Friday, December 3, 2010
Sekambing Senyuman --- (sajak)
Mengumat-gamit di pagi hari
Terlalu girang riang
Orang lain yang turut sama, menunggu
Di kafe ini
Pun begitu jua, melemparkan hati
Yang terulam dengan rasa tidak menentu
Kegembiraan
Tersenyum sana
Tersenyum sini
Berselisih senyum
Setenang pagi Jumaat ini
-tajmosa-
Desasiswa Harapan - USM, 1994
Wednesday, August 26, 2009
Tahniah & Syabas YB

Saturday, March 7, 2009
T.Y.T Penang akhirnya rasmikan Masjid PTM
Thursday, February 5, 2009
isteri ku orang PERAK --- kejor YOP kejor
.
Monday, November 17, 2008
LABBAIK ALLAH-HUMMA LABBAIK
Labbaik Allah Humma Labbaik, Labbaikala Syarik Kalakalabbaik, Innal Hamda Wannikmata, Lakawal Mulk La Syarik Kalak.
Musim Haji telah tiba lagi, banyak kenduri saudara, sepupu dan sahabat/rakan yang pi haji. Ada yang dapat dihadiri, banyak juga yang tidak. Apa pun, kepada semua jemaah haji, selamat mengerjakan ibadat haji, semoga mendapat haji yang mabrur (tiada balasan kecuali Syurga Allah). Semoga sihat, selamat pergi dan selamat kembali. Khas saya tujukan kepada Abang Long Kasri & isteri yang akan berlepas dari Bayan Lepas Pulau Pinang, esok. Juga kepada Zul (anak Wak Long) yang telah berlepas dari Senai Johor.


Ja'ranah -- antara beberapa tempat Miqat/Niat Ihram selain Bir Ali (dari Madinah)Friday, October 17, 2008
Sekolah & Disiplin
---
---
Oleh Rashidi Karimam@hmetro.com.my Jumaat, 17 Oktober 2008
KANGAR: Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan, tetapi di sebuah sekolah menengah di sini, pelajar perempuan pula menjadikan seorang guru wanita sebagai sasaran berikutan tidak berpuas hati ditegur lewat menghantar tugasan sekolah. Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya. Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa.Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan.
“Saya bertanya kepada pelajar itu siapa yang menulis perkataan berkenaan dan dia mengaku menulisnya lalu saya memarahinya. Bagaimanapun, dia melawan dan cuba merampas folio itu.
“Berikutan itu, berlaku tarik menarik dan dia menolak saya menyebabkan saya membalas tolakannya. Dengan ditemani seorang rakan sekelas, pelajar itu terus menendang perut saya berulang kali.“Selepas melihat mereka memanggil lima lagi rakan, saya yang bimbang kejadian lebih buruk berlaku bergegas menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan guru lain di bilik guru”Lanjut, sila klik TAJUK
---
Kepada semua guru-guru (termasuk abang/kakak aku, sepupu/sedara dan kawan-kawan semua...) sentiasalah berhati-hati... belajarlah sikit ilmu silat gayung ke kuntau jawa ke...
Teruslah mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin...
Friday, September 5, 2008
Bantuan Per Kapita kepada SAR
Guan Eng umum tubuh SAR, kembalikan bantuan perkapita
Mohd Sabri Said Fri Sep 05, 08 12:22:45 pm MYT
PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.
Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.
"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.
Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.
Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.
"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan. - mks._
Wednesday, September 3, 2008
Universiti Sains Malaysia, Minden, 11800 Penang
---USM berjaya dipilih sertai program Apex
PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan. “Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini. Katanya, dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. “Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex,” katanya. Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.” Sebanyak sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek. Kertas cadangan USM bertemakan “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”. Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. — Bernama
.
TAHNIAH (51x) USM ...!!!
.
USM -- 50 Universiti terbaik dunia tahun 2020. OK, GO FOR IT!!!
(tak sia-sia jalan kaki naik bukit turun bukit ke hulu ke hilir)
.
Thursday, August 7, 2008
SB yang kurang cerdik...
---
.
.
alfonso >>> selamat siang
.
.
(....cerita ni tak jumpa dalam buku sejarah......)
.
.
Tuesday, April 22, 2008
...errr, sebenor nyeer, kita ni nak buat ke tidak ..mahal bebenor.. !
Revisit at 10.10pm - I remember listening to views/comment made by one top figure politician (very recent @ on TV. He is not No. 1, neither No. 2 nor No. 3 -- I do hope one of you watched this interview too. I’m not posting verbatim here – only the “intention”)
He said if he were to handle one big project which is very viable in the first place but unfortunately, over the years/months the fund is somehow not there/ready and/or something goes wrong (unpredicted), so what he will do is that (either one or take it all!)
a. drag/delay the project – give reason/excuse -- we need to explore or to study further (there is a need for second (and third) thorough study)
b. blame third party (or if any, the fourth, the fifth so on…) for causing some backlog which subsequently delay the whole project. (Here, we need another tactic i.e. kautim management)
c. review priority list (!) – the 1st priority has changed! (ye lah kan, may be due to the weather, the attitude, the public awareness etc)
So, what a coincidence! Learn the skill....
_____News from Bernama___
April 22, 2008 13:05 PM
Second Penang Bridge Delayed Due To Land Issue And Rising Costs
KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the construction of the Second Penang Bridge will be delayed following problems getting the allocated land, the best design and increasing building costs."Several matters have delayed its construction. Firstly in getting the land that had been allocated for building the bridge."Secondly, there is a need to ensure that the given design is the most suitable and also the issue of cost where there may be changes due to increased prices," he told reporters after officiating the Asia-Europe Culture Ministers Meeting here Tuesday.Abdullah said this when asked on why the building of the bridge was being reviewed under the Ninth Malaysia Plan (9MP).Several projects under the 9MP are also being reviewed, he said.The building of the 24-km bridge linking Batu Kawan in Seberang Perai south and Batu Maung on the island has been receiving criticisms from various parties for its delay.The original agreement between UEM Group Bhd and its consortium partner China Harbour Engineering Company (CHEC) has been extended for nine months to provide more negotiation time for them to reach an agreement that will be same with the original deal.Earlier, UEM had given the guarantee that the building of the Second Penang Bridge will be smooth and completed as scheduled in 2011.The bridge will be the longest in Malaysia and South East Asia once it is completed.Last year, Malaysia and China signed a loan facility worth RM2.7 billion for the building of the bridge. The parties involved were the Government of Malaysia, Exim Bank from China and Bank Pembangunan (Malaysia) Bhd.-- BERNAMA



YA ALLAH, murahkanlah rezeki kami & keluarga, saudara-mara kami dan para sahabat kami, permudahkanlah & kurniakanlah kami peluang & kesempatan untuk kami mengerjakan Haji dan Umrah, AMIN.