Showing posts with label Dato'. Show all posts
Showing posts with label Dato'. Show all posts

Monday, February 22, 2010

Hi-Tea Perdana 2010

Jemputan Terbuka (dengan pembelian tiket RM30/satu) ke Hi-Tea Perdana 2010 bersama YB Dato' Hj Husam Musa dan YB. Ir. Nizar Jamaludin. Ini adalah sempena Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kelana Jaya.
Tarikh 14 Mac 2010 Jam 3 petang di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) SS15, Subang Jaya, Selangor. Tiket boleh dibeli dengan hubungi no hp berikut 013-3666106 atau 013-2075733

Wednesday, November 18, 2009

Dato Nadzmi & HICOM Alumni

Morning - Had breakfast with Hj Nisbar (x-PHN, x-MTB, now attached to HICOM Chevrolet). Berbual, borak kosong. Asked him for some updates on Dato' Nadzmi (Salleh) - DNS - Chairman, Proton Holdings Berhad (Hj visited Dato' days before).

(note: DNS suffered a mild stroke in India. Had flown back to Malaysia and transferred to a private hospital here)
Last sekali jumpa Dato' Nadzmi in person during HICOM Alumni Hi-Tea.
(note: HICOM Alumni is a group of x - officers/staff/kakitangan HICOM yang rapat dan terbabit secara langsung membina/bangunkan HICOM Holdings Berhad & Kumpulan di bawahnya termasuk Proton, EON, MTB, HICOM Petro-Pipes dan berpuluh lagi anak syarikat hingga mampu jana cash-cow RM1 billion dengan nilai sesaham HICOM waktu itu cecah RM8 (dulu la, la ni tak cecah...))
Share sikit gambo during HICOM Alumni Hi-Tea
Ong Beng Kong (right)

Ni gambo Dato' Nadzmi with his smiling face. Orangnya baik, peramah dan mudah tersenyum SAMA seperti orang di kiri/kanan/depan Dato'. Di kanan - Jamil (dulu orang kuat Alam Flora). Kiri adalah Hj Nisbar.

My former boss Engineering Division Head, Mr Matthew Phung (second from right) - my first task under him was to help him shutting down HICOM Freightmate's operation.

ha ha ha ZRY pun ader...

Chandra Kumari (diri) with Puan Sri (wife to the late Chairman - Tan Sri Jamil Jan)

Kiri sekali Datuk Saufi x-MD HICOM with Zam dan kanan sekali Aziz
Munusamy (centre - dulu jaga duit) & Hj Makmon (blue shirt).
Azman Ahmad, Kamarul Azman, Musa Dahlan & Azhar
Nur Balkish Hood, Wan Rohani, Kak An & Zamara (IT)
Bosses - i used to work with. Yang berjanggut tu Haji Rahim. Pakar dalam bidangnya - Engineering. Was in his team for Offshore Patrol Vessels (OPV) Project, Wafer Fabrication Project, Alloy Casting Project & Johnson Matthey HICOM (Catalytic Converter Project)

Lady in pink - Rozimah


Hj Harun, Jayaratnam, Foo Chee Tiew & Munusamy. Mr. Jayaratnam was previously MD of HICOM Petro-Pipes (HPP). My final job before leaving DRB-HICOM was (in his team) to close HPP's operation (save the company from bleeding further)
Narzita, Latifah, Ratna Juita, Fadilah
Hisham Taha & Balkish (dua orang my batch (HICOM intake masa tu) - semua dah tak de kat situ...)
---
OK, Khas kepada Dato' Nadzmi, banyakkan bersabar dan berdoa. Kami doakan semoga Dato' cepat sihat/sembuh sepenuhnya.

Thursday, July 16, 2009

Konvensyen Institusi Keluarga Negeri Selangor 2009

Saya dijemput menghadiri Konvensyen Institusi Keluarga Negeri Selangor 2009 diadakan sehari suntuk di Dewan Jubli Perak (tepi Bangunan SUK) Shah Alam yang dianjurkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kesimpulan saya --- ini satu Konvensyen yang sangat bagus, dan sepatutnya mesti dihadiri lebih ramai rakyat Selangor atau disampaikan maklumat terperinci ini kepada semua orang Islam di Selangor.

Antara Panel-panel yang bagi ceramah membentangkan kertas/pandangan adalah YBhg. Dato' Hj Kamaruddin Zakaria (bekas Imam Masjid Negara) - Institusi Keluarga Tonggak Masyarakat Berintegriti, Dr Robiah K. Hamzah - Stress Dalam Keluarga, Cabaran & Penyelesaian, YB Dato' Dr Hassan Ali - EXCO Selangor (yang juga perasmi Konvensyen), YBhg Dato' Hashim Yahya (bekas Mufti Wilayah) dan YBhg. Datin Aminah Zakaria - Formula Keluarga Bahagia.

Slot juga diisi oleh Tn Haji Aluwi Parman <<<-Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga JAIS (sefaham saya, kalau ada orang di Selangor nak kawin lebih daripada 1 isteri, kena dapat sign tandatangan/mengadap Haji Aluwi ini....)

Keseluruhan sesi adalah sangat menarik dan penceramah sangat HIDUP menjelaskan formula keluarga bahagia dalam pembentangan masing-masing. Terlalu banyak untuk dikongsi/ditulis dalam blog ini. Tetapi bagi kebaikan semua pembaca blog ini saya catatkan nota secara ringkas.

