Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Ceramah/Kuliah Khas Ramadhan 1432H di MABAS

Berikut adalah senarai Kuliah Khas Ramadhan 1432H tahun ini yang akan diadakan bertempat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq (MABAS) Subang Jaya.
.
Sabtu 6 Ogos 2011 (Jam 12 t/hari) Penceramah: Ustaz Zulkifli Ahmad
Ahad 7 Ogos (Jam 10.30 pagi) Ustaz Rahim Nasir
.
Sabtu 13 Ogos (Jam 10 pagi) Ustaz Salehuddin Nasir
Ahad 14 Ogos (Jam 12 t/hari) Ustaz Kamal Ashaari
.
Sabtu 20 Ogos (Jam 12 t/hari) Ustaz Zulkifli Ahmad
Ahad 21 Ogos (Jam 11.30 pagi) Ustaz Rahim Nasir
.
Bersama-sama hadir meraikannya.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Solat Tarawikh/Witir malam Ramadhan pertama, selesai.
.
Bermulalah Fasa pertama kita memasuki Madrasah Ramadhan 1432H yg di dalamnya terkandung rahmat kasihan belas Allah s.w.t, maghfirah dan perlepasan daripada api neraka. Moga-moga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
.
Salam Ramadhan.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa semua Muslimin/Muslimat.

Moga ibadah puasa dan amal ibadah kita bulan Ramadhan ini diterima Allah s.w.t dan Allah memberkati Ramadhan kita tahun ini lebih baik darupada tahun-tahun sebelum ini, Insya-Allah.

Sunday, August 9, 2009

Program Ramadhan, BBQ&Q

Hari ini berlangsung Program Penghayatan Ramadhan bagi remaja 9-15 tahun kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq (MABAS) anjuran Biro Muslimat & Biro Pemuda. Program dikendalikan oleh Ustaz Imran Nasoha (Imam Masjid Darul Ehsan).

Ustaz Imran Nasoha sedang menyampaikan ilmu berkenaan Ramadhan
Zikir Munajat - atas (klik untuk besarkan) dan Asmaul Husna (bawah)

Imam Abbas (Imam 1, MABAS) sampaikan cenderahati kepada penceramah.

Makan-makan dan minum-minum


Terimakasih kepada semua AJK Biro-Biro dan jamaah sukarelawan yang ringan tulang membantu. Program Biro seperti ini adalah tidak lain untuk membawa remaja/pemuda ke masjid.


---
Minggu depan 14/15 Ogos 2009, Biro Pemuda MABAS akan anjurkan BBQ dan Qiammullail (BBQ&Q) bagi seluruh remaja/pemuda Kariah Masjid di SS19 dan SS18 Subang Jaya. Ia dimulakan dengan solat Isyak berjamaah, diikuti oleh Ta'aruf Pemuda (Biro Pemuda MABAS) dan BBQ. Kemudian tidur di masjid sebelum bangun jam 4.30 pagi esoknya untuk program Qiam. Dan, selepas solat Subuh pula akan diadakan tazkirah "peranan anakmuda kepada keluarga dan juga dalam mengimarahkan Masjid Rumah Allah"

Penyertaan masih dibuka dan ianya adalah percuma untuk ahli kariah. YB Hannah Yeoh (ADUN Subang Jaya) sendiri sudi menyumbang untuk program Ta'aruf Pemuda kali ini.

--->>>Sila juga lawat blog orang kanan saya, Timbalan Ketua Pemuda MABAS (Saudara Tajul Arif) di SINI (blogroll).

Sunday, September 28, 2008

Ramadhan (19) -- menjadi IMAM

Saya blog ciri-ciri menjadi IMAM ini kerana teringat EMPAT (4) perkara:
.
1. Kalau kita balik kampung musim raya ni dan solat Raya di kampung, memang terdapat (terutama kampung saya) yang pak IMAM, sebelum solat, akan bangun dan mempelawa mereka yang ingin memimpin solat (Aidilfitri/Aidiladha). Maklumlah, ramai yang dari luar daerah balik kampung mempunyai tahap didikan/ilmu agama yang tinggi, maka IMAM merendah diri mempelawa individu yang rasakan dirinya lebih layak untuk menjadi IMAM.
.

