Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

Syabas SMS Muar (Senarai Sekolah Terbaik SPM 2009)


Tahniah kepada semua pelajar SPM 2009 yang berjaya dengan keputusan cemerlang diumumkan siang tadi. Tahniah kepada sekolah lama SMS Muar mendapat tempat ke-7 terbaik keseluruhan di Malaysia (Terbaik Johor). Tahniah kepada semua pelajar SMS Muar, Pengetua & Guru serta wargakerja SMS Muar dan juga Alumni SAMURA. Kat budak-budak batch SPM2009 --- Memang korang coolllll!
Kepada pelajar akan datang, terus pertingkatkan kepada pencapaian yang lebih cemerlang tahun hadapan.
Senarai 10 terbaik ialah
.
1.Sekolah Menengah Sains (SMS) Seremban, Negeri Sembilan
2.Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)
3.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
4.Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
5.Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah, Kuala Lumpur
6.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor
7.Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
8.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang
9.Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
10.Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan (TKC)

Thursday, March 12, 2009

SPM 2008 - Kongratulasi...!!!

Kongratulasi (lain macam benor bunyinya...)
.
Tahniah kat bekas sekolah - SMS Muar, keputusan SPM-nya adalah yang terbaik di Johor dan ke-4 bagi SBP (Sekolah Berasrama Penuh - Boarding School). Tahniah kepada Pengetua, Guru dan pelajar serta PIBG & Alumni. Pelajar SPM 2008 SMS Muar ini adalah Batch SPM yang ke-25 setelah genap 25 tahun penubuhannya...(sangnyamuk & kawan-kawan, dapat berapa?) .
.
>>>(Update 13/3 10.49pm -- Hadiah Ulang Tahun ke-25 (Utusan Malaysia) klik SINI dan SINI. Serta Adik Madihah berpuasa Isnin/Khamis SINI, lihat rumahnya bersama ibubapa di terataknya SINI )<<<
.
Keputusan dah keluar, nama yang terrrrrbaik...
.
So nak ucap tahniah kat pelajar Maahad Muhammadi Perempuan di Kelantan, Adik Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal yang mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Pengkalan Chepa. Untuk baca lanjut dan nak tengok gambar-gambar serta ulasan, klik SINI dan SINI.
.
(Sham, mu kenal ke?)
.
Kepada yang kurang berjaya atau gagal, janganlah putus asa, tingkatkan prestasi/usaha di masa hadapan.