Sunday, January 1, 2012
1 Januari 2012 (Genap 42 Tahun)
.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang terus mengurniakan rezeki dan kesihatan yang baik dan yang paling penting rahmat bahagia bersama keluarga tercinta.
.
Moga Allah s.w.t terus melimpahkan rahmat dan keberkatanNya dengan umur yang panjang, sihat tubuh badan, murah rezeki dan iman yang kekal, selama ada hayat. Juga kepada kita semua.
.
Thank you Allah.
Friday, December 23, 2011
Hanis dapat 9A PMR 2011
Tuesday, June 14, 2011
My1Stop: Facts - The Future of Online Biz
.
Ciri-ciri yang dikehendaki rakyat Malaysia untuk membeli-belah secara online (hasil kajian terperinci sepenuhnya):
.
a.Selamat (47%)
b.Perlindungan ke atas pembelian/barang, sampai & mengikut spesifikasi (34%) c.Pembayaran tanpa no kad kredit & no akaun bank (31%)
d.Mengesan pembayaran yang dibuat (22%)
.
2 Alasan Mengapa Orang Malaysia tidak mahu membli-belah secara online:
.
i.Kelajuan Internet tidak memuaskan (48%)
ii.Transaksi tidak selamat (37%)
.
Sebab pengguna membeli-belah secara online:
.
a.Produk tiada dalam Malaysia (65%)
b.Pelbagai pilihan (55%)
c.Kualiti yang bagus (36%)
d.Berpatutan & Mudah (35% setiap satu)
.
Profil pelanggan / pembeli online
.
a.Pendapatan tinggi (50%)
b.Pendapatan pertengahan & pertengahan rendah (41% & 38%)
c.Pendapatan rendah (40%)
.
Dan daripada itu semua, 40 pembeli online adalah kategori pelajar & surirumah.
.
.
---
Monday, May 16, 2011
Malaysia Online Shopping Mall: My1Stop - The Way Forward
Perbelanjaan besar lain yang dihabiskan rakyat negara ini termasuk bayaran bil sebanyak RM329 juta atau 18%; hiburan dan gaya hidup (RM255 juta, 14%); peralatan elektronik dan teknologi maklumat (RM218 juta, 12 %), insurans (RM205 juta, 11%), fesyen dan kecantikan (RM181 juta, 10 %) dan hadiah dan koleksi (RM68 juta atau 4%).
.
Pengarah Urusan dan Pengurus Besar PayPal Asia Tenggara dan India, Elias Ghanem, memaklumkan angka terbabit disifatkan agak mengejutkan untuk negara yang mempunyai penduduk berjumlah hampir 27 juta orang.
.
“Keupayaan jalur lebar yang kemungkinan menjadi antara punca utama penduduk Malaysia mampu berbelanja secara online, namun kajian kami menunjukkan penduduk bandar lebih cenderung menjengah kedai online berbanding penduduk luar bandar atau sub bandar.
.
<< Menurutnya, golongan berpendapatan sederhana dan ke atas menguasai 70 peratus perbelanjaan online. >>
.
“Kuasa pembeli golongan ini biasanya lebih tinggi selain pendedahan kepada dunia Internet yang lebih luas,” katanya.
.
<
.
Bagaimanapun, Elias kecewa apabila kuasa Internet tidak dimanfaatkan golongan peniaga apabila hanya 100,000 daripada 600,000 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini yang aktif dalam dunia online dengan menawarkan perkhidmatan dan produk mereka.
.
“Agak menyedihkan kerana kebanyakan PKS masih belum memanfaatkan dunia digital dalam memperluaskan perniagaan mereka walaupun kajian yang dikeluarkan kami menunjukkan jumlah beli-belah online di negara ini mencecah sehingga RM1.8 bilion pada tahun lalu,” katanya.
<< PKS tempatan perlu memanfaatkan Internet sebagai platform mengembangkan perniagaan kerana Internet kini berupaya memperluaskan jaringan di peringkat global. >>
.
“Untuk menarik pelanggan online dan menguasai pasaran membeli-belah online yang berkembang pesat, peniaga tempatan harus menggunakan pelbagai saluran dalam platform untuk menjual produk.
.
“Pasaran membeli-belah online berkembang pantas dan pelanggan tempatan semakin mencari nilai terbaik dalam pembelian produk dan perkhidmatan menerusi laman web,” katanya. .

