Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Congo Bar Hanaa TINYPACK

Memperkenalkan CONGO BAR HANAA - TINYPACK !!!

Sukacita dimaklumkan bahawa CONGO BAR HANAA (CBH) memperkenalkan pek yang lebih kecil dari CBH-MINIPACK, iaitu CBH-Tinypack!  Ianya sesuai ditempah untuk majlis harijadi, keraian, majlis perkahwinan, kenduri, untuk dihadiahkan/derma/sedekah.

Nikmatilah kelazatan Congo Bar Hanaa. Semua pasti suka!



Minimum order bagi CBH-Tinypack ialah 100 pek (harga semua RM250 sahaja). Sila whatsapp 011-26337837 atau layari/like FB Page Congo Bar Hanaa . 

(Free delivery untuk kawasan Shah Alam) 

Kini CBH mempunyai 4 ppembungkusan yang berbeza iaitu CBH-Combo, CBH-Medium, CBH-Minipack dan CBH-Tinypack.

Monday, November 10, 2014

Congo Bar Hanaa Minipack

Memperkenalkan Congo Bar Hanaa - Minipack !!!

Minipack adalah 1 daripada 3 pek pembungkusan yang dibuat untuk Congo Bar Hanaa. 2 pek yang lain ialah Combo Pack dan Medium Pack.




Harga tawaran istimewa Congo Bar Hanaa - Minipack (CBH-Minipack) ialah RM90 bagi 20 pek. Penghantaran adalah percuma Free Delivery bagi Subang Jaya dan Shah Alam. Penghantaran dalam Lembah Kelang adalah dengan minimum order iaitu 50 Minipack. Sementara kos penghantaran luar kawasan Lembah Kelang dengan Poslaju/sebagainya ditanggug sepenuhnya oleh pembeli.

Tempahan boleh menggunakan whatsapp 011-26337837. Layari & LIKE kami di CoklatMoistHanaaSuperb





Wednesday, October 15, 2014

The Best of Congo Bar Hanaa

Segera lakukan pelaburan terbaik untuk menikmati nikmat lazat Congo Bar Hanaa (Home-Made Premium Quality Product) dengan pek terbaru. 



Bagi memudahkan semua orang dan semua peminat-peminat dapat menikmati kelazatan sebenar Congo Bar Hanaa (CBH), kami sediakan beberapa pek menarik untuk direbut...
.
(1) CBH-Combo Pack. Beli 1 pek =RM50, jika beli >5pek =RM45/pek, jika beli >10pek =RM40/pek 
(2) CBH-Medium Pack. Beli 1 pek =RM25, jika beli >5pek =RM22.50/pek, jika beli >10pek =RM20/pek
(3) CBH-Minipack. Beli 1 pek RM6/pek, jika beli >20pek =RM5/pek, jika beli >50pek =RM4.50/pek.
.
*Free delivery Subang Jaya/Shah Alam.
**Free delivery dengan minimum order (Combo 10 pek @ Medium 20 pek @ Minipack 50 pek) untuk luar Subang Jaya/Shah Alam.
***Luar Lembah Kelang, kos pos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh agen peminat CBH.
.
Yang paling penting CBH diperbuat, diadun dan dibakar secara teliti, bersih, halal, produk buatan Islam terunggul pernah dihasilkan oleh kami.
.
Hubungi sms 010-2908093 / whatsapp 011-26337837 untuk tempahan, urusan agen/reseller atau sebarang maklumat lanjut. Terimakasih kerana menyokong CBH.

Friday, September 19, 2014

Congo Bar Hanaa (Congo Bar Terbaik Lazat)

Kepakaran kami ialah membantu semua orang untuk merasai nikmat lazat Congo Bar sebenar yang terasa nikmat di lidah, teringat di ingatan dan menambah kasih sayang bersama orang tersayang.

Nikmati Congo Bar Hanaa, home-made Congo Bar yang dibuat dengan teliti penuh kasih sayang yang semestinya suci, halal, bersih.

Boleh layari & LIKE kami sila klik Congo Bar Hanaa

Sebarang tempahan, pertanyaan, menjadi agen/wakil penjual/reseller, sila sms/whatsapp ke 011-26337837.  Penghantaran percuma (free delivery) Shah Alam & Subang Jaya.








Thursday, May 3, 2012

Sumbangan Derma Untuk Pelajar Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan

‎Saya panjangkan rayuan/pesanan daripada Ust. Ishak Al-Hafiz (hp: 013-6201542) - Mudir/Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, yang juga merupakan bekas Mudir Maahad Tahfiz Al-Muqri, tempat anak saya Hanif belajar dulu.  Beliau memohon sumbangan atau tajaan atau apa juga bentuk derma/sokongan bagi membantu 2 orang pelajar Tahfiz di Maahad Al-Hidayah wal Ehsan, yang layak melanjutkan pelajaran ke Yaman dijadualkan Jun 2012 ini. Anggaran kos seorang ialah RM10,000. 
.
Bersama-samalah kita hulurkan sumbangan sedikit sebanyak ke akaun BIMB Maahad Tahfiz Al-Hidayah wal Ehsan (12168010008227). Moga Allah s.w.t memberkati rezeki kita semua.
.
Untuk makluman, Maahad Tahfiz ini terletak di Bandar Puncak Alam Selangor.
.
Sila Tuan/Puan panjang-panjangkan dan maklumkan kepada yang lain.  Terimakasih.

Friday, June 18, 2010

Malam Hapuskan Air Mata Gaza

Malam Haouskan Airmata Gaza bersama Tn Hj Jamuliddin Elias, Sukarelawan Amal Malaysia ke Gaza pada Jumaat 18 Jun 2010 jam 9 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam



Monday, June 14, 2010

Jabatan Bangunan MBSA

Tadi pagi ke MBSA, Shah Alam, ada urusan dengan Jabatan Bangunan Tingkat 8. Memang berbangga dengan komitment dan kecekapan pegawai-pegawainya. Urusan dokumen saya yang tidak lengkap pun dibantu/dicari, maka jadi bertambah mudahlah kerja saya.

Bila tengok keliling memang penuh dengan semangat kerja slogan yang bagus-bagus. MBSA amalkan 5S Quality System - Seiri (Tidiness), Seiton (Orderliness), Seiso (Cleanliness), Seiketsu (Standardization) & Shitsuke (Discipline).
Slogan sudah bagus ditambah pula dengan semangat kerja serta implementasi seharian, maka bertambah-tambahlah bagusnya...
Syabas MBSA!!!

Thursday, January 21, 2010

Mee Kuning Keluaran Kami

Atas kesedaran fardhu kifayah dalam menyediakan makanan produk halal, saya dan sepupu kini menambah satu lagi aktiviti pendapatan iaitu membuat/proses dan mengedar mee kuning (untuk permulaan) sekitar kawasan Subang Jaya dan Shah Alam. Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengusaha kantin/restoran ataupun agen pengedar samada sendirian/kedai runcit/mini market. Mereka yang menyokong secara individu atau perkumpulan-perkumpulan juga dialu-alukan.

Mee kuning buatan kami halal, suci dan bersih, Insya-Allah, dipek segar/fresh. Tiada kapur dan bahan pengawet. Jika berminat ataupun tahu/sudi membantu ruang/peluang yang boleh dimasuki, sila hubungi email saya tajudinms@gmail.com

Terimakasih kerana menyokong produk halal.

Monday, January 18, 2010

Happy Birthday Hanif...!!!

Hari ini hari jadi Hanif yang ke-12. Selamat hari lahir, semoga jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Tambah pulak tahun ni UPSR/PSRA! So, buat betul-betul OK!
Pagi tadi bawa dia pi JPN Shah Alam, buat IC / Mykad.
Hanif tanya ada ujian apa-apa ke nak buat Mykad.
Saya cakap ada - nanti pegawai dia tanya Malaysia ada berapa negeri, apa ibunegeri Selangor. kalau salah jawab tak leh dapat Mykad...(he he he tengok dia diam je...)
Lepas dah settle semua, masuk nak turun lif, Hanif tanya --- ni saya dah buat Mykad kira saya dah ada lesen bawak kereta ke, Bah?
Tu gambar Hanif pegang buah jambu yang dipetik dari farmville!!!

Tuesday, October 20, 2009

...kasi cek/update PENAMA

Kebetulan ke Shah Alam tadi, so singgah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) --- seperti ramai orang selalu nasihat --- anta please update kasi cek anta punya PENAMA di Borang Penamaan KWSP. Kenapa nak kena cek pulak?

