Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Congo Bar Hanaa (Congo Bar Terbaik Lazat)

Kepakaran kami ialah membantu semua orang untuk merasai nikmat lazat Congo Bar sebenar yang terasa nikmat di lidah, teringat di ingatan dan menambah kasih sayang bersama orang tersayang.

Nikmati Congo Bar Hanaa, home-made Congo Bar yang dibuat dengan teliti penuh kasih sayang yang semestinya suci, halal, bersih.

Boleh layari & LIKE kami sila klik Congo Bar Hanaa

Sebarang tempahan, pertanyaan, menjadi agen/wakil penjual/reseller, sila sms/whatsapp ke 011-26337837.  Penghantaran percuma (free delivery) Shah Alam & Subang Jaya.








Thursday, May 3, 2012

Sumbangan Derma Untuk Pelajar Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan

‎Saya panjangkan rayuan/pesanan daripada Ust. Ishak Al-Hafiz (hp: 013-6201542) - Mudir/Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, yang juga merupakan bekas Mudir Maahad Tahfiz Al-Muqri, tempat anak saya Hanif belajar dulu.  Beliau memohon sumbangan atau tajaan atau apa juga bentuk derma/sokongan bagi membantu 2 orang pelajar Tahfiz di Maahad Al-Hidayah wal Ehsan, yang layak melanjutkan pelajaran ke Yaman dijadualkan Jun 2012 ini. Anggaran kos seorang ialah RM10,000. 
.
Bersama-samalah kita hulurkan sumbangan sedikit sebanyak ke akaun BIMB Maahad Tahfiz Al-Hidayah wal Ehsan (12168010008227). Moga Allah s.w.t memberkati rezeki kita semua.
.
Untuk makluman, Maahad Tahfiz ini terletak di Bandar Puncak Alam Selangor.
.
Sila Tuan/Puan panjang-panjangkan dan maklumkan kepada yang lain.  Terimakasih.

Monday, April 2, 2012

Karnival Pendidikan & Kerjaya Kebangsaan 2012 di UPM Serdang Selangor


Set your time & date as we My1Stop Virtual Shopping Mall together with Manzil e-shoppe are going to put up a booth (No.19) at Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kebangsaan 2012 in UPM (Dewan Besar PKSSAAS Universiti Putra Malaysia, Serdang) from 4th April to 6th April. Come to our booth if you want to know more about our system and how YOU can be a truly online entrepreneur... ingat lah --- "PERNIAGAAN ADALAH KERJAYA PILIHAN".
.
Jemputan untuk semua adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, persatuan belia, para graduan, individu atau sesiapa yang berminat ataupun ingin tahu lanjut untuk bertanya, membangunkan perniagaan khususnya secara online, ataupun kerjaya sambilan sambil belajar mahupun bekerjaya. Ianya akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Pelajaran
.
Lawat kami dio Booth 19 pada hari tersebut di UPM.

.
Untuk maklumat lanjut berkenaan My1Stop kami, browse My1Stop

Wednesday, June 1, 2011

Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ)


Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ) adalah Rumah Kebajikan & Pendidikan Untuk Anak-anak Yatim, terletak di lokasi No.1 Jalan Anggerik 2E/2, Prima Beruntung 48300 Bukit Beruntung, Selangor (lihat peta di atas @ klik WIKI). RAUQ mula beroperasi Januari 2010, menjaga 60 anak-anak yatim, fakir miskin, anak-anak yang parents berpisah.
.
Perbelanjaan bulanan RAUQ ialah sekitar RM30,000 merangkumi makan/minum, transport, sewa asrama, utiliti, medical, pendidikan & saguhati untuk petugas. . RAUQ juga menjalankan aktiviti bagi menampung belanja bulanannya seperti membeli sambil menderma dan juga bernasyid di tempat awam.
.
Sumbangan wangringgit/barang2 sangat dialau-alukan kepada RAUQ. Boleh hubungi Azhir Ismail (013-2059528) atau Hajjah Hasnita (013-6362308). Sumbangan ke Maybank atas nama Pusat Jagaan Ummul Qura (a/c. no: 562012005195)

---
Perbelanjaan bulanan terperinci:
a. Makan RM7 x 30 hari x 60 orang = RM12,600

b. Utiliti (purata) = RM1,000
c. Transport (petrol/tol/servis etc) RM50 x 30 hari = RM6,850

d. Sewa Asrama (1 & 2) = RM1,200

e. Bil. telefon/hp/fax = RM1,500
f. Elaun petugas & saguhati sukarelawan (Guru tuisyen/fardhu ain = 8 orang x RM400, Staff 2 orang x RM900, Pengurus Asrama = RM1,200, saguhati sukarelawan = RM450.)
TOTAL = RM29,200.

