Showing posts with label Bukit Mertajam. Show all posts
Showing posts with label Bukit Mertajam. Show all posts

Friday, October 17, 2008

Sekolah & Disiplin

Setiap kali (ye -- setiap kali!!! -- percaya la) saya terbaca kes disiplin sekolah (seperti di bawah ini), serta-merta saya akan teringat 3 orang cikgu (yang saya susun mengikut ranking - tahap memori...).
.
1) Cikgu Zamani Asnian (Ketua Warden masa saya sekolah dahulu di Sekolah Sains Muar SMS Muar)
2) Cikgu Jamaludin (budak-budak panggil Jambek (maafkan saya Cikgu), Guru Disiplin di Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin STSS, Bukit Mertajam), dan
3) Cikgu satu lagi saya tak mahu sebut nama kerana beliau belum pencen.
(saya doakan semoga ketiga-tiga cikgu ini sihat & sentiasa dalam rahmat Allah, Amin).
.
1) & 2) sudah bersara. Saya rasa ada eloknya Kementerian Pelajaran panggil depa berdua, masukkan dalam Komiti Disiplin Sekolah Peringkat Kebangsaan (jika ada), gunakanlah ilmu, kepakaran dan khidmat dua orang bekas guru ini dalam membendung gejala disiplin di sekolah yang semakin berleluasa... sangat sayang kalau ILMU mereka tidak digunakan...
.
(Nota: Saya yakin Pengarah JPN Penang - Tuan Hj Ibrahim Mohamad (saya juga doakan cikgu sihat sejahtera & dalam rahmat Allah, Amin) -- mengenali ketiga-tiga ranking di atas)

---
---

Pelajar sepak perut guru

Oleh Rashidi Karimam@hmetro.com.my Jumaat, 17 Oktober 2008
KANGAR: Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan, tetapi di sebuah sekolah menengah di sini, pelajar perempuan pula menjadikan seorang guru wanita sebagai sasaran berikutan tidak berpuas hati ditegur lewat menghantar tugasan sekolah. Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya. Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa.Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan.
“Saya bertanya kepada pelajar itu siapa yang menulis perkataan berkenaan dan dia mengaku menulisnya lalu saya memarahinya. Bagaimanapun, dia melawan dan cuba merampas folio itu.
“Berikutan itu, berlaku tarik menarik dan dia menolak saya menyebabkan saya membalas tolakannya. Dengan ditemani seorang rakan sekelas, pelajar itu terus menendang perut saya berulang kali.“Selepas melihat mereka memanggil lima lagi rakan, saya yang bimbang kejadian lebih buruk berlaku bergegas menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan guru lain di bilik guru”

Lanjut, sila klik TAJUK

---

Kepada semua guru-guru (termasuk abang/kakak aku, sepupu/sedara dan kawan-kawan semua...) sentiasalah berhati-hati... belajarlah sikit ilmu silat gayung ke kuntau jawa ke...

Teruslah mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin...