Showing posts with label Wan Adam. Show all posts
Showing posts with label Wan Adam. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

sumbangan kepada anak yatim/miskin diperlukan

Saya memanjangkan rayuan sumbangan oleh Ustaz Hamzah - Pengurus Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB). RAKB seperti sedia maklum ialah pusat kebajikan bagi anak yatim, fakir miskin dan asnaf - terdapat 17 lelaki dan 13 perempuan. Sumbangan boleh dalam pelbagai bentuk - kewangan, kelengkapan harian sekolah/asrama, barangan makanan kering/basah dan lain-lain. Sumbangan kewangan boleh bank-in ke Maybank - KASIH BESTARI (5620 8551 3207). Boleh call Ust Hamzah (016-251 6515)

---
Saya panjangkan juga rayuan sumbangan oleh Ust. Sallehen Mukhyi, Mudir - Pusat AsSolihin - satu pusat pendidikan anak yatim/miskin di Sabak Bernam (Bt. 6 Kg Sungai Lias, Sg. Besar). Pusat ini memberi pendidikan tahfiz percuma kepada anak yatim/miskin siap makan dan asrama kepada para pelajarnya. Sumbangan kewangan sila salur ke Maybank 562197037536, Bank Islam 12056010017983 atau CIMB 12130009085056. Call Ust. Sallehen (019-2614782)

---
Teringat malam semalam Kuliah Al-Quran/Tafsir oleh Imam II - Ust Wan Adam kupas Ayat 177 Al-Baqarah

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."


Jelas maksudnya.

Diceritakan juga bagaimana para sahabat menginfaq harta-harta mereka berjuang untuk Islam, ada yang separuh dan ada yang seluruh hartanya.

Bagaimana kalau kita hidup zaman Nabi itu? Adakah kita akan infaqkan harta untuk Islam dan berjuang untuk memartabatkan Islam?

Monday, October 5, 2009

Aidilfitri @ MABAS

Untuk julung-julung kalinya (firsttime) Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19 Subang Jaya, mengadakan Majlis Terbuka Aidilfitri semalam.
Dari kiri --- Tuan Nazir (Haji Abd. Razak), Siak 1, Imam 1, Juru Audit 1, Ketua Pemuda dan Setiausaha MABAS
Antara yang hadir adalah penduduk SS19, SS18, tamu jemputan serta tuanpunya kedai/workshop sekitar masjid.
Beratur untuk kambing golek...4 ekor ditumbangkan...
Turut hadir YB Loh Gwo Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya bergambar bersama Bilal II


Bilal II, Ustaz Zaini dengan kambing goleknya
Ketua Biro Muslimat, Kak Faridah tengah menerangkan sesuatu kepada YB. Kelihatan Timbalan Nazir, Saudara Azizan (duduk di hadapan Nazir)
YB Gwo Burne dan YB Hannah Yeoh bersama Nazir dan Ketua Muslimat

Bendahari MABAS, Hj Yusof (baju hijau muda) bersama tetamu
"Kami sayang Tok Siak" --- Siak 1, Saudara Jamal bersama remaja MABAS
"Kami lagi sayang Tok Bilal" --- Bilal II, Ustaz Zaini dan beberapa remaja. I jam sebelum majlis, semua dah makan dulu...
Imam II --- Ustaz Wan Adam dan keluarga


Saudara Zul (Biro Dakwah - jubah putih) bersama tetamu
Biro Muslimat diketuai oleh Kak Faridah (tengah-tengah kat pangkal anak panah tu...)
Dari kiri --- Bilal I (Ustaz Mohamad Soen), Imam II, Tn Haji Rahim, Tuan Nazir, Siak 1

Tuan Haji Syukri (kiri - Biro Kewangan) dan Tuan Zabidi (kanan - Penolong S/U MABAS)


Saudara Khairol (baju hijau) & friends. (nampak tak saper yang pakai baju merah kuning jersi Selangor belakang tu...makan sorang-sorang jerr...)