.
Keperluan/Barangan lain
:

a. Barang Mentah - beras, minyak, tepung, gula, rempah, bawang2, buahan, sayuran, sos, kicap etc (untuk 60 orang @ RM10,000/bulan).

b. Peralatan Dapur (yang masih tidak cukup) - periuk letrik besar 20kg, periuk besar, belanga besar, talam, pinggan/mangkuk.
c. Keperluan Ibadat - sejadah, karpet, kipas angin, rak kitab, aircond set, Al-Quran.
d. Keperluan Asrama - tikar getah, tilam, bantal, cadar, ampai, almari individu.

e. Kemudahan pembelajaran - komputer asas, whiteboard, LCD projector, buku & alatulis, buku2 yang baik untuk Library.
f. Kain/baju/pakaian untuk anak-anak RAUQ berumur 13 tahun ke atas, lelaki & perempuan.
===


Thursday, April 14, 2011

Ajaran Sesat - Islam Jamaah

Dalam Kuliah Maghrib, Ustaz Kamal Nasser mengambil peluang memaklumkan kepada jemaah yang hadir berkenaan Ajaran Sesat iaitu Islam Jamaah. Ustaz minta kita terangkan/jelaskan ajaran sesat ini kepada keluarga & saudara mara.

Ajaran sesat ini bermula di Jawa Timur pada 1941 tetapi Kerajaan Indonesia telah mengharamkan ajaran ini pada 1971/1972. Malangnya, ianya telah merebak dan nberkembang di Malaysia terutama di Selangor. Ajaran ini telah difatwakan sesat oleh Malaysia/Selangor pada tahun 1998.

Ciri kesesatan ajaran ini ialah (1) Tidak melakukan solat Jumaat di masjid (2) Menolak sumber Ijma' & Qias (3) Mengatakan Najis Mughallazah tak perlu disamak, bahkan mengatakan hanya daging babi sahaja najis tetapi tulang babi tidak haram (4) mengatakan binatang yang mati dalam kawasan orang Islam, tidak perlu disembelih dan halal dimakan (5) Menetapkan Amir (ketuannya) sebagai sumber hukum (6) Mendakwa hanya kumpulannya sahaja yang Islam...dan sebagainya.

Umat Islam di minta berwaspada dan berhati-hati. Janganlah kita terpesang dan tertipu dengan pelbagai ajaran sesat yang bergerak terutama di Selangor ini.

Semoga Allah s.w.t. memelihara kita dan kaum keluarga kita dan memberi kita petunjuk Islam yang sebenarnya dan menjauhi kita semua dari kesesatan dan perkara-perkara yang menyesatkan. AMIN.

Wednesday, March 2, 2011

Air Khatam 30 Juzuk Al-Quran

Kami, Dunia Dagang Trading, membantu Maahad Tahfiz Al-Muqri (Puchong) menjual Air Khatam 30 Juzuk Al-Quran. Selain itu, Air ini juga dibacakan Selawat dan bacaan ayat-ayat Manzil.

Air yang diguna dan dibotolkan ini ialah air bawah tanah (telaga tiub) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi punca air di Kampung Sungai Gau, Temerloh, Pahang.
.
Cara minum yang baik ialah baca Surah Al-Fatihah, Selawat & Niatkan Hajat moga dikabulkan Allah s.w.t. Air ini baik untuk kita berikhtiar sembuhkan penyakit zahir batin, pelembut hati dan juga penerang hati. Insya-Allah.
.
Kepada sesiapa yang ingin membeli Air Mineral ini untuk kegunaan sendiri mahupun borong (untuk hadiah ataupun menjualnya di tempat anda) boleh hubungi kami tajudinms@gmail.com
.
Begitu juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang kepada Tabung Dana Pembangunan & Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Muqri, boleh membeli air mineral ini ataupun terus menyumbang dengan bank-in ke Akaun Maahad tersebut iaitu BIMB (12065010019773) ataupun Maybank ( 562777203532)
.
Semoga Allah s.w.t membalas segala jasa baik semua dengan kebajikan dan pahala yang berlipat kali ganda.