Dr. Robiah
Semua orang ada stress dan mesti dikawal. Peringkat stress (negatif)
-level 1 Emosi (bermain dengan perasaan/sangka - resah/gelisah, murung, bosan)
-level 2 Ilusi (mendengar sesuatu berkata-kata merangsang)
-level 3 Dilusi (mendengar dan boleh melihat sesuatu/orang yang berkata-kata)
-level 4 Halusinasi (tahap gila/sakit mental)
Beliau membawa kes benar seorang eksekutif Petronas yang membunuh isterinya beberapa tahun lalu sebagai contoh kisah hidup bagi menerangkan stress ini. Begitu juga dengan seorang Pak Cik yang ketiadaan anak yang telah hidup di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 26 tahun kerana tiada anak. Imiginasi Pak Cik itu melampau sehingga bukan sahaja dia mengaku dia ada anak, bahkan dia sudah pun bercucu. (Dr. Robiah terlibat dalam kedua-dua kes ini)

Allah jadikan horizon penglihatan kaum wanita ialah 180 degree dari sudut kiri hingga sudut kanan, sedang bagi lelaki, skopnya hanya lurus kehadapan. Itu sebab lelaki kena menoleh untuk tengok perempuan cantik di bus stop! Sedangkan bagi seorang perempuan, mereka tidak perlu menoleh/melihat, sudah tahu perempuan di meja sebelah memakai gelang besar!
Perempuan boleh berfikir banyak isu dalam satu masa - tapi tak selesai, sedangkan kaum lelaki hanya mampu berfikir satu isu dalam satu masa - tapi beres!

Dato' Kamarudin
Keluarga yang mempunyai isteri/ibu yang berceloteh/bercakap/membebel - itu adalah keluarga yang sihat. Anda akan pasti terasa jika isteri/ibu itu sakit/tiada lagi di dunia.
Salah satu cara menguji kepekaan isteri ialah letakkan bekas cawan kopi/minuman anda di atas TV! <<<--- tak sampai berapa minit, isteri mesti melenting --->>> cawan saper atas TV ni (padahal dalam rumah tu ada suami/isteri sahaja)
Ilmu masakini terlalu banyak, tetapi terlalu kurang yang mengamalkannya, berbanding zaman dahulu yang mana ilmu itu perlu dicari-cari.

YB Dato' Dr Hassan Ali
Mencerita kisah hidupnya sendiri untuk dijadikan panduan jika ada baiknya. Bapanya Imam Masjid, ibunya guru Al-Quran. Adik beradik 8 orang. Nasi/hidangan tidak akan dimakan selagi mana bapanya belum menjamah makanan (berbanding anak-anak kita sekarang). Pinggan/cawan/gelas bapa adalah sangat ditakuti untuk digunakan oleh adik-beradik yang lain. Bapanya sentiasa bersolat di masjid.
Anak-anak tidak berani lalu di hadapan tetamu ibubapa. Kalau lalu belakang pun dengan kata-kata - saya lalu belakang.
Bapanya ada sebatang ekor ikan pari (bukan rotan...) yang diguna hanya untuk dua sebab. (1) lambat solat (bukan tidak solat!!!) dan (2) jika bapanya terdengar ada anak yang membantah/meninggi /melawan cakap ibunya.
Dato' Hassan sendiri pernah saksikan abangnya yang melawan cakap ibunya disebat dengan ekor ikan pari itu sehingga terkeluar daging/isi sehingga ibunya sendiri menangis...

Pegawai-Pegawai JAIS/Dato' Hashim
Pasangan suami isteri kurang dalami agama. Tidak faham hasrat sebuah perkahwinan.
Ada suami/isteri yang bertengkar di hadapan pegawai Kaunseling JAIS sehingga memaki hamun, berkata lucah - BABI,CIPAN- dan sebagainya seperti tiada hormat dan tiada ilmu sedangkan sudah bertahun-tahun hidup bersama.

Semuanya sewajarnya berbalik kepada ilmu agama dan amalannya.

Monday, April 27, 2009

(ringkasan) UCAPTAMA

Teks Ucaptama Yang Dipertua PIBG

Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan

(..nama saya..)

“Merenungi Semangat Keibubapaan Ibubapa Kita Dalam Mendidik Keluarga”


Sempena Seminar Keibubapaan PIBG SIMDE 2009

-Menjadi Ibubapa Genius - Ke Arah Keluarga Bahagia-

26 April 2009 / 1 JamadilAwal 1430H

8.30pagi-12.30tengahari

Dewan SIMDE, Subang Jaya

Terimakasih Pengerusi Majlis

Bismillah….

...

...

...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w., seluruh kaum keluarga Baginda, para sahabat, pengikut sahabat, para tabi’, para syuhada dan mereka yang menegak dan meninggikan syiar Islam ke muka bumi ini sehingga dapat kita semua merasai nikmat Islam dan Iman hari ini, Alhamdullilah.

Syukur kita kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan inayah dan taufik-Nya dapat kita semua berkumpul dalam satu majlis, satu program yang tidak kurang pentingnya pagi ini ini untuk sama-sama kita bermuhasabah bagi memperbaiki diri dan keluarga bagi meneruskan kehidupan kita cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

...

...

PENDAHULUAN

Saya bagi pihak PIBG SIMDE mengalu-alukan kehadiran semua ibubapa dan guru lebih-lebih lagi kepada pakar motivasi kita yang kita jemput khas untuk program ini iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman. Jutaan terimakasih kepada YBhg Prof Dato’ kerana meluangkan masa hadir bersama dalam majlis kita ini yang sebentar lagi akan mengupas, berkongsi ilmu dalam tajuk yang luas – "Menjadi Ibubapa Genius, Ke Arah Keluarga Bahagia". Tajuk ini diluaskan skopnya kerana adalah hasil komunikasi dengan Prof Dato' , maka wujud kesefahaman pandangan iaitu menjadi genius sahaja tidak cukup, bahkan akan rosak/runtuh sesuatu keluarga jika ibubapanya genius tetapi tiada kebahagiaan.

Untuk makluman kita semua, YBhg. Prof. Dato’ adalah seorang Profesor Fizik di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Beliau juga merupakan Felo Kehormat IKIM, Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2008 dan penerima Anugerah Maal Hijrah peringkat kebangsaan, juga pakar dalam bidang Fizik, terma, tenaga suria dan fotovoltan. Beliau banyak terlibat dalam penyelidikan dalam dan luar Negara untuk World Renewable Energy. Telah menulis lebih 20 buah buku buku dan jurnal yang berkaitan fizik dan tenaga suria. Beliau juga adalah kumpulan pakar dalam Institut Integriti Malaysia.

...

...

YBhg Prof. Dato’, ibu-ibu, bapa-bapa dan para guru sekalian,

Program atau Seminar Keibubapaan atau Parenting ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi kita dewasa ini dan tidak juga sesuatu yang baru bagi kita semua. Mungkin ada antara kita yang kerap mengikuti kursus seperti ini dan telah mendapat pelbagai petua / tips yang baik untuk diamalkan, kalau tidak seluruhnya, telah diamalkan secara sedikit-sedikit. Tindakan langkah-langkah dalam parenting ini berubah-ubah mengikut keadaan zaman, tetapi umumnya bolehlah kita katakan pada konsepnya ia masih mengekalkan ciri-ciri sifat matlamat keibubapaan yang sama. Maka program kita hari ini untuk membolehkan kita menimba seberapa banyak lagi ilmu yang kita sendiri tidak tahu ataupun terlepas pandang.

Sebenarnya program seperti ini perlu kita jadikan wadah untuk lebih memahami peranan kita sebagai ibubapa, sebagai keluarga dan sebagai entiti dalam komuniti/masyarakat, agar kita mampu mengambil seberapa banyak pengajaran bagi membawa perubahan ke arah kebaikan. Kita ada teori, kita ada praktikal. Ada yang hanya idea, ada yang realiti. Ada juga teori dan idea yang kosong yang tidak boleh dijelmakan dalam masyarakat kita khasnya. Mungkin ini akan dikupas oleh YBhg. Prof Dato’ nanti.

...

...

IBUBAPA KITA DAHULU

Dalam kita membicara KEIBUBAPAAN, kita tidak dapat lari daripada mengingati ibubapa kita. Kita tidak dapat lari daripada melihat dan merenungi sifat keibubapaan ibubapa kita sendiri.

Maka tidaklah salah rasanya jika hari ini kita berhenti sejenak dan menoleh ke masa lampau, kita lihat ibubapa kita, atau yang hidup dipelihara dan dibesarkan oleh datuk nenek kita -- mereka ini tidak pun mengikuti kursus atau seminar atau program keibubapaan, tidak ada kursus pra-perkahwinan yang orang sekarang semua kena sertai. Tetapi keupayaan mereka mendidik, membesarkan kita, memainkan peranan ibubapa dan menjadikan kita seorang manusia sepertimana kita ini sekarang – memang tidak boleh disangkal bahkan jika kita teliti dan ingati kemahiran keibubapaan ibubapa kita dahulu, memang sangat menakjubkan.

Dari mana mereka mendapat ilmu-ilmu yang baik ini? Dan yang penting - apakah motivasi, apakah daya pendrong mereka mengamalkan ilmu-ilmu yang mereka terima itu?

Memberi perbandingan ibubapa dahulu dengan kita sebagai ibubapa sekarang ini, kita boleh melihat walaupun mereka hidup dalam keadaan serba-serbi kurang, terhad dari segi informasi/maklumat, terhad dari segi wang ringgit/kewangan, terhad dari segi ilmu pengetahuan, yang buta huruf pun ada, dengan suasana kehidupan yang kurang aman, kurang tenteram, atau ringkasnya, mereka ini serba kurang dan terhad. Tetapi, mereka masih berkeupayaan mendidik/memelihara kita, terhindar kita dari sifat negatif dan sifat yang memporak peranda hidup. Kita kena tanya diri kita -- kenapa mereka ibubapa kita boleh menjadi ibubapa yang cemerlang? Nak kata mereka pernah menghadiri program parenting – jauh sekali.

...

...

ISU POKOK & PERBEZAAN

Mungkin ada orang kata – dulu lain, sekarang lain. Apakah benar disebabkan zaman berubah? Atau adakah disebabkan ilmu atau harta mulai kurang barakah? Adakah disebabkan sistem pendidikan atau struktur kehidupan masyarakat yang tidak berteraskan agama? Adakah disebabkan kita terlalu materialistik? Atau Ibubapa sekarang terlalu sibuk? Adakah kerana masalah isu sosial masyarakat yang makin menjadi-jadi dan tidak mampu kita bendung lagi, adakah kerana isu keruntuhan moral dan pelbagai masalah masyarakat lagi?

Saya pasti adakah Prof. Dato’ sebentar nanti akan memperlihat perbandingan amalan baik ibubapa dahulu yang kita tidak perasan, yang telah menjadi sebahagian teras keluarga bahagia.

...

...

AMALAN IBUBAPA KITA

Yang kita boleh renung dan lihat, mungkin juga kepada sahabat ibubapa guru yang lain, yang berkongsi pengalaman yang sama, memang banyak amalan yang kita telah dan boleh warisi serta dipelajari/amalkan daripada ibubapa. Antaranya:-

1. Kalau dahulu anak-anak lelaki mesti khatam Al-Quran sebelum berkhatan (bersunat), yang perempuan mesti khatam sebelum datang period (secara puratanya sebelum masuk Tingkatan 1). Kalau dah berkhatan tapi belum khatam Al-Quran – kami semua jadi malu. Sampai Tok Guru yang ajar Al-Quran boleh melawak – kau baca cepat sikit, nanti tak habis khatam Quran, tak boleh sunat…

2. Ibubapa dahulu mengajar anak mereka ringan tulang, rajin dan boleh berdikari. Umur 7 tahun dah membantu ibu dan bapa – membasuh, angkat kain, ke kebun, jaga kambing lembu, basuh kasut. Cari kayu api, tolong angkat getah, dan sebagainya

3. Ibubapa kita dahulu secara tidak langsung telah mengamalkan apa yang disuruh Allah, seperti firmannya Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. (Al-Hujarat:10). Dan Sabda Nabi s.a.w.: Tidak sempurna iman sesorang itu selagi dia tidak mengasihani saudaranya sepertimana dia mengasihani dirinya sendiri. (Riwayat Al-Bukhari)

Sebab itu kita boleh nampak bahawa peranan dan tugas Ibubapa kita dahulu saling dibantu - saling disokong oleh kumpulan/kelompok ibubapa lain dalam mendidik anak-anak. Kalau kita buat salah, yang kononnya ibubapa kita tak nampak, tetapi ibubapa kita ada mata-mata lain -- ada jiran nampak, atuk sedara nampak, orang kampung sebelah nampak. Semuanya tegur menegur. Kalau belum makan akan dipanggil ke rumah jamah makanan, kalau dah Maghrib, masih berada di tembok atau di padang - akan dijerkah Pak Ngah, Pak Su, Tok Bilal atau entah sesiapa-siapa lagi. Secara ringkasnya, seluruh orang tua di persekitaran hiudp kita telah berperanan sebagai ibubapa kita juga. Mereka akan tegur kalau kita buat salah.

