Showing posts with label PPIM. Show all posts
Showing posts with label PPIM. Show all posts

Thursday, January 22, 2009

cili, lada, cabai

January 21, 2009 13:11 PM
Nestle Rancang Ladang Baru Dapat Bekalan Cili Mencukupi
PASIR PUTEH, 21 Jan (Bernama) -- Nestle (M) Bhd merancang kemungkinan membuka ladang baharu di Pantai Barat seperti Johor dan Melaka, dalam usaha mendapatkan bekalan antara 600 dan 800 metrik tan cili segar.Pegawai Pertanian syarikat berkenaan Yong Lee Kheng berkata bekalan itu untuk menampung keperluan kilangnya di Petaling Jaya yang memerlukan bahan mentah terbabit bagi pengeluaran produk sos cili yang kini mendapat permintaan yang semakin tinggi."Pada masa ini kita hanya mendapat bekalan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang, Pasir Puteh menerusi perjanjian ladang kontrak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Rabu.Beliau berkata pihaknya tidak mahu terlalu bergantung kepada bekalan daripada PPK semata-mata kerana Kelantan mengalami bencana banjir setiap tahun yang boleh menjejaskan jumlah pengeluaran bekalan yang diperlukan oleh syarikat itu.Yong berkata sepanjang tahun lepas, daripada 400 metrik yang diperlukan, hanya 257 metrik sahaja dapat dipenuhi akibat bencana alam itu.Beliau berkata berdasarkan hakikat itu pihaknya kemungkinan tidak akan menambah jumlah kuota yang sedia ada kerana pihaknya tidak mahu terus menanggung risiko yang akan merugikan syarikat dalam jangka panjang.Sementara itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan, Salim Sulaiman ketika ditemui berkata pihaknya yakin dapat menyelesaikan masalah itu menerusi kaedah penanaman fertigasi yang dapat mengurangkan taburan hujan ke atas pokok cili.Beliau berkata LPP akan membelanjakan sebahagian daripada peruntukan RM1.56 juta yang diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk menggalak petani yang berpengalaman menggunakan teknologi penanaman fertigasi.-- BERNAMA

***

--- A fren of mine fr advertising co. sure agree if i say that this is a real PR job to capture good publicity --- sending/creating subliminal message to public -- in other words --- pls exclude us from the list.

Tuesday, January 6, 2009

Menentang KEZALIMAN Yahudi/Israel

Sabda Nabi s.aw. -- Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Maka mereka pun ditumpas oleh kaum Muslim... -- Hadis riwayat Muslim.
.
Yakinlah dengan Sabda Nabi ini. Banyak lagi hadis Nabi yang memperlihatkan Sabda Nabi bukan sekadar ramalan atau kata-kata. Salah satunya -- Ketika dalam perjalanan Hijrah, Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a. telah dikesan oleh seorang panglima Quraisy bernama Suraqah bin Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika beliau menghampiri Nabi dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Nabi, tetapi keadaan yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku. Lalu Nabi mendakwahnya dengan Islam. Baginda berjanji menghadiahkannya dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah masuk Islam. Bayangkan, masa itu Nabi baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia yang kuat bagai langit dengan bumi. Kata-kata Nabi benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab r.a. Saidina Umar r.a. dengan linangan airmata kegembiraan dan sangat terharu bahawa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah bin Malik, dan berkata -- Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (Maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik".
.
---
Banyak cara membantu rakyat Palestin.

Teruskan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan saudara kita di Palestin daripada kezaliman Yahudi/Israel.
.
Khutbah Negeri Selangor hari Jumaat ini akan menumpu kepada Palestin dan kezaliman Yahudi/Israel dan Qunut Nazilah, InsyaAllah.
.
Boikot. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganjurkan BOIKOT barangan syarikat yang berkaitan dengan Yahudi klik SINI.

Sumbangan/Show of Support. Aman Palestin akan adakan "Rapat Umum Selamatkan Gaza" di Stadium Melawati Shah Alam Sabtu 10 Januari 2009 10am-12noon.
.
Marilah kita melaksanakannya/menyokongnya/menyumbang sebagai komitmen kita menentang kezaliman Yahudi/Israel.
.

Friday, July 18, 2008

HALAL & HARAM MAKANAN

Do not take things for granted. Mencari yang halal itu fardhu, peringatan untuk saya sendiri dan untuk mereka yang ingin mengambil ilmu dan mengamalkannya -- carilah yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan orang yang kita sayang.

(klik gambar untuk besarkan)
---
---


SEDUTAN dari Mustaffa Hj Othman, selebihnya sila lawat blognya.....
Disini saya sertakan E-Code untuk dibuat panduan ramai. Beware of below E-CODES the codes are by mixing from transform of PIG origin.
.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,E430, E431, E432, E433,E434, E435,E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904
.
E471 Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate) [Emulsifier] mushbooh
.
E920 L-cysteine hydrochloride [Improving agent] [animal origin] HARAM
.
E921 L-cysteine hydrochloride monohydrate [Improving agent] [animal origin] HARAM
.


---
Lihat juga PPIM -- mesti baca .
.
Lihat juga Direktori Halal Jakim.
.
Lihat juga IMP -- Islamic Manufacturing Practice.

Lihat juga Halagel -- Halal food & pharmaceutical

.
oo ye lihat juga Gold Coast (maksud saya, real Gold Coast >> http://www.australia-goldcoast.com.au/ dan bukannya Sepang Gold Coast @ http://www.sepanggoldcoast.com/ ) -- Gold Coast Australia telah berjaya dibrand sebagai percutian Muslim & di M3 . Lawat juga http://www.goldcoastmuslim.com/ .

---
---


dan kami di dalam perkara halal (suci lagi bersih) ini, telah dan sedang berusaha membangunkan satu mall tambahan untuk jualbeli produk makanan halal suci lagi bersih secara online -- anda beli, produk akan dihantar terus oleh pembekal/penjual.

My1Stop mengalu-alukan kunjungan semua.

My1Stop juga mempelawa dan menjemput semua pengusaha/pembuat produk makanan halal untuk lebih ramai terlibat, mendaftar dan menjadi penyewa ruang jualan (@ E-Store), bagi memudahkan semua pengguna/pembeli Malaysia / luar negara yang ingin membeli produk halal suci lagi bersih mendapatkannya -- ya, secara online...
---

---