Monday, November 8, 2010

Jauhi Zina

Zina adalah satu perbuatan paling terkutuk/jijik dan satu daripada 7 dosa-dosa besar dalam Islam. (Rujuk Al-Quran Surah Al-Furqan ayat 68-69). Zina itu adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad nikah yang sah. Ianya termasuk jugak kegiatan pelacuran dah hubungan seks terlarang yang lain. Akibat/kesan daripada zina ini sangat buruk bukan sahaja kepada pelakunya tetapi kepada keluarga dan keturunannya serta masyarakat. (Rujuk Al-Isra': 32)

Menurut data Jabatan Pendaftaran bahawa anak luar nikah Melayu/Islam di Malaysia yang berdaftar (didaftarkan & hidup) adalah seramai 16,100 orang (tahun 2007), 16,541 (2008) dan 17,303 (2009). Masya-Allah!

Dan bagi tempoh 5 tahun (2005-2009) jumlah terkumpul anak luar nikah itu adalah seramai 74,723. Jumlah ini menggambarkan akhlak anak muda/ perhubungan keluarga masyarakat Melayu Islam dewasa ini. Memang banyak faktor yang menyumbang ke arah anak luar nikah dan perzinaan ini. Antaranya penyalahgunaan sistem komunikasi, media, DVD/CD, Internet, kerosakan sistem pendidikan dan masyarakat.
.
Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Asr r.a Rasullullah s.a.w bersabda --- Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Adakah itu akan terjadi? Jawab Baginda: Ya, nescaya akan terjadi. (Riwayat Ibnu Hibban & At-Thabrani)
.
Bersama-samalah kita menjaga dan mendidik keluarga kita, anak-anak dengan didikan agama yang mulia, tingkat perhubungan dengan nasihat menasihati, pro-aktif dalam kerja-kerja dakwah/menegur/ melarang aktiviti munkar/maksiat dan pantau aktiviti anak-anak kaum keluarga dari masa ke masa.
.
Moga Allah s.w.t memelihara kita dan keluarga daripada maksiat, zina, kemungkaran dan kerosakan akidah. AMIN.

Sunday, October 31, 2010

JAIS perlu lebih bersemangat & ikhlas kerana Allah

Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor komited dan seiring dengan Kerajaan Negeri dalam memperkasa Sekolah Agama Rakyat di Selangor (rujuk kenyataan MB semasa majlis sampaikan sumbangan di Sekolah/Maahad Tahfiz Kiblah, baru-baru ini).

JAIS/MAIS mempunyai dana yang besar setiap tahun. Anak belia di Selangor pula mengalamai kecelaruan budaya, kekangan pelbagai sudut dari segi pendidikan Islam sempurna, moral yang semakin merosot, kesedaran ibubapa kepada pentingnya agama yang perlu dipupuk dari anak-anak masih di peringkat tadika dan sekolah rendah. Maka sangat eloklah JAIS dan MAIS lebih komited membangunkan sahsiah anak-anak kita kepada Islam dengan lebih sempurna dan tersusun.

Wang dana berjuta-juta tetapi tidak diguna untuk jalan kebaikan khasnya pendidikan, moral, termasuk meningkatkan infra Sekolah Agama (termasuk swasta) --- adalah sangat merugi dan menyedihkan. Tingkatkan semua usaha kita kerana Allah dan Islam, dan janganlah kita duduk dalam sentimen dan agenda yang berlawanan/bercelaru dengan Islam itu sendiri.

Monday, September 20, 2010

Hanif & Rakan2 - Selamat Tempuh UPSR/PSRA

Mulai esok Hanif dan semua murid Darjah 6 akan menempuhi UPSR selama 3 hari, diikuti pula PSRA (Ujian Kelas Agama bagi Selangor dikendalikan JAIS) pada minggu hadapan.
Semoga Allah s.w.t mempermudahkan Hanif dan rakan-rakan mereka semua menduduki peperiksaan ini dan berjaya dengan cemerlang, Insya-Allah.

Monday, June 14, 2010

Jabatan Bangunan MBSA

Tadi pagi ke MBSA, Shah Alam, ada urusan dengan Jabatan Bangunan Tingkat 8. Memang berbangga dengan komitment dan kecekapan pegawai-pegawainya. Urusan dokumen saya yang tidak lengkap pun dibantu/dicari, maka jadi bertambah mudahlah kerja saya.