2. Saya teringat satu peristiwa di sebuah masjid, IMAM yang bertugas, walaupun hadir tetapi tidak sihat (tak fit) kerana (kalau tak silap saya) IMAM itu demam & kaki (peha) nya sakit (sukar untuk rukuk/sujud). Maka beliau meminta INDIVIDU yang boleh memimpin solat Maghrib/Isyak ke depan gantikan beliau.
.
3. Saya teringat satu peristiwa di sebuah masjid di mana IMAM & BILAL ditakdirkan tidak hadir (kerana sebab-sebab kesihatan), maka seorang AJK Masjid mempelawa INDIVIDU yang boleh menjadi IMAM ke depan.
.
4. Saya teringat ada seorang pemimpin PAS (maafkan saya kalau saya salah recall cerita ini, lupa dah namanya, lama dulu, kalau saya salah quote, sila lihat hasratnya) yang menegur/menasihat ahli/anak buahnya/orang Islam keseluruhannya supaya pemakaian serban/jubah (walaupun ianya SUNNAH) mestilah diselaraskan dengan ketinggian ILMU. Dengan lain perkataan, pakailah serban/jubah tetapi mestilah disekalikan/diisi dengan ILMU di dada kerana ia dapat mencerminkan/menyerlahkan keperibadian/keunggulan ilmu si pemakainya.


---

---

Dari Dr Abdul Salam Muhammad Shukri , Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, antara syarat sah IMAM atau jemaah ialah:


(1) Islam
(2) Berakal
(3) Cukup umur
(4) Lelaki yang sebenar (sejati) sekiranya makmum di kalangan lelaki dan khunsa.
(5) Suci daripada hadas dan kotoran.
(6) Baik dalam bacaan dan mengerjakan rukun.
Solat tidak sah di belakang imam yang bisu, mengikut imam yang tidak berupaya rukuk, sujud, duduk dan mengadap kiblat kecuali makmum sama juga dengan keadaan imam. Sekiranya imam tidak mampu, tidak sah menjadi imam kecuali apabila makmum dan imam sama-sama uzur.
(7) Imam bukan seorang makmum.
.

Selain itu, imam yang paling layak di kalangan anggota masyarakat adalah berdasar dua kategori utama iaitu sama ada berdasarkan:
(1) Orang yang paling faqih dan alim mengenai hukum solat atau
(2) Orang yang paling baik bacaan dan tajwidnya.

---

---
a. Saya pernah mendengar Ustaz Akhil Hayy berkata antara ciri IMAM selain tepat/sedap bacaannya, IMAM itu juga mestilah lebih elok wajah/peribadinya (kira-kira hensem/kemas/rapi). Maksudnya kalau ada 2 orang yang mempunyai semua ciri-ciri menjadi IMAM (kira-kiranya keputusan semua dah seri) maka pilihlah yang lebih hensem.

b. Saya ada seorang rakan (di opis lama). Pada suatu hari (hari Jumaat) dia maklumkan minta kebenaran untuk keluar awal. Rakan-rakan tanya -- kenapa? nak pi mana? nak bentang sejadah kat masjid ke? nak isi air kolah kat masjid ke? (macam-macamlah perli sinis). Dia kata -- hari ni dia kena baca khutbah. Kawan-kawan yang dengo semua ketawa (kira tak percaya lah). Lepas dia keluar, akhirnya rakan-rakan pun terasa nak pi ke masjid yang dimaksudkan (masjid terkenal kat Shah Alam) nak check betul ke mamat ni pi baca khutbah. Ya Allah, memang betul, kawan opis tu lah yang naik mimbar baca khutbah!!!! Terkejut kawan-kawan. Diam diam dia, rupanya dia Setiausaha Agong sebuah pertubuhan Islam...
.
c. IMAM adalah pemimpin dalam solat. Dan MAKMUM pun (terutama yang beberapa orang yang berdiri di belakang IMAM) -- ada ADAB yang perlu dituruti. Saya pernah beberapa kali berjumpa dengan IMAM-IMAM yang menukar tempat solat MAKMUM di belakangnya. Bayangkanlah kalau IMAM itu seorang al-HAFIZ (macam solat Tarawih) dah tentu dia perlukan beberapa al-HAFIZ di belakangnya. Begitu juga tempat BILAL dan MAKMUM yang lebih alim dan tinggi ilmu agamanya serta kuat/waras daya ingatannya. (kena buka topic satu lagi ni... ADAB MAKMUM... later later)

d. Semua orang sepatutnya boleh menjadi IMAM solat. Setiap lelaki pula sepatutnya menjadi IMAM pada keluarganya/di rumah. Tetapi, sebenarnya (pada pendapat saya) memang ada bezanya antara menjadi IMAM kepada keluarga @ di rumah @ 10-20 orang @ kawan/sedara @ IMAM tepuk bahu (masbuk) -- dibandingkan dengan menjadi IMAM kepada 50 @ 100 @ 200 @ 500 @ 1,000 orang MAKMUM dari pelbagai latarbelakang. Cubalah. Anda akan terasa macam ada SAUH (anchor) yang berat tersangkut pada bahu anda.




