Showing posts with label Ramadhan 1430. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1430. Show all posts

Friday, September 18, 2009

La Tahzan Ya Hajjah (Jangan Bersedih) Wan Chik Daud

(Hari ini Jumaat terakhir Ramadhan 1430H. Imam Abbas yang sampaikan khutbah Jumaat begitu sedih dan menangis kerana Ramadhan akan meninggalkan kita. Ketika mengetuai solat Jumaat tadi Imam teresak tersekat-sekat membaca menahan sedih. Hanif sendiri kata dia pun sedih dengar Imam macam tu...)

===

TUDUHAN mengatakan isteri kedua aktor veteran M. Rajoli, Wan Chik Daud tamak dan berpura-pura menjaga suaminya itu akhirnya membuatkan hubungan mereka terpisah.
Walaupun M. Rajoli dan Wan Chik masih lagi bergelar pasangan suami isteri, namun mereka secara zahirnya sudah tidak berhubung antara satu sama lain.
...

“Tetapi kadangkala tu, saya rindu juga untuk solat berjemaah dan berbuka puasa dengan suami,” ujarnya yang menganggap semuanya telah menjadi kenangan ibarat lagu ‘Tiada Lagi’ nyanyian ‘rocker’ Amy Search.
Jelas Wan Chik, dia menganggap setiap bait lirik lagu ‘Tiada Lagi’ mempunyai persamaan dengan kisah hidupnya.
Ditanya tentang statusnya yang masih bergelar isteri pelawak dan pelakon yang selalu membawakan watak orang warak itu, Wan Chik menjawab, “Kami tetap suami isteri sampai mati.”


Baca/Berita lanjut/Terperinci klik SINI
===
Sabar lah Hajjah, nak buat camana...

Saya cuma nak highlight lagu yang disebut tu, lagu oleh Amy Search -- Tiada Lagi



Sia-sia sudah

Kita jalin cinta

Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi

Aku harus menahan

Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu

Tak mungkinkan menyatu

Walau masih ada sisa cinta

Biarkan saja berakhir sampai

Di sini



(korus)

Tiada lagi yang ku harapkan

Tiada lagi yang ku impikan

Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintamu

Takkan lagi ku bersama mu

Biar ku simpan semua

Kenangan ku bersamamu



===

To Hajjah Wan Chik - practice what we preach, practice to forgive and forget. let bygones be bygones. Ni dah nak Raya Adilfitri --- bawak maaf-maaf la...


Nak dengar lagu Amy Search ni boleh, tapi jangan terbawak-bawak sedih...Amy Search bab nyanyi ni suara & penghayatan lagu dia dasat, tapi Amy pun dah berubah banyak dah...

Friday, September 11, 2009

...Allah tak terima MC...

Malam semalam bawak Hanif pi Klinik Rosli jumpa Dr. Nasir. Hanif batuk-batuk, berkahak dan lelah...
Hanif: Saya kena puasa ke esok Dr.?
Dr. Nasir: Puasa la
Hanif: Boleh Dr. bagi MC tak?
Dr. Nasir: Sekolah kan masih cuti UPSR?
Hanif: Tak, saya nak simpan MC nak tunjuk kat Allah, saya tak sihat tak payah puasa esok...
(yang kelakar tu Dr. Nasir layan...)
Dr. Nasir: oooo tak boleh, ini Dr. punya MC tak laku depan Allah...
(Dr. Nasir yang peramah tu ketawa berdekah-dekah...)

Tuesday, September 8, 2009

Hati Anak Yatim II

Lepas blog rakan satu batch (39 tahun) yang baru kematian suami (anak 4 orang - umur 15, 13, 9 dan 3 - menjadi anak yatim) dan memblog beberapa cerita berkenaan anak yatim SINI dan SINI dan banyak lagi kisah anak yatim di blog ini, mungkin ramai tertanya apa halnya?
.
Ya, saya suka anak yatim dan saya sangat sayang dengan anak yatim. Allah jadikan saya begitu. Dan Allah juga yang telah menjadikan saya seorang anak yatim ketika saya baru berumur 4 tahun.

---

(Hanis, Hanif, Hanaa - baca ini, mungkin panjang sedikit, kalau tak baca hari ni, boleh baca 10 tahun lagi pun tak pe... janji baca...)

---


Abah saya meninggal ketika saya baru berumur 4 tahun (1974), orang kata saya ketika itu masih berebut puting dengan abang saya 6 tahun dan adik perempuan saya (yang bongsu 2 tahun). Emak ketika itu berumur sekitar 35-39 tahun (serupa macam cerita kawan saya yang baru kematian suami itu).
.
Apa perasaan jadi anak yatim?
Ini adalah soalan paling saya benci bila ada orang tanya (orang ramai, guru, masyarakat) dan pada saya ini adalah soalan paling bodoh untuk ditanya kepada anak yatim! Samada pakar motivasi ke atau siswa/siswi U yang masuk kampung, jangan sesekali tanya anak yatim apa perasaan dia jadi anak yatim. Ini soalan bodoh dan tidak memahami hati anak yatim!
.
Pun begitu, saya bersyukur pada Allah kerana Allah mengeluarkan/hilangkan ingatan saya ketika hari Abah meninggal dunia. Saya tak ingat apa-apa. Atuk dan Pak-Pak Sedara saya (bila saya dah remaja, mereka ada bertanya samada saya masih ingat atau tidak peristiwa itu). Saya kata tidak. Yang saya ingat ialah saya rasa gembira pada hari itu kerana saya melihat gerobok baru (almari) --- saya ingat almari, tapi dah sekolah baru tahu itu keranda untuk abah. Cuma "gerobok" yang diusung masuk ke rumah sahaja yang saya ingat --- lain-lain tidak ingat.
.
Mengikut cerita Atuk dan Pak-Pak Sedara saya --- sebenarnya, sayalah yang paling kuat menangis dan melalak memanggil Abah hingga terpaksa didukung emak / orang ramai / orang kampung untuk ditenangkan. Tapi, Allah keluarkan memori sedih itu dari ingatan saya.
.
Emak tidak bekerja waktu Abah meninggal dunia. Kakak saya yang paling sulung ketika itu Tingkatan 4 (kalau tak silap) @ Tingkatan 5, mungkin. Pada suatu hari, ketika saya sudah mulai pandai membaca (Darjah 1 atau Darjah 2) saya terbaca buku catatan kakak saya (macam diary - buku tebal hardcover). Saya lupa adakah buku itu kepunyaan kakak saya yang sulung atau yang kedua. (maaf kak, saya terbaca! tak sengaja...). Beza umur mereka berdua cuma 1 tahun. Catatan buku itu ceritakan peristiwa sedih kematian Abah dan susulan bulan-bulan selepas itu. Memang mereka sedih, sangat sedih dan sayu melihat emak. Hingga mereka bercadang untuk berhenti sekolah menjaga dan membantu emak serta membantu adik-adik yang kecil. Bayangkan umur mereka baru sekitar 15-17 tahun. Emak mintak mereka terus sekolah kerana mereka akan jalani peperiksaan (LCE atau MCE).
.
Allah takdirkan kita jadi anak yatim.
Kalau kita tak jadi anak yatim, kita tak cukup tahu perasaan anak yatim. Ketika kecil, saya irihati melihat mereka yang ada bapa --- hingga saya tertanya kenapa bukan ayah mereka yang mati dahulu? Tapi itu perasaan sementara, kerana selain daripada emak, saya disayangi oleh Atuk dan Pak-Pak Sedara saya yang ramai (satu kampung) terutama Pak Cik saya. Pak Cik suka ke sekolah saya terutama bila hari report card kerana dia suka saya selalu mendapat No. 1. (saya pernah blog sajak khas untuk Atuk SINI)
.
Lepas saya berkahwin dan dapat anak, saya berdoa agar anak-anak saya tidak menjadi anak yatim ketika umur mereka sekitar 4 tahun, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, saya rasa sebenarnya adalah lebih pahit lagi jika bapa mereka meninggal ketika mereka telah mulai remaja (berdasarkan kesan psikologi kakak-kakak & abang-abang saya berbanding saya)
.
Kepada anak-anak yatim yang membaca blog ini.
Anda semua anak yang istimewa dan memang Allah jadikan anda wujud dalam masyarakat, supaya masyarakat hargai kalian. Allah juga mahu hukumNya terlaksana ke atas mereka yang memakan harta anak yatim. Allah biarkan kita sebagai anak yatim hadir dalam kehidupan masyarakat kerana Allah ingin melihat masyarakat itu membela kita.
Ketika saya di sekolah rendah --- dua orang yang paling saya ingat kerap menjemput anak yatim makan di rumah mereka ialah Pegawai Daerah Muar (DO) masa itu dan juga mantan Menteri Besar Johor (Arwah Tan Sri Othman Saat - rumahnya di sebelah kampung saya). Kerapnya mereka membuat jamuan makan untuk anak yatim sehingga saya menjadi malas untuk dibawa pergi ke rumah mereka.
Pesanan kepada Anak Yatim.
Pandanglah ke hadapan, jangan sesali kehidupan tanpa ibu dan ayah. Semuanya telah menjadi takdir Allah. Ambillah ayat Al-Quran ini sebagai semangat untuk hidup bahawa Allah bersama golongan anak yatim.
….. kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta. (Al-Baqarah 177)

