Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

asam kundang

(Hanis, Hanif, Hanaa)

dulu kecik-kecik banyak asam kundang ni kat kampung...boleh dimakan begitu sahaja @ dibuat jeruk (muda). pokoknya besar macam pokok rambai...la ni yilekkk...
.
kesian jugak budak-budak sekarang...tak tau pun apa buah ni & tak tau pun rambai serta pokoknya...

Friday, January 9, 2009

MARKISA

MARKISA - macam nama awek kan...?
.
Pernah tengok/makan pokok/buah MARKISA? Pokoknya menjalar macam pokok anggur, boleh berbuah selepas 6-9 bulan. Belum ada projek ladang MARKISA secara komersil diusahakan di Malaysia (setahu saya). Buah MARKISA bulat -- lebih kurang macam epal. Rasa/bau buahnya sedap/wangi/harum dan boleh berbuah sepanjang tahun. Buahnya boleh dimakan terus, masak, buat jus -- ikut mudah la...
.
Serupa macam nak tanam anggur/grape, maka kalau nak bela girlfriend baru bernama MARKISA di rumah anda, make sure anda ada pergola (sebaik-baiknya) & then, hubungi saya.


Tuesday, August 5, 2008

MUAR dilimpahi musim buah-buahan

sejurus lepas pi visit Proton's Technology Week, lewat petang tu kami sekeluarga terus bergegas lari balik ke Muo (Muar)... Muo tengah musim buah-buahan (....takde kena mengena dengan saudara sedurian tu). Durian, manggis, dokong, langsat, duku, pulasan, rambutan, jambu, kelapa, jering, pisang berangan... peh semua ada dalam kebun. yang penting, kena petik, kopek kulit, masuk mulut dan kena kunyah sendiri...lepaih tu jangan lupa telan...kulit boleh buang merata-rata (atuk depa kata tak pe...buang je lah...)




buah pulasan (pulas + an)
buah rambutan (rambut + an) & buah kelapa



kat muar depa panggil ni jambu ball (tempat lain kawan idak le tau)

cucu-cucu atuk sedang bertugas secara sukarela kutip rambutan gading (rambutan kuning)


superman datang membantu...(yang tengah tu) bior betul????


pokok duku

Hanaa tengah tunjuk contoh buah manggis



Hanaa tunjuk cara-cara yang betul memanjat pokok manggis kepada cousins

...dan ianya diikuti oleh Hanif...(.. laaaaa patah le dahan tu...)

selepas gagal memanjat pokok manggis, Hanif cuba memanjat pokok durian..!!

makan durian mentah (kena jolok) -- abah Hanif punya kerja la tu...
(peraih durian beli durian dari orang kampung RM0.50 sekilo...!!!! korang ni tak patut betui la...hangpa jual kat KL sedap-sedap je RM5-10 sekilo...)
sebahagian buah yang larat dikumpul oleh cucu-cucu atuk...

&

seperti biasa sebelum balik dari Muo, inilah ole-ole nya.. mee siput (untuk stok)