Saturday, September 27, 2008

Ramadhan (18) -- Iktikaf

(Hanis, Hanif & Hanaa)

Bila duduk dalam masjid (selepas telah dirikan solat Tahiyatul Masjid 2 rakaat) hendaklah niat Iktikaf iaitu : " Sahaja aku Iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"

Ramadhan pun nak ke hujung. Orang makin kurang beriktikaf, mungkin dah gerak balik kampung.

Kalau iktikaf di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) inilah tempat port yang paling saya gemari (menghadap kiblat, bersandar, ada barisan tiang di belakang. Sangat tenang, sunyi, sejuk, nyaman sentiasa ada tiupan angin dari kiri kanan. kalau letih, boleh baring dan tidur!!! sampai masuk waktu). Pintu Hijau tu (klik untuk besarkan) ialah tempat memandi/kafankan jenazah. Kalau ada orang meninggal, Masjid akan pasang bacaan Al-Quran melalui pembesar suara bermula dari jenazah hendak dimandi/kafan hingga ke solat jenazah. Orang ramai/kariah sekitarnya akan maklum hal ini, dan boleh datang untuk turut sama solat jenazah. Arwah orang tua dan anak saya, dimandikan untuk kali terakhir di situ (moga Allah merahmati mereka).


(gambar di kanan Masjid, tak perlu pasang kipas pun dah sejuk)



,

Friday, September 26, 2008

Ramadhan (17) -- Majlis Berbuka/Khatam/Tarawih di SMS Muar

Malam tadi berlangsung Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Berbuka+Sambutan Raya SMS Muar+PIBG+Alumni & Solat Tarawih di SMS Muar.


Majlis Khatam, Tazkirah, Solat dan Tarawih bersama semua pelajar di Surau SMS


Berbuka dengan kurma basah, dan beberapa jenis kuih yang memang sedap semuanya...

Aikkk jumpa orang Subang Jaya kat Muar... Dr. Nasir (Klinik Rosli - baju hijau) - orang kuat PIBG.
Norlela (spek/nak peksa SPM -- good luck!!) & rakan-rakan -- sudi membantu sediakan jamuan berbuka -- besaq pahala tau, timakasih.

Padanlah korang semua enjoy semacam je nak raya -- bebudak Form 4 rupernyer..


The deint of sang nyamuk -- angkat le tangan tinggi-tinggi!!!
Suasana di Dewan Makan. peh teringat satu acara yang tak dipertandingkan dalam Olimpik dan diharamkan di SUKMA --- acara baling tray & baling laukpauk dulu (masa blackout ha ha ha)....nasib le saper kena...
Presiden Alumni (Dr. Tolib - baju biru kanan sekali) di Hi-Table bersama barisan kepimpinan sekolah dan PIBG
Presiden Alumni (biru) dan bekas Presiden (now CEO Semesta Inc. Berhad - baju purple) beramah mesra.
Alumni berbual dengan guru-guru yang begitu berjasa mendidik kami semua.

Pelajar lelaki SMS
Kayuh bang kayuh...makan...!!!




Ni Asrama ni dulunya Asrama untuk lelaki sejati -- tapi nak buat camana, la ni pompuan dah ramai dari lelaki..dorm abang blok Budiman (la ni dah jadi blok Pujangga)

kereta raya...!!!
Seperti biasa, sebelum tinggalkan SMS Muar membelah keheningan malam, Alumni akan bersidang di 2 tempat ---- samada mee bandung xtra power di depan gate sekolah @ Murtabak Singapura (yang hidup wujud bersama SMS, jasa mereka melindungi budak-budak fly, sangatlah dihargai). Rasa murtabaknya pun masih tak lari beb...

