Showing posts with label MPSJ. Show all posts
Showing posts with label MPSJ. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Imam Muda dan Warga SIMDE bergotong-royong bersih sekolah

Program Gotong-Royong Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya (sekolah Hanaa) warga SIMDE bersama 8 Imam Muda (Astro Oasis), telah selamat diadakan semalam 12 Jun (Ahad) 8.30pg-2pm. Program telah turut dirakam untuk siaran oleh Astro Oasis.
.
Ianya diadakan bagi mempromosi Hari Karnival Amal & Jogathon SIMDE yang akan diadakan pada 2 Julai 2011 nanti di tempat yang sama (kawasan Sekolah & Masjid Darul Ehsan).

Suasana berlangsung cukup meriah dengan kehadiran semua Imam Muda musim ke-2 dan juga penerbit/krew program tersebut dari ASTRO. Barisan Imam Muda memberi semangat untuk bergotong royong dengan menyampaikan 2 buah lagu nasyid.

Krew Astro Oasis
Semua kawasan utama diredah oleh kumpulan-kumpulan dengan setiap satu kumpulan dianggotai oleh Imam Muda, guru-guru, J/K & pegawai masjid Darul Ehsan, Yayasan SAMDE, PIBG, ibubapa dan para pelajar. Antara kawasn tumpuan ialah bilik guru perempuan yang baru diubahsuai, kawasan persekitaran, menanam pokok dan bunga, membersih Surau sekolah dan mengecat laluan pejalan kaki.

Semua yang berseluar merah dangan t-shirt sumbangan Little Trees itu adalah barisan Imam Muda musim ke-2.







Barisan Imam Muda bersama-sama bergambar dengan Guru-Guru SIMDE.
Terimakasih kepada semua warga SIMDE yang hadir dan memberi sumbangan potluck, sokongan daripada ASTRO Oasis, sokongan kewangan daripada Little Trees serta bantuan logistik daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), serta cuaca yang redup sepanjang program, sangat menjayakan Program Gotong Royong Perdana ini.

Friday, November 19, 2010

Kata-Kata Aluan Hari Sukan Sekolah Oktober 2010

SEPATAH DUA KATA DARI

YANG DIPERTUA PIBG SIMDE

Beriadah, rekreasi dan bersukan adalah rutin aktiviti sihat yang perlu diamalkan. Selain ianya dapat menyihatkan tubuh badan, ianya dapat memberi ketenangan, mengurangkan stress tekanan dan memupuk semangat kekeluaargaan, kejiranan serta merapatkan tali silaturahim sesama masyarakat.

Begitu juga dengan Hari Sukan ini. Selain menelaah, belajar, menjalani peperiksaan di dalam kelas, Hari Sukan dapat membawa minat murid/pelajar untuk aktif dalam pertandingan sukan dengan semangat kesukanan bagi setiap acara yang dipertandingkan. Kcemerlangan sistem pendidikan seharusnya bukan hanya diukur melalui prestasi peperiksaan tetapi juga kepada aktiviti sukan dan aktiviti luar kelas samada dalam bentuk persatuan, badan beruniform atau juga pertandingan bukan sukan yang lain seperti debat, bahas, berpantun, matematik dan sebagainya.

Hari Sukan seperti ini juga dapat melibatkan dan merapatkan hubungan ibubapa dan guru serta anak-anak kita. Semoga Hari Sukan ini mampu mencapai okbjektifnya. Kepada semua yang terlibat dalam Hari Sukan ini, selamat bertanding dengan semangat kesukanan. Badan yang sihat menzahirkan keceriaan dan kecerdasan.

PIBG SIMDE - “MUAFAKAT, IKHLAS, MEMBINA”

Monday, April 12, 2010

Karnival Larian 10KM Subang Jaya 2010


Sesiapa yang fit, sihat & cergas serta berminat untuk sertai dan rebut wang tunai RM30,000, boleh berbuat demikian untuk Karnival 2010 Larian 10km Subang Jaya. pada 24 dan 25 April 2010 ini (Sabtu & Ahad) di lokasi Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Di samping itu banyak lagi acara/aktiviti keluarga. Terperinci, klik SINI
Sapa yang suka lari-lari, join selalu, lihat jadual sini >>> http://www.runnersmalaysia.com.my/events/index.htm

Monday, February 22, 2010

Hi-Tea Perdana 2010

Jemputan Terbuka (dengan pembelian tiket RM30/satu) ke Hi-Tea Perdana 2010 bersama YB Dato' Hj Husam Musa dan YB. Ir. Nizar Jamaludin. Ini adalah sempena Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kelana Jaya.
Tarikh 14 Mac 2010 Jam 3 petang di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) SS15, Subang Jaya, Selangor. Tiket boleh dibeli dengan hubungi no hp berikut 013-3666106 atau 013-2075733

Thursday, May 29, 2008

it's SUMMONs time in Malaysia


Not a typo. In Malaysia, we don’t experience summer time. But we do have "summons time" (not the police summons, PDRM, JPJ, MPSJ, MDMS)

It is a wedding invitation. So, Malaysia’s summons time is back! Now >>> during the school holidays.

As far as I could remember, I got 7 (wedding) summons last year (the highest wedding invitation in a day!), but only managed to fulfill (..the stomach) 2 invitations. The rest we had RSVP them earlier, telling them – sorry, we appreciate your invitation, but due to (blab la bla) we couldn’t be there. If you’re in Penang and already have 2 summons, another 1 in Johor, 2 in Selangor and 1 in Perak and Pahang respectively, don’t tell me that -- yes I will certainly go and wish to be seated next to the Pengantin!

However, if you own a private jet/helicopter + free time + healthy, I think it is your obligation to fulfill those invitations. Ustaz will say >> yes Taj, it is compulsory, no excuse!

It is a privilege to be invited to a wedding ceremony. The person / family / friend / teacher / x-boss / x-subordinate / x-boyfren / x-girlfren / x-hubby / x-wife / niece / nephew / anonymous / bau bacang wants us to be in the ceremony/celebration. So do RSVP. RSVP is important, what more if the ceremony were to be held in private hall or hotel banquet.
Imagine this – big hall - many chairs/tables - less people - big hall looks empty – i see you - you see me - i smile at you, you don't smile at me - ohhh pity the host.
So in this case, please RSVP. Easy for you and easy for them. They will delete your name and summons other person (he he he to replace the seat allocated for your earlier – and you are damn lucky to have another invitation in future!).
Selamat Pengantin Baru kepada semua yang kawin cuti sekolah ini.
Terimakasih kepada semua yang hantar jemputan (termasuk Cikgu2 saya yang kawinkan anak depa). Jemputan kawin paling jauh kali ini ialah di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor (...pehhhh.. ada can pi mancing/pusing2 kat Middle Rocks)