Dalam satu riwayat, di padang mahsyar nanti umat Nabi s.a.w akan dibahagi kepada 12 kumpulan, satu daripadanya ialah (kumpulan ke-9) --- Mereka diiring dengan wajah hitam, mata biru dan perut penuh dengan api, maka terdengarlah suara Yang Maha Pemurah: "Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim."

Allah Ta’ala juga berfirman, “Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat).”

Dalam firman yang lain, Allah Ta’ala menyatakan, “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.”

Nabi s.a.w bersabda, ”Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang membinasakan!”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu?” Beliau menjawab, “Menyekutukan Allah, berbuat sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan perang, dan menuduh (zina) wanita mukminah yang baik-baik.”

.
Kepada Masyarakat
Bantulah anak yatim samada dari segi wang ringgit mahupun kasih sayang, lebih-lebih di bulan Ramadhan yang barakah ini. Kalau boleh (berduit) cari anak yatim, jadikan anak angkat ataupun sponsor pembelajaran/asuh mereka menjadi orang yang bertaqwa. Kalau tidak berduit, keraplah melawat/bergaul/bercerita/mengajar mereka di rumah anak yatim. Ingat Hadis Nabi s.a.w yang sangat menganjurkan mengasuh anak-anak yatim. Ini disabda Baginda yang menjanjikan hidup berdampingan bersama Baginda di Syurga bagi orang yang mengasihi anak yatim. Sabda Nabi, “Aku dan pengasuh anak yatim di Syurga seperti ini.” Baginda mengatakannya sambil menunjukkan kedua jari Baginda, jari telunjuk dan jari tengah.
---
(Kepada Hanis, Hanif, Hanaa --- kasihkan anak-anak yatim sebagaimana Abah telah dikasihi ramai orang sewaktu kecil dahulu. Layan mereka dengan santun/mesra dan berkawanlah dengan mereka)

Monday, September 7, 2009

Ambik sikit semangat Nabi & para sahabat

Diriwayatkan bahawa Nabi dan para sahabat terlibat dalam beberapa peperangan ketika bulan Ramadhan seperti Peperangan Badar dan Tabuk. Banyak juga peristiwa besar berlaku dalam bulan Ramadhan. Bahkan pembukaan Kota Mekah juga berlaku pada bulan Ramadhandahan.
Tak mau berdiam, Masjid mengadakan gotong royong semalam bermula jam 8. Cuma buat/cat tempat parking di sekitar masjid.
Imam 11 - Ustaz Wan Adam (jubah)

Ambik semangat...

Saturday, September 5, 2009

Selamat Tempuhi Peperiksaan UPSR/PSRA

Pagi tadi berlangsung solat Hajat dan bacaan Yassin murid tahun 6 SIMDE dan juga GASIS (Gabungan Sekolah Islam Swasta) yang akan menduduki peperiksaan UPSR / PSRA di SIMDE. Program berlangsung di Masjid Darul Ehsan dan dipimpin oleh Tuan Imam, Ustaz Imran Nasoha. Selain murid, yang turut hadir ialah ibubapa dan guru.
Masjid Darul Ehsan baru diubahsuai sempena Ramadhan 1430 ini.