Sunday, September 21, 2008

Ramadhan (16) -- Soal Jawab Masalah (4)

Hanis tanya: Abah kalau kita puasa, boleh ke kita korek pusat?
(he he he nak habaq jawab pun geli macam kena geletek pulak...)
Saya jawab: Kenapa nak korek, banyak daki ke? Boleh korek pasai bukan rongga berlubang.
.
.
Hanif ada tanya: Masa saya tidur tadi, saya mimpi saya makan... batal ke puasa saya?
Abahnya: Banyak ke makan?
Hanif: Banyak jugak.. batal ke?
(saya dah agak dah, mesti dia pulun makan punya, tak kira dalam mimpi atau tidak...)
Abah: Puasa tak batal. Yang dalam mimpi tu kira rezeki untuk kita makan...
-
-
Sebenaqnya banyak lagi yang depa tanya, larat tak larat je nak layan...
--
.kenapa kita kena puasa
.kenapa kita puasa siang (bukan malam)
.binatang puasa ke tak?
.abah, kawan saya tak puasa pun...macamana?
--
baguih la tu nooo...banyakkanlah bertanya ye..tanyalah banyak-banyak kat mak bapak...(mak bapak pun kalau tak leh jawab, tai chi la soalan tu, suruh depa tanya Ustaz/Ustazah kat sekolah...)

Ramadhan (15) -- Berbuka Puasa SIMDE+HSPJ

SIMDE, malam kelmarin, meraikan 30 anak-anak yatim/miskin dari Rumah Amal Kasih Bestari, Subang Bestari. Jamuan makanan untuk majlis ditaja oleh Hotel Singgahsana PJ. Barang-barang keperluan harian pula (beras, gula, tepung, sabun, macam-macam) disumbangkan oleh warga SIMDE. Majlis dimulakan sebelum Maghrib dengan khatam Al-Quran beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Farizal, dan diakhiri dengan solat Isyak & Tarawih

Sebahagian anak-anak yatim/miskin (lelaki/perempuan) dari Rumah Amal tersebut yang diraikan gembira dapat bersama-sama di Majlis Berbuka --- tengah beratur nak terima sumbangan.
aikk, boleh main cak cak pulak.... tak pe tak pe.... yang penting mereka semua happy & seronok. belajaq rajin-rajin ye... nanti dah besaq tolong anak yatim & orang miskin yang lain pulak....hidup ni kan macam roda, berpusing-berputar....
CEO Yayasan SAMDE (En. Osman -baju hijau) sedang bagi sumbangan.

Pengerusi Yayasan (Dr. Tengku Shahrom -tengah) menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Rumah Amal -- Ustaz Hamzah Busu (baju merah). Di kiri ialah Guru Besar, Ustaz Dahim. Ustaz Hamzah ketika kami berbual memaklumkan, yang beliau begitu gembira/bersyukur dengan sumbangan/bantuan yang diterima dari SIMDE, dapat meringankan tanggungannya dan menggembirakan para penghuni Rumah Amal itu....

Bendahari PIBG SIMDE (Pn. Kamariah-baju biru) bersama kaum ibu yang turut hadir.
Hanaa (tengah) wah wah enjoy betul dengan kawan-kawan dia.

.
OK terimakasih kepada SIMDE, semua warganya dan Hotel Singgahsana PJ (En. Rohizan) dan mereka yang menyumbang, memeriahkan dan menjayakan majlis ini. Kita pun maklum bahawa besar ganjaran mereka yang menderma dan bersedekah di bulan Ramadhan, berlipat kali ganda -- maka, Allah jua sebaik-baik pemberi balasan kepada semua sumbangan tersebut.

Friday, September 19, 2008

Ramadhan (14) --The Last 10 Days (poem)

The Last 10 Days

Subang Jaya
19 Ramadhan 1429
5 days in a row
Extreme hot weather, low humid
The rain come and go, intermittent
Does not help much
To relief and to cool down
Subang Jaya
And this throat too
No, never think about it
10 days to go
Still have thought of throat and stomach?
No, never think about it
10 days to go
Go grab, struggle for Al-Qadr
The holiest night
The best offer from Allah
The Most Beneficent and the Most Merciful
Virtuous, superiority night
Only once in a year
And perhaps once in a lifetime
Love of Allah
More value than 83 years of good deeds and worship
Al-Qadr
Love of Allah
Bless us, grant us mercy and forgiveness
Now and forever