4. Dalam bidang didikan, Ibubapa kita juga telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru, Ustaz-ustaz dan Ustazah-ustazah. Dan mereka pula (Guru, ustaz, Ustazah) mendidik kita seperti anak-anak mereka sendiri. Mereka sangat komited, sangat dedikasi, ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Apa yang dilaporkan oleh guru kepada ibubapa kita, akan pasti/segera diambil tindakan oleh ibubapa kita. Kalau laporannya keras, maka keraslah anak itu diajar oleh bapa.

5. Ibubapa kita dahulu mengutamakan anak-anak lelaki agar membudayakan masjid. Yang kecil akan dipaksa turut serta bapa ke masjid, belum tahu sembahyang pun diajak juga, duduk diam-diam di belakang. Abang-abang yang sudah dewasa akan ditegur – Kau tak ke masjid ke? Dah masuk hantu? Yang dewasa sesama dewasa, juga sapa menyapa – lama tak nampak batang hidung kau kat masjid?

...

...

Slogan “Jom ke masjid” itu telah lama diserap dalam hati menjadi budaya hidup oleh ibubapa kita. Begitu juga budaya gotong-royong, hormat orang tua dan sebagainya. Di seluruh masjid di Selangor kini, kita sedang bergerak ke arah apa yang dipanggil “Memasyarakatkan Masjid”. Masjid sebenarnya adalah satu tempat untuk menilai indeks kerukunan dan kesempurnaan sesebuah masyarakat setempat. Kalau makmur dan meriah masjidnya, maknanya, masyarakat di situ hidup rukun damai dan makmur, dan begitu jugalah sebaliknya. Ada sesetengah masjid (bukan surau) yang jamaah Maghribnya lebih kurang 10 orang sahaja, bahkan surau di kampung pun lebih ramai ahli jamaahnya.

6. Ibubapa kita telah menurunkan ilmu yang sangat baik kepada kita. Mereka membina keyakinan diri anak-anak mereka semenjak kecil, mereka didik mendisiplin kita dengan ilmu agama daripada kecil. Apakah nilai matlamat yang ibubapa kita telah diwariskan kepada kita (yang mungkin kita terlepas pandang)?

Yang jelasnya (i) mereka telah mendidik kita menjadi insan yang terbaik dan (ii) kita menjadi sentiasa rapat dengan mereka hatta walaupun mereka telah tiada di dunia ini.

...

...

SEMANGAT JATIDIRI IBUBAPA KITA

Dengan kehidupan yang sederhana, ditambah dengan keupayaan ibubapa kita membina sikap kita secara yang tidak kita sendiri sedari, maka kita mendapat ilmu dari mereka yang ikhlas dalam masyarakat, dari guru-guru dan orang terdekat di sekeliling kita

Kita semua adalah pemimpin – serupa dengan Datuk Nenek kita atau Ibubapa kita dan kini, giliran kita sendiri. Ibubapa adalah pemimpin pada keluarga. Maka, bila kita melihat sejenak bagaimana ibubapa kita memimpin kita, barulah kita tersedar bahawa betullah kata-kata bijak pandai :-

“Pemimpin (sebenarnya) tidak lahir dari dewan-dewan kuliah atau di bilik tutorial, tetapi pemimpin itu lahir daripada kemelut atau permasalahan umat/masyarakatnya.”

...

...

...

HASRAT PROGRAM INI

Tuan / Puan hadirin sekalian,

Alhamdulillah, kita telah sedar perkara ini. Justru itu, adalah menjadi hasrat kita semua, program parenting atau program keibubapaan seperti yang kita hadiri hari ini mampu membawa kita menjadi “role model” kepada sekurang-kurangnya anak-anak kita.

Tugas dan peranan ibubapa mutakhir ini kian mencabar. Ciri-ciri negatif untuk kita membina keluarga dan anak-anak semakin tidak terkawal. Apa yang menyedihkan, perkara yang negatif pun sudah tidak dipedulikan seakan-akan masyarakat sudah boleh menerimanya. Ketagihan dadah, rasuah, sumbang mahram, zina/pelacuran/seks bebas, judi dan sebagainya sudah semakin berleluasa.

...

...

Prof Dato’, seingat saya, UKM sendiri ada menjalankan kajian di sekolah-sekolah di Selangor ini beberapa tahun lepas. Hasil kajian sangat menggempar masyarakat. Ada yang seolah-olah cuba menidakkan / menafikan hasil kajian itu. Pada saya apa yang penting ialah kita menilai kembali peranan kita. Janganlah kita mengatakan masyarakat kita tiada masalah langsung, padahal masalah itu kita boleh lihat di sekeliling kita. Tapi kita telah gagal berfungsi memainkan peranan maka masyarakat itulah tempat dilihat kesannya.

...

...

...

PENUTUP

YBhg. Prof. Dato’, ibu-ibu, bapa-bapa, guru-guru dan hadirin sekalian,

Sama-sama kita hadir hari ini untuk mendengar pembentangan daripada penceramah khas jemputan kita, seorang tokoh/pakar/ilmuwan Islam yang sudi datang berkongsi pengalaman keibubapaan dengan kita semua. Moga ianya menjadi titik tolak untuk kita terus memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita.

