Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

...sentiasa dalam kerinduan...

Hati terusik rindu yang dalam bila beberapa sahabat/jamaah maklumkan akan ke mengerjakan Umrah cuti raya Cina ini dan Cuti sekolah nanti. Dah jejak RM6,500 satu kepala dah ek...?


Nak kurangkan rasa rindu, kongsi gambar ini. Moga Allah permudahkan mereka mengerjakan Umrah dan jika diizinkan dengan rezeki dan kesihatan, boleh kita semua pergi ke Tanah Suci, Insya-Allah.
Hanif, Hanis, Hanaa & wife

Gambar atas ni ialah Masjid Kucing di Mekah (lebih kurang 500 meter dari Masjidil Haram. Ikut makluman sahabat yang pergi Musim Haji lepas dan cuti Nov/Dec 2009 - sekeliling masjid tu dah kosong/dirobohkan untuk projek pembesaran Masjidil Haram.

Sapa ada latest gambo, bolehlah post email kat saya - boleh share - tajudinms@gmail.com





Rezeki time kami pergi, suhu di Mekah adalah sekitar 40 - 55 darjah Celcius.

Sunday, August 24, 2008

SUNGAI KLAH HOT SPRINGS PARK - SUNGKAI


Sahabat baik saya yang begitu berbahagia menghantar email baru-baru ini berkenaan gambar percutian ke SUNGKAI HOT SPRING @ Sungkai Perak. Lihat gambo.



hot spring jacuzzi
hot water reflexology

fuyyooooo.... masak telur youuu
(warning & hati-hati)





Saya tak pernah pi walaupun pernah pergi ke Felda Trolak dan Felda Besaut. Ada masa boleh lah pi, jenguk hot spring ni. Pernah pi yang kat Hulu Langat & Pedas je.
.
Lusa, kawan baik saya ini akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah Ramadhan dan akan pulang ke Malaysia pada 7 September. Selamat berangkat, doakan sekali yang terbaik untuk kita di sini.

Sunday, April 13, 2008

Poetry/Poem - My Passion (sajak)

Puisi / Sajak - is my passion. (dari zaman sekolah till now)
i've composed more than a thousand poems (dari tulisan hanya atas kertas hinggalah sekarang i put all in softcopy and save them). Never been published by any publisher. Used to send some of my own sajak to the online web, but somehow someone out there suka copy/tiru/ubahsuai w/o acknowledged he he, biasa la...

orang yang minat bersajak/berpuisi bukanlah seorang yang semata-mata romantik/jiwang (ha ha ha) tapi ia lebih kepada bakat, satu luahan perasaan, satu creative minds.

bersajak is an expression from my inner side that intertwine with my daily life, feeling, emotion, desire, mood and family background. Below, see three of them.


BERIBU SAHABATKU, BERJUTA MUSUHKU
Sahabatku adalah kawan-kawanku
Yang rapat dan sedia membantu
Sentiasa mendengar dan bertegur sapa
Senyuman manis sentiasa ada di sisi
Pemaaf
Melawat jika tidak sihat
Memberi jika berlebihan

Musuhku adalah mereka yang memusuhiku
Dan memusuhi sahabat-sahabatku
Dengki dan khianat
Musuh pada semua
Rakan-rakan, jiran, masyarakat
Agama, bangsa dan negara

Berhati-hatilah pada musuh
Berjaga-jagalah pada sahabat

-tajmosa-

INGIN KAU KU BELASAH HIDUP-HIDUP
Kau sudah naik tocang
Teguran pun tidak diendahkan
Sombong
Bangga diri
Kau sudah melampau
Tulang belakang sudah keras menegak, tidak boleh tunduk sedikit
Tangan sudah keras tidak boleh bersalam
Kau sudah keterlaluan
Bongkak
Ego dan semakin kemaruk
Tiada kata yang boleh menggambarkan sifatmu
Yang semakin teruk

-tajmosa-

Di Hadapan Allah, Tuhan Semesta Alam
Ku sujud di hadapan Mu
Sujud paling khusyuk
Tenang damai
Sujud paling indah
Aman syahdu
Sujud terakhir ini, solat Subuh hari Jumaat
Subuh terakhir Umrahku
Kerdil lemah
Di hadapan Baitullah, tiada terselindung Multazam

Dan sesungguhnya Ya Allah
Aku pasrah andai nyawaku tercabut ketika ini
Mengakhiri riwayat hidup
Dengan redha dalam rahmat Mu

Tiada pengharapan kecuali kepada Mu Ya Allah
Mengharap kasih, rahmat dan keampunan Mu, Tuhan Semesta Alam

-Tajmosa- (sempena Umrah 19 Jun-2 Julai 2006)

Will be sharing my poems over time.