Bila tengok keliling memang penuh dengan semangat kerja slogan yang bagus-bagus. MBSA amalkan 5S Quality System - Seiri (Tidiness), Seiton (Orderliness), Seiso (Cleanliness), Seiketsu (Standardization) & Shitsuke (Discipline).
Slogan sudah bagus ditambah pula dengan semangat kerja serta implementasi seharian, maka bertambah-tambahlah bagusnya...
Syabas MBSA!!!

Monday, April 26, 2010

PRK Hulu Selangor - Tumpuan Saluran

Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor 2010 selesai semalam. Post Mortem sudah boleh dibuat. Yang menang jangan rasa bahagia. Yang kalah peluang masih terbuka. Lihat Saluran Tumpuan, seperti yang pernah saya ulas sebelum ini.


6.59pm: Unofficial results
PKR - 7,770BN - 6,504Majority - 1,226
6.57pm: Unofficial results
PKR - 7,410BN - 6,339Majority - 1,071
6.54pm: Unofficial results
PKR -7,053BN - 6,010Majority - 1,034
6.45pm: Unofficial results
PKR - 6,389BN - 5,385Majority - 1,004
So far about 11,674 votes, or 25 percent, of votes counted.
6.43pm: Unofficial results
PKR - 5,596BN - 5,041Majority - 555
6.41pm: Unofficial results
PKR - 4,204BN - 3,592Majority -612
6.37pm: On-the-spot analysis

6.34pm: Unofficial results
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56
Unofficial - PKR 666, BN 206
6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205
Unofficial - PKR 897, BN 499
6.23pm: Unofficial results
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172
Unofficial - PKR 901, BN 798
6.18pm: Unofficial results
Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122
Unofficial - PKR 729, BN 501
6.13pm: Unofficial results
Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155
Unofficial - PKR 491, BN 445

BN has won the postal votes. BN: 767 PKR: 120

Monday, February 1, 2010

Senarai Ajaran Sesat di Selangor & Malaysia

Ahad Januari 31, 2010
25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

SHAH ALAM: Sebanyak 25 ajaran telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai ajaran sesat di negeri ini sejak tahun 1990an hingga kini.
Antara ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat ialah, Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya, Ajaran Nordin Puteh, Tarikat Mufarduyah, Ajaran Hj Ghazali Othman, Ajaran Zamree Ab Wahab, Fahaman Syiah, Tarikat Al-Hasaniah, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, Ajaran Tijah@Khadijah Ali, Ajaran Islam Lamaah, Ajaran Qadani, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit.
Selain itu, Ajaran Ilmu Ahmad Laksaman, Ajaran Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ajaran Martabat Tujuh, Golongan Anti Hadis, Ajaran Kahar Ahmad, Aurad Ismailiah, Al-Arqam, Ajaran Syed Mohamad Al Masyhor, Ajaran Sulaiman, Ajaran Qadani dan Ajaran Banuar Roslan turut dikategorikan sebagai ajaran sesat.

Terperinci di SINI

---
Ajaran yang diwarta sesat di Malaysia (JAKIM)

AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN 1. Nasrul Haq 2. Budi Suci 3. Al-Watan 4. Budi Suci Sejati 5. Jawa Faradin 6. Silat Sunda Pukulan Ghaib 7. Tusuk Hikmat 8. Ilmu Kebatinan 9. Potong Maya 10. Naluri 11. Kaula 12. Haqqullah Syahadah 13. Rampai 14. Wali Suci 15. Kalimat Sakti 16. Silat Pukulan Jarak Jauh 17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 18. Zikir Sha`ban Islam Haq 19. Asal Wujud Garis Laksmana 20. Al-Ma`zat 21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi 22. Ilmu Kebatinan 23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis 24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar 25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas 26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri) 27. Mohd Nordin Putih 28. Nasrun S.T.Qahar 29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan 30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya 31. Wali Sembilan 32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah 33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin 34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari 35. Al-Arqam 36. Golongan Anti Hadis 37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali jugasebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su) 38. Syiah 39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang 40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad 41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana 42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat 43. Tarikat Mufaridiah 44. Ajaran Hassan Anak Rimau 45. Tarikat Aurad Ismailiah 46. Ajaran Martabat Tujuh 47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh) 49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit 50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani 51. Ajaran Mohd Nor Seman 52. Ajaran Ayah Pin 53. Al-Ma`unah 54 Ajaran Azhar Wahab 55. Ajaran Hj.Banuar

Terperinci klik SINI

---
Moga Allah s.w.t pelihara kita semua. Sebaik-baik tempat untuk belajar, mengaji / menuntut ilmu ialah hadir kuliah pengajian / pengajaran di masjid-masjid yanag banyak disusun untuk ahli kariah mendalami ilmu Islam. Imarah & raikan kuliah ilmu di masjid, Insya-Allah.

