Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat berkorban. Berkorbanlah, berjuanglah apa sahaja, harta mahupun nyawa, untuk Islam, hanya untuk Allah s.w.t.
.
Ikhlaskan niat dan ikhlaskan perjuangan. Jangan niatkan kerana benda lain, tujuan yang lain, ideologi, semangat yang bukan kerana Allah. Ingatlah, melakukan ibadah/kebaikan kerana orang/makhluk -- itu adalah SYIRIK. Manakala buat ibadah/kebaikan kerana ingin menunjuk-nunjuk -- itu adalah RIAK. Apakah balasan mereka yang syirik/riak -- saya yakin, anda pun sedia maklum!
.
Semoga Allah memberkati semua pengorbanan kita semua. Hayatilah sentiasa pengorbanan Nabi Ibrahim, dan juga Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga, hayatilah pengorbanan para sahabat.
Salam Aidil Adha.
Hanaa buat/bagi kadraya Aidil Adha sendiri bagi ke family, penuh dengan pantun... dasat tu...zoom/klik nak tengok pantun si Hanaa...
Share sebahagian gambar lembu untuk qurban (korban) 
Volunteers (pekerja sukarela) yang beri makan lembu -- memang ramai (untuk sehari dua, boleh la... cuba kerja kat ladang lembu, semua tobat...tak sanggup).
Kalau tak, alamat parah lah pegawai/AJK masjid nak kena lapah/urus 34 lembu sesama mereka...