Monday, February 14, 2011
Baja Organik Bioaktif Tulen
Antara aktiviti perniagaan kami di Dunia Dagang (www.duniadagang.com) ialah penglibatan pembekalan Baja Organik Bioaktif Tulen (Pure Organic Bioactive Fertilizer, Baja Mikrob Organik) - najis kumbahan ayam yg telah diproses putih/kering 40 hari. Ianya tidak berbau dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman terutamanya dalam projek tanaman/ladang organik atau baja pokok untuk tanaman seperti sawah padi, jagung, betik, belimbing, melon/tembikai, sayuran (timun, salad, cili, kobis, sawi), ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang bunga-bungaan dan untuk rumput padang golf. Harga 1 tan=RM625. (Pembelian 10 tan=RM6,250 dengan kemudahan penghantaran percuma - Utara Johor, Melaka)
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut (tajudinms@gmail.com atau duniadagang@gmail.com)
Wednesday, January 5, 2011
Kursus Kepimpinanan Sukarelawan (PUSRAWI JKM)
Baru-baru ini, saya mengendalikan 3 hari 2 malam kursus kepimpinan dan sukarelawan untuk para jururawat/nurse daripada Pusata Rawatan Islam Kuala Lumpur (PUSRAWI) dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur. Ianya satu progaram yang sangat padat, sehinggakan ada beberapa Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam modul yang kami sediakan, tidak dapat dihabiskan. Aktiviti petang dengan Explorace/Treasure Hunt menjadikan semangat berpasukan lebih tinggi lagi. sangat menyeronokkan dan penuh dengan ilmu maklumat penting.Saturday, January 1, 2011
And Again...The Whole World Celebrates My Birthday!!!
Friday, November 19, 2010
Kata-Kata Aluan Hari Ihtifal Sekolah November 2010
Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG SIMDE
Kepada mereka yang menerima anugerah dalam Ihtifal 2010 kali ini, teruskan usaha untuk lebih cemerlang untuk masa-masa akan datang dan membantu supaya warga SIMDE yang lain terus cemerlang bersama-sama. Kepada yang belum atau tidak menerima anugerah Ihtifal tahun ini, jangan kecewa atau berputus asa, sebaliknya terus tingkat dan lipatgandakan usaha ke arah yang lebih baik.
Bersama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita di SIMDE yang akan menjadi pewaris kita supaya mereka cemerlang di dunia dan akhirat. Di samping itu, kita doakan juga agar Allah s.w.t sentiasa memberi rahmat, keberkatan dan dan kesihatan yang baik kepada guru-guru SIMDE yang terus menerus mengajar anak-anak kita dengan penuh tekun dan ihsan.
Terimakasih.
PIBG SIMDE - MUAFAKAT, IKHLAS, MEMBINA
Kata-Kata Aluan Hari Sukan Sekolah Oktober 2010
SEPATAH DUA KATA DARI
YANG DIPERTUA PIBG SIMDE
Beriadah, rekreasi dan bersukan adalah rutin aktiviti sihat yang perlu diamalkan. Selain ianya dapat menyihatkan tubuh badan, ianya dapat memberi ketenangan, mengurangkan stress tekanan dan memupuk semangat kekeluaargaan, kejiranan serta merapatkan tali silaturahim sesama masyarakat.
Begitu juga dengan Hari Sukan ini. Selain menelaah, belajar, menjalani peperiksaan di dalam kelas, Hari Sukan dapat membawa minat murid/pelajar untuk aktif dalam pertandingan sukan dengan semangat kesukanan bagi setiap acara yang dipertandingkan. Kcemerlangan sistem pendidikan seharusnya bukan hanya diukur melalui prestasi peperiksaan tetapi juga kepada aktiviti sukan dan aktiviti luar kelas samada dalam bentuk persatuan, badan beruniform atau juga pertandingan bukan sukan yang lain seperti debat, bahas, berpantun, matematik dan sebagainya.
Hari Sukan seperti ini juga dapat melibatkan dan merapatkan hubungan ibubapa dan guru serta anak-anak kita. Semoga Hari Sukan ini mampu mencapai okbjektifnya. Kepada semua yang terlibat dalam Hari Sukan ini, selamat bertanding dengan semangat kesukanan. Badan yang sihat menzahirkan keceriaan dan kecerdasan.
PIBG SIMDE - “MUAFAKAT, IKHLAS, MEMBINA”
Tuesday, August 31, 2010
DIRGAHAYU MALAYSIA, MERDEKA (& 15th. ANNIVERSARY!!!)
