Showing posts with label mingguan. Show all posts
Showing posts with label mingguan. Show all posts

Sunday, February 22, 2009

Saluran 4 & 5 dipenuhi VIRUS ???

(POLITIK)
.
Saya sangat tidak setuju membaca Mingguan Utusan (artikel Zulkiflee Bakar) yang kata "banyak Virus di saluran 4 dan 5". Tapi bila kenangkan ianya adalah Utusan Malaysia yang jelas pro-BN, maka saya fahamlah, nak buat camana...kan?
.
Cuma satu pesanan, kalau anda memang ikhlas untuk hargai dan memang sangat berharap sokongan saluran 4 & 5 itu, maka jangan sesekali melabel/menjadikan mereka sebagai VIRUS. Kalau itu labelnya, maka akibatnya lagi parah, maklumlah, VIRUS... Kerana apa? Kerana jika inilah pemikiran orang BN -- kalu tak sokong BN, itu VIRUS -- maka VIRUS inilah yang akan makan BN nanti.
.
Mari kita lihat/buat analogi ini --- saya buka kedai runcit, pelanggan yang beli barang di kedai saya semua orang tua yang dah pencen, yang umur 50an ada sikit-sikit, yang muda 20-49 tahun tak datang langsung kedai runcit saya, padahal saya harap sangat golongan ini datang membeli di kedai saya. Saya nak tanya Tuan/Puan yang baca blog ini yang pandai-pandai semua.
.
a. Apa sebabnya budak 20-50 tahun ni, depa tak mai kedai saya?
b. Kalau dah tak mai, patutkah saya label mereka ni - hantu jerangkung - sampai hati korang tak support kedai den...

'Virus' saluran 4 dan 5
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
SENARIO yang berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu agak menarik untuk direnung. Ini kerana ketika proses pengiraan bermula, Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului kerana majoriti undi saluran 1,2 dan 3 menyebelahi parti itu. Bagaimanapun situasi berubah apabila kotak undi saluran 4 dan 5 dikira, BN tewas satu demi satu sebelum diisytiharkan kalah.
Namun begitu kegagalan BN menguasai saluran 4 dan 5 yang dianggap suara generasi muda bukanlah suatu kejutan, sebaliknya ia sememangnya sudah dijangkakan. Malah itu merupakan kali kedua BN tewas dalam pilihan raya kecil akibat saluran berkenaan, sebelumnya BN kecundang di Permatang Pauh. Kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen serta kehilangan kuasa di Kedah, Perak dan Selangor juga dikaitkan dengan saluran tersebut.
Malah di Kelantan, pengundi muda dikatakan sama sekali tidak menyebelahi BN sehingga memungkinkan Pas terus berkuasa di negeri tersebut.
Generasi muda yang menguasai undi di saluran 4 dan 5 mempunyai pemikiran berbeza. Perkembangan teknologi maklumat yang berkembang pesat telah membolehkan mereka bukan sahaja mendapat sebarang perkembangan dengan cepat malah boleh diracuni fikiran mereka oleh permainan kotor pembangkang. Persepsi yang paling mencabar untuk dihapuskan oleh BN di kalangan generasi muda ialah kalau BN cakap itu propaganda dan kalau pembangkang cakap itu kebenaran.

Terperinci, klik subjek.

Perlu juga diingat, pada pilihanraya umum yang akan datang (PRU13 nanti), saluran VIRUS ini akan bertambah lagi sebanyak kepada 6-7 juta orang. Dan kena ingat jugak, tak semestinya saluran 1, 2 dan 3 tak de VIRUS @ tidak akan dijangkiti VIRUS.

Sunday, February 15, 2009

...hati-hati cakap Kelantan...!!! -- (khidmat pesanan awam)

Ha ha ha suka sangat hati saya hari ni baca tulisan Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia -- Siti Jarum habaq -- kalau di Kelantan, hati-hati sebut "lukis pelan"...
.
Tersengih-sengih saya baca. Teringat juga kawan opis saya dulu, orang Kelantan -- mek pesan kat saya kalau nak beli buah pelam kat pasar siti khadijah jangan cuba nak telo/loghat kelantan -->> kak, bagi saya buah pelam satu kilo, takut-takut akak yang jual buah pelam tu nanti mencarut kat you...
.
Saya berkawan ramai dengan orang Kelantan dari sekolah/U/kerja/kawan, baik lelaki mahupun cek mek molek. Saya ingat lagi satu hari masa kami borak-borak, tiba-tiba budak Kelantan bagitau -- orang kelantan semua tak sembahyang dan diorang tak de tuhan. ada mamat Melaka tanya balik, kenapa jadi macam tu? -- blurrr. Kami ketawa --- memanglah orang kelantan tak sembahyang, orang kelantan cuma maye --- ore kelate maye ssejid (orang kelantan solat di masjid). lagi satu, orang kelantan tak de tuhan, yang depa ada ialah tuhe...
.
nak cerita skit, adalah satu orang tua dari Johor nak ambik hati sedaranya dari kelantan cubalah berloghat kelantan, nak kenalkan menantu baru dia -- ni kawe nak kenal kat mu kawe punya menate...
.
...alahai, orang kelantan tu pun senyum je...

Sunday, May 18, 2008

Utusan Melayu, Tulisan Jawi dan Kita


Tulisan Jawi.


Nasib.


Masa depan.


Strategi Pasaran. Saya rasa ada logik juga diulasnya oleh MB tentang strategi pasaran akhbar Utusan Melayu Mingguan -- perlu di upgrade, dimantapkan dan diselaraskan akan segala strategi.


Saya boleh membaca Jawi (lancar, bukan jenis merangkak-rangkak, tapi bukanlah seperti orang TV3 baca berita). Begitu juga anak-anak saya dan seluruh keluarga saya. Saya yakin ramai lagi yang boleh membaca Jawi, kalau tak lancar pun, merangkak-rangkak pun ok, jadilah. Seluruh murid/pelajar di bawah seliaan JAIS memang boleh membaca Jawi. Seluruh pelajar dan mereka yang dahulunya belajar di Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah, boleh membaca Jawi. Kalau nak kira potensi -- memang besar.

Tapi kami (saya dan kaum keluarga) tidak membeli pun akhbar Utusan Melayu ini.

Kenapa? Entah, saya tak pasti. Bahkan, saya tak perasan pulak Utusan Melayu ini ada dijual di sini. Oleh itu, saya tidak tahu berapa harganya, berapa tebalnya dan apakah pembaharuan yang dibuat.

Dahulu (lama dah) saya ada membeli Utusan Melayu (Jawi). Komen saya, waktu itu ialah, (1) ceritanya kurang menarik (tak mengancam!), (2) kertasnya "macam" gred B berbanding Utusan Malaysia, (3) susunan kandungannya dan warnanya, terjatuh gred B (3) kualiti gambar atau kuantiti gambar, kurang (tidak banyak).

Katakan....Katakanlah... katakan kita memang tak tau baca JAWI dan tak tau baca akhbar Cina (atau Tamil Nesan, for that matter) -- kalau diberi 2 akhbar (1) Utusan Melayu (Jawi) dan yang kedua (2) Sin Chew Jit Poh, saya yakin ramai yang "belek" SCJP!!

Tak caya, pi tengok bila orang Melayu/India tunggu servis kereta kat workshop orang Cina.

(Saya harap orang Utusan jangan marah saya apa yang saya tulih ni. Dan saya juga tak harapkan orang Utusan hantar satu naskah Utusan Melayu ke rumah saya setiap minggu. Setakat hari ini, saya hanya membaca Jawi dari buku teks JAIS anak-anak saya. Bolehlah, kalau tak baca langsung nanti, terus luput skill...)

---

>>

Akhbar Utusan Online - Tulisan Jawi


Utusan Melayu Mingguan boleh berkembang
SHAH ALAM 17 Mei – Akhbar jawi tunggal di negara ini, Utusan Melayu Mingguan boleh ditingkatkan pengeluarannya melalui strategi pemasaran yang berkesan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, amat mendukacitakan jika Utusan Melayu Mingguan terpaksa ‘berkubur’ sedangkan akhbar berbahasa Mandarin dan Tamil terus mendapat tempat di kalangan pembaca Cina dan India walaupun 60 peratus penduduk negara ini ialah orang Melayu.
Beliau menarik perhatian sekurang-kurangnya tiga akhbar utama berbahasa Tamil di negara ini masih mampu bertahan walaupun jumlah kaum India hanya meliputi kira-kira 10 peratus.
“Untuk meneruskan kelangsungan hidup akhbar jawi bergantung kepada jumlah pembaca.
“Saya tidak rasa ia mustahil dilakukan, iaitu dengan strategi pemasaran yang berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Beliau ditanya mengenai kemampuan akhbar Utusan Melayu Mingguan untuk terus bertahan berikutan jumlah pembaca yang boleh menguasai tulisan jawi semakin berkurangan.

>>

---

Teringat di U dulu, saya ada rakan & lecturer yang mengambil nota dalam tulisan Jawi (cepat, ringkas). Saya memang berasa bangga (berbesar hati, bukan riak) boleh menulis/membaca Jawi. Bahkan tandatangan saya juga dalam tulisan jawi TA, ALIF, JIM, ALIF, LAM, DAL, YA, NUN. Tulisan Jawi adalah sesuatu yang perlu dipertahankan. Fikirkanlah strategi yang terbaik.

Semasa saya makan gaji dahulu, office-mates saya (orang Cina) mengaku yang depa tidak tahu membaca SCJP dan akhbar bahasa Cina. Ya, saya kesian (sayang) melihat keadaan itu. Pada masa yang sama, saya juga bangga, melihat ada rakan2 Melayu saya yang boleh membaca/berbahasa Cina.

Hah! Kepada muda mudi yang sedang bercinta, yang tengah asyik masyuk tu, cuba hantar surat cinta anda dalam tulisan JAWI!

Yahoooooo, korang kena cuba buat tu....