Saya suka menyebut kata-kata Sayyid Qutb bagi mengingati diri saya dan berkongsi dengan para hadirin sekalian. Sayyid Qutb pernah berkata –

Andaikata hidup kita hanya untuk kepentingan diri sahaja, maka kehidupan kita bermula dari kelahiran kita di mukabumi ini dan berakhir setelah kita mati. (Tetapi) andaikat kita hidup untuk masyarakat (dan untuk orang lain), maka kehidupan kita bermula (sebenarnya) dari kehidupan manusia di mukabumi dan berakhir dengan berakhirnya kehidupan (seluruh manusia) di mukabumi ini (kiamat).

...

...

Marilah kita jadikan ilmu yang kita garap hari ini sebagai lembaran baru membina kemuafakatan kita sesama ibubapa membina satu keluarga bahagia cemerlang di dunia dan akhirat.

...

...

Sebelum saya akhiri ucapan saya ini, sekali lagi bagi pihak PIBG saya berterimakasih kepada YBhg. Prof Dato’ Dr Mohd Yusof Hj Othman kerana sudi hadir mengepalai sesi program keibubapaan kita hari ini. Terimakasih juga kepada pihak sekolah yang sentiasa memberi kerjasama baik dan pandangan positif kepada PIBG, kepada semua AJK PIBG dan kepada semua ibubapa/guru yang hadir pada majlis kita hari ini.

...

Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam ucapan saya dan dalam penganjuran program ini.

...

Sekian. Terimakasih.

.

.

=*=*=

(Nota: sesi pembentangan 3 jam tajuk program (Menjadi Ibubapa Genius - Ke arah Keluarga Bahagia) oleh YBhg Dato' Dr. Mohd Yusof Hj Othman sangat jelas dan terperinci beserta contoh-contoh menghurai permasalahan institusi keluarga di zaman serba maju dan fakta-fakta terkini kes cerai/anak luar nikah di Malaysia/dunia, menjelaskan fungsi dan rukun kekeluargaan yang semakin pupus serta tujuan kekeluargaan. yang tidak difahami oleh ramai orang serta kelemahan mempraktikkan ilmu Islam oleh orang Islam sendiri hatta yang mudah/simple.)

Tuesday, March 31, 2009

Ceramah Umum & Perdana - Masjid Abu Bakar As-Siddiq

***
1. Ceramah Umum Masjid Abu Bakar AsSiddiq
Tarikh: 2 April 2009 (Khamis)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Dewan Solat Masjid, SS19, Subang Jaya
Penceramah: YBhg. Dato' Kamaruddin Zakaria
Semua dijemput hadir


***
2. Ceramah Perdana Masjid Abu Bakar AsSiddiq
Tarikh: 5 April 2009 (Ahad)
Masa: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Dewan Solat Masjid, SS19, Subang Jaya
Penceramah: YBhg. Dato' Ismail Kamus
Semua dijemput hadir

Friday, February 27, 2009

Perusahaan Otomobil Nasional, PROTON Exora & Saga

proton exora

Toyota Wish + Grand Livina + Waja = Proton Exora? Proton EXORA (malay>> eks-zo-ra). Tentative OTR (HL) = RM76,000. Colours Available - Genetic Silver, Tranquility Black, Gaia Blue, Blue Haze, Pyrite Brown. Ready with 5-spoke alloy wheels 195/65R 15"rims + bluetooth + LCD monitor/DVD etc. I was told Proton received almost 1,000 bookings (since 21 Feb) for this model (booking without hugging the car!!! actually no Exora in showroom yet - but due to excellent Proton's quality - Proton Exora managed to seduce customers' trust - no need to view, just do booking. Looking at the pic and opportunity to sneak preview during Proton's Open Day this Proton MPV can be considered as new achievement to Proton. Congrats to Proton and to all hardworking group of friends there in Proton. My worry is only on its 1.6 engine --- whether can carry 7-seater as fast as Innova/Wish/Hyundai etc - or have to struggle a little bit more...How's the test drive @ Bukit Putus, Genting, Fraser's Hill, Cameron, Jelapang...?
.
Update: Please read posting by Ustaz Zaharuddin on Proton MPV: Tempahan & Ulasan Hukum (thanks to blog reader & email).
Pic - Proton Saga 1.3 BLM
Klik untuk besarkan - ada tulis -
ruang bagasi 413 liter, boleh muat 50 biji durian besar
kata Datuk David Arumugam (Alleycats)
---

(Dato' Nadzmi, Dato' Syed, Kak Faridah) Saya kesian kat Atuk Sedara saya, dia baru 7 bulan beli/guna Proton Saga 1.3 (macam gambar kat bawah ni, warna biru gitu-gitu). Tapi nak wat camana, mungkin bukan rezeki dia, power window dah rosak/tak leh turun/naik cermin, reverse sensor nak bunyi macam tak nak bunyi, tempat kunci tak leh pusing (camana nak hidupkan enjin?) terpaksa kena tow pi bengkel, ganti baru. Body pulak tidak diinsulate bunyi dengan jerap -- boleh dengar bunyi motor/kereta yang lalu kat tepi walaupun tingkap tutup habis, kalau mat rempit lalu, boleh terkejut Atuk. Nasib baik la under warranty - tapi Atuk macam frust je, kereta baru beli tapi dah ulang alik Pusat Servis EON bertauliah (authorised service center). Dia habaq kat saya (masa pi ikut dia tukaq power window regulator/motor) --- bukan masalah kereta under warranty tapi leceh la, tak larat nak ulang alik workshop...
.
Saya berdoa semoga Atuk sedara saya tu terus tabah dan cekal menggunakan Proton Saga 1.3 barunya itu.

Tuesday, September 30, 2008

Syawal (2) - Persiapan Utama

Daging lembu = RM18.00 /kilo.

Ayam = RM7.80 /kilo (habis siling tembus).

Santan = RM7.00 /bungkus (minggu lepas RM5 je...).

.