Wednesday, January 6, 2010

...i Lelaki Tulen, Bang...

(Sharing is caring. Sensitive?...gulp huh...)

Sepertimana yang ramai tahu, mulai 1.1.10 hari tu, mas kawin di Selangor dinaikkan dari RM80 tunai ke RM300 tunai. Kenaikan pertama sejak 1968 (atau 1978).

===
Dalam satu taklimat anjuran agensi kerajaan di Selangor, dimaklumkan bahawa seramai 29,000 wanita/perempuan di Selangor yang layak (sedang elok) berkahwin tetapi masih belum berkahwin.


Nisbah semasa lelaki dan perempuan dalam golongan itu ialah 1:13, 1 lelaki dan 13 perempuan. Ustaz tu habaq kalau setiap lelaki di Selangor kawin 4, siap ada baki seorang perempuan masih juga tak akan kawin.

Selain dari itu, untuk makluman, dalam satu sampel kajian yang dibuat berdasarkan 77,000 orang Mak Nyah (pondan/bapok), 70% adalah orang Melayu/Islam. (Nanti lain kali saya akan tulis hal berkenaan ini kalu ada masa.)

So, boleh agak tak ke mana perginya lelaki TULEN...??? Dan kenapa masih ada yang tak kawin?

(Ya Allah lindungi kami dan masyarakat kami dari kehidupan yang caca marba)

Sunday, November 22, 2009

Majlis Ihtifal SIMDE 2009

Malam semalam berlangsung Majlis Ihtifal SIMDE 2009 di Hotel Singgahsana PJ. Dengan tema Pelangi majlis ini bertujuan memberi anugerah kecemerlangan kepada murid/pelajar UPSR, PSRA, PMR dan peperiksaan/subjek 2009, Tokoh Guru, Tokoh Murid dan cemerlang Sukan.
Share sedikit gambar

Sebahagian Guru-Guru terlibat

Persembahan Tema Pelangi oleh kombinasi Murid Darjah 1 & 3




Majlis dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (yang diwakili oleh isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut)



Dari kiri - Huda Raihana, Hanaa Aisyah dan Azzatul Aisyah
Dr. Tengku Shahrom (kiri), Pengerusi Yayasan SAMDE

Ahli Lembaga Yayasan SAMDE - En. Shazali, Ustaz Fauzi dan Dr. Sahrom
Hanif terlibat dengan Dikir Boria kombinasi Darjah 5 dan 6
Ustaz Shafie - Ketua Biro Kebajikan & Dakwah PIBG
Puan Shafika (kiri) Ketua Biro Ekonomi PIBG bersama Puan Aderiana - Ketua Biro Perhubungan Komunikasi PIBG

Persembahan menarik Pentomin Palestin/Israel oleh murid Darjah 2 & 4


Bukan, bukan. Ini bukan paparazzi atau mamarazzi!!! Parents masing-masing nak ambik gambar anak mereka buat show...
Penyampaian anugerah kecemerlangan oleh Puan Sri Salbiah kepada murid cemerlang SIMDE dalam UPSR, PSRA dan PMR tahun 2008 dan 2009.
Ustaz Farizal, Ustaz Mazlan (Guru Besar SIMDE) dan Tuan Syed Alwi (Penasihat Yayasan)
Hanis (kanan) bersama rakan-rakan Alumni SIMDE - dari kiri Syazwani, Nurin, Ainaa, Maisarah dan Qistina


Kawan-kawan Hanis dari kiri - Atiqah, Syaz, Nurin dan Ainaa yang terima Anugerah untuk UPSR dan PSRA.
---
Kepada semua penerima Anugerah Kecermerlangan 2009 SIMDE. Tahniah dan Syabas! Yang lain, teruskan dan cuba lagi...

Tuesday, October 13, 2009

Tahniah Tok Guru!!!