-tajmosa-
Friday 19 Sep 08

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan (13) -- HANIF & kelebihan TARAWIH

(Hanif)
Kalau mengikut kalender Islam (Tahun Hijrah) malam ini 19 Ramadhan adalah malam di mana HANIF dilahirkan, maka umurnya 11 tahun genap hari ini. 11 tahun lepas, lepas berbuka puasa, terus bawa mama Hanif ke SJMC, dan uwekkk uwekkk -- selamatlah Hanif dilahirkan ke dunia. Mula-mula nak letak nama "Muhammad Hanif", tapi kami masukkan nama Firdaus -- mengenang sempena kelebihan orang kerjakan solat Tarawih malam 19.


MUHAMMAD HANIF FIRDAUS -- (yang terpuji, yang lurus, syurga).
Cikgu/kawan-kawan/sekolahnya panggil Hanif.
Atuk & atuk sedara, sepupu, paksedara/maksedara panggil Firdaus.
Tapi kalau dijerit nama penuhnya -- fullname -- he he he, memang ada lah salah yang dia dah terbuat...
--
--
KELEBIHAN SOLAT TARAWIH -- Malam Ke-
.

1. Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.

8. Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Wednesday, September 17, 2008

Ramadhan (12) -- Kontraktor Kelas F buat kerja di bulan puasa


.

TAJUK KERJA: Kerja-kerja membina "badminton court tanah berumput" -- macam tennis clay court) & lain-lain kerja berkaitan.


KONTRAKTOR: Gerenti Siap Enterprise


MANDOR (mundar-mandir) = 2 orang


BURUH (tempatan) = 3 orang

.


he he suka tengok style "kontraktor" ni kerja -- happy, berwawasan, ikhlas, dari hati (tak pakai pelan), matlamat sama, satu tujuan, hampir tiada karenah -- shape lari sikit pun tak kisah. Inilah berkat ilmu Kemahiran Hidup yang depa belajaq kat sekolah agaknya, tak pun selalu tengok Wonderpets ...).



Ramadhan (11) -- Berbuka Puasa SIMDE+Mu'min

Malam tadi, sempena Nuzul-Quran berlangsung majlis berbuka puasa SIMDE yang ditaja oleh Al-Meswak Mu'min pengeluar ubat gigi Mu'min, warga SIMDE meraikan penuntut-penuntut Tahfiz A-Mukri, Puchong.



Bersama-sama bergotong-royong menyediakan/menyusun juadah berbuka puasa --- suka je caterer tengok...


Pehhh...Hantam saja la... Bismillah Bismillah... best nyer makan dalam dulang...
(rahsia sulit -- 4 penghuni dulang ni makan 2 dulang...he he he -- saper tu???)
Penuntut Tahfiz A-Mukri. Ada seorang bapa yang tanya, kecik-kecik lagi depa dah jadi Al-Hafiz. Saya kata baguih la... dari hafal benda yang bukan-bukan...
Untuk makluman (sepertimana dimaklumkan oleh orang-orang lama Subang Jaya), Surau SIMDE ini dahulunya (pada tahun 70an/80an) adalah sebuah Surau untuk kawasan Subang Jaya dan digunakan untuk solat Jumaat iaitu sebelum terbangunnya Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, MDESJ). So, jom sama-sama kita jaga Surau SIMDE yang bersejarah ini....
Pengerusi Eksekutif (Executive Chairman) Al-Meswak Mu'min -- Tuan Amirullah Hj Abdullah bagi sepatah dua kata. Saya tangkap tiga perkara:-
a. Al-Meswak Mu'min kini adalah 100% dimiliki oleh Bumiputera Islam selepas mengambilalihnya kerana kesedaran penggunaan nama Mu'min pada ubat gigi itu yang pada mulanya milikan orang bukan Islam.
b. Ubat gigi Mu'min 100% halal. Menggunakan kalsium yang bukan dari tulang haiwan. Kalsium yang diguna halus, boleh memasuki lubang-lubang kecil pada gigi (menutup rongga/lubang kecil/halus pada gigi).
c. Ubat gigi Mu'min tiada florida. (dari segi kimianya) jika gosok gigi dengan florida kemudian berkumur-kumur dengan air paip (mengandungi klorin), campuran itu menghasilkan chloroform. Apa musibah chloroform? (untuk lelaki pun ada, untuk pompuan pun ada) -- harap kawan baik saya pakar kimia yang baca blog ni -- bagi komen ye (jangan malu-malu)...
chlorine + fluoride = ++ chloroform

Guru Besar sampaikan sumbangan kepada penuntut Tahfiz A-Mukri. Lepas Isyak, semua mengerjakan solat Tarawih dan Witir.