Ha ha ha banyak dah kes...
ada AHLI yang tak letak PENAMA
ada AHLI KWSP siap letak girlfriend/boyfriend (PENAMA sebelum kawin dengan orang lain)
ada AHLI dah tukar isteri/suami baru tapi PENAMA masih yang lama
ada AHLI tak update senarai anak (selalunya anak yang akhir tertinggal...) sebagai PENAMA
ada AHLI tak letak isteri/suami sebagai PENAMA & macam-macam <<<--- akhirnya banyak masalah timbul lepas AHLI @ PENAMA jalan...so, semak-semak la ye, tapi abaikanlah kes-kes tu, yang penting elok juga kita cek, buat kerja kita kemaskini.
---
Saya pi ambik nombor giliran, tunggu sat dan pi kaunter dilayan oleh Pegawai Siti Roqiah (SR)

Saya : Saya nak cek nama PENAMA di KWSP saya
SR : Boleh, bagi I/C
(kena menunggu 3 minit, sistem entah pehal ntah..)
Sementara tunggu ada berbual-bual kosong.
Saya tanya : Saya nak cek sekali PENAMA isteri saya punya KWSP boleh?
SR : Oooo orang lain punya, itu tak boleh, isteri Encik kena datang sendiri...
(tunggu lagi...)
SR : Tak boleh masuk la, nanti saya ke kaunter sebelah...
(tunggu sat...)
SR : En. Tajudin, PENAMA Encik 100% isteri Encik. Kalau dia tahu mesti dia suka.
Saya : Boleh print tak senarai PENAMA tu.
SR : Tak boleh
(adus, apalah tak boleh print, camana orang nak verify ke, buat rekod simpanan ke...)
SR : Kalau Encik nak tambah PENAMA ke atau ada perubahan, sila isi borang dan kembalikan di kaunter KWSP.
Saya : Ok, terimakasih.
.
---
.
Nak dapat Borang PENAMA KWSP sila download di SINI

Peringatan Penting :
PENAMAAN akan terbatal jika orang yang dinamakan meninggal terlebih dahulu dari AHLI yang mencarum <<<--- so kalau tak update susah nak claim wang KWSP selepas AHLI meninggal.
PENAMAAN lama terbatal semua, jika AHLI buat PENAMAAN baru (update) <<<--- hati hati.
Make sure buat salinan untuk rekod.

Tuesday, October 13, 2009

Tahniah Tok Guru!!!

Kami sekeluarga, Ahad, pi majlis kenduri kahwin anak kepada Tok Guru Al-Quran saya, Ustaz Hj Nawawi Hj A.Ghani (dulu Bilal Masjid Negeri). Ustaz secara rasmi ajar saya terperinci Tajwid dan Al-Quran sehingga 3 kali khatam (selama 6 tahun).
Suara Ustaz sedap dan hebat Taranumnya, kalau dulu sebelum Solat Jumaat di Masjid Negeri, Ustaz Nawawi yang akan alunkan bacaan Al-Quran. Ketika Sultan Selangor yang lepas mangkat, beliau juga salah seorang yang mengalunkan bacaan Al-Quran.

Ramai jugak anak muridnya hadir, jumpa sekali di majlis kenduri.
Ustaz Hj Nawawi (kiri)
Pengantin, anak lelaki Ustaz (Mohd Nazifi) bersama pasangannya Zanariah Mohd Zin

Monday, August 10, 2009

Fertigasi Berbumbung Di Atas Bumbung

Ini adalah projek fertigasi Dunia Dagang kami yang pertama di atas bumbung bangunan. Mungkin juga projek fertigasi pertama di Malaysia. Kalau pertama di Asia mungkin tidak, kerana saya pernah melihatnya di Jepun.
Persediaan pemasangan rumah kalis hujan (greenhouse) atau rumah pelindung hujan (RPH)





Rock Melon - variety Glamour - projek tanaman melon di atas bumbung


Kepada sesiapa yang berminat untuk buat projek fertigasi samada berbumbung, tidak berbumbung atau tutup seluruhnya (netting), samada semi atau complete (pakej), skala kecil/besar, atas bumbung/flat/bangunan/ladang/tepi sungai/tengah bendang dan untuk sebarang tanaman (fertigasi) --- boleh hubungi/emel kami.

Wednesday, July 8, 2009

mari belajar berbaik sangka...

Isu rumah bekas MB Selangor SINI

Pic from The Star

Tuesday July 7, 2009

Khir Toyo in bungalow row (By WANI MUTHIAH)

SHAH ALAM: Former Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo is again embroiled in controversy, this time over his sprawling bungalow in Section 7 near here.

The still empty bungalow which was estimated to cost RM24mil, was said to have been built on two bungalow lots.