Semangat tergenggam
Erat memacu segala derita dan angkara
Awal sejarah dan ke akhirnya
Meningkatkan jati diri memuncak
Belakang hanya menoleh, tidak berundur
Keturunan ini
Bangsa ini
Tanah bertuah ini
Di bumbung besar yang satu
Bersatu tidak berpecah runtuh
Merdekalah rakyat dan bangsa
Di tanganmu negara berjuang untuk terus hidup dengan arah yang jitu
Merdekalah pandangan
Merdekalah fikiran
Merdekalah jiwa
Merdekalah darah
Merdekalah semangat
Kental dan bermaruah
Dalam perjuangan
Ini hak kita
Di tangan kita tergenggam semua bicara
Majulah
Majulah semua
Rakyat Malaysia
Merdekalah semua
Rakyat Malaysia
Dabiklah dada bangga dan berani
Ini negara bertuah
Biar segala pancaroba melanda
Pijaknya tetap erat di sini, tidak berganjak
Dirgahayu Malaysia
Saksikanlah
Ini bangsa bersatu dengan jiwa padu
Merdeka
Merdeka
Merdeka
-tajmosa-
sempena menyambut 31 Ogos 1998
Hari ini juga 31 Ogos 2010 ialah hari ulangtahun perkahwinan saya & isteri yang ke-15 (15th Anniversary). Moga Allah s.w.t terus melimpahkan kami sekeluarga rahmat, kebahagiaan & rezeki yang berpanjangan berbahagia dunia/akhirat. AMIN 15x.
Tuesday, July 27, 2010
Perfect 10 Rafting --- (10.10.10)
(family, individual, group, team, company, etc)
Registration is OPEN now. Sms or email me tajudinms@gmail.com or visit here for details http://www.squidoo.com/perfect-10-challenge Wednesday, July 14, 2010
Congrats to DRB-HICOM - International College of Automotive (ICAM)

===
===
From NST
Being the country's largest fully-integrated automotive corporation, he said DRB Hicom set up the campus to overcome the lack of skilled workers in the industry. He said the situation could get worse if the demand for skilled workers for the industry was not heeded.
This was especially so with the government's decision to turn Malaysia into a leading automotive hub in the region.
"We hope the college can help narrow the gap and serve the industry," he said after Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin visited the campus yesterday. Khaled was earlier briefed about the college and taken on a tour of the facilities, including its research centre and laboratories.
"There are several institutions providing similar programmes but some of them do not meet the industrial standards and needs.
"This is part of our efforts to recognise their performance and help them progress." ICAM has two intakes in April and September every year.
===
===
Way back in mid-90s till early 2000, there were many mega projects for DRB-HICOM to venture in. I still remember some projects/proposals (invloved as team member) include Wafer Fabrications (mid-90s), Independent Power Plant (IPP), healthcare/private hospitals ('96-'98), Automotive CSA (2004), Offshore Patrol Vessels (OPV - mid-90s), Auto-Hypermart (to house mall/auto-5S etc under one roof, like the one in Juru, Penang) including this education project under the project called DRB-HICOM's Center Of Excellence (COE '98-'00). These were considered national projects. Unfortunately, the projects were either KIV or scrapped (some scrapped half-way). Money factor? No. Not that DRB-HICOM didn't have money to invest. The financial strength was there. Somehow the push factor, the commitment to lead the nation/industry (especially when come to new ideas/new project ventures) were not enough /there. These are cash-cow projects (see those involved in that industries today).
Luckily this ICAM (perhaps the new version of COE) materialised and took-off well. Congratulations!
Sunday, June 20, 2010
Produk-Produk 4Life Transfer Factor (TF)

4Life Transfer Factor PLUS Advanced - meningkatkan daya imunisasi badan (boost natural killer cells) 437%. Includes Cordyvant, a proprietary blend of ingredients such as maitake mushrooms, shiitake mushrooms, cordyceps, and beta-glucan. Juga mengandungi ekstrak Agaricus Blazeli (raja cendawan) yang berfungsi mengecutkan tumor/ketumbuhan; Beta Sitosterol - perangsang daya imun; ekstrak Zaitun - menurunkan kadar duplikasi sel jangkitan kuman (seperti denggi, H1N1 & variasinya etc). Sebotol ada 90 kapsul (harga 278.40 untuk bukan Ahli)
4Life Transfer Factor Advanced - sama seperti No.1 di atas cumanya ianya adalah dalam bentuk chew (boleh dikunyah) sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang suka mengunyah. Harganya untuk bukan Ahli ialah RM207.60.
4Life Transfer Factor RioVida - Immune IQ yang mempertingkatkan imunisasi sistem ketahanan badan kita. Featuring Transfer Factor E-XF and NanoFactor, combined with the potent antioxidants of super fruits. Includes a potent fusion of antioxidant juices, including açaí, pomegranate, blueberry, and elderberry. Revs up energy reserves with a composition of essential fatty acids, amino acids, trace mineral and flavonoids. Sesuai juga untuk mereka yang mudah letih, mengantuk, rabun etc. Harga bukan Ahli RM298.80 (untuk setiap pek 2 botol di atas)
---
Sebenarnya ada lagi produk-produk 4Life TF yang lain yang fokus kepada Cardio Vaskular, anti-oxidant, mereka yang kolestrol tinggi,kencing manis, insulin - saya akan fokus di lain posting.
Boleh hubungi/emel saya tajudinms@gmail.com untuk maklumat lanjut atau ingin menjadi ahli, pelanggan, agen, pengedar. Menjadi Ahli adalah lebih baik kerana keistimewaan pelbagai bonus dan harga produk yang jauh rendah.
---
(maklumat lanjut produk/pembelian online sila ke online Mall kami, klik My1Stop atau untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang produk 4Life sila ke web rasminya www.4life.com )
Saturday, May 22, 2010
Naskah Yang Baru --- (sajak)
Inilah naskah ke-40
Membuka bicara
Mukaddimah lembaran hidup
Yang menentukan hala tujumu
Naskah coretan lama sudah ditutup
Disimpan mana yang elok
Dikambus mana yang buruk
Dibakar mana yang teruk
Terkandung pelbagai cerita suka dan duka
Enak gembira gelak ketawa
Dari lahirmu hingga kini
Dan inilah naskah terbaru
Bacalah mulai helaian pertama
Baris pertama
Perenggan pertama
Teruskanlah hidup ini
Mulai hari ini
Mulai tahun ini
Dan untuk tahun yang akan mendatang itu
-tajmosa-
Wednesday, April 14, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Score A Program (S.A.P)

Tuesday, February 16, 2010
Nasi Ambeng (Ambang)
Ni lauk yang akan diletak atas nasi. memang tak de kuah sangat. Dulu-dulu dialas dengan daun pisang juga (bukan pinggan). Tapi la ni guna pinggan untuk lauk, nak mudahkan sikit.Wednesday, February 3, 2010
...sentiasa dalam kerinduan...
Tuesday, January 19, 2010
TAJUDIN
-.-.---..--....-.
***
T A J U D I N :
20 + 1 + 10 + 21 + 4 + 9 + 14 = 79
subtle, charitable, stoical, satiric, bighearted, champion, classy, healthy, loving, merry, super, honored, cherished
TAJUDIN as a Barcode:
---
Friday, January 1, 2010
Sempena Hari Haul Mu, Tajudin --- (sajak)
(biasaklah, jangan marah, ini statement perasan setiap tahun)
---
Sempena Hari Haul Mu, Tajudin
Selamat Ulangtahun Tajudin
Hari Haul
Yang ke-40
Kau sudah hampir ke senja
Jangan perasan muda
Jangan tengok kepala
Tapi tengoklah pada pahala
Tajudin
Kalau panjang umur hidupmu
Ke-80 tahun bersubsidi
Maka separuh hayatmu
Telah selamat dihabiskan
Harap kau tidak nyanyuk
Harap kau tidak mengarut dan mencarut
Harap kau tidak menyibuk dan mengacau
Kau terus hidup berusaha
Dan terus berjuang
Dan Tajudin
Kalau umurmu hingga ke-63
Maka tinggallah 23 tahun cuma
Seusia itu
Nabi masih mampu merubah umat
Sahabat masih mampu meluas agama
Panglima perang masih mampu menakluk Parsi dan Rom
Hitler dan Napoleon pun mampu menawan Negara
Otto, Bell dan Edison pun mampu mencipta sejarah
Ramai yang berjaya
Dan ramai yang kaya
Tapi kau hanya bertapa di Subang Jaya
Di dunia yang penuh tipu daya
Dan Tajudin
Andainya umurmu cuma sehingga esok
Bersyukurlah
Bersyukurlah dalam redha
Kekuatan kesungguhan mu terhenti di situ
Maka
Lihatlah apa yang telah kau usahakan
Lihatlah apa yang telah kau jayakan
Lihatlah keluarga, waris dan keturunanmu
Penentu jayamu
Sudah diperbuat kebaikan sepanjang hidupmu
Yang akan terus hidup walaupun sesudah matimu
Cukuplah dengan apa yang telah ditakdirkan
Dan sempena Harijadimu
Hari Haul
Yang ke-40
Jangan kau jadikan Tajudin itu jasad yang kosong
Jangan kau jadikan Tajudin itu roh yang buruk
Datang ke dunia dengan putih bersih
Maka jangan pergi dengan jiwa hitam dan busuk
Moga Allah selamatkan kamu wahai Tajudin
Moga Allah sejahterakan kamu wahai tajudin
Moga Allah rahmati kamu wahai Tajudin
-tajmosa-
Subuh Jumaat, Gerhana Bulan, 1 Januari 2010, 15 Muharam 1431. Genap 40 tahun.

