Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

Bila MANGKOK dapat KUASA (peluang)

Self-explanatory.
Konon nak harapkan pagar, malangnya bukan sahaja pagar tu makan padi, bahkan dengan petani dan kerbau sekali dia kolom makan...
Ya Allah, selamatkan Angkatan Tentera Malaysia.

Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama. Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.
Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya. Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

Terperinci, klik subjek.
---
Camana?

Tuesday, March 17, 2009

dan berleluasalah PENUMBUK RUSUK -- (sajak)

DAN BERLELUASALAH PENUMBUK RUSUK
.
Mukanya nampak baik tapi sebenarnya bermuka-muka
Matanya nampak cantik tapi diperhati mata-mata
Telinganya kecil tapi sebenarnya menelinga
Tapak tangannya kecil tapi nyiru ditadahnya
Atas mejanya bersih
Tapi akaun di bank dibentang seluas-luasnya
.
Bila dosa tidak diendah
Bila mata berlambang duitan
Bila senyum telah berbalas
Bila bahu telah ditepuk
Bila tangan telah dipegang
Bila jari telah menggengam
Bila ongkos berpindah tangan
.
Jiwa menjadi tidak keruan
Isi daging mulai membusuk
Anak menjadi semberono
Isteri hilang pedoman
Rezeki tiada bersumber
Rumahtangga entah ke mana
Masyarakat rosak hancur
Negara porak peranda
.
Kuasa menjadi penentu
Hidup dalam kerisauan
Baik di depan, buntut berkudis
Perut bernanah, manusia terhimpit
.
Yang menumbuk dan yang ditumbuk rusuknya
Jemputlah semua menghadap Ilahi
Kerana sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui
.
-tajmosa-
(rasuah, pelincir, duit kocek/poket, duit kopi, al-risywah, makan suap, komisyen, bribe, sogok, corruption, berselingkuh, politik wang)
---
update 19/3 -- rasuah menurut Islam, klik SINI. rasuah menurut undang-undang, klik SINI.