---
===
pehhh.... sabor je la...
my blog - my life - dilambatkan dengan cepat dari pagi hingga ke paginya. i compose, i edit, i publish and i share my own story.
===
pehhh.... sabor je la...
RAWANG: Lima penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres terbunuh manakala dua orang cedera parah setelah bas itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di KM 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.
Polis berkata, kejadian berlaku pada 5.30 pagi setelah bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres itu membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah, gagal dikawal.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Ismail, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Jitra; Mohamad Fauzi Awang, 57, Kampung Siam, Alor Setar; Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang; Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah; C. Magentharan, 26, dari Klang, dan pemandu bas, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kesemua mayat dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh. BERNAMA
Ahad Disember 7, 2008
9 maut, 19 cedera bas ekspres terbalik awal pagi
MUAR: Sembilan orang terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki terbunuh manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 146 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tangkak di sini awal pagi ini.
Bagaimanapun, kesemua identiti penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Johor Baharu, itu masih belum dikenal pasti.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika bas yang membawa 28 penumpang termasuk pemandu dan pemandu kedua.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Nasir Mohd Ali dipetik Bernama berkata, pemandu dan pemandu kedua adalah di antara mereka yang cedera.
Laporan awal menunjukkan, ketika tiba di tempat kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan penumpang yang kebanyakannya sedang tidur cedera parah.
Pasukan Bomba dan Penyelamat serta polis mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan pemandu kenderaan itu yang tersepit di tempat duduk kenderaan berkenaan yang remuk teruk.
Nasir dijangka mengadakan sidang akhbar pukul 3 petang ini untuk memberikan butiran lanjut.
Kesemua mereka yang cedera dan meninggal dunia dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.--
Ikut pendapat/pandangan saya, Hi-way PLUS Tangkak bermula dari Jasin ke Pagoh, pada dasarnya adalah lurus dan landai (rata) bukan seperti PLUS di sebelah utara yang berbengkok-bengkok dan turun naik (berbukit).
Kemalangan pada jam 2 pagi -- Adakah sebab mengantuk? -- Adakah kerana terlalu letih? -- Kerana cuaca/hujan/keadaan jalan? -- Atau, adakah kerana terlihat kelibat makhluk / bayangan / benda terbang / sesuatu merayap melintasi jalan?