Tuesday, July 17, 2018

MEMBEKAL AYAM HALAL & TOYYIB

Kami adalah pembekal ayam yang disembelih secara halal & toyyib yang diproses secara bersih berhati-hati bagi menjaga & mengelak ayam disembelih/diproses dalam keadaan syubhah.

Buat masa ini kami membuat penghantaran ayam-ayam ini ke seluruh Shah Alam/Subang Jaya/Subang/Kota Damansara dengan pembelian minimum 5 ekor. Pelanggan boleh memaklumkan untuk ayam-ayam ini dipotong ke beberapa bahagian, contoh, potong 2, potong 4, 12 atau potong 16, bagi keperluan masing-masing.

Kami memulakan perniagaan ini ketika terlibat membekal kepada Maahad Tahfiz anak-anak kami & kepada Ibubapa kepada pelajar-pelajar Maahad yang mementingkan & menitikberatkan ayam-ayam yang disembelih/diproses secara halal/toyyib tanpa unsur syubhah.

Untuk makluman bakal pelanggan semua, selepas ayam disembelih, ianya tidak mengikut proses biasa iaitu dimasukkan ke dalam air panas & mesin mencabut bulu, sebaliknya, selepas disembelih ayam ini akan terus dibuang kulit (dilapah kulit bersama bulu) kemudian terus dikeluarkan isiperut & dipotong-potong mengikut permintaan/keperluan pelanggan. Ianya akan dibasuh bersih selepas itu, dipek/dibungkus untuk diedarkan.

Sesiapa berminat untuk mendapatkan ayam-ayam yang halal/toyyib, boleh terus hubungi saya dengan wasap ke 016-225 5270 (Hj. Tajudin)

Jazakallah khair kerana berurusan dengan kami & memberi sokongan.