Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Produk-Produk 4Life Transfer Factor (TF)

Saya adalah Leader/Distributor/Agen untuk semua produk 4Life Transfer Factor (TF). TF adalah produk yang baik/hebat untuk semua samada mereka mengalami gangguan kesihatan bagi meningkatkan daya tahan imunisasi, mahupun yang sihat kerana ianya berfungi sebagai penstabil. Yang paling penting sekali ialah semua produk 4Life ini disahkan HALAL oleh IFANCA (Islamic Food And Nutrition Council of America)



Bagi entri ini, elok saya perkenalkan 4 produk TF yang paling bagus/laris serta sangat elok untuk kesihatan semua dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

Produk 4Life terbukti berkesan (dengan testimoni ramai) untuk diabetes (kencing manis), darah tinggi/stroke/high cholestrol/angin ahmar (hypertension), buah pinggang, kanser tahap 1-tahap 4 (kanser payudara/breast, usus, paru-paru, lymphoma, kanser darah/leukemia, thalasaemia/multiple myeloma, benign/fabroid/cyst, allergic/alahan/resdung/sinusitis/asthma

Begitu juga kepada mereka yang bermasalah Auto-Immune diseases - thyroid/arthritis/gout, neuro/saraf, sakit sendi, parkinson & osteoporosis, tonsilitis & selsema.

Juga elok untuk kanak-kanak autism, down syndrome, epilepsy/sawan & jaundice. Infertility (susah mengandung), buasir, depression dan mereka yang cepat letih.





4Life Transfer Factor Advanced Formula - Educates, enhances and balances the immune system --- ia menjadi pendidik, pemberi informasi dan rangsang sistem imun dalam badan kita untuk kenal/serang kuman, virus, bakteria, parasit dan sel kanser. Tingkat daya imun 283% (boost natural killer cells). Sesuai untuk semua termasuk bayi. Sebotol ada 60 kapsul (300mg setiap kapsul). Harga RM202.80 untuk bukan Ahli.



4Life Transfer Factor PLUS Advanced - meningkatkan daya imunisasi badan (boost natural killer cells) 437%. Includes Cordyvant, a proprietary blend of ingredients such as maitake mushrooms, shiitake mushrooms, cordyceps, and beta-glucan. Juga mengandungi ekstrak Agaricus Blazeli (raja cendawan) yang berfungsi mengecutkan tumor/ketumbuhan; Beta Sitosterol - perangsang daya imun; ekstrak Zaitun - menurunkan kadar duplikasi sel jangkitan kuman (seperti denggi, H1N1 & variasinya etc). Sebotol ada 90 kapsul (harga 278.40 untuk bukan Ahli)

4Life Transfer Factor Advanced - sama seperti No.1 di atas cumanya ianya adalah dalam bentuk chew (boleh dikunyah) sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang suka mengunyah. Harganya untuk bukan Ahli ialah RM207.60.




4Life Transfer Factor RioVida - Immune IQ yang mempertingkatkan imunisasi sistem ketahanan badan kita. Featuring Transfer Factor E-XF and NanoFactor, combined with the potent antioxidants of super fruits. Includes a potent fusion of antioxidant juices, including açaí, pomegranate, blueberry, and elderberry. Revs up energy reserves with a composition of essential fatty acids, amino acids, trace mineral and flavonoids. Sesuai juga untuk mereka yang mudah letih, mengantuk, rabun etc. Harga bukan Ahli RM298.80 (untuk setiap pek 2 botol di atas)



---

Sebenarnya ada lagi produk-produk 4Life TF yang lain yang fokus kepada Cardio Vaskular, anti-oxidant, mereka yang kolestrol tinggi,kencing manis, insulin - saya akan fokus di lain posting.



Boleh hubungi/emel saya tajudinms@gmail.com untuk maklumat lanjut atau ingin menjadi ahli, pelanggan, agen, pengedar. Menjadi Ahli adalah lebih baik kerana keistimewaan pelbagai bonus dan harga produk yang jauh rendah.



---

(maklumat lanjut produk/pembelian online sila ke online Mall kami, klik My1Stop atau untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang produk 4Life sila ke web rasminya www.4life.com )



Thursday, December 31, 2009

AL-FATIHAH & TAKZIAH

Sahabat saya dari Terengganu yang ada saya coret kisah-kisahnya di blog ini (klik SINI) meninggal dunia akhirnya petang semalam. Al-Fatihah.
Beliau akan call/jumpa/makan/lepak bersama saya dan beberapa rakan kalau kebetulan dia turun ke KL dan begitu juga saya kalau kami ke sana. Hilang seorang sahabat yang baik.
Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh Allahyarham sahabat kami ini. AMIN.

Wednesday, November 11, 2009

AL-FATIHAH & TAKZIAH

1. Mak Long Sedara saya meninggal dunia pagi ini di kampung, kerana sakit tua. Al-Fatihah untuk Arwah dan takziah untuk seluruh keluarga sepupu saudara semua.
2. Al-Fatihah juga untuk Allahyarhamah Datin Kamariah, isteri mantan S/U Agung PAS - Datuk Kamaruddin Jaffar yang meninggal dunia Subuh hari ini, akibat kanser.
3. Al-Fatihah juga untuk Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr - tukang utama pembuat pintu emas Kaabah yang meninggal dunia pada usia 89 tahun. Sheikh Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan 300kg emas tulen pada tahun 1979.

---

Moga Allah merahmati roh-roh Arwah semua. AMIN.

Tuesday, August 11, 2009

Blog Yang Sudah Tiada Penghuni - (Al-Fatihah)

Dua blog yang saya tahu telah ditinggalkan sepi oleh pemiliknya - yang telah pun pulang ke rahmat Allah iaitu blog Capt. Yusof Ahmad - The Ancient Mariner (blogroll - saya kerap menjenguk blog ini) dan blog Yasmin Ahmad - The Story Teller. Al-Fatihah untuk mereka.
Begitulah, semua penulis blog (kita) pun akan pergi, yang ditinggalkan hanyalah bait-bait tulisan cerita dalam blog dan sedikit gambar untuk bacaan (pedoman, kalau baik) orang yang membaca, seterusnya. Dan tiba satu ketika, dengan blog-blog itu juga akan hancur musnah.
***Mohon pembaca blog ini doakan kesihatan sahabat saya, Saudara Fateh (di Terengganu, pemilik/webmaster weblog ini --->>> Fertigasi Online) kerana keadaannya sedang uzur sangat semenjak beberapa bulan ini. Semoga dia tabah/sabar dengan ujian Allah dan cekal untuk sembuh.

Wednesday, May 28, 2008

AL-FATIHAH (takziah)

Mohon semua pembaca Muslim blog ini untuk sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Humaira yang meninggal dunia tengahari tadi di HUKM, akibat kanser pada usia 38 tahun.

Allahyarhamah dan juga suami beliau merupakan rakan-rakan saya semasa belajar di U dahulu. Semasa ada hayatnya, saya bersama beberapa rakan (sebelum Pilihanraya lepas), sempat menziarahi Allahyarhamah dan pada ketika itu, kami optimis untuk melihatnya sembuh. Tetapi, Allah Yang Maha Mengetahui dan lebih menyayanginya.

Takziah kepada suami (Mat Ju) dan anak-anak serta kaum keluarga. Banyakkan bersabar dan semoga terus tabah. Semoga Allah merahmati roh Allahyarhamah Humaira dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan para solihin. Amin.