Peniaga semua happy, senyum, mata besar galak-galak. Nak beli ke tidak? Gitu tanya mereka.

Pembeli semua pun senyum (pahit), mata besar (tengok beg duit). Kalu tak beli camana nak buat rendang. Betul tak? Kata nak raya....Habis camno?

.

Lagi? Dah le tu, cukup-cukup la... pi la usha check sendiri tengok...
Salam Aidilfitri untuk YB Menteri, jenguk-jenguklah mana yang patut...(kalau boleh kontrol turunkan harga lagi cantik)

Saturday, July 26, 2008

ehem...2x (Husam - the President of ....)

ini kebetulan ke @ tak senggghaja ke @ ishh, memang tak serropper langsung la...





YB Dato' Hj. Husam Musa >>> http://www.husammusa.com/ (my blog link)


Mr. President-in-Waiting >>> http://www.barackobama.com/ . btw, Obama was in Berlin yesterday -- delivered a speech in front of more than 200,000 people.

pic from internet


Thursday, July 24, 2008

Syafaatul Qubra - Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz

Intipati ceramah tajuk "Golongan Yang Mendapat Syafaatul Qubra" oleh YBhg Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz (selama lebih kurang 2 jam), bersempena Program Solat Hajat persediaan pelajar sekolah yang mengambil peperiksaan SPM, PMR, UPSR & PSRA anjuran Masjid Darul Ehsan Subang Jaya yang diadakan malam semalam (Rabu 23 Julai 2008 sejurus selepas solat Maghrib/Hajat).

---

Syafaat terbahagi 2 -- Qubra (besar) & Sugra (kecil). Syafaat yang besar adalah dari Nabi s.a.w manakala yang kecil adalah dari Malaikat/Al-Quran.

.
2 jenis manusia setelah dimasukkan ke alam kubur -- (1) yang boleh menjawab soalan malaikat dan (2) yang tidak boleh menjawab.

.

Yang tidak boleh jawab akan disiksa, manakala yang boleh menjawab dengan baik dan sempurna (oleh amalannya), akan dimaklumkan oleh malaikat -- tidurlah sperti tidurnya pengantin (hadis Nabi) -- tidur yang tidak diganggu langsung. Al-Quran (dengan syafaatnya - bagi mereka yang kerap membaca Al-Quran) akan temani/hiburkan orang ini sehingga dibangkitkan di hari akhirat.

.
Syafaat Qubra ialah syafaat Nabi s.a.w kepada umatnya di akhirat (Padang Mahsyar).

.

Banyak ayat/surah Al-Quran yang menjelaskan berkenaan hari akhirat dan Mahsyar. Ada yang dibangkit semula dalam keadaan buta walaupun di dunia dulu celik (kerana tidak mengambil ayat/penjelasan Al-Quran), ada yang senget bahunya (lelaki yang tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya) dan ada yang badan/mukanya berseri/bercahaya (mereka yang mendapat kebahagian di akhirat). Luasnya Mahsyar ialah sekira-kira cukup untuk seluruh umat manusia/jin. Lama tempohnya -- hanya Allah yang Maha Mengetahui.

.
7 golongan yang Allah akan naungkan di Mahsyar (tenang, gembira, tidak haus/lapar dsb) :

a. Pemerintah/Pemimpin yang adil.
b. Orang yang jiwanya sentiasa dengan masjid
c. Remaja/Anak muda yang rajin beribadat kepada Allah
d. 2 orang lelaki @ 2 orang perempuan yang bertemu/berpisah kerana Allah
e. lelaki/perempuan yang menangis ketika sunyi kerana mengingati Allah (bukan menangis kerana calon kesukaan diundi keluar Akedemi)
f. orang yang bersedekah dan merahsiakannya
g. orang lelaki yang diajak wanita cantik/berkedudukan atau sebaliknya, membuat maksiat -- tetapi dia enggan/berkata "Saya takut Allah".
(kalau tak boleh semua, pilih satu pun jadilah - pesan Dato')

---
Akan terbahagi 3 kumpulan manusia untuk pembalasan di Mahsyar.
.
1. Kumpulan A -- kumpulan yang ramai (firman Allah) -- golongan kafir -- akan dibawa terus ke Neraka tanpa hisab.
.
2. Kumpulan B -- golongan yang bertaqwa (surah Az-Zumar) -- akan dibawa ke Syurga tanpa hisab. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang mati tanpa dosa (mati selepas bertaubat, orang kafir yang memeluk Islam lalu meninggal dunia, anak-anak yang meninggal semasa kecil). Nabi mengetuai kumpulan ini ke Syurga.

.

3. Kumpulan C -- inilah kumpulan yang akan dihisab oleh Allah. Nabi kembali semula ke Mahsyar untuk mengikuti umat-umatnya yang akan dihisab. Kumpulan ini pula terbahagi 3.

.
i. kumpulan yang mempunyai dosa yang lebih sedikit dari pahala kebajikan (sekira-kiranya akan dimasukkan ke Neraka cuma seketika) - golongan ini akan Nabi beri syafaat Qubra untuk Allah mengampunkan dosa yang sedikit itu untuk terus ke Syurga.
.
ii. kumpulan yang banyak dosanya daripada pahala dan akan mendapat pembalasan setimpal dari dosa mereka. 1 hari di akhirat adalah 1,000 tahun dunia. Tiada syafaat dari Nabi s.a.w.
.
iii. kumpulan yang timbangannya ngam-ngam sahaja. (surah Al-A'raf)

---
.
Dato' Abu Hassan memperingati/menasihati semua -- jadilah umat yang benar-benar kasih dan sayang kepada Nabi s.a.w dengan menghidup sunnah Nabi kerana ada sebahagian kita yang memperlekehkan sunnah Nabi, ada orang Melayu/Islam yang sanggup menuduh Nabi dengan tuduhan jahat/menghina/memburukkan Nabi, bahkan ada yang terus menolak sunnah/hadis Nabi. Kita juga perlu perbanyakkan bersalawat salam kepada Nabi.
---
Beliau juga membawa satu isu memberi salam. Pada dasarnya memberi salam itu sunat tetapi menjawab salam itu wajib (dengan yang lebih baik @ setara). Bagaimanapun, tidak perlu menjawab salam dalam 4 keadaan/ketika, iaitu:
.
1. salam dari orang yang memberi salam dalam solat (akhir solat)

2. salam dari orang kafir. atau cukup sekadar waalaikum (sahaja)

3. salam dari anak-anak muda yang mempermainkan/mengurat/mempersenda anak-anak dara (dengan kata-kata kalau tak jawab berdosa....)
4. salam dari orang yang telah berucap dahulu (baru hendak beri salam).

