Showing posts with label Rumah Amal Kasih Bestari. Show all posts
Showing posts with label Rumah Amal Kasih Bestari. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Bantuan Untuk Rumah Amal Kasih Bestari


Gambar-gambar kebakaran yang teruk di Tingkat 3 Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB) di bangunan 3 tingkat yang disewanya untuk menempatkan anak yatim/asnaf.






Gambar Surau di Tingkat 2 yang elok selamat.

Gambar - salah satu cara Rumah Amal untuk dapatkan duit, menjual kuih raya.

---
Tidak terlewat untuk saya blog membuat rayuan bagi pihak Ustaz Hamzah dari Rumah Amal Kasih Bestari - rumah penjagaan untuk anak yatim/asnaf - yang terbakar (lihat berita dari Harian Metro pada minggu lepas (link SINI atau baca artikel bawah). Lihat juga gambar yang saya ambil kesan kebakaran tersebut di awal posting ini.

PETALING JAYA: Seramai 17 anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari, Subang 2, di sini, kini terpaksa menyewa di kawasan rumah kedai berhampiran sementara menunggu pengurusan membaiki kerosakan asrama mereka yang hangus terbakar, 16 Julai lalu.Pemilik rumah berkenaan, Hamzah Busu ketika dihubungi berkata, setelah beberapa minggu menumpang teduh di surau berhampiran, pihaknya harus berpindah demi memberi keselesaan kepada anak yatim berkenaan.
“Saya terpaksa menyewa enam unit rumah kedai bagi memberi ruang kepada mereka melakukan aktiviti seperti biasa dengan menggunakan satu unit sebagai surau dan unit lain untuk kelas pengajian manakala unit selebihnya dijadikan asrama,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini tidak menerima arahan bomba untuk membaik pulih asrama berkenaan menyebabkan pihaknya terpaksa menanti.
“Bomba berjanji akan segera membaiki asrama terbabit beberapa hari selepas kejadian, namun sehingga kini tiada jawapan menyebabkan saya harus menyewa rumah lain buat sementara waktu,” katanya.
Dalam kejadian yang berlaku petang Jumaat, 16 Julai lalu, asrama menempatkan anak yatim lelaki berkenaan musnah terbakar.
Asrama di rumah kedai tiga tingkat yang menempatkan anak yatim lelaki berusia 13 hingga 15 tahun itu gagal diselamatkan kerana api marak dengan cepat.
“Kebakaran itu memusnahkan hampir keseluruhan bangunan membabitkan kerugian lebih RM50,000.
“Apa yang menyedihkan, mereka tinggal sehelai sepinggang apabila semua kelengkapan dan barangan dalam asrama itu gagal diselamatkan. Difahamkan, rumah amal berkenaan menempatkan seramai 50 penghuni.
Ketika kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, semua penghuni asrama berkenaan tiada di bilik masing-masing kerana mengikuti aktiviti riadah di luar dan kebakaran itu hanya disedari selepas anak lelakinya melihat kepulan asap tebal di bangunan asrama berkenaan.
“Anak saya terus memaklumkan kejadian itu kepada saya sebelum menghubungi bomba.

“Jiran berhampiran turut membantu memadamkan api namun gagal. Bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mengawal api merebak ke bangunan lain,” katanya. Menurutnya, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan mengharapkan asrama itu mampu dibaik pulih semula demi keselesaan anak yatim menghuninya.
“Saya bersyukur dan berasa lega kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Cuma bangunan asrama yang rosak dan perlu dibaiki seperti syiling, atap dan cermin selain perlu menggantikan peralatan asrama yang hangus,” katanya.
Orang ramai yang simpati dan ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Hamzah 016-2516515 dan 014-6648103 (Wan Rokiah Wan Salleh) atau akaun Bank CIMB Pusat Jagaan Kasih Bestari, 12260000135104.

===
Para budiman yang membaca rayuan ini dan ingin menyumbang ( lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini) boleh terus hubungi Ustaz Hamzah, kami sendiri mengenali antara satu sama lain. Harap kita boleh meringankan beban beliau dan anak-anak yang menumpang di Rumah Kasih itu, Insya Allah.

Friday, July 31, 2009

Kantoi!!!

Petang semalam lepas Asar saya pi ziarah sebuah rumah anak yatim di Subang. Memang biasa ke sana. Sebelum balik ada dua orang anak yatim tu hampiri kereta saya (dengan hingus meleleh --- kesian depa, kalau ada emak tak jadi lagu hingus meleleh tu...). Seorang daripadanya bertanya


Anak Yatim: Pakcik, saya tanya sikit boleh?
Saya: Boleh.
Anak Yatim: Kereta Pakcik ni laju ke?
Saya: Laju lah jugak, kira macam Ferrari la <<<---(saja buat lawak dengan budak)
Anak Yatim: Tapi Pakcik, saya tengok kereta Pakcik ni macam tak laju jer...


(Adusss.....sampai hati ko cakap kereta Pakcik macam tu...)

Sunday, September 21, 2008

Ramadhan (15) -- Berbuka Puasa SIMDE+HSPJ

SIMDE, malam kelmarin, meraikan 30 anak-anak yatim/miskin dari Rumah Amal Kasih Bestari, Subang Bestari. Jamuan makanan untuk majlis ditaja oleh Hotel Singgahsana PJ. Barang-barang keperluan harian pula (beras, gula, tepung, sabun, macam-macam) disumbangkan oleh warga SIMDE. Majlis dimulakan sebelum Maghrib dengan khatam Al-Quran beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Farizal, dan diakhiri dengan solat Isyak & Tarawih

Sebahagian anak-anak yatim/miskin (lelaki/perempuan) dari Rumah Amal tersebut yang diraikan gembira dapat bersama-sama di Majlis Berbuka --- tengah beratur nak terima sumbangan.
aikk, boleh main cak cak pulak.... tak pe tak pe.... yang penting mereka semua happy & seronok. belajaq rajin-rajin ye... nanti dah besaq tolong anak yatim & orang miskin yang lain pulak....hidup ni kan macam roda, berpusing-berputar....
CEO Yayasan SAMDE (En. Osman -baju hijau) sedang bagi sumbangan.

Pengerusi Yayasan (Dr. Tengku Shahrom -tengah) menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Rumah Amal -- Ustaz Hamzah Busu (baju merah). Di kiri ialah Guru Besar, Ustaz Dahim. Ustaz Hamzah ketika kami berbual memaklumkan, yang beliau begitu gembira/bersyukur dengan sumbangan/bantuan yang diterima dari SIMDE, dapat meringankan tanggungannya dan menggembirakan para penghuni Rumah Amal itu....

Bendahari PIBG SIMDE (Pn. Kamariah-baju biru) bersama kaum ibu yang turut hadir.
Hanaa (tengah) wah wah enjoy betul dengan kawan-kawan dia.

.
OK terimakasih kepada SIMDE, semua warganya dan Hotel Singgahsana PJ (En. Rohizan) dan mereka yang menyumbang, memeriahkan dan menjayakan majlis ini. Kita pun maklum bahawa besar ganjaran mereka yang menderma dan bersedekah di bulan Ramadhan, berlipat kali ganda -- maka, Allah jua sebaik-baik pemberi balasan kepada semua sumbangan tersebut.