Showing posts with label anggur. Show all posts
Showing posts with label anggur. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Pokok Nadir (Pokok Lama) Yang Dilupakan

Kami di Dunia Dagang terlibat dalam menjual/mengedar pokok-pokok lama (pokok nadir). Kami bersedia menjual pada kuantiti besar selagi stok masih ada (ataupun makluman/pesanan awal diberikan untuk penyediaan).
.
Senarai pokok nadir yang kami ada termasuk buah keras, buah kerdas, kundang, markisa, asam gelugor, belimbing buloh, pokok cermai, gajus, keranji, buah sentul, sukun, nona, ceri, tampoi, beruas, longan dan lain-lain. Boleh hubungi kami untuk bertanya lanjut senarai ini.
.
Selain itu kami juga mengedar/menjual pokok buah dan pokok biasa seperti pokok kayu manis, pokok jambu, pokok durian, pokok durian belanda, anggur, pokok kedondong, pokok meranti seraya, jering, pokok meranti tembaga, kembang semangkuk, merawan siput jantan, pokok petai gajah/kahwin, karas gaharu, pokok asam putat, pokok pinang, pokok sentul dan sebagainya.
.
Harga-harga boleh dirunding mengikut jumlah kuantiti dan juga (kos) penghantaran boleh diuruskan ke tapak/lokasi projek. Sebarang urusan pembelian/pertanyaan, sila email kepada kami tajudinms@gmail.com

Thursday, March 19, 2009

projek tanam anggur (bukan menganggur)

Dunia Dagang selain daripada memfokus tanaman fertigasi/khidmat nasihat dan pembekalan item berkaitan, juga terlibat dalam penjualan anak benih daripada anak cili pelbagai variety, terung, rock melon, tomato,pokok anggur (hijau), pokok markisa sehinggalah pelbagai anak pokok tanaman herba seperti kunyit, pudina,lengkuas, misai kucing, pecah lemak, selom, kesum, pegaga, basil, selasih, serai wangi/paha (makan), kaduk, temu lawak, lemuni, bakawali etc.
.
Ianya untuk tanaman di ladang/pilot-project/agrotourism ataupun untuk lanskap/hiasan di laman rumah atau hobi, ikutlah minat masing-masing.


Anak pokok anggur (grape) dijual pada harga RM20/pokok jika membeli cuma sepokok. Jika beli lebih daripada 10, harganya ialah RM17/pokok. Jika membeli lebih daripada 20, kami jual RM14/pokok.


Pokok selasih.
Pokok pudina.
Pokok Markisa
Temu lawak
Misai kucing
Kunyit dalam bekas hiasan /planter
Hubungi/email saya jika berminat.

Friday, February 6, 2009

Gerak Usahawan 2009 --- KOKUAT

Dunia Dagang menyertai pameran Gerak Usahawan 2009 @ PWTC (6-8 Feb 09) di bawah booth naungan KOKUAT (Koperasi Kelab Usahawan Tani Berhad) -- koperasi ditubuhkan di bawah Kelab Usahawan Tani. KOKUAT mengambil 5 booth betul-betul di hadapan Booth besar tuan rumah -- MECD. Fokus pameran Booth KOKUAT kali ini lebih kepada pelbagai barangan organik -- termasuk baja-baja tahi kelawar/tahi lembu/sisa kelapa sawit, fertigasi, hidroponik, jualan pelbagai benih, kit bumi hijau, buku-buku berkaitan tani/asas tani, jus, tanaman anggur, orkid, rempah, kerepek, networking pasaran, pembiayaan dan sebagainya.
.
Upload sebahagian gambar.




Sempat lepak dan jalan-jalan kat area lanskap/pergola/hiasan luar rumah.
Wartawan siaran luar RTM Siti Murni Abdul Aziz buat lintas langsung. Kebetulan krew RTM park & buat lintas langsung betul-betul depan Booth KOKUAT (depan Booth MECD pun ye jugak).


Pergola ni kalau tanam pokok markisa @ anggur Isabella (anggur hitam), memang sesuai sangat...


YB Datuk Noh Omar, Menteri MECD ditemuramah oleh Siti Murni
Tetamu cilik yang bertandang ke booth KOKUAT, sempat posing tu --- steady la dik...

Saturday, July 5, 2008

taman sains - memupuk minat pelajar

bekerjasama memperbaiki dan mempersiapkan taman sains simde - memupuk minat pelajar menengah simde dalam proses pembelajaran mereka.




menanam pokok anggur di empat penjuru rumah kalis hujan. (kebetulan Majalah 3 malam ini pun buat liputan tanaman anggur di perlis... jom kita cuba di subang jaya). kepada para pelajar menengah yang ditugaskan menjaga dan mengawasinya pokok-pokok dan taman sains tersebut - selamat menjaga taman sains dengan baik.

.