Sunday, November 30, 2008

Hari Kesihatan SS19, Subang Jaya

Share sebahagian photo Hari Kesihatan SS19 Subang Jaya, siang tadi. Majlis anjuran Pejabat DUN Subang Jaya, dirasmikan oleh En. Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir - (pic below) - Ahli Majlis MPSJ / PAS Kelana Jaya Division Chief / PAS Selangor State Information Chief / Press Secretary to PAS President.

Taklimat kesihatan kepada penduduk SS19 oleh Dr. Mashita Mansur (pic below) - Doktor Pakar dari Pantai Medical Centre. Intipati ucapannya - antara silent killer di Malaysia ialah kanser (cancer), stroke, hypertension & diabetes. Bagi pompuan, cancer utama ialah breast cancer (kanser payudara - lelaki pun berisiko jugak wooo, katanya) & cervic/pelvic cancer.
.
Beliau minta semua orang terutama perempuan untuk jalani ujian pap smear seeloknya setahun sekali (every year) terutama kepada (1) high risk family (2) strong family history of cancer & (3) sexually active people. Kalau tak at least buat once in 3 years.
.
Apa yang doktor akan akan buat masa pap smear?
.
Ya, doktor akan calit (smear) bende alah tu kat bende alah nun dan kemudian jalankan ujian dengan 2 cara. (1) Ambik hasil calitan tu dan letak kat kaca ujian dan pakar kajian sel akan buat kerjanya. atau (2) hasil calitan tu dimasukkan terus dalam liquid untuk jalankan ujian dan yang ini hasil keputusannya lebih tepat.
.
Bagi ujian stroke/hypertension/diabetes eloklah buat 3 bulan sekali (terutama kepada family berisiko tinggi tahap merah)


Unit Amal Yayasan Amal memberi khidmat percuma pemeriksaan kesihatan.

Hanif & "Unit Amal" VICO (minuman percuma ler...he he he) asyik duduk situ je... letih gak la bawak mamat sorang ni...duduk kat VICO macam isi dengan kuku bagaikan aur dengan tebing...


Nak derma DARAH?
Teringat darah teringat ini -- sapa cakap ini macam dulu-dulu (hendaklah kita semua menderma itu dara..).
.
OK, kalau nak derma, baca notis atas ni dulu... sehat pada hari menderma, berat mesti lebih 45kg, tidur malam sebelum derma mesti lebih 5 jam, bebas dari masalah kesihatan, tidak homoseks, tidak biseksual, tidak bertukar pasangan seks dan tidak mengambil dadah.

Cek gigi percuma. Ramai doktor-doktor dari Unit Amal Yayasan Amal, pasukan doktor dari HUKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya & Pantai Medical Centre menjayakan Hari Kesihatan ini. Selain itu, ujian percuma yang dijalankan termasuk breast cancer screening, ujian darah, ujian kesihatan & ujian hal-hal pompuan.


sendiri PIKIOR

Baru je kawan post/citer CILI naik rega hari tu, isk isk isk...

Beli cili Thailand
ALOR STAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mencadangkan kerajaan mengimport cili merah dari Thailand jika harga cili yang kini mencapai RM21 sekilogram terus meningkat tinggi sehingga membebankan pengguna, terutama peniaga kedai makanan di negeri ini.Presidennya, Datuk Yusoff Ismail, berkata beliau difahamkan, harga cili merah yang dijual di sekitar pasar basah di bandar raya ini meningkat sehingga mencecah RM21 sekilogram berbanding kelmarin iaitu RM15 sekilogram.“Memang tak masuk akal dan peniaga memberi alasan faktor cuaca tidak menentu menyebabkan harga cili merah terpaksa dinaikkan, sedangkan sebelum ini tidak pula berlaku keadaan sebegini walaupun musim cuaca tidak menentu.“Dalam keadaan kita berkempen untuk menurunkan harga barang sekarang ini, berlaku pula perkara seperti ini iaitu kenaikan harga bahan mentah yang tidak munasabah sehingga membebankan pengguna.
“Saya berharap masalah ini berjaya diatasi selain meminta peniaga tidak bermain harga pada waktu begini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro kelmarin melaporkan, harga cili merah di bandar raya ini meningkat sehingga mencecah RM15 sekilogram dari harga asal RM9 sekilogram berbanding hanya RM6 sekilogram bulan lalu.Yusoff berkata, beliau akan meminta kerajaan mengimport cili merah dari negara jiran yang lebih murah jika harga cili merah terus meningkat dari semasa ke semasa.Katanya, jika berlaku kemasukan cili merah dari Thailand, beliau percaya ia akan memberi saingan harga terhadap peniaga untuk menjual cili merah pada harga lebih murah dan setanding dengan cili dari negara jiran itu.“Kita tengok apa akan berlaku dan jika harga ini masih tidak berubah, kita buat apa yang termampu,” katanya.

---

Tiada jaminan tambang haji kekal
MEKAH 29 Nov. - Tiada jaminan bahawa kadar wang naik haji bagi musim akan datang dapat dikekalkan mengikut kadar sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, ini memandangkan kos yang ditanggung oleh Tabung Haji (TH) meningkat berikutan kenaikan kos penginapan serta bahan makanan di Mekah dan Madinah.
"Dalam pada itu pula hasil pelaburan TH dalam perladangan sawit berkurangan berikutan harga minyak sawit turun," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mendengar taklimat operasi haji di Ibu pejabat TH Mekah, di sini semalam.
"Syukur Alhamdulillah bagi tahun ini, harga minyak sawit yang tinggi sebelum ini membolehkan TH berupaya mengekalkan kadar wang naik haji bagi musim ini dengan mengeluarkan subsidi hampir RM100 juta," kata beliau lagi.
"Dengan harga minyak sawit turun sekarang, agak mustahil bagi TH mengeluarkan subsidi sebanyak itu bagi tahun depan," kata beliau.


---
Camana orang tanam CILI nak pi HAJI...???

Jika Persatuan Pengguna boleh cadangkan harga CILI diturunkan, maka Persatuan Pengguna boleh buat perkara serupa kepada Tabung Haji.... isk isk isk
Mungkin Tabung Haji perlu rasionalkan dan menstruktur semula pelaburannya, wallah hu alam.

Saturday, November 29, 2008

happy birthday edylia edry...!!!

share sebahagian gambar masa sambut b'day anak buah...


hanaa together with nanny, tok long and newborn, annesa nadya.

coklat + grape = sodap sangat tu...

cake cutting... berapