Showing posts with label berita harian. Show all posts
Showing posts with label berita harian. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

Bila MANGKOK dapat KUASA (peluang)

Self-explanatory.
Konon nak harapkan pagar, malangnya bukan sahaja pagar tu makan padi, bahkan dengan petani dan kerbau sekali dia kolom makan...
Ya Allah, selamatkan Angkatan Tentera Malaysia.

Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama. Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.
Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya. Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

Terperinci, klik subjek.
---
Camana?

Tuesday, September 1, 2009

*Spiderman vs KluangMan*

petikan/gambo dari BH




"Spiderman" tawan Menara Berkembar Petronas

KUALA LUMPUR: Alain Robert, lelaki Perancis yang digelar Spiderman kerana gemar memanjat bangunan tinggi, akhirnya berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas hingga ke puncak pagi ini selepas tiga kali mencubanya sejak 1997. Beliau mula memanjat Menara 2 setinggi 88 tingkat itu pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa disedari pengawal keselamatan dan orang ramai. Beliau kemudian ditahan polis sejurus tiba di bawah. Dalam percubaan kali kedua pada 2007, Robert hanya mampu memanjat sehingga aras 60 sebelum beliau ditahan pengawal keselamatan. Antara bangunan terkenal pernah dipanjat beliau ialah Empire State Building, Menara Sears dan Taipei 101.



lanjut baca SINI

update: baca SINI

---


...Pehhh, cek oiii, awat la jadi lagu tu...mana pi pak guard!!! mana pi mak guard!!! Apa citer security system kat KLCC Petronas Twin Tower. Kalau mamat spiderman tu jahat dibawaknya bom, habis dah Menara tu...nayer...nayer...

Tuesday, July 29, 2008

Jennifer Aniston







Aniston risau ditinggalkan teman lelaki

LOS ANGELES: Jennifer Aniston dilaporkan menghabiskan kira-kira £4,000 (RM25,200) sebulan semata-mata untuk menjaga penampilan dan kecantikannya. Pelakon berusia 39 tahun itu dikatakan bimbang, kekasihnya John Mayer, 30, akan meninggalkannya dan mendampingi wanita lain yang lebih muda berikutan perbezaan usia mereka, berikutan itu, sanggup berbelanja besar untuk mengekalkan kecantikannya. Majalah Grazia melaporkan, perbelanjaan termasuk bayaran kepada tukang masak peribadi berjumlah £1,000 (RM6,300) dan £750 (RM4,725) bagi sesi yoga peribadi yang dibimbing pakar yoga terkenal Los Angeles, Mary Ingber.
“Jennifer Aniston tiada masa menyediakan makanan sihatnya sendiri, jadi dia mengupah khidmat tukang masak untuk menyediakan makanan organik, tinggi protin dan rendah lemak untuk dihantar kepadanya. Pelakon itu juga dilaporkan menjalani rawatan kecantikan yang menelan belanja ratusan dollar setiap sesi,” kata majalah itu. Majalah berkenaan turut mendedahkan, Aniston membelanjakan £750 (RM4,725) sebulan untuk mendapatkan rawatan menggunakan rumpai laut dan pembersihan muka dengan oksigen.
Pelakon itu percaya, rawatan berkenaan dapat menghapuskan kedut, bintik hitam dan kekeringan kulit dengan serta-merta. “Aniston turut menjalani rawatan anti selulit di sebuah spa untuk merawat pahanya, walaupun tiada selulit di bahagian itu dan ia menelan belanja £500 (RM3,150), £350 (RM2,205) rawatan balutan tubuh dan £300 (RM1,890) untuk penjagaan rambut setiap bulan. Beliau juga membelanjakan £150 (RM945) sebulan untuk sesi latihan peribadi, mewarna kuku kaki dan tangan, selain £100 (RM630) seminggu untuk urutan menghilangkan tekanan.



Monday, July 21, 2008

Selamat Bertugas - Malcon III

Selamat Bertugas -- Selamat Jalan dan Semoga Selamat Pulang -- 160 anggota ATM (Malcon III) ke Misi PBB di Lubnan -- gambar sebelum berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang.

gambar dari BH

Tuesday, June 17, 2008

OBESITI

Saya teringat seseorang....







___


Botol susu sebab obesiti
(Berita Harian Online)
LONDON: Pendedahan kepada kimia yang terdapat pada botol susu plastik dan produk lain membolehkan kanak-kanak berisiko tinggi menghidap obesiti ketika dewasa. Akhbar Daily Mail melaporkan, tiga kajian menunjukkan pendedahan pada usia awal kepada kimia yang digunakan secara meluas dalam plastik dan paip air boleh membawa kepada kegemukan pada usia dewasa. Kajian menunjukkan kimia mengubah gen dan hormon yang terbabit dalam mengekalkan berat badan sihat.
Kanak-kanak dan bayi belum dilahirkan berkemungkinan golongan paling mudah terdedah, dengan cuma satu dos berpotensi mengubah metabolisme sepanjang hayat, menurut kajian yang dibentangkan di Kongres Obesiti Eropah di Geneva. Kimia berkenaan termasuk bisphenol A - ditemui dalam botol susu plastik bayi, botol plastik dan tin - yang sudah dikaitkan dengan barah payu dara, kedatangan haid pada usia, keguguran dan masalah kesuburan. Hasil penyelidikan terbaru berkemungkinan menguatkan desakan ia diharamkan. - Agensi




___



Bila baca kali ke-2, saya teringat akan 3 orang...