Khusyuk dengar Taklimat oleh Guru Besar. Kementerian Pelajaran keluarkan arahan, setiap murid kena memakai topeng muka sepanjang waktu exam dan mereka akan dipastikan suhu badannya sebelum masuk ke exam hall. Murid bersuhu lebih 37.5 degree akan diasingkan di bilik exam yang lain, dan yang lebih daripada 39 degree akan dibawa terus ke klinik.
Sesi bersalaman/bermaafan.
Kepada semua murid Darjah 6, jaga kesihatan baik-baik sepanjang musim pepriksaan ini. Buat yang terbaik. Selamat tempuhi UPSR/PSRA dengan jayanya!!!

Friday, September 4, 2009

Program Nuzul Quran @ MABAS

Program Nuzul Quran di Masjid Abu Bakar As-Siddiq.
(masjid ini mengadakan Majlis Berbuka Puasa/Moreh setiap hari)

5 September (15 Ramadhan) --- Solat Hajat UPSR/PSRA (Selepas Solat Isyak - sebelum Tarawih). Sila bawa kaum keluarga terutama yang akan mengambil peperiksaan

6 September (16 Ramadhan) --- Kuliah oleh Ustaz Muhd Adwin Yahya Al-Yamani (selepas solat Tarawih 8 rakaat sahaja malam itu)

7 September (17 Ramadhan) --- Kuliah Subuh oleh Ustaz Subki Abd. Rahim

8 September (18 Ramadhan) --- Kuliah oleh Ustaz Dasuki Abd. Ghani (selepas solat Tarawih 8 rakaat sahaja malam itu)

Semua dijemput hadir.

Monday, August 31, 2009

Happy Anniversary!!!

Today (31 August 2009, 10 Ramadhan 1430H --- Merdeka Day!!!) is our 14th (wedding) Anniversary. Pi mana? Dok rumah lerr. Bulan Puasa.
.
31 August 1995 - akad nikah, and a day after - mula gerak ke Lumut/Pangkor. 2-week of travelling & excitement!!!

.
.
.
.
LUMUT-BERUAS-TERONG-PARIT BUNTAR

Hamparan jalan ini
Tersimpan seribu kenangan, berdua
Bersama mengenali hati budi, dalaman
Bersama meredah
Jalan pra-merdeka
Yang pertama kali ku jejaki
Seumur hidup ini

Tidak pernah ku lalui sebelumnya
Jalan ini
Dan tidak akan ku lalui lagi selepas ini
Kerana bentuknya berliku panjang
Ditambah pula suasana senyap dan sunyi
Menggusar semua hati

Indah permai
Nyaman tenang
Gembira bersama si dia
Sepanjang jalan
Yang menyimpan pahit manis
Lipatan sejarah pahlawan terbilang


-tajmosa-
5 Sep ’95 - berbulan madu 3 pulau, berdua

*luv u dearest darling! happy anniversary! May Allah bless us always. May happiness will always be with us and family. luv u*

Thursday, August 27, 2009

Asma Allah by Sami Yusof



Lagu Tema Sirah Anbiya' Jejak Rasul 15 TV3 Ramadhan 1430H

---

Asma Allah

Raheem, Kareemun, ‘Adheem, ‘Aleemun,Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-KnowingForbearing, Wise, Firm)
Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, GhaffaarunTawwaab, Razzaaqun, Shaheed

(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, ForgiverAccepter of Repentance, Provider, Witness)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali MuhammadYa Muslimeen sallou ‘alayh

(O my Lord send salutations upon MuhammadAnd upon the Family of MuhammadO Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi MuhammadYa Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon MuhammadAnd upon the Companions of MuhammadO believers, send salutations upon him)
.

Lateef, Khabeerun, Samee’, BaseerunJaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-SeeingMajestic, Watchful, Responsive)
Ghafur, Shakourun, Wadud, QayyumunRa’uf, Saburun, Majeed

(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsistMost Kind, Patient, Most Glorious)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali MuhammadYa Muslimeen sallou ‘alayh

(O my Lord send salutations upon MuhammadAnd upon the Family of MuhammadO Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi MuhammadYa Mu’mineen sallou ‘alayh

(O my Lord send salutations upon MuhammadAnd upon the Companions of MuhammadO believers, send salutations upon him)
.

