Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Pesta Buku Kelantan 2012


Semua dialu-alukan untuk datang/hadir/meriahkan Pesta Buku Kelantan 2012 yang akan diadakan pada 28 Mac - 3 April 2012 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB, Padang Perdana, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan.

Pesta ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan & Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (PUSTAKA) dan ditaja oleh Syarikat Muda Osman & Rangkaian Kedai Buku/Alat Tulis.

Sunday, March 13, 2011

Pesta Buku Kelantan 2011


Semua rakyat Malaysia dijemput datang meraikan Pesta Buku Kelantan 2011 yang akan diadakan bermula 29 Mac 2011 hingga 4 April 2011 (8am-10pm) bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu. Ianya anjuran bersama Jabatan Pelajaran Kelantan & PUSTAKA.
.
Datang beramai-ramai bersama keluarga.

Friday, May 29, 2009

Offline - Unplugged - Unblogged

Dear friends/blog readers/visitors,

This blog will give you no update (entry/post) w.e.f. tomorrow till 7 or 8 June 2009. Will be away and may not be able to "plug & blog" as normal. However, am still contactable thru my hp. Or you may email me & leave your (longer than ever) comments here. Will respond to your emails/comments once I'm back online.

(btw, thank you for your support to I Am Me - Walk This Way. Alexa says this blog is now ranked 2.2millionth as compared to 5.6m in April 09 (overall web in the world)) Frankly, I don't really pay so much attention of this blog ranking. Not to this blog. But we use Alexa to gauge the performance of My1Stop - online Mall (ranked 363,685th - world) .

Reading for pleasure, kindly visit CWYNIRE blog - why web statistic are important for online biz - Part 1 and Part 2.

Take this opportunity to wish all/friends who will perform Umrah during school holidays esp to Dr. Lukman, Zaky dan Nizac and families. And to all teachers and their anak murid --- Happy Holidays!!!

===
===
Malay translation

Semelekommm pokcik mokcik, abe-abe, adik kakok, tuwe-tuwe, puwe-puwe.

Nak royak ambo tokse online tenet se minggu. 7/8 haribulae bole kelik online. Ambo sibuk hok kampung ada bekwoh. Tok cekak nak gi update wei bilo jale-jale tubek Subang Jaya, OK gak kampung tido malae, sejuk ketar, tokse aircond. Adik kakok abe, mu leave komen-komen/soalae. Mu teringat kawe/rindu, mu call HP, sek kito bereh blako...(jange tino garik call sudah...berat mu, gegeh ambo kena napa siro & baloh. mu pehe dok?)

Thursday, March 12, 2009

SPM 2008 - Kongratulasi...!!!

Kongratulasi (lain macam benor bunyinya...)
.
Tahniah kat bekas sekolah - SMS Muar, keputusan SPM-nya adalah yang terbaik di Johor dan ke-4 bagi SBP (Sekolah Berasrama Penuh - Boarding School). Tahniah kepada Pengetua, Guru dan pelajar serta PIBG & Alumni. Pelajar SPM 2008 SMS Muar ini adalah Batch SPM yang ke-25 setelah genap 25 tahun penubuhannya...(sangnyamuk & kawan-kawan, dapat berapa?) .
.
>>>(Update 13/3 10.49pm -- Hadiah Ulang Tahun ke-25 (Utusan Malaysia) klik SINI dan SINI. Serta Adik Madihah berpuasa Isnin/Khamis SINI, lihat rumahnya bersama ibubapa di terataknya SINI )<<<
.
Keputusan dah keluar, nama yang terrrrrbaik...
.
So nak ucap tahniah kat pelajar Maahad Muhammadi Perempuan di Kelantan, Adik Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal yang mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Pengkalan Chepa. Untuk baca lanjut dan nak tengok gambar-gambar serta ulasan, klik SINI dan SINI.
.
(Sham, mu kenal ke?)
.
Kepada yang kurang berjaya atau gagal, janganlah putus asa, tingkatkan prestasi/usaha di masa hadapan.

Monday, March 2, 2009

PESTA BUKU KELANTAN KE-34

Pesta Buku Kelantan 2009 kali ke-34 akan diadakan seperti berikut:
.
Tarikh: 29 Mac 2009 hingga 04 April 2009 (7 hari berturut-turut)
Tempat: Dewan Jubli Perak MPKB (Padang Perdana), Jalan Mahmood Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Waktu: Bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Anjuran: Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (PUSTAKA) + Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN) & ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd (rangkaian kedai buku dan alatulis serba lengkap milik bumiputera di Negeri Kelantan Darul Naim)
.
Lebih 50 penerbit buku dari seluruh Negara termasuk penerbit dari Singapura akan menyertai Pesta ini yang terdiri daripada Pearson (M) Sdn. Bhd, Dawama Sdn. Bhd., Sasbadi Sdn. Bhd., Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Oxford Fajar Sdn. Bhd. dan banyak lagi. Berbagai-bagai jenis buku yang berkualiti akan dipamer dan dijual termasuk buku-buku akademik dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, buku-buku pusat sumber sekolah, buku-buku professional, buku-buku umum dan buku-buku import akan dipamerkan dan dijual. Pemberian diskaun dari 10% hingga 70% akan diberikan ke atas judul-judul buku yang terpilih.

Sunday, February 15, 2009

...hati-hati cakap Kelantan...!!! -- (khidmat pesanan awam)

Ha ha ha suka sangat hati saya hari ni baca tulisan Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia -- Siti Jarum habaq -- kalau di Kelantan, hati-hati sebut "lukis pelan"...
.
Tersengih-sengih saya baca. Teringat juga kawan opis saya dulu, orang Kelantan -- mek pesan kat saya kalau nak beli buah pelam kat pasar siti khadijah jangan cuba nak telo/loghat kelantan -->> kak, bagi saya buah pelam satu kilo, takut-takut akak yang jual buah pelam tu nanti mencarut kat you...
.
Saya berkawan ramai dengan orang Kelantan dari sekolah/U/kerja/kawan, baik lelaki mahupun cek mek molek. Saya ingat lagi satu hari masa kami borak-borak, tiba-tiba budak Kelantan bagitau -- orang kelantan semua tak sembahyang dan diorang tak de tuhan. ada mamat Melaka tanya balik, kenapa jadi macam tu? -- blurrr. Kami ketawa --- memanglah orang kelantan tak sembahyang, orang kelantan cuma maye --- ore kelate maye ssejid (orang kelantan solat di masjid). lagi satu, orang kelantan tak de tuhan, yang depa ada ialah tuhe...
.
nak cerita skit, adalah satu orang tua dari Johor nak ambik hati sedaranya dari kelantan cubalah berloghat kelantan, nak kenalkan menantu baru dia -- ni kawe nak kenal kat mu kawe punya menate...
.
...alahai, orang kelantan tu pun senyum je...

Monday, December 1, 2008

Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Ada kaki-kaki pancing maklumkan bahawa memancing ikan lagi BEST dari memancing AWEK. Bahkan, memancing ikan lebih tinggi cabarannya dari memancing awek (mak aii... betul ke?)
.
Tapi memancing ikan keli tiap-tiap hari mana larat.... So, apa depa buat la ni ialah menternak keli dalam kanvas (ye... kan senang...)
.
Kos buat kolam kanvas (berbanding kolam simen/tanah) sangat rendah. Luas setiap kolam kanvas ialah 6'x20'x4' (lebar/panjang/tinggi). Isi air rendah je maksima dalam 2 kaki. Boleh masuk beribu anak ikan sampai besar. Pada peringkat matang, kawan saya ini akan jual ke supermarket/pasaraya/hypermart RM5.50/kilo (dah siap siang) dan RM4.50/kilo (belum siang).







Kepada sesiapa yang berminat, boleh bagi maklumbalas ataupun tengok kat rakan-rakan yang terlibat dalam penternakan ikan (BLOGROLL). Khas kepada mereka yang berminat untuk buat projek di Pantai Timur (dari Kuantan, Pahang -- KT -- Kota Bahru, Kelantan) boleh hubungi rakan saya yang membekal/membuat projek itu di sebelah sana -- En. Wan Rahim (013-9205504)
.
Tips -- (1) nak matikan ikan keli (untuk disiang/dijual) janganlah diketuk-ketuk kepala dengan belakang parang -- naya kat ikan tu (nasib baik ikan tu tak tau nak ludah). Cara yang terbaik ialah taburkan je garam (dalam bekas biru atas tu), sekejap lagi ikan tu pun akan meninggal dunia.
.
(2) air yang selalu ditukar dalam kolam itu boleh diguna untuk siram pokok (buat lah projek tanam sayur kat tepi kolam ikan tu...) idak le membazir..

Tuesday, November 18, 2008

...what to expect huh?

what do you expect -- when people start talking/debating/showing about the thing between the two legs...
.
(a) OK (b) too BAD (c) No Choice bro (d) see the leg la...


Axed UM VC says its because she’s a woman
Beh Lih Yi November 17, 2008
Former Universiti Malaya vice-chancellor Rafiah Salim has alleged gender bias by the government towards local academicians amidst the controversy of her not being re-appointed to the post.
The first woman to head a public university in the country, Rafiah’s contract was not renewed recently and she was informed on the decision merely 48 hours before the expiry of her term.
She was appointed in May 2006.
“Just because we are women and we don’t have that thing between the legs so we are not good,” she told Malaysiakini in an one-hour interview today held at her new office at UM.
Former vice-chancellors of UM, the country’s oldest public university, are often granted an office premise to conduct research and development.

Details -- click HERE.


---


Stern Action For Demonstrating Nude: Selangor CPO
-->
SHAH ALAM, Nov 14 (Bernama) -- Selangor police chief, Datuk Khalid Abu Bakar, today warned firm action will be taken on anyone or any non-governmental organisation (NGO) who stage illegal assemblies."We will take firm action against any NGO that holds a gathering without a permit, what more with nude persons," he said when contacted here Friday.Khalid was commenting on the threat by 'Gerakan Reformis Rakyat Malaysia' (Reformis) that its members would strip in front of Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, which houses the offices of the Menteri Besar and the state executive councillors, to press the state government not to do things that did not benefit the people as reported in the 'Sinar Harian' newspaper Friday.

Details HERE & HERE


--

Nik Aziz bidas pengkid
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mencabar sesiapa yang melawan fatwa yang dikeluarkan Majlis Kebangsaan Fatwa berhubung pengharaman perlakuan wanita menyerupai lelaki atau ‘pengkid’. “Majlis Fatwa keluarkan hukum berlandaskan al-Quran dan hadis. Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam. Dia tentukan hukum untuk manusia. “Siapa kita sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangatkah kita nak lawan Allah?” katanya kepada pemberita ketika mengulas terdapatnya NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penampilan wanita menyamai lelaki atau ‘pengkid’. Terdahulu beliau menyempurnakan perasmian pembukaan Restoran London Fish Tales di sini semalam. Menteri Besar Kelantan itu juga memberi peringatan kepada NGO bukan Islam supaya tidak campur tangan terhadap urusan fatwa yang dikeluarkan itu kerana ia dikeluarkan berasaskan al-Quran dan hadis.

Details >> HERE