---

Beberapa penjelasan daripada soalan semasa sesi soaljawab, antara lain:

.

a. Jin adalah makhluk Allah. Jin Islam lebih alim daripada manusia. Dan mereka (jin Islam) tiada kena mengena untuk terlibat dengan kehidupan manusia. Maka jangan sesakali percaya kepada perubatan menggunakan jin (yang kononnya jin Islam) apalagi mengatakan ada orang berkahwin dengan jin. (surah Jin -surah ke-72).
.

b. Hadis mempunyai kategori termasuk yang simbolik/kias -- "tidak diterima solat orang yang labuh jubah/kainnya" -- merujuk kepada sifat takabbur/sombong/bongkak dalam hatinya.

.

c. Manusia dibangunkan/dihimpun di Mahsyar dalam keadaan bertelanjang bulat (tidak berpakaian) -- (hadis Nabi ketika ditanya Saidatina Aisyah) -- bahkan manusia sudah tiada keperluan/nafsu untuk itu kerana masing-masing berada dalam keadaan sangat bingung/takut/risau-resah/bercelaru (firman Allah).

.

dan beberapa soalan lain.

.

(nota: lihat keseluruhan terjemahan Al-Quran di www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/)

Monday, July 14, 2008

Brief -- Kuliah Maghrib By Selangor State EXCO

.

.

YB Dato' Dr. Hassan Ali - EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infra & Kemudahan Awam) akan mengisi program Kuliah Maghrib di Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19, Subang Jaya, pada 16 Julai 2008 (Rabu ini) sejurus selepas solat fardhu Maghrib.


Semua Ahli Qariah dan yang berdekatan dijemput hadir sama.

.

.

Sunday, June 22, 2008

sms muar 25 years celebration + simde carnival

there will be two big events (oh no, three...!) this week that require the participation/involvement/attendance of the owner of this blog.



--
Sekolah Menengah Sains Muar 25 years celebration @ SMS Muar, Johore (1983-2008) - jointly organised by the school, Alumni and PTA. The 3-day event will kick-off on Thursday 26 June 2008. Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat after Maghrib. YAB MB Johor, Datuk Abdul Ghani will officiate the celebration on Friday and Dinner on Saturday night. Saturday - a talk by Mejar Dr. Faiz bin Khaleed - Angkasawan Negara. Public can visit exhibitions, games and gerai jualan. More details here.

(Calling all Alumni members/spouses/family to turun Muar – kalau tak mau berkampung for 3 days, choose one pun ok! )


--

--
SIMDE will organise its 1-day annual carnival on Saturday 28 June 2008 (@ Dataran SIMDE, SS15 Subang Jaya Selangor – the school compound) -- - and this time with the support by Ana Muslim. Will be officiated by YBhg Dato Hj Abu Bakar – Orang Besar Daerah Petaling. Open to public. Itinerary, click here.

At night, Projek Jejak Ilmuan Islam – officiated by YB Dr. Hjh Halimah Ali – State Exco on Education; and Forum Pembangunan Modal Insan Rabbani – panels – YB Dato’ Dr. Hassan Ali – State Exco, YBhg. Datin Hjh Aminah Zakaria & moderator – Ustaz Zamri Zainal Abidin – IKIM. Konsert Nasyid by Kumpulan Far East. Tickets available. For event details and tickets kindly call 03-5638 0486.

--


--

Friday night 27 June 2008 - Dewan Felda.

Bro., selamat pengantin baru!! Moga berbahagia ke anak cucu >> ke akhir hayat. Sorry bro., kawan tak dapek nak datang, tapi ramai lagi kawan-kawan kita yang akan hadir memeriahkannya.

Syabas & Tahniah .. >> .. dan sebagai hadiah, terimalah lagu ni
Selamat Pengantin Baru (Saloma)
Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera
Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
.
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (P.Ramlee & Saloma)
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi




--

Sunday, June 8, 2008

Benarkah PM kurang CERDIK (masa) naikkan harga PETROL?

Kawan tak mau ulas kenaikan harga minyak ini dari sudut politik. (1) kawan tak mahir sangat (read: malas..) (2) dah banyak sangat orang politik ulas. YB Dato' Mukhriz yang kawan tujukan lagu khas untuknya dulu, pun dah ulas tidak bijaknya PM. Itu orang dalam UMNO. Dalam keadaan orang UMNO/BN dan semua pengundi-pengundinya pun dah mengamuk, apalagi yang non-UMNO dan non-BN.

Dari sudut politik kawan yang dangkal ini, poin kawan cuma ada 2 je. (a) Pak Lah ingin alih sarang tebuan dari Pulau Batu Puteh (dan juga isu parti/kepimpinan) ke stesen minyak... kita kan mudah lupa.. dan (b) Strategi 78 sen ini adalah strategi makan orang - samada strategi ini akan makan tuan @ makan tuan-tuan; mahupun strategi peluru penabur -- alang-alang tersungkur, biar semua terlungkup...



Kawan juga tak mau ulas kenaikan harga ini dari sudut ekonomi. (1) kawan tak mahir sangat (read: malas...) (2) dah banyak sangat orang ekonomi ulas.


Poin saya cuma 2 je. (a) Janganlah ikut sangat teori ekonomi. Dan, janganlah suka sangat teori cuba-try-test terutama bab-bab membabitkan negara dan kehidupan rakyat keseluruhannya. Buat polisi jangan gopoh-gapah. Perhalusi. Kesan/Implikasi yang baik menyeluruh mesti untuk RAKYAT.


(b) Naikkan harga minyak bukanlah jalan penyelesaian, bahkan menzahirkan lagi banyak masalah dan kenaikkan harga seluruhnya. Kesan domino dan cause-effect kenaikan harga minyak sangatlah memberi kesan pada kesemua harga barang yang ada -- elektrik, barang makan, tambang bas, feri, bot nelayan, barang berasakan petroleum, baja, racun, roti canai, apam balik, nasi baryani, harga bayaran mengaji, tuisyen, harga lembu, harga burger & tempe, kira semualah yang ada atas tanah ni termasuk harga sagu. Implikasi naik harga minyak sangatlah tinggi dan menyeluruh. Semua terpalit dalam kesan langsung dan tak langsung hatta harga potong rambut dan potong rumput sekalipun!
Bayangkanlah, orang yang tak de kena mengena dengan petrol -- orang yang tak de motor - tak de kereta -- pun terpalit sama disebabkan harga barang-barang lain naik (lebih tinggi % nya) daripada carta graf petrol. Tengok apa jadi sekarang -- semua harga naik melambong, yang ada (harga) siling, semua berlobang/tercabut siling...nak pantau la, peniaga tak de semangat patriotik la naikkan harga (ni apa punya statement ni...) Rebet rebet ni cerita lain la.. (bunyi pun macam baru nak finalise je...)

Kesimpulan di sini, menaikkan 10 sen harga petrol bukanlah semudah menaikkan 10 sen harga buah rambutan... apalagi menaikkan hingga 70 sen - 80 sen -- kesannya besar dan cukup menghampakan seluruh pelusuk.


Kalau ye pun nak buat 5 Koridor, jangan sampai pijak rakyat. Kalu tak cukup duit nak buat koridor, tangguhkan dulu atau hentikan terus -- mungkin masa tak sesuai. Sedangkan itu jambatan bengkok -- (yang dulu masa TDM jadi PM, Pak Lah & Menteri Shahrir support habis...) & double tracking project, pun boleh dibungkus sekelip mata, apalah sangat Koridor-Koridor tu yang belum mula apa pun...



--


Bab yang kawan cuma nak ulas ialah di mana hati, akal dan perasaan (rasional kepada rakyat) serta sikap cakap tak serupa bikin PM, TPM dan Menteri, kerajaan dan pembuat polisi ketika naikkan harga minyak ini.


a. Menteri Shahrir kata harga minyak dengan mekanisme baru pada bulan Ogos.

(Seperti posting kawan terdahulu, naikkan harga minyak 5 Jun (3 bulan dari election) sangat tidak sesuai (apalagi menaikkan hingga 78 sen). Lainlah kalau turun harga, orang tak kisah - hari ini menang, esok turun harga. Sangat dialu-alukan.


b. TPM Najib kata jangan percaya rumor, minyak takkan naik!


Muka ada, tapi buat-buat selamba... jangan macam tu. Nak main politik, nak survive, buatlah... dah itu agenda utama. tapi bab "mempermainkan akal dan emosi rakyat" -- jangan dibuat main-main... Kenapa tergamak buat kenyataan yang berdolak-dalik macam tu..

So now camana? nak caya rumor ke atau nak caya cakap Menteri?

c. Baru je larang orang asing beli minyak, tengok2 baru dua tiga hari tarik balik -- tak ke kelakar polisi "kerajaan" yang boleh bertukar dalam sehari dua!


d. Menteri Shahrir kata kerajaan nak kekalkan harga petrol RM2.70/liter ni hingga Mac 2009. Boleh caya ke? Baru beberapa hari kata petrol kan dinaikkan bulan Ogos, alih-alih dah naik esok... apa punya Menteri cakap macam tu...semua ada dalam satu meeting, tapi statement bercanggah! Yang sorang kata minyak naik 40sen je.. Takkanlah tak bincang bila nak announce, bila efektif tarikh, berapa nak naik...(letih).


Kawan simpati kepada mereka yang mengundi BN hari tu, nampak sangat "diperbodohkan" (sekali lagi, kawan tidak cerita bab politik dalam hal ini - kita cerita bab akal/perasaan/emosi rakyat). Maka nampaknya tuan/puan/kita semua kenalah mulakan langkah berjimat, kalau boleh naik basikal/jalan kaki -- mulakan. gunakan motor @ kereta CC kecik. pandu kereta jangan laju, bawah 100km/jam, gunakan pengangkutan awam, tukar gaya hidup, balik kampung bila raya dan ada orang mati je (itupun yang rapat-rapat je), bawa mangkuk tepen (si'ah) isi nasi/lauk pi opis, tanam padi kat tepi rumah, ternak kambing/ayam kat belakang rumah, bikin kanvas ikan keli kat depan rumah, ternak cacing kat atas siling rumah(boleh lah tokok2 pendapatan sikit...).
(Kudin, yang duduk rumah flat camana? )


--


(Sabar Kudin, banyakkan sabar... dan berdoa lah....)


--




Mulai hari ini, kawan add link blog Menteri Shahrir dengan harapan Menteri (dan PM/TPM) prihatin perasaan rakyat, tolong cakap serupa bikin dan jangan ikut sedap mulut sangat. Dan, (Menteri) jangan buat malu orang Johor! Kawan mengadap muka Menteri Shahrir masa bercakap kat TV beberapa hari lepas. Maka, bila bercakap tu tolonglah ada feel simpati/belas -- kalau tak di hati, buat-buat lah sikit di muka -- jadi lah....


Kawan memang sedih dengan kenaikan dadak minyak ini, tapi sedih dan simpati kawan lebih kepada orangramai keseluruhannya yang lebih kekurangan dalam hidup mereka berbanding kawan sekeluarga.
Semoga pembaca blog ini pun ada belas/simpati yang sama -- kalau tak banyak, ada setitis pun jadilah....






--