Showing posts with label Hanaa. Show all posts
Showing posts with label Hanaa. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

The Best of Congo Bar Hanaa

Segera lakukan pelaburan terbaik untuk menikmati nikmat lazat Congo Bar Hanaa (Home-Made Premium Quality Product) dengan pek terbaru. 



Bagi memudahkan semua orang dan semua peminat-peminat dapat menikmati kelazatan sebenar Congo Bar Hanaa (CBH), kami sediakan beberapa pek menarik untuk direbut...
.
(1) CBH-Combo Pack. Beli 1 pek =RM50, jika beli >5pek =RM45/pek, jika beli >10pek =RM40/pek 
(2) CBH-Medium Pack. Beli 1 pek =RM25, jika beli >5pek =RM22.50/pek, jika beli >10pek =RM20/pek
(3) CBH-Minipack. Beli 1 pek RM6/pek, jika beli >20pek =RM5/pek, jika beli >50pek =RM4.50/pek.
.
*Free delivery Subang Jaya/Shah Alam.
**Free delivery dengan minimum order (Combo 10 pek @ Medium 20 pek @ Minipack 50 pek) untuk luar Subang Jaya/Shah Alam.
***Luar Lembah Kelang, kos pos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh agen peminat CBH.
.
Yang paling penting CBH diperbuat, diadun dan dibakar secara teliti, bersih, halal, produk buatan Islam terunggul pernah dihasilkan oleh kami.
.
Hubungi sms 010-2908093 / whatsapp 011-26337837 untuk tempahan, urusan agen/reseller atau sebarang maklumat lanjut. Terimakasih kerana menyokong CBH.

Tuesday, May 11, 2010

Hanaa Dah 9 Tahun, Selamat Hari Lahir!!!

Hari ini Hanaa masuk 9 tahun. Dah besar panjang anak Abah ni...
Selamat Hari Jadi Hanaa - kami semua sayang Hanaa!

Nak tengok gambar-gambar Hanaa peragakan pakaian/busana Muslimah - HILYAH Collection - sila lawat / klik blog Mama Hanaa di hilyah-busana-muslimah.blogspot.com

Friday, April 9, 2010

Sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Hanis & Hanaa bersama Ain Maisarah - penulis buku yang depa sukai sekali. Minta autograph.


Hanif dengan Wall yang Kreatif - gambar lukisan/kartun
Contoh Al-Quran yang tidak diluluskan JAKIM kerana kesalahan baris, huruf, hilang mukasurat, hilang ayat, dicetak atas kertas yang tidak berkualiti dan sebagainya.

Wednesday, February 3, 2010

...sentiasa dalam kerinduan...

Hati terusik rindu yang dalam bila beberapa sahabat/jamaah maklumkan akan ke mengerjakan Umrah cuti raya Cina ini dan Cuti sekolah nanti. Dah jejak RM6,500 satu kepala dah ek...?


Nak kurangkan rasa rindu, kongsi gambar ini. Moga Allah permudahkan mereka mengerjakan Umrah dan jika diizinkan dengan rezeki dan kesihatan, boleh kita semua pergi ke Tanah Suci, Insya-Allah.
Hanif, Hanis, Hanaa & wife

Gambar atas ni ialah Masjid Kucing di Mekah (lebih kurang 500 meter dari Masjidil Haram. Ikut makluman sahabat yang pergi Musim Haji lepas dan cuti Nov/Dec 2009 - sekeliling masjid tu dah kosong/dirobohkan untuk projek pembesaran Masjidil Haram.

Sapa ada latest gambo, bolehlah post email kat saya - boleh share - tajudinms@gmail.com





Rezeki time kami pergi, suhu di Mekah adalah sekitar 40 - 55 darjah Celcius.

Monday, December 14, 2009

Port Dickson - tompek oghang mandi mando

Pi PD - kalu pi hari minggu, o yo ponoh sosak, tak leh nak mandi mando la gamaknya... elok set hari kerja
share sikit je gambo, maleh nak download, dah malam sangat...
Anak bujang...
Nantikan CD terbaru kumpulan ini...!!!


Hanaa
kat pantai jalan-jalan, tak do sapo nak mandi weh, banyak sangat air kumbah hotel resort kat situ...kalu mandi laut boleh gatal kulit kot... air kumbahan tu janganlah buang kat laut...

Shahirah & Hanis


Best jugak Taman Refleksologi ni...
Pool lambat bukak, pasal lambat cuci, tukang terjun kolam pagi-pagi dah tunggu...

Bandar Port Dickson dari tepi pantai, nampak tak?
Tanjung Tuan kat hujung tu lebih kurang 2 km ikut jalan pantai
Juara Melaka lawan Juara Kluang (table tennis) - bagi yang tak suka basah-basah...

Wednesday, November 25, 2009

(yang tak pi haji) - Esok Puasa Sunat Wukuf

(Hanis, Hanif, Hanaa)

Esok 9 Zulhijjah 1430H ialah Hari Wukuf. Jumaat 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Aidil Adha. Esok (9 Zulhijjah itu) adalah hari yang sangat digalakkan berpuasa. Puasa Sunat Wukuf.

Hadis Nabi s.a.w.
Daripada Hunaidah bin Khalid r.a., daripada isterinya, daripada sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w berkata: ‘Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah, pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei).

Sunday, November 22, 2009

Majlis Ihtifal SIMDE 2009

Malam semalam berlangsung Majlis Ihtifal SIMDE 2009 di Hotel Singgahsana PJ. Dengan tema Pelangi majlis ini bertujuan memberi anugerah kecemerlangan kepada murid/pelajar UPSR, PSRA, PMR dan peperiksaan/subjek 2009, Tokoh Guru, Tokoh Murid dan cemerlang Sukan.
Share sedikit gambar

Sebahagian Guru-Guru terlibat

Persembahan Tema Pelangi oleh kombinasi Murid Darjah 1 & 3




Majlis dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (yang diwakili oleh isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut)



Dari kiri - Huda Raihana, Hanaa Aisyah dan Azzatul Aisyah
Dr. Tengku Shahrom (kiri), Pengerusi Yayasan SAMDE

Ahli Lembaga Yayasan SAMDE - En. Shazali, Ustaz Fauzi dan Dr. Sahrom
Hanif terlibat dengan Dikir Boria kombinasi Darjah 5 dan 6
Ustaz Shafie - Ketua Biro Kebajikan & Dakwah PIBG
Puan Shafika (kiri) Ketua Biro Ekonomi PIBG bersama Puan Aderiana - Ketua Biro Perhubungan Komunikasi PIBG

Persembahan menarik Pentomin Palestin/Israel oleh murid Darjah 2 & 4


Bukan, bukan. Ini bukan paparazzi atau mamarazzi!!! Parents masing-masing nak ambik gambar anak mereka buat show...
Penyampaian anugerah kecemerlangan oleh Puan Sri Salbiah kepada murid cemerlang SIMDE dalam UPSR, PSRA dan PMR tahun 2008 dan 2009.
Ustaz Farizal, Ustaz Mazlan (Guru Besar SIMDE) dan Tuan Syed Alwi (Penasihat Yayasan)
Hanis (kanan) bersama rakan-rakan Alumni SIMDE - dari kiri Syazwani, Nurin, Ainaa, Maisarah dan Qistina


Kawan-kawan Hanis dari kiri - Atiqah, Syaz, Nurin dan Ainaa yang terima Anugerah untuk UPSR dan PSRA.
---
Kepada semua penerima Anugerah Kecermerlangan 2009 SIMDE. Tahniah dan Syabas! Yang lain, teruskan dan cuba lagi...