Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Kepada semua guru-guru terutama yang pernah mengajar saya dan anak-anak saya (SIMDE & SMK Subang Jaya) , saya ucapkan Selamat Hari Guru.
.
Khas juga diucapkan kepada abang/kakak dan sepupu saya yang terlibat dalam profesion perguruan ini.

Tuesday, May 19, 2009

Nice Poem by Hanaa

(Sempena Hari Guru lepas) Hanaa bagi sajak kepada semua guru yang mengajarnya ---setiap seorang dapat satu sajak khas yang dia buat sendiri. Dah siap dia pas kat Abahnya suruh tengok dulu. Dalam banyak-banyak tu, saya suka sangat yang ini...

Saya tulis semula rangkap permulaan sajak Hanaa (verbatim)

Wahai guru tersayang
Kau ibarat emas yang ku sayang
Kalau dibawa dek sungai
Tetap ku menolongmu hingga ke tebing
Apabila terlanggar kereta
Cepat-cepat ku menolongmu hingga ke hospital
Dan merawat dirimu yang sakit
....
....

(pandai Hanaa buat sajak. sajaknya ada unsur kasihsayang+materialistik he he he. tapi kira OK ni - budak baru Darjah 2. teruskan ye Hanaa...)

Sunday, May 17, 2009

IQ test lagiii, kasi pecah....

Khas untuk (Hanis, Hanif, Hanaa) dan sangnyamuk, dear butterfly dan geng-geng depa toomuchj yang nak masuk U tak lama lagi (...ehem, yang dah masuk U pun kena test jugak, jangan aksyen sangat), juga pada geng bloggers yang nak test IQ depa, juga pada semua Guru-Guru Malaysia (ujian IQ sempena Hari Guru) --- meh cuba jawab IQ test ini, janganlah kantoi pulak...
--->>> take only 1 minute to answer!
(A-Levels Exam in Ireland)


...jawapang ujiang IQ yang lepas on Tok Arab dah dikeluarkan - sila rujuk update SINI...

(& congrats to dear-butterfly, akan buat Law kat U. belajaq betui-betui noo...
to my niece, Faiha - yang akan ambik Arkitek di UIA <<--- Faiha, Timbalan Dekan Kuliyah Arkitek tu kawan Acik satu sekolah & also satu U...he he he)

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru dan Selamat Berguru

Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu, guru besar guru/ustaz/ustazah, tenaga pendidik, tenaga pengajar yang masih bertugas mahupun yang dah tukar profesyen ataupun dah pencen. Masih tetap orang panggil Cikgu!!!

Ucapan Khas Hari Guru
Untuk seluruh cikgu-cikgi saya - ramai --- ramainya, tak tertulis saya namanya --- di semua sekolah yang saya pernah masuk/menuntut.
Untuk semua guru di SIMDE.
Untuk semua guru yang mengajar anak-anak saya di Tadika Darul Ehsan, SIMDE dan SMKSJ
Untuk abang/kakak/ipar saya yang bertugas sebagai guru
Untuk semua sahabat/rakan yang bertugas sebagai guru
Untuk bloggers/pembaca blog yang bertugas sebagai guru
Kalian semua ada pendidik berhati mulia, pembimbing generasi masadepan.
Ibubapa semua - hormatilah guru-guru kita dan guru-guru anak-anak kita. Kekalkan doa untuk kebaikan dan kesejahteraan kepada semua guru dan keluarga mereka.

Thursday, November 13, 2008

TAHNIAH UPSR/PSRA & TERUSKAN BERJUANG

bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata
tapi di hati tidak lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa
moga kita dapat berjumpa di lain masa

