Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Imam Muda dan Warga SIMDE bergotong-royong bersih sekolah

Program Gotong-Royong Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya (sekolah Hanaa) warga SIMDE bersama 8 Imam Muda (Astro Oasis), telah selamat diadakan semalam 12 Jun (Ahad) 8.30pg-2pm. Program telah turut dirakam untuk siaran oleh Astro Oasis.
.
Ianya diadakan bagi mempromosi Hari Karnival Amal & Jogathon SIMDE yang akan diadakan pada 2 Julai 2011 nanti di tempat yang sama (kawasan Sekolah & Masjid Darul Ehsan).

Suasana berlangsung cukup meriah dengan kehadiran semua Imam Muda musim ke-2 dan juga penerbit/krew program tersebut dari ASTRO. Barisan Imam Muda memberi semangat untuk bergotong royong dengan menyampaikan 2 buah lagu nasyid.

Krew Astro Oasis
Semua kawasan utama diredah oleh kumpulan-kumpulan dengan setiap satu kumpulan dianggotai oleh Imam Muda, guru-guru, J/K & pegawai masjid Darul Ehsan, Yayasan SAMDE, PIBG, ibubapa dan para pelajar. Antara kawasn tumpuan ialah bilik guru perempuan yang baru diubahsuai, kawasan persekitaran, menanam pokok dan bunga, membersih Surau sekolah dan mengecat laluan pejalan kaki.

Semua yang berseluar merah dangan t-shirt sumbangan Little Trees itu adalah barisan Imam Muda musim ke-2.







Barisan Imam Muda bersama-sama bergambar dengan Guru-Guru SIMDE.
Terimakasih kepada semua warga SIMDE yang hadir dan memberi sumbangan potluck, sokongan daripada ASTRO Oasis, sokongan kewangan daripada Little Trees serta bantuan logistik daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), serta cuaca yang redup sepanjang program, sangat menjayakan Program Gotong Royong Perdana ini.

Thursday, October 2, 2008

Syawal (5) - tersampuk keASTROan (sajak)

tersampuk keASTROan

Syawal 1429H, perang bermula
Perang apa?
Menjelang Raya, sejurus Raya
Raya pertama, kedua dan ketiga
Seterusnya
Ohh rancangan yang menarik, teruja
Terpaku semua penonton, setia

Jiran kiri kanan dirasuk keastroan
Orang depan pun disampuk keastroan
Anak-anak kita keastroan, anak saudara pun sama
Abang kakak adik pun keastroan
Orang flat keastroan
Orang banglo lagi lah
Orang kampung pun sama
Apa lagi orang bandar
Rumah saudara yang kita kunjung pun dibadai keastroan
Budak-budak keastroan
Orang tua pun sama
Semua keastroan
Menyambut Astroraya
Minah Lodeh Tipah Lepat Berayalah Pulak
Cinta Yang Terindah, Cahaya Lailatulqadar
Kelab Pop Raya, Gegar Gitu Apek Raya
Trek Selebriti Raya, Ria Sentral Raya
Raja Lawak Edisi Raya Lagi
Kala Malam Bulan Mengambang
Chermin, I’m Not Single
Dan lagi dan lagi dan lagi

Mereka keastroan
Semua kemaruk keastroan yang kronik
Sangat kritikal
Tak pasti boleh diubati ataupun tidak
Beraya rumah orang pun macam tak berapa layan
Semua keastroan
Dari dapur bawa kuih dan dulang tapi mata tak pun memandang tamu
Disampuk semangat keastroan
Nak berborak bercerita bertanya khabar pun
Macam tak seronok, macam dibuat-buat
Penangan keastroan
Berbual pun sudah tanpa intonasi

Habis camana kita?
Baik angkat kaki
Dari datang rumah orang dan berborak sendirian
Lebih baik borak di rumah sendiri

Tapi kalau tiba rumah sendiri pun
Aku pun akan jadi seperti mereka
Cuma aku tidaklah sampai dirasuk keastroan

-tajmosa-
2 Syawal 1429H