Showing posts with label padi. Show all posts
Showing posts with label padi. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Bungalow House, anyone?

A friend of mine is planning to sell a newly built bungalow together with an acre land area. The bungalow, yet-to-be-occupied, will be completed before Ramadhan. Rumah Banglo di tengah bendang (see pics below). Macam cottage home.
Area - Tanjung Karang. Price = RM580,000. Built-up area 80'x40'. Total land size 1 acre (including your small paddy plot size roughly 120'x120' in front of the house). 2 km from Kuala Selangor - Sabak Bernam trunk road. This house is surrounded by paddy fields pehhh besttttt excellent view!!!




Depan rumah ada Masjid. Boleh le nak jadi Tuan Nazir ke atau Tok Siak Masjid
Interested email me tajudinms@gmail.com.

Wednesday, July 29, 2009

Bukit Treh, Muar (mengenang Yasmin Ahmad)

Baru saya tahu - Arwah Yasmin Ahmad orang Muar, lahir 1958 di Bukit Treh, Muar. Bila saya blog pasal Muar, saya beberapa kali menyebut Bukit Treh. Last sekali masa saya blog on Truly Muarian (baca SINI - jawapan bagi item 9 - Bukit Treh).

Muar terletak pada muara Sungai Muar. Pada asasnya mukabumi Muar adalah rata pada radius 10-15km dari Bandar Maharani (sebut: Bandar Muo) dari persekitaran Tanjung Gading, Parit Bunga, Tanjung Agas, Sungai Mati, Pergam, Jorak, Sungai Terap, Sungai Abong, Jeram, Kampung Tengah, Bakri, Parit Jawa dan Parit Bakar. Cuma Bukit Treh (4 km dari Bandar Muar) sahaja yang ada Bukit, tinggi bukitnya lebih kurang 3 batang pokok kelapa. Bentuk bukit itu jelas seperti kapal terlungkup (orang percaya itulah Kapal Si Tenggang Derhaka yang disumpah oleh ibunya). Memang sebijik rupa kapal terbalik, kalau saper ada masa, hang pa pi lah tengok dengan mata kepala hang pa sendiri nooo...

Oleh kerana seluruh radius Bandar Muar itu rata, dan Bukit Treh yang macam kapal terlungkup itu pula berhampiran Sungai Muar, saya juga percaya kalau bukit itu adalah sumpahan ibu Si Tenggang.

Kampung saya bersebelahan dengan Bukit Treh. Saya pun ramai sedara/kawan di situ (keluarga Pak Ngah, Nazri, Kamaruzzaman, Othman, Cikgu Mariyam, Nazariah, Noraini Awab/Alias, Nizam, Bahrain, Fadhli etc) . Itu belum masuk kawan kakak-kakak dan abang-abang saya. Masa saya kecik (sekolah rendah) ada beberapa kali saya memanjat Bukit Treh ini. Ada gua (lubang) di situ. Orang kata dalam gua tu banyak pinggan/mangkuk kepunyaan (kapal) Si Tenggang.

Saya tak berani nak masuk (takut tak leh keluaq he he he...) Nanti jadi anak Ahmad Albab pulak...

Dulu, sebelum ada Jambatan Muar ke-2 yang menghubung Parit Bunga-Parit Bakar (sebelum jalan hi-way membelah Kampung Bukit Treh tu), kampung itu sangat indah dan cantik. Ada sawah padi di kaki Bukit Treh. Saya rasa (pendapat saya) Arwah Yasmin mesti mendapat ilham kehidupan kampung itu untuk filem-filemnya seperti Mukhsin, Sepet dan Gubra. Dan ianya bukanlah filem-filem eksperimental <<<---(kalau ikut pendapat saya).

Wednesday, July 9, 2008

value for money - investment in agri

ok good news!
.
(1) the government awarded 100-acre of state agriculture land to you (by virtue of your good deeds to society... ahaks..(read: cable cable)..) together with a large sum of money (..daydreaming is good for health huh...).
.
(2) (tone it down a bit) you inherit 10-acre of your granpa's "undergrowth" land. 100 days before your granpa passed away, he called you and took you to the said land -- cucu ku yang baik TJ, this land is for you, do something that can benefit you and family, and also your crony.
.
ok.
now - what to do, what to farm? time to list down, time to check the compatibility (most compatible with you, of course). herbs, livestock, vege, field crops, fruit, agri+tourism, agri+homestay, agri related items, fertiliser factory, or just let the land be like that (either you are a greenpeace true believer or you are a true naturist).
.
share some.


rear chicks project or perhaps, ayam kampung. ayam bandar dah tak sedap, banyak fat/kolestrol, so semua cari ayam kampung. One unit double storey fully air-cond 100 ft x 40 ft will cost RM250K. CF for 30K chicks. harvest in two months time with gross income 1 ton = RM4,000. 1 chick (average) 2 kilos.


or, build ranch/homestay/resort far from town (inside the jungle). bela kuda!




you may gazette for naturist (he he he) or open for persatuan pencinta alam, camping, team building etc.

duckin' duck. bela itik (nila).




controlled organic farming + agro tourism. proper bike lane and enough bicycles so that the visitors can tour your 100-acre organic farming. organic vege mahal wooo $$$$.