---
Dalam gembira sedih dan sayu ibubapa yang bersama-sama menemani anak Tahun 6 mengambil UPSR & PSRA, tergambar bahawa selepas ini mereka semua akan mulai melangkah ke dunia yang lebih mencabar. Mereka akan tinggalkan guru-guru mereka yang mendidik mereka dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Mereka telah diberikan bekalan sewajarnya. Mereka akan melangkah ke Sekolah Menengah yang tidak tahu di mana ikut acuan/hala tuju/corak pelajaran mereka. Mereka akan tinggalkan kawan-kawan, guru, sekolah yang mereka sayangi dan akan bertemu rakan yang baru.
.
Tahniah kepada semua yang berjaya. Kepada yang kurang cemerlang, teruskan usaha dan terus berjuang. Hidup masih panjang dan kalian akan dipertemukan dengan lebih banyak peperiksaan.
.
___
.
Murid sekarang ramai yang bijak, disokong pula oleh ibubapa yang berkesedaran dan mementingkan hidup masa depan anak mereka.
.
Ketika saya mengambil Penilaian Darjah 5 -PD5 (macam UPSR) dulu, tuisyen pun tak de, orang tua pun tak kisah kita belajar ke tidak, kelas tambahan petang / hujung minggu pun tak de, countdown (di papan hitam) pun tak de, jadual ulangkaji pun tak buat, bahkan tak tau pun PD5 itu mencorakkan hidup kita, solat hajat & majlis qiam pun tak de.
.
Bila tiba hari peksa, orang tua pun tak hantar. Kata-kata semangat pun tak de. Saya dan kawan-kawan pun tak kisah, pasal memang semua ibubapa tak de pun datang ke sekolah. Masuk peksa pun tak de pressure.
.
(tarikh result keluar pun tak ambik pusing - tak tau pun) bila results keluaq, cikgu panggil bagi slip. (semua orang tua tak mai sekolah pun...) . tahniah, cikgu kata. sekolah kita ada 2 orang dapat 5A!!!! Ya, 2 orang tu adalah saya dan sepupu saya --- HAMDAN Abu Samah. Kira rekod sekolah ni, kerana inilah kali pertama dalam sejarah sekolah itu ada pelajar dapat 5A. Tahun sebelum-sebelum tu paling tinggi pun 4A je...
.
Saya balik bagi tau orang tua -- saya dapat 5A. Orang tua senyum je, tak kata apa. Cium tak, tahniah pun tak, jauh sekali nak bagi hadiah duit 1A = RM100. Dan saya pun tak kisah. Saya cerita kat budak-budak kelas dan kawan-kawan lain sekampung yang saya dapat 5A, diaorang pun tak kisah. Dan saya masih ingat saya berkata dalam hati -- penting sangat ke 5A ni???
.
Lepas dapat results tu, ambik borang pun tak -- apalagi nak isi borang. Tapi dah rezeki, dapat terima tawaran-tawaran sekolah asrama.
.
Poin saya, saya dan Hamdan tinggalkan semua rakan-rakan/guru kami menuju sekolah berasrama penuh (boarding school), dan saya terputus semua rakan sedarjah saya dan guru-guru di sekolah rendah yang membentuk saya. Rakan-rakan sepermainan sekolah selama 6 tahun, rakan yang kongsi makan, main parit, tangkap udang kat sungai, main bola wakil sekolah guna kaki ayam je, basuh kereta Volvo (4 segi macam kotak) cikgu sama-sama, senda gurau bersama mereka dan pelbagai kenangan manis. Bila sekarang baru nak cari, susah. Ada yang pindah ke merata tempat dan ada yang dah meninggal.
---
---
Kepada semua pelajar Darjah 6, jangan diulangi kesilapan PAKCIK ini, keep in touch sesama rakan-rakan & guru-guru anda tak kira walau ke mana anda akan pergi selepas ini. Mereka semua adalah kombinasi ASAS didikan formal yang terawal kepada anda semua. Sayangi mereka kerana kalian diberi peluang hidup 6 tahun bersama-sama. Tulis alamat/hp/emel mereka, dan kalau ada peluang tanya khabar/jenguk/hantar surat/kad bila kelapangan/cuti sekolah kepada guru/rakan kalian.

