Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Nasi Ambeng (Ambang)

Orang tua buat kenduri nasi ambang (ambeng, sebutan orang Jawa) di Johor beberapa hari lepas. Nasi ambeng adalah untuk kenduri / tahlil arwah-arwah bagi masyarakat Jawa/Melayu di Johor. Mak saya orang Jawa. Tapi anak-anaknya tak berapa tau cakap Jawa. Anak-anak yang bawah sepatah haram tak tau cakap Jawa.
Dulang. Nasi ambeng dijamu dalam dulang (talam). Boleh dulang plastik, tapi dalam gambar tu dulang betul. Sedulang boleh makan 4 orang.
Sediakan daun pisang banyak-banyak.
Daging ayam, dipotong 4. Nak masak kari atau goreng atau masak sos je.

Ni nak masak nasi.

Masak sayur kacang. Dan bawah masak mee goreng (buat basah sikit, pasal nasi ambeng tak banyak kuah. Dulu Arwah Makcik terror buat ni, tapi la ni pas kepada Kak Yam.

Dulu masa kecik-kecik, saya boleh habis makan 4 orang sedulang ni. La ni, tak boleh jalan dah. Memang nasi ambeng ni untuk dimakan sikit je (ambik barakah) dan selebihnya dibawa balik.
Ni lauk yang akan diletak atas nasi. memang tak de kuah sangat. Dulu-dulu dialas dengan daun pisang juga (bukan pinggan). Tapi la ni guna pinggan untuk lauk, nak mudahkan sikit.
Nasi ambeng ni mudah terutama bagi tuan rumah. Tidak membazir. Mudah nak siap dan mudah nak kemas. Bersih dan senang. makan pun sedap macam-macam ada.
Makanan yang seimbang!

Tuesday, March 24, 2009

Tapai Pulut Daun Getah

Masih ada lagi orang jual tapai pulut daun getah di Subang Jaya ni. Kat sekitar area Subang Jaya ni kawasan yang paling dekat dan banyak pokok getah ialah di RRI, Sungai Buloh/Subang Bestari. Daun ambik dari situ la kot gamaknya...

Thursday, October 23, 2008

food testing - cubalah - pasti tak mengecewakan

cuba try test uji.

Sup berherba (10 herba?) tahap DUNIA... lupa harga lebih kurang RM12/mangkuk besar -- elok sangat dimakan petang khamis oleh kaum ibu dan kaum bapa... Start bisnis petang sampai habis...

Kat mana? Lorong Ara Kiri 3 Depan SA Marakech, Bangsar.... pehhh makan masa hujan pun berpeluh....


Nasi Lemak Tanglin - kat Hospital Tanglin, Bukit Aman...
Nasi Bariani Mohd Shah di Batu Pahat Johor depan Hospital Swasta (lupa pulak namanya) just before jambatan ke Bandar Batu Pahat (kalau dari Muar)...

Jangan lambat sangat mai, pukul 2 petang dah tinggal sisa lah alamatnya...

Mee Rojak -- Capital Cafe -- Depan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) KL


Rojak Petis -- mana lagi, kat Muar le... kat Tanjung Emas. Rojak Petis elok di makan dengan cendol bukannya ABC.


Sup kampung kawah (hanya waktu makan tengahari) - di Masjid Subang Airport, kalau dari Federal Hi-way hala ke Subang Airport, roundabout ambik jam 3, masuk lorong tu 100m jumpa lah warong ni...
.
Elok dimakan bersama ikan bakar + cecah kuah asam....tu je lauk yang ada...(he he he)
.
Hari Jumaat jangan cuba datang makan lunch kat sini...terlampau sesak...


Ikan bakar -- macam-macam ikan bakar -- belakang Istana Kuala Lumpur (jalan apa ye...? Bellamy?)

Mee udang tahap gaban --- SEDAAAPPP --kat Juru Penang, kalau dari KL, keluar ke Auto-City, simpang kiri, balas kiri, lebih kurang 8 km dari simpang tu, tanya orang, mana mee udang yang sedap...saya syorkan yang ini (dia buat bawah rumah -- rumah tinggi, jangan ingat macam main pondok-pondok pulak)
.
Kena selak udang baru nampak mee, satu pinggan ada dalam 10 ekor udang besar dalam gambar tu...rega dalam RM10/pinggan...


Asam pedas yang tiada tandingan adalah di Parit Jawa, Muar. Macam-macam jenis ikan boleh dipilih, fresh baru naik dari laut (al-maklumlah tepi laut...)

Cendol tersohor -- cendol Taiping, jalan stesen keretapi tu...


Nasi Kandar -kalau kat KL ni pi lah Pelita. Tapi kalau pi Penang, apa kata try LINE CLEAR...(tengah-tengah George Town).
.
OK, Cukup le dulu, pi try dulu...