Kepada penganjur, penaja, penyumbang, penderma dan semua yang meriahkan majlis, terimakasih daun keladi...!!! Hanya Allah s.w.t sebaik-baik pembalas kepada semua amalan.



Tuesday, September 16, 2008

Ramadhan (10) -- good to share

today, we were with Tuan Aimi Aizal Nasharuddin - SKALI's President & Co-Founder. he spoke a detailed insight about Skali - from small business (7 staffs) to 500 (currently) in 12 years. he shared a few tips for success in business (& survival tips - i like these, tq...)

(some that stuck in my mind)

in selling products/services -- first, convince them (that your product is damn good -- this is normal). if fails, move to option 2 -- confuse them (that your product has extra A + high Z and have all B,C, D etc). if not working at all - move to opt 3 -- scare them -- if you don't have this product, you die man...(...see insurance sales agent?)

in solving problem -- never use the same way/thinking to solve problem, what more if the formula doesnt work at all. change.

crisis - if you fail to anticipate, you will be trapped into crisis management, unpredictable event. if dont tackle properly, crisis will lead to another crisis. you cant focus to do better things. dont be afraid to make decision, and once done/decided, pls commit fullest.

lastly - uphold honesty, sincerity and integrity (be strong, be tough - no matter how/what).
.




Saturday, September 13, 2008

Ramadhan (9) -- missing them always

It was early in the morning of 1st Ramadhan when Hanaa told me –- she dreamt of her adik (arwah Hanan) and Atuk. I hugged her and asked to recite Al-Fatihah for them -- we all love them very much.

Both were buried here (pic) at Perkuburan Islam USJ22/Puchong (Muslim Cemetery) – Hanan (in 2003) and followed by his Atuk (2004).


Click here for satellite view of this Tapak Perkuburan -- 90% of the area still available. (Remember Taj) every single minute brings us closer to our end – to follow them moving to the next phase....sooner or later. May Allah bestow mercy and blessings upon all of us.



Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan (8) -- Soal Jawab Masalah (3)

Imam II Masjid Saidina Abu Bakar (ketika beliau bertugas) akan melakukan Solat Witir 3 rakaat dengan satu (1) salam -- tanpa tasyahhud awal (dan bukannya seperti biasa iaitu 3 rakaat dengan dua (2) salam). Dan, imam akan maklumkan setiap kali sebelum memulakan witir-nya. Hanif ikut hingga selesai solat tarawikh/witir habis (lebih-lebih lagi tengah cuti ni...).
.
Balik dari masjid, dalam kereta dia dah tanya.
.

Hanif: Kenapa imam pesan solat witir satu salam je...?
Abah: Boleh, tambah pulak kita ikut je imam tu...
Hanif: Solat witir ni satu salam ke atau dua salam?
Abah: Kita kena ikut imam. Kalau satu salam, buat je satu salam.
Hanif: Saya tak faham lah...

.

(kesian pulak dengor nya...)

Abah: Ok, apa yang tak faham, tak faham kat mana?
Hanif: Kalau kita solat witir dengan satu salam, kita beri satu salam belah kanan je ke?


--
(alahai anakku...!!!!..tengok camana anak-anak punya interpretasi...)

Monday, September 8, 2008

Ramadhan (7) -- Soal Jawab Masalah (2)


Beberapa minit sebelum jam 5 petang, mengadap TV3 -- ada disiarkan jadual waktu berbuka puasa
.
Hanaa tanya abah --- kenapa kat Sabah buka puasa cepat?
.
Abah Hanaa --- sana waktu Maghribnya cepat
.
Hanaa --- sekarang ni Sabah malam ke siang ke pagi?
.
Abah Hanaa --- sama macam kita, petang, cuma Sabah cepat sikit je..
.
Hanaa --- kenapa dia cepat?
.
Abah Hanaa --- pasal dia cepat Sahur, dia cepat siang, so dia orang kena cepat berbuka.