Friday, October 17, 2008

Sekolah & Disiplin

Setiap kali (ye -- setiap kali!!! -- percaya la) saya terbaca kes disiplin sekolah (seperti di bawah ini), serta-merta saya akan teringat 3 orang cikgu (yang saya susun mengikut ranking - tahap memori...).
.
1) Cikgu Zamani Asnian (Ketua Warden masa saya sekolah dahulu di Sekolah Sains Muar SMS Muar)
2) Cikgu Jamaludin (budak-budak panggil Jambek (maafkan saya Cikgu), Guru Disiplin di Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin STSS, Bukit Mertajam), dan
3) Cikgu satu lagi saya tak mahu sebut nama kerana beliau belum pencen.
(saya doakan semoga ketiga-tiga cikgu ini sihat & sentiasa dalam rahmat Allah, Amin).
.
1) & 2) sudah bersara. Saya rasa ada eloknya Kementerian Pelajaran panggil depa berdua, masukkan dalam Komiti Disiplin Sekolah Peringkat Kebangsaan (jika ada), gunakanlah ilmu, kepakaran dan khidmat dua orang bekas guru ini dalam membendung gejala disiplin di sekolah yang semakin berleluasa... sangat sayang kalau ILMU mereka tidak digunakan...
.
(Nota: Saya yakin Pengarah JPN Penang - Tuan Hj Ibrahim Mohamad (saya juga doakan cikgu sihat sejahtera & dalam rahmat Allah, Amin) -- mengenali ketiga-tiga ranking di atas)

---
---

Pelajar sepak perut guru

Oleh Rashidi Karimam@hmetro.com.my Jumaat, 17 Oktober 2008
KANGAR: Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan, tetapi di sebuah sekolah menengah di sini, pelajar perempuan pula menjadikan seorang guru wanita sebagai sasaran berikutan tidak berpuas hati ditegur lewat menghantar tugasan sekolah. Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya. Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa.Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan.
“Saya bertanya kepada pelajar itu siapa yang menulis perkataan berkenaan dan dia mengaku menulisnya lalu saya memarahinya. Bagaimanapun, dia melawan dan cuba merampas folio itu.
“Berikutan itu, berlaku tarik menarik dan dia menolak saya menyebabkan saya membalas tolakannya. Dengan ditemani seorang rakan sekelas, pelajar itu terus menendang perut saya berulang kali.“Selepas melihat mereka memanggil lima lagi rakan, saya yang bimbang kejadian lebih buruk berlaku bergegas menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan guru lain di bilik guru”

Lanjut, sila klik TAJUK

---

Kepada semua guru-guru (termasuk abang/kakak aku, sepupu/sedara dan kawan-kawan semua...) sentiasalah berhati-hati... belajarlah sikit ilmu silat gayung ke kuntau jawa ke...

Teruslah mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin...

Friday, May 23, 2008

Al-Lughatul Arabia -- Learn Arabic

Did "revision" with my Arabic teachers (he he he my kids...) last night.

Here are some words that I managed to memorise during 15min++ “your father knows everything” session!


Arabic .......................................Malay / English
Rakson .............................................................Kepala / Head
Jumjumaton ....................................................Tengkorak / Skull
Jaddu ................................................................Pipi / Cheek........ (Jaddun – Datuk / Grandfather)
Ainon .................................................................Mata / Eye
Lisa-non ............................................................Lidah / Tongue
Ha-ji-bon ..........................................................Kening / Eyebrow
Jabb-haton .......................................................Dahi / Forehead
Bat-nun .............................................................Perut / Stomach
>> Oh, luckily your father's bat-nun not that boroi? (depa ketawa)


On a serious note, if you really want to learn Arabic -- online -- pls (1) click here. and/or (2) here. But, the best way to learn is still face-to-face with good arabic teacher(s) -- just like what i did, kira ok lerr tu...


Tuesday, May 20, 2008

Guru Ibarat Lilin

baru je hari guru, dan sempena hari keramat itu, kita baru je bercerita pasal kehebatan dan aura cikgu lama tetapi Harian Metro online ada laporan lain

Guru dapat aib

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.
Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.
Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.“Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.“Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.“Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain,” katanya.Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.“Saya difahamkan dia ditahan di lokap sebelum guru itu menggunakan pengaruh seorang kenalan bagi membebaskannya,” katanya.

Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan.“Sepatutnya, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, bapa murid itu perlu memikirkan tanggungjawab seorang guru berbanding bertindak mengikut telunjuk anak yang terlalu dimanjakan,” katanya. Dia kecewa kerana sekolah contoh itu dicemarkan dengan insiden yang sungguh memalukan apabila seorang guru dibiarkan bermalam di lokap hanya kerana menasihatkan muridnya. Sumber itu berkata, guru terbabit sedang berbincang dengan keluarga dan rakan bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap bapa murid dan anggota polis terbabit terbabit.“Pengurusan sekolah cuba mengelak kejadian itu diketahui media dan Kementerian Pelajaran bagi menjaga imej sekolah itu,” katanya.Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi membantu guru berkenaan selain menjaga imej profesion perguruan yang semakin menjadi sasaran pihak yang tidak senang dengan peranan guru.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis di sekolahnya. Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sebelum sebarang tindakan dilakukan.

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru -- Happy Teacher's Day

Hari Guru, Friday 16 May 2008.

i take this opportunity to wish all teachers - SELAMAT HARI GURU -- A VERY HAPPY TEACHER'S DAY


let's pray for the best to all our teachers -- who did care enough to teach us and help us to be what we are now today. my wish goes to all my teachers, couldn't name them one by one, just list all schools i attended thru out 12 years as budak sekolah.

(ah ha, i didn't go to kinder)
Sek Keb Temiang Muar & Sekolah Agama
Maktab Tentera Di Raja (RMC)
Sek Men Tun Perak
Sek Men Sains Muar
Sek Dato' Sri Amar DiRaja
Sek Tun Syed Sheh Shahabudin

thanks to all dedicated + strict + no-nonsense teachers in the entire life (of my friends and i). some of my teachers do visit this blog, i appreciate very much - one way to keep in touch. kalau cikgu happen to be in town, just give a call/email, will try to arrange for kakis to meet up.

these teachers of yesteryears are very much different from the teachers of today. cikgu-cikgu dulu, depa kerrasss dan garang (some of them) but they committed. they sacrificed their time and treated us like their own children -- they became role models to our parents, they almost replaced the parents! -- one classic example -- teachers can slap, punch and kick you -- ooo whatever they want to do -- (from todays point of view, surely we may say their punishment as so cruel, kesian budak2, not logic at all, can be sued etc etc) -- but, the magical words then was ini adalah untuk masadepan awak! you must believe this.

and yet, no police report, no PIBG report, no front-page in Harian Metro and the worst thing ever, our parents will never defend us!!!! ohhh too bad....

old-school thought was applied/in power back then. teachers earned high respects from society. parents trusted the teachers 1,000%!!! none of my friends (not me...) managed to convince their parents when come to disciplinary matters! pity you friends... silap-silap haribulan, we could get another round of rotan/punishment....

for boarding school students or those stayed in hostel, parents visit was very rare, once in a blue moon. kalau ada pun pasai nak fetch balik cuti he he.. atau yang ngada-ngada..itu pun sepenggal sekali.

that's all history. no matter what happened in those days, has not hindered us to keep in touch, hp/email cikgu semua ada tetapi ada juga yang tidak dapat dikesan. our fears of certain teachers had turned into great respects! you know la, cikgu-cikgu pun ada aura and still flying around us (you think only Mawi je ada aura ke?...) .

cikgu-cikgu, thanks for moulding us! we love you very much.

___

on behalf of PTA SIMDE, my wish Selamat Hari Guru goes to all hardworking teachers in SIMDE. Thanks for the efforts, teaching and guiding anak-anak kami (my kids actually) yang macam-macam perangai (dan noti tu, sabo je la kan...). Teruskan usaha murni memperkemas dan memperbaiki sistem/kaedah/amalan yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kebaikan murid dan pelajar.

the same goes to abang/kakak/sepupu/saudara and to all my friends who sacrife their life to teaching profession. i know it is not easy to be like cikgu-cikgu dulu. i guess - zaman berbeza & sistem berbeza. just be committed and show your true dedication to the profession.

semoga Allah merahmati semua cikgu-cikgu, guru-guru, pendidik dan bekas pendidik, dalam mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna dan cemerlang.