Kami sekeluarga, Ahad, pi majlis kenduri kahwin anak kepada Tok Guru Al-Quran saya, Ustaz Hj Nawawi Hj A.Ghani (dulu Bilal Masjid Negeri). Ustaz secara rasmi ajar saya terperinci Tajwid dan Al-Quran sehingga 3 kali khatam (selama 6 tahun).
Suara Ustaz sedap dan hebat Taranumnya, kalau dulu sebelum Solat Jumaat di Masjid Negeri, Ustaz Nawawi yang akan alunkan bacaan Al-Quran. Ketika Sultan Selangor yang lepas mangkat, beliau juga salah seorang yang mengalunkan bacaan Al-Quran.

Ramai jugak anak muridnya hadir, jumpa sekali di majlis kenduri.
Ustaz Hj Nawawi (kiri)
Pengantin, anak lelaki Ustaz (Mohd Nazifi) bersama pasangannya Zanariah Mohd Zin

Thursday, July 16, 2009

Konvensyen Institusi Keluarga Negeri Selangor 2009

Saya dijemput menghadiri Konvensyen Institusi Keluarga Negeri Selangor 2009 diadakan sehari suntuk di Dewan Jubli Perak (tepi Bangunan SUK) Shah Alam yang dianjurkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kesimpulan saya --- ini satu Konvensyen yang sangat bagus, dan sepatutnya mesti dihadiri lebih ramai rakyat Selangor atau disampaikan maklumat terperinci ini kepada semua orang Islam di Selangor.

Antara Panel-panel yang bagi ceramah membentangkan kertas/pandangan adalah YBhg. Dato' Hj Kamaruddin Zakaria (bekas Imam Masjid Negara) - Institusi Keluarga Tonggak Masyarakat Berintegriti, Dr Robiah K. Hamzah - Stress Dalam Keluarga, Cabaran & Penyelesaian, YB Dato' Dr Hassan Ali - EXCO Selangor (yang juga perasmi Konvensyen), YBhg Dato' Hashim Yahya (bekas Mufti Wilayah) dan YBhg. Datin Aminah Zakaria - Formula Keluarga Bahagia.

Slot juga diisi oleh Tn Haji Aluwi Parman <<<-Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga JAIS (sefaham saya, kalau ada orang di Selangor nak kawin lebih daripada 1 isteri, kena dapat sign tandatangan/mengadap Haji Aluwi ini....)

Keseluruhan sesi adalah sangat menarik dan penceramah sangat HIDUP menjelaskan formula keluarga bahagia dalam pembentangan masing-masing. Terlalu banyak untuk dikongsi/ditulis dalam blog ini. Tetapi bagi kebaikan semua pembaca blog ini saya catatkan nota secara ringkas.

Dr. Robiah
Semua orang ada stress dan mesti dikawal. Peringkat stress (negatif)
-level 1 Emosi (bermain dengan perasaan/sangka - resah/gelisah, murung, bosan)
-level 2 Ilusi (mendengar sesuatu berkata-kata merangsang)
-level 3 Dilusi (mendengar dan boleh melihat sesuatu/orang yang berkata-kata)
-level 4 Halusinasi (tahap gila/sakit mental)
Beliau membawa kes benar seorang eksekutif Petronas yang membunuh isterinya beberapa tahun lalu sebagai contoh kisah hidup bagi menerangkan stress ini. Begitu juga dengan seorang Pak Cik yang ketiadaan anak yang telah hidup di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 26 tahun kerana tiada anak. Imiginasi Pak Cik itu melampau sehingga bukan sahaja dia mengaku dia ada anak, bahkan dia sudah pun bercucu. (Dr. Robiah terlibat dalam kedua-dua kes ini)

Allah jadikan horizon penglihatan kaum wanita ialah 180 degree dari sudut kiri hingga sudut kanan, sedang bagi lelaki, skopnya hanya lurus kehadapan. Itu sebab lelaki kena menoleh untuk tengok perempuan cantik di bus stop! Sedangkan bagi seorang perempuan, mereka tidak perlu menoleh/melihat, sudah tahu perempuan di meja sebelah memakai gelang besar!
Perempuan boleh berfikir banyak isu dalam satu masa - tapi tak selesai, sedangkan kaum lelaki hanya mampu berfikir satu isu dalam satu masa - tapi beres!