500 roti boom backup selepas jam 2 petang, punnnn habis....
Alhamdulillah, selamat semuanya...
Untuk mengetahui Program/Kuliah MABAS, sila layari web portal rasmi MABAS di SINI

Tuesday, August 25, 2009

Memperbaiki & Memperelokkan Amalan Ramadhan

(Hanis, Hanif, Hanaa)
.
Dalam Tazkirah Subuh pagi ini, Imam II Ustaz Wan Adam menperjelaskan orang yang menpersiakan Ramadhan.
.
a. Orang yang berpuasa tetapi masih mengumpat/mencela.
b. Orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan tarawih. Tarawih itu hanya hadir pada bulan Ramadhan sahaja. Seingga mengikut ulama Mazhab Syafie, Tarawih itu dengan sendiri boleh menjadi niat untuk berpuasa Ramadhan.
c. Orang yang berpuasa tetapi tidak bertadarus Al-Quran. Allah s.w.t melipatgandakan pahala bagi setiap huruf yang dibaca pada bulan Ramadhan. Bagi yang tidak fasih membaca (atau merangkak-rangkak atau tergagap-gagap), pahala baginya dua kali ganda lebih daripada mereka yang fasih membaca. Jika tidak mampu juga membaca, jadilah orang yang mendengar mereka yang bertadarus. Kerana dalam kelompok orang yang bertadarus itu, hadir para malaikat membawa rahmat dan doa.
(khusyuk Hanif dengar tazkirah sampai terlentok kepala tersandar kat dinding, ok la tu...)
---
Dalam khutbah Jumaat lepas, khatib mengingatkan bahawa sia-sia Ramadhan seseorang itu
a. dia berpuasa tetapi tidak menunaikan solat
b. dia berpuasa tetapi masih berjudi/menikam nombor ekor dan melakukan maksiat
c. dia berpuasa dalam keadaan tidak menutup aurat
Moga kita perbaiki amalan Ramadhan kali ini.

Sunday, August 16, 2009

Program BBQ & Q

Sekitar gambar BBQ & Q (Qiamulail) Masjid Abu Bakar As-Siddiq (MABAS). 95 orang pemuda & remaja menyertai program kali ini.

AJK Pemuda MABAS - Bro. Fariq (baju kuning) dan Bilal II Zaini (kanan sekali)
Bro Oyang sedang kendalikan grup kecil bersama remaja bawah 11 tahun yang sertai BBQ&Q, sementara makanan disiapkan.








Bro Oyang tengah agih-agih buah untuk budak-budak

Makanan? Cukup-cukup perut sahaja, tetapi daging kambing memang banyak...separuhnya daripadanya disimpan semula...
Perbincangan sebelum tidur. Tidur jam 12 (Pengarah tidur dulu), yang lain terlalu excited -- firsttime tidoq masjid, ada yang tak tidur...jam 4 pagi bangun untuk program qiam sehingga jam 5.45 pagi, kemudian solat Subuh.
Selesai Subuh, diadakan Tazkirah Subuh oleh Ustaz Wan Adam (Imam II, MABAS). Diikuti oleh breakfast bersama seluruh jamaah subuh dan bersurai.
**(Biro Pemuda memacu tagline "Anak Muda Pengimarah Masjid" untuk menaikkan semangat/jiwa pemuda/remaja kembali ke masjid dan menjadinya satu tempat berkumpul mendapatkan ilmu/ibadah/riadah/rekreasi. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan dan memberkati usaha kami ini.)**

Monday, April 20, 2009

Al-Fatihah & Takziah

Takziah untuk seluruh keluarga Pak Din (bekas Tok Siak Masjid Abu Bakar AsSiddiq, SS19) kerana pulangnya kerahmatullah anak sulungnya, Allahyarhamah Jannah siang tadi. Allahyarhamah Jannah meninggal dunia kerana komplikasi/masalah buah pinggang.
.
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Jannah. Moga Allah s.w.t. tempatkan Allahyarhamah dalam golongan para solehah dan dalam redha & rahmatNya.
.
Sebagai rekod catatan, Allahyarhamah baru berusia 39 tahun (sebaya & seumur dengan tuanpunya blog ini <<<--- a very strong reminder to yours truly).

