh kali ini ialah 19-28 Mac 2010 bertempat di PWTC.
Boleh lawat banyak booth antaranya ialah PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum bahasa Melayu nombor 1 @ Malaysia (Tahun ini adalah tahun ke-9 PTS menyertai PBAKL) yang terletak di C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai), PWTC, KL.
.
Bagi pelajar berbaju sekolah dan pelajar IPTA dengan kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 30%. Bagi fan FB PTS (www.facebook.com/bukupts), ada cenderahati untuk anda apabila datang ke booth PTS nanti. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di www.pts.com.my/pestabuku bagi melihat jadual aktiviti penulis-penulis PTS.
.
Dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik bagi pembelian tertentu.

Thursday, October 1, 2009

...Ada Tawa Dalam Sedih...

Lewat tengah malam semalam sahabat-sahabat dari Terengganu mai beraya ke rumah. Saya ingatkan mereka nak ke Bagan Pinang (he he he) rupanya ada meeting di KL.

Siang tadi makan breakfast di Nasi Lemak Tanglin.
Antara yang dibualkan ialah kisah sahabat kami, Fateh, yang kena kanser leher --- (saya pernah blog 2 bulan lepas SINI) --- Alhamdulillah, Fateh beransur sembuh, dari tak boleh berjalan, koma, tidak boleh/mampu bercakap, terpaksa guna wheelchair, kini mutakhir ini dia sudah boleh berjalan perlahan dan sudah boleh berbual sedikit. Semangatnya kuat. Dia buat treatment cancer tu dengan strong chemotherapy.
Bila dengar cerita tu, kami, kawan-kawan dari KL kata Alhamdulillah. Ada pulak yang terpancul tertanya (knowing chemo and cancer treatment got side effects) - rambut dia gugur tak?
Semua senyap sat, lepas tu semua ketawa --- baru perasan, Fateh ni jenis Harris Iskandar...
(Fateh, kami melawak je, jangan ambik hati, aku tau hang baca blog ni. Moga hang kuat semangat dan segera pulih sepenuhnya.)

Thursday, July 9, 2009

Abg Tol's son Shakir weds Radiah

Hotel Istana - Grand Mahkota Ballrom.


Raja sehari - Shakir & Radiah bergambar bersama tetamu diraja - Sultan Azlan Shah & Tuanku Bainun dan Raja Nazrin & Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim


Anak-anak buah yang ringan tulang ha ha ha...
Abang Adik & Famili <<<--- saper nak pi Ilham Resort Port Dickson, cari brader yang kanan tu - Pengurus Besar kat situ.
Mufti Perak SS Datuk Seri Harussani Zakaria
Tak lama lagi hari bahagia depa-depa ni pulak kan kan...

final briefing dari Datuk Mahadzir Lokman
steady la Pak Teh Ad (janggut putih) !!! <<<---(all the way from Parit Buntar...) bersama abang man & abang deris

Datuk Abu Samah Bachik (biru gelap) turut hadir bersalaman dengan mempelai.
Dato' Seri Talaat Hussin (Abang Tol) bersama sedara-mara.
OK. Selamat pengantin baru Shakir. Tahniah - Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.