Allahu Akbar, Allahu Akbar,La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is GreaterThere is no god but Him, the King, the Most Holy)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Rahmanu irham dha’fana

(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana

(O Forgiver! Forgive our sins)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Sattaaru ostour ‘ouyoubana

(O Concealer! Conceal our defects)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Mu’izzu a’izza ummatana(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Mujeebu ajib du’aa’ana

(O Responsive One! Answer our prayers)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Lateefu oltof binaa (x3)

(O Gentle One! Show gentleness to us)
Oltof binaa(Show gentleness to us)

Tuesday, August 25, 2009

Memperbaiki & Memperelokkan Amalan Ramadhan

(Hanis, Hanif, Hanaa)
.
Dalam Tazkirah Subuh pagi ini, Imam II Ustaz Wan Adam menperjelaskan orang yang menpersiakan Ramadhan.
.
a. Orang yang berpuasa tetapi masih mengumpat/mencela.
b. Orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan tarawih. Tarawih itu hanya hadir pada bulan Ramadhan sahaja. Seingga mengikut ulama Mazhab Syafie, Tarawih itu dengan sendiri boleh menjadi niat untuk berpuasa Ramadhan.
c. Orang yang berpuasa tetapi tidak bertadarus Al-Quran. Allah s.w.t melipatgandakan pahala bagi setiap huruf yang dibaca pada bulan Ramadhan. Bagi yang tidak fasih membaca (atau merangkak-rangkak atau tergagap-gagap), pahala baginya dua kali ganda lebih daripada mereka yang fasih membaca. Jika tidak mampu juga membaca, jadilah orang yang mendengar mereka yang bertadarus. Kerana dalam kelompok orang yang bertadarus itu, hadir para malaikat membawa rahmat dan doa.
(khusyuk Hanif dengar tazkirah sampai terlentok kepala tersandar kat dinding, ok la tu...)
---
Dalam khutbah Jumaat lepas, khatib mengingatkan bahawa sia-sia Ramadhan seseorang itu
a. dia berpuasa tetapi tidak menunaikan solat
b. dia berpuasa tetapi masih berjudi/menikam nombor ekor dan melakukan maksiat
c. dia berpuasa dalam keadaan tidak menutup aurat
Moga kita perbaiki amalan Ramadhan kali ini.

Thursday, August 20, 2009

Hidupkan Tadarus Al-Quran

Jadual Tadarus Al-Quran Masjid Abu Bakar As-Siddiq
.
Dewasa - Setiap malam selepas Solat Tarawih/Witir
.
Biro Muslimat - Setiap hari mulai jam 8.30 pagi, mulai Isnin (24 Ogos)
.
Biro Pemuda - Setiap Sabtu & Ahad untuk semua peringkat remaja/pemuda. Waktu: selesai solat Zohor - solat Asar (mulai Sabtu ini 22 Ogos) ***Update: 22-31 Ogos setiap hari selepas Solat Zohor***
.
Dalam kuliah Maghrib tadi, Ustaz Lokeman Hazli pesan --- bahawa tadarus ni tak payah laju-laju, jangan nak kejar khatam sangat, yang penting tertib dan lebih baik difahami dengan seorang baca terjemahan ayat/surah. Insya-Allah.
Setuju dengan Ustaz. Ini boleh bantu mereka yang tak lancar baca Al-Quran pun boleh turut serta --- at least, dengar sahaja & boleh faham maksud ayat, sudah cukup baik.

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan 1430H

Maaf atas segala kesilapan/kesalahan dari kami sekeluarga. Moga Ramadhan kali ini lebih baik isi/amalnya daripada yang sudah-sudah
.
Terlupa cara niat/fadilat Ramadhan --- sila baca semua tulisan lama blog ini berkenaan Ramadhan di SINI.

Waktu Imsak/Berbuka bagi Subang Jaya, Sepang, Petaling & Shah Alam bagi 1430H/2009M lihat SINI