Dato' Kamarudin
Keluarga yang mempunyai isteri/ibu yang berceloteh/bercakap/membebel - itu adalah keluarga yang sihat. Anda akan pasti terasa jika isteri/ibu itu sakit/tiada lagi di dunia.
Salah satu cara menguji kepekaan isteri ialah letakkan bekas cawan kopi/minuman anda di atas TV! <<<--- tak sampai berapa minit, isteri mesti melenting --->>> cawan saper atas TV ni (padahal dalam rumah tu ada suami/isteri sahaja)
Ilmu masakini terlalu banyak, tetapi terlalu kurang yang mengamalkannya, berbanding zaman dahulu yang mana ilmu itu perlu dicari-cari.

YB Dato' Dr Hassan Ali
Mencerita kisah hidupnya sendiri untuk dijadikan panduan jika ada baiknya. Bapanya Imam Masjid, ibunya guru Al-Quran. Adik beradik 8 orang. Nasi/hidangan tidak akan dimakan selagi mana bapanya belum menjamah makanan (berbanding anak-anak kita sekarang). Pinggan/cawan/gelas bapa adalah sangat ditakuti untuk digunakan oleh adik-beradik yang lain. Bapanya sentiasa bersolat di masjid.
Anak-anak tidak berani lalu di hadapan tetamu ibubapa. Kalau lalu belakang pun dengan kata-kata - saya lalu belakang.
Bapanya ada sebatang ekor ikan pari (bukan rotan...) yang diguna hanya untuk dua sebab. (1) lambat solat (bukan tidak solat!!!) dan (2) jika bapanya terdengar ada anak yang membantah/meninggi /melawan cakap ibunya.
Dato' Hassan sendiri pernah saksikan abangnya yang melawan cakap ibunya disebat dengan ekor ikan pari itu sehingga terkeluar daging/isi sehingga ibunya sendiri menangis...

Pegawai-Pegawai JAIS/Dato' Hashim
Pasangan suami isteri kurang dalami agama. Tidak faham hasrat sebuah perkahwinan.
Ada suami/isteri yang bertengkar di hadapan pegawai Kaunseling JAIS sehingga memaki hamun, berkata lucah - BABI,CIPAN- dan sebagainya seperti tiada hormat dan tiada ilmu sedangkan sudah bertahun-tahun hidup bersama.

Semuanya sewajarnya berbalik kepada ilmu agama dan amalannya.

Wednesday, July 15, 2009

Hanis ke Taman Seni Islam Selangor

(HANIS)

Kakak melawat Taman Seni Islam Selangor anjuran sekolahnya SMK Subang Jaya. Kongsi sedikit gambar.





Wednesday, July 8, 2009

mari belajar berbaik sangka...

Isu rumah bekas MB Selangor SINI

Pic from The Star

Tuesday July 7, 2009

Khir Toyo in bungalow row (By WANI MUTHIAH)

SHAH ALAM: Former Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo is again embroiled in controversy, this time over his sprawling bungalow in Section 7 near here.

The still empty bungalow which was estimated to cost RM24mil, was said to have been built on two bungalow lots.

It was claimed that Dr Mohd Khir had bought the lots for RM2.9mil and RM900,000 respectively before building his bungalow.

He was also alleged to have spent about RM20mil on fixtures as well as furniture imported from Bali.


===
Tak tau kat mana rumah ni? Dah ada orang lain yang tolong blok/tunjukkan tempat di WIKI.

Bila baca hal ini kita kena belajar berbaik sangka, jangan sibuk tanya camana dapat duit, berapa lama jadi MB dan sebagainya, can MB afford this? --- untuk cuba berbaik sangka, sila lawat blog ini >>>
SINI.
===

Soalan:: Cuba teka, rumah banglo bawah ni pun seorang MB punya juga,siapakah MB itu???

Sunday, July 5, 2009

Sekitar Hari Keluarga Al-Mukminun USJ2



Antara anak-anak jemputan khas oleh masjid dan diberi kupon untuk membeli-belah di gerai-gerai.




Tuan Haji Muzammli (Nazir Masjid) berucap. YB Dr. Halimah & YB Hannah Yeoh turut hadir.

Pertandingan a-nyam ketupat dan isi boreh.
Pertandingan Chess. Kebetulan saya suka main chess dan saya ikut Pak Haji ni punya game/move. Ganas. Main attack je, habis bungkus semua orang...orang lama beb...

Musical Chair - semua dapat hadiah.
Saudara baru - Mohd Adam (kanan) yang turut bagi ceramah kepada para hadirin mengenai kenapa beliau memeluk Islam (setelah mendalami Islam ketika berumur 16 tahun).