=*=*=
(Update 10.18pm. 20/4/09)
...dan Maghrib tadi, sebelum memulakan Kuliah Al-Quran/Tajwid/Taranum, Imam II - Ustaz Wan Adam sempat minta jamaah yang hadir menghayati lagu nasyid yang dinyanyikannya (memang sedap suara Ustaz, tanpa muzik) - lagu Menanti Di Alam Barzakh (lagu yang terilham dipetik dari Al-Quran & Hadith) dan Ustaz berpesan bahawa kita akan terjaga semula di alam kubur sejurus hanya beberapa langkah sahaja orang yang datang meninggalkan kubur kita. Hayati...

Menanti Di Alam Barzakh
Ku merintih, aku menangis,

Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih, aku menangis
Ku meratap, aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata


Lagu asalnya boleh didengar di SINI

Monday, March 16, 2009

...do not SELL-FISH

(4 for me & 1 for you)
.
Sin or we have not sinned for failing to perform the fardhu kifayah? depa buat kita tak payah - longtime slogan heard during schooldays/childhood. Actually, what is fardhu ain and what is fardhu kifayah and those things yang tak payah-tak payah tu? Will Allah give us a place in Heaven despite our failures to upgrade/develop/hold/help our community.
.
Ustaz Wan Adam during his tazkirah tonite asked Jamaah to ponder -- there are 3 categories in our society. First group is Amal-ma'ruf-nahi-munkar people. Second, people who are Amal-ma'ruf but never do nahi-munkar. Thirdly, those munkar people, they do things forbidden by Allah s.w.t. In giving advice to the third, never leave that to Imam/Ustaz alone or to other people/authority to solve/give solutions. We are also responsible and answerable to what is happening around us especially to our family. Be part of it, get involved.
.
Of course, we have to uphold and focus on the performance of fardhu ain (for ourselves). But, Islam does not teach us to be selfish. Don't say that as long as i OK, i dah solat puasa zakat haji, cukup la, i nak duduk masjid je...masalah/maksiat depa den maleh lah nak pikior... How can we just concentrating to perform self-duty & gain pahala for us alone and avoid/ignore duties to the Muslim community...
.
So, friends/readers, never ignore fardhu kifayah, never, eventhough you perform your fardhu ain religously.

Wednesday, January 14, 2009

mendoakan seorang SAHABAT

Ustaz Wan Adam dalam tazkirah Al-Quran di masjid mengingatkan jamaah hadirin untuk sentiasa mendoakan sahabat dan saudara.
.
Ustaz bercerita - Nabi s.a.w mengajar kepada para sahabatnya ketika peristiwa HIJRAH bahawa doa yang dimakbulkan Allah s.w.t ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain (secara senyap-senyap & sembunyi, iaitu tanpa pengetahuan sahabatnya yang satu lagi itu).
---
Tu yang keluar peribahasa Melayu sebut - kenang daku dalam doamu.
---

Marilah berdoa sesama kita --- dan jangan sesekali bagitau - Tajudin, aku setiap kali lepas solat fardhu, aku selalu doakan kau...tak pernah miss...
.
Tajudin: (senyum) ooo ye ke? timakasih ye...hang lah sahabat aku dunia akhirat...

Friday, June 6, 2008

Memahami Itu Lebih Baik -- SOLAT


I blog over my 1st Friday in Month 3.

(fahami yang kita sebut dalam solat)

Ustaz Wan Adam (Imam II, Masjid Saidina Abu Bakar) dalam Kuliah Al-Quran beberapa hari lepas bertanya para hadirin yang hadir kuliahnya >> apa gambar yang ada pada duit RM50?
semua diam, tak de sorang yang dapat menjawab dengan tepat/confident.

Imam menyambung >> duit RM50 yang kita selalu guna jualbeli itupun kita tak tau gambar apa, macam itulah kita melihat solat kita -- dah solat setiap hari bertahun-tahun -- apa yang kita sebut pun belum tentu kita tau dan faham maknanya...

sempena hari yang baik ini, mari lihat dan fahami maksud sebutan dalam solat kita. semoga ada kebaikan untuk semua.
___



semua gambar masih dari internet (upload error)




__

Takbiratul Ihram - Allah Maha Besar.


Doa Iftitah - Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Muslimin.

Al-Fatihah - Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Amin


Ruku' - Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bangun dari ruku' - Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Iktidal - Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Sujud - Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Duduk antara dua sujud - Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Tahiyat Awal - Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tahiyat Akhir - Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



___

Doa Qunut (Subuh) - Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.








__