fish pond. lintah pun ok, udang pun boleh, belut pun jadi kot

dragon fruit. gross income 1 ton = RM4,000. go for end product.




let's grow tomato. gross income for 1 ton = RM1,000 (average). easy and fast. harvest every day for 70 days



melon. rock melon & family. 1 ton gross = RM3,000. harvest in 75 days, but some exporters prefer you just harvest in 62 days. they become 75 by the time your melons reach the destination.



strawberry. gross income 1 ton = 20,000. check climate. make sure your atuk's land some where higher than bukit tinggi. go for end product.



flowers. gross 1 ton = RM20,000


grow vege which offer high yields i.e. lettuce, broccoli, cabbage or cauliflower. these vege can be grown using the system/arrangement similar to strawberry's. fast & easy. harvest in 70 - 90 days.




chilli. fast. cili kulai, cili besar - gross 1 ton = RM4,000. kalau cili padi (kampung) 1 ton = RM10,000 (tapi kena banyak praktis kuatkan pergelangan tangan - penat kak nak petik). good if you could go sell direct to users or contract farming.





paddy field. 1 ton = RM1,100. oooh tough man....


boleh ternak belut liar, keli/haruan liar @ tali air.
oil palm. 1 ton = RM700. have to wait for 3 years to harvest. if you own 20-acre 5-year-old oil palm, you may easily pocket RM10,000/month nett.


kat bawah pokok sawit boleh bela itik kampung -- boleh jual telur asin (hmmm sedapnyer), boleh jual itik panggang. ataupun boleh bela lembu, kambing & ayam kampung secara lepas bebas (don't worry -- depa tak gaduh punya). extra income.

last resort - you may just put up the fence and signboard (PENCEROBOH AKAN DIDAKWA / DITEMBAK), and wait & see if your land can produce oil/gas/gold etc.


or else -- just relax, enjoy life...no need to work hard. biaq pi la kat tanah 100 ekar tu... 100 days before you die, take your cucu to that 100-acre land and ask him/her to plan something in the future..!!


.

.

Friday, May 9, 2008

Beras o Beras, Kenapa Mu Naik Rega.....!!

today is my first friday of month 2, in go-blog.


saya kebetulan baru balik dari utara tengah dan tengah tepi, (tak mau sebut nama tempat, nanti hangpa boleh jawab soalan kat mana Pmtg. Kerat Telunjuk tu... nak hadiah kan????)

ditambah dengan email pasal beras naik harga (ya Allah, tengok je lah beras Jasmine yang ada Datuk Jalaludin Hassan punya gambar tu...harga dari belas-belas dah naik puluh-puluh, saya doakan Datuk punya komisen pun naiklah jugak ye..)

gambar masih panas diambil di Kerian
gambar masih panas diambil di Selama
ok gini. Beras tak cukup. Beras tak cukup. Harga beras pun naik. Pemimpin pening. Rakyat pun risau, semua gelabah. Hypermarket tak de stok. Kedai runcit apa lagi. Yang suka sorok, tambahkan lagi stok sorok.

kenapa beras naik harga, kenapa ada krisis makanan ?

a- kalau ulama/ustaz - negara-negara mulai hilang
barakah. orang
sudah ramai tak bayar zakat harta/pendapatan. inilah
bala
dari Allah. keberkatan rezeki ditarik.

b- kalau ahli ekonomi -
mereka kata ini semua
teori demand/supply. pusingan 10/20
tahun.

c- kalau ahli/pakar pertanian kata - tanaman secara lama dah
tak produktif, tambah segala yang patut untuk naikkan hasil
semusim. naikkan hasil seekar.

d- kata rakyat - jangan buat benda
lain, tambahkan subsidi, tambahkan
bantuan.

e- kata petani/pesawah - mu
naik rega, aku dapat apa?

nantilah, kalau ada masa yang panjang sikit, bolehlah saya tulihtulih sikit apa yang patut (untuk c,d,e je...) dalam bab beras dan pertanian padi ni. malam tadi pun ada saudagar yang terlibat langsung dalam pembekalan baja ke agensi pertanian, call saya dan citer citer skit -- tapi kita ulas kemudian la ye..

buat masa ni saya nak habaq 2 benda je..

benda 1
bahawa, janganlah kita mengeluh. jangan mengeluh dalam krisis. kerja kita ialah teruskan berusaha dan berdoa.
"Ya Allah, jauhkanlah kami serta lindungilah kami dari segala musibah yang menimpa dan yang akan menimpa; yang kami tahu dan yang kami tidak tahu."
benda 2
bahawa, bapa saudara saya, yang daripada umur saya setahun jagung, kerjanya bersawah, bercucuk tanam membanting tulang -- sehingga sekarang (saya tak pernah tanya umurnya tapi saya anggarkan umur pak ngah saya dalam lingkungan 70 tahun) -- masih lagi membanting tulang... masih lagi membanting tulang mencari rezeki.. masih membanting tulang....
"Ya Allah, murahkan rezeki bapa saudaraku, murahkan rezeki kami dan rezeki saudara-saudara kami, permudahkanlah hidup kami dan limpahkan keberkatan kepada rezeki kami semua"