Showing posts with label institut jantung negara. Show all posts
Showing posts with label institut jantung negara. Show all posts

Friday, December 19, 2008

...kalau lah IJN ada jantung...

.
mak aii, kalau IJN ada JANTUNG, sure jantungnya berdebar berdegap-degup akhir-akhir ini. Setakat hari ni bunyi macam OK (esok lusa tak tau la..)
.
alahai SIME DARBY...pehal la pulak nak gi pulun IJN. Malu ah macam ni. takkan nak borong bisnis yang boleh cash cow je...ada orang yang mula kata ini merompak cara moden -- penaya rakyat. IJN kan harta rakyat? Bayangkanlah la ni buat operation belon & buat bypass boleh bayor cuma RM8 je...
.
kawan tak pasti tujuan takeover ni nak buat apa, kalau beriya-iya kata nak improve kawan rasa dak perlu ada penjualan/penswastaan. apa yang perlu/penting cuma tukar mentaliti/cara kerja je. tapi IJN dah OK dah. kawan nampak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen (buat paspot) pun telah berjaya improve, sangat cemerlang, yang diperbaiki ke tahap yang unggul berbanding dulu. memang boleh kalau nak, tak perlu takeover pun.
.
Kalau SD betui-betui nak improve hospital - kawan cadang SIME Darby pi beli/takeover Hospital Parit Buntar . tapi rate mesti tetap mau sama la...

Sunday, November 16, 2008

AL-FATIHAH & TAKZIAH

Takziah kepada sahabat sepersekolahan saya Dr. Ungku Shahrin (Pak Ung) dan keluarga atas kembalinya ayahandanya, Allahyarham Ungku Mohd Zaman, ke rahmatullah, sebelum Maghrib tadi di IJN. Semoga roh Allahyarham ditempatkan Allah s.w.t dalam golongan orang yang beriman dan sentiasa dalam rahmat-Nya, Amin. Al-Fatihah.
.
Jenazah dibawa pulang ke rumahnya malam ini, sementara solat jenazah di Masjid Abu Bakar sejurus selepas solat Zohor esok dan akan dikebumikan di Mahmudiah.
.
Kepada sahabat-sahabat lain di sekitar Johor Bahru, bolehlah bersama-sama menziarahi.

Sunday, August 31, 2008

MERDEKA - 31 AUGUST & Kanser 318 (sajak)


31 August. Apart from celebrating the 51st National (Merdeka) Day today, i'm also celebrating our 13th W Anniversary. And, coincidentally, a few other important also took place on this date.
.
Share this one.


Kanser 318

Dari jendela ini
Aku melihat
Cerah kelihatan, KLCC
Terang bersinar dilimpahi lampu, cahaya
Meriah rasanya
Pasti tersedia pelbagai acara dan majlis
Menyambut tengah malam gemilang kemerdekaan
Menyambut awal hari keramat negara
Dirai oleh pemimpin dan penduduk kota

Dan disisiku
Terbaring orang tuaku
Yang bergelut dan memperkuatkan semangat
Untuk memerdekakan diri, menentang
Serangan kanser, Tahap 3

Meriah 31 Ogos ini
Hari ulangtahun perkahwinanku dan isteri
Yang ke-9

Dan aku menyambutnya
Di sini

-tajmosa-
31.08.2004
(Institut Jantung Negara)