--
Akhir sekali tu tiba jadual waktu berbuka Negeri Perlis.
--
.
Hanaa --- ehh, abah, orang Perlis pun puasa jugak ke?
.
Abah Hanaa --- ya, semua orang Islam berpuasa. Satu dunia.
.
Hanaa --- tapi ada juga orang Perlis tak puasa kan?
.
(he he he saya diamkan je --- anak aku tengah dok lapar lah tu...)

Thursday, September 4, 2008

Ramadhan (6) -- Soal Jawab Masalah (1)

Hanif bertanya saya >>> abah, saya nak tanya sikit.
.
Saya >>> ya, apa dia.
.
Hanif >>> masa kita puasa, kalau kita terlupa 6 kali, boleh ke?
.
(ha ha ha, saya senyum dalam hati)
.
Saya >>> kenapa banyak sangat. macam mana boleh sampai 6 kali ???
.
Hanif >>> saya tak sengaja...betul...
.
Saya >>> ... bagus soalan tu. puasa tak batal, boleh diteruskan. dah tak sengaja tak pe...
.
(saya keluar "fatwa" ni mengambilkira --- i) benda tak sengaja & ii) budak lagi (belum baligh pun -- tapi kalau dah baligh ishhh melampau betul terlupa sampai 6 kali).
.
.

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan (5) -- rokok naik rega...!

Ehem, ehem


• Dunhill Fine Cut 20s range RM 10.00

• Dunhill D360 20s range RM 9.40

• Dunhill King Size 20s range RM 9.00

• Dunhill King Size 14s range RM 6.50

• Kent King Size 20s range RM 9.00

• Pall Mall Plain 20s RM 9.40

• Pall Mall King Size 20s range RM 7.50

• Pall Mall King Size 14s range RM 5.50

• Pall Mall King Size 25s RM 8.20

• Benson & Hedges King Size 20s RM 9.00

• Benson & Hedges King Size 14s RM 6.50

• Perilly’s 100s 20s RM 7.70

• Perilly’s King Size 20s range RM 7.50

• Perilly’s King Size 25s range RM 8.20



--

hah, apa lagi, kepada semua kawan punya abang/abang/adik ipar, rakan/sahabat/kawan, sedara-mara, pak-pak sedara, sepupu, sepupu ipar, atuk sedara & semua perokok yang baca blog ni..... peh peh peh, kalau depa berkumpul, berkepul-kepul asap serombong --- udah le tu, stop le beli/hisap rokok -- tak de pekdahnya ---
.
sempena bulan puasa ni, meh kumpul-kumpul duit tu -- buat bayar zakat fitrah/sedekah kat imam hafiz solat tarawih.....lepas Ramadhan nanti, kumpul pulak duit tu, buat menabung.

Monday, September 1, 2008

Ramadhan (4) -- lepasi hari pertama

(Hanis, Hanif & Hanaa) - First day OK
Ramadhan 4
.
6pm -- Took Hanif to Pasar (Bazar) Ramadhan Subang Jaya (SS18, same road to JM Bariani Subang Jaya - the best Muar Bariani in Subang Jaya)


Orang terlalu ramai, al-maklumlah, first day -- ibarat kuih ada satu, yang nak beli 3 orang. Hanif nampak frust -- takut dia tak dapat beli apa-apa.

akhirnya kami beli ni je la -- kueh tiow -- buat tokok tokok -- pasal orang pun tak ramai -- boleh ambik gambo lagi youuu
Nasi Ayam Kak Laily ni pun sedap jugak -- tapi kat rumah pun dah masak ayam herba organik untuk berbuka puasa 1st Ramadhan. Cukup lah..


Hanaa (7-y-o) -- her firsttime full fasting day today -- couldn't move much esp. after 6 pm -- we asked her not to fast (but she insisted to proceed) -- asyik kira jarum jam je... tu gambo dia tengah terbongkang taken 30 minutes b4 Maghrib. her class teacher distributed a checklist -- carta Ramadhan to all (pic below - contribution by Halagel). so, it guides Hanaa on her daily duties during Ramadhan (bagus jugak tu)
8.30 pm -- Isya'/Tarawih -- Masjid Saidina Abu Bakar SS19 -- jamaah 800-1,000
9.30 pm -- Break after 8-rakaat Tarawih for 10-minute Tazkirah -- jamaah 500
9.40 pm -- Continue 12-rakaat Tarawih -- jamaah 300
10.20pm -- Perform 3-rakaat Witir & Tahlil -- jamaah 200
10.30pm -- Moreh/Tadarus