Letih, letih. Dah banyak kali Imam habaq, sila matikan atau silent kan handphone bila nak solat. Kat tiang-tiang dan diletak Poster/Sticker (sumbangan TM -- Telekom Malaysia) berlambak ditampal dalam masjid yang tulis -- tiada yang lebih penting dari panggilan Ilahi.
.Apa jadi? Orang tengah solat -- tiba-tiba ntah mana punya hp berbunyi -- terpancul lagu dangdut -- apa tajuk ntah -- "...haii, jangan, coba, merayu lagi..." <<<--- saper nanyi lagu ni?
.Alahai, den rasa jamaah yang tengah solat pun terkejut tersengih dengar lagu hp hang...apa punya lagu lah orang tu download...panjang pulak tu, solat Asar, rakaat 1 dah bunyi. orang yang call try sekali lagi, bunyi lagi dangdut rakaat 2. Rakaat 4 bunyi lagi... peh berdangdut lah kita dalam masjid...
.Last week, tengah solat Asar kat satu surau, ada satu brader punya HP berbunyi main lagu Soldier of Fortune (Deep Purple). Rakaat 3 dah bunyi. Nak kata jamaah tak dengar, bohong sangat la..memang jelas bunyi guitar plucking dan suara singer. Tambah pulak semua orang tengah solat, sunyi lerrr. So memang jelas ler lagu tu terngiang-ngiang masuk telinga jamaah. Adusss. Rakaat 4 bunyi lagi. Masa nak beri salam bunyi lagiiiiii....
.Gini lah ye... saya pernah tanya satu Ustaz tentang hal HP berbunyi masa tengah solat. Ustaz tu kata berpandukan fatwa/hukum -- wajib tekan button HP tu supaya senyap bunyi HP tu. Fatwa mengambil kira hukum bila ada ular lalu tepi orang yang tengah solat -- kita wajib pukul ular itu (dalam keadaan solat diteruskan). Dalam 2 kes ini ada unsur kemudaratan kepada jamaah lain. Wallahualam.