It was claimed that Dr Mohd Khir had bought the lots for RM2.9mil and RM900,000 respectively before building his bungalow.

He was also alleged to have spent about RM20mil on fixtures as well as furniture imported from Bali.


===
Tak tau kat mana rumah ni? Dah ada orang lain yang tolong blok/tunjukkan tempat di WIKI.

Bila baca hal ini kita kena belajar berbaik sangka, jangan sibuk tanya camana dapat duit, berapa lama jadi MB dan sebagainya, can MB afford this? --- untuk cuba berbaik sangka, sila lawat blog ini >>>
SINI.
===

Soalan:: Cuba teka, rumah banglo bawah ni pun seorang MB punya juga,siapakah MB itu???

Thursday, April 16, 2009

Team Bola Baling - Syabas & Tahniah!!!

Share sebahagian gambar kejohanan/pertandingan bola baling (handball tournament) MSSD Daerah Petaling Perdana 13-16 April bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam. SIMDE menyertai kejohanan itu dengan menghantar 2 pasukan Lelaki dan Perempuan.

Tuan Kamal (kiri, baju oren) - jurulatih pasukan bolabaling SIMDE (juga Ketua Biro Sukan PIBG SIMDE) sampai hilang suara bagi arahan!!! (apa kata lain kali guna loud hailer...)
Team SIMDE (jersey biru) sebelum masuk padang. (adik yang seluar oren (2 dari kiri) tu buat apa dik...takut ko team lawan tengok...)
Pasukan Perempuan & Guru (Jurulatih). Tengok kat padang tu... kesian kat SK Taman Sri Muda padang depa kena henjut lencun...dengan pemain/penyokong...
Salam-salam, main jangan gaduh-gaduh...
Guru Besar (biru) dengan Jurulatih (oren) siap pakai but, padang becak banget! 4 hari budak-budak bola baling taram dan jadi macam tempat kubang kerbau a.k.a sawah padi...

Warming-up exercise
In-action

NO. 2 >>> Barisan pemain bola baling (Lelaki) yang masih kekalkan tempat ke-2. Kalah kepada SK SS20 Shah Alam di Final pagi tadi.

NO. 3 >>> Muka-muka pemain bola baling (Perempuan) SIMDE yang happy lepas menang! Tahun lepas tak sampai semi, tahun ni dapat No.3 kalahkan SK Padang Jawa.
.
Sangat bangga dengan pencapaian mereka ini. Daripada berpuluh sekolah rendah yang menyertai/berada di MSSD Petaling Perdana ini, SIMDE menduduki TOP 3 bagi kedua-dua kategori.Tahniah & Syabas kepada pemain, semua guru terlibat dan Tuan Kamal.
.
Ingat orang tua-tua kata -- nak menang sebenarnya lebih senang dari nak kekalkan kemenangan!
.
.
.
(teringat masa tournament tahun lepas ada cikgu sebuah sekolah tanya - team bola baling SIMDE praktis kat mana? SIMDE kan tak de padang? Cikgu tu terkejut bila dengo - budak-budak SIMDE praktis atas padang tar je... he he he ...)

Thursday, November 27, 2008

nak curi kereta & tak berbau

Nak curi kereta?
bukan bukan bukan... (blog ni tak mengajor bende bukan bukan tu..)
.
gambar 3 keping bawah ni bukan gambar nak mencuri kereta, tapi kawan saya ni tertinggal kunci kereta dia kat dalam tu, kereta pulak terkunci. ini ialah kereta proton saga iswara. kacang je...
.
a. mula-mula cabut (ye cabut je...tanggalkan) getah pelapik tepi tingkap tu.

b. ambik pembaris 12" kasi jolok besi/plastik yang lock pintu tu...
c. dah OK, boleh bukak. kasi letak betulkanlah semua pelapik-pelapik tu...boleh le ambik kunci tu. lain kali kalau kunci tertinggal dalam tu, jangan panik... buat macam biasa je...apa yang penting, cepat-cepat cari pembaris 12"

---
Malang memang tak berbau.
Gambar bawah ni ialah gambar kereta kawan saya (Proton Waja) menghentam besi/rel penghadang tepi hi-way dalam perjalanan tengahari dari Tanjung Malim ke Shah Alam pada kelajuan 100km/j. Sebabnya - terlelap cuma sebentar SEKELIP MATA.
.
Rim (alloy) depan tu siap terkoyak....!!! Alhamdulillah, semua dalam kereta OK.


Pesanan kepada diri dan semua pemandu (terutama yang baru dapat lesen) hati-hati di jalanraya, kalau mengantuk, pi R&R PLUS dan rehat. Khidmat pesanan awam ini dibawa khas oleh.. (ooii cikudin, dah la tu...)
(jangan lupa, lawat juga >>> http://www.panducermat.org.my/ )

Thursday, August 21, 2008

MyKad @ Jabatan Pendaftaran Negara - Shah Alam


Today, we went to JPN Shah Alam. Hanis is due to apply for her MyKad. Jabatan Pendaftaran Negara (Selangor) is located at Aras 7, Plaza Masalam, No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E Seksyen 9, 40100 Shah Alam.
.
It took less than an hour for us to complete the MyKad application process. Easy.

.
1) Pi Kaunter Angka Giliran - ambik nombor & ambik borang (actually, you may download MyKad form here) . Ucap selamat kat Pn Rusni Ismail (ramah & mesra 1). Pi duduk.
.
2) Tunggu nombor untuk dipanggil, in the meantime, pls make sure the supporting docs. & copies available i.e birth cert. and parents' i/c. Check also the details - jangan salah jantina anak, agama, bangsa etc.
.
3) Nombor naik. Ke kaunter proses borang & berbual sikit-sikit dengan pegawai bertugas Pn. Afizan Md Dahan (ramah & mesra 2), ambik fingerprint (7x) Hanis dan ambik fingerprint bapa (1x je). Ada resit JPN akan diberi. Double check lagi, jangan salah nama, alamat, tarikh lahir etc.
.
4) Pi Kaunter 18, senyum dan ambik gambo. Puan (forgot her name) (lagi ramah & mesra dari 1 & 2). Kita namakan Puan Amat Ramah Mesra (PARM) .
.
.
PARM: Maafkan saya, maaf ye, lambat sikit. (she noticed we waited more than 3 minutes) .

Bapa Hanis: Tak apa. Pi minum ke? (serkap jarang)

PARM: Tak, saya pergi ke toilet sekejap. Saya kerja seorang je ni (?), yang sebelah ni (Kaunter 17) isteri dia bersalin, dapat cuti 5 hari (yahoo!!)....

Bapa Hanis: Oo tak pe. Memang sejuk aircond sini (tak tau nak cakap apa...lagipun kat luaq memang hujan lebat)

(PARM bagi instruction dengan baik kepada anak saya, untuk ambil fingerprint & gambar)
..
..
..
PARM: OK Encik dah siap

Bapa Hanis: Tak de apa-apa lagi?

PARM: Ya, tak de. Semua OK. Semua ni akan siap dalam sebulan, Encik boleh datang semula sebulan lepas ni untuk ambil MyKad.

..

..

Baguslah JPN Shah Alam. Kekalkan amalan Piagam Peribadi (setiap orang ada satu..) yang ditampal.

Monday, August 4, 2008

PROTON - 2 August 2008 -

Last Saturday, went to Proton’s "Journey Through Technology" Open Day. Took TJ Junior (Hanif). Luckily, the two and wife didn’t join, it was real JOURNEY… habis satu Proton kita pusing jalan kaki.

I consider the 2-day event as very informative and excellent! Congrats to you guys at Proton. Proton never publicly open its manufacturing facilities (what more their R&D center and other strategic facilities – although this was not my firsttime - I used to visit/enter the areas way back end 90s)

Hanif was so happy to see all these (see pics) esp. on how a car is actually being developed.



















BUFORI



TJ jr. yang nak bergambar...!
Just want to share pics during tour to R&D Centre -- Proton’s strategic department –- concept, future concepts design, test-test-test, research, feasibility.



clay model


clay model



durability test
crash test
Proton MSX - 3.2 liter engine (?)





over-crash test
nasib baik tak terhempap kepala visitors..
gps system
durability test (buka-tutup)



bilik ujian bunyi bising
winter room test (ujian untuk kereta eksport) sejuk wooo (bawah paras beku)
TJ jr. diberi penerangan yang baik dan sejelas-jelasnya oleh pegawai Proton. "Uncle, i want to be near to the engine (engineer)" ha ha ha..

Share sebahagian je gambar - gambar lain adalah di drift, lotus, manufacturing/stamping plant, test track (test drive), vendor exhibition, Proton club etc. Overall, Proton's open day sangat cemerlang, very infomative dan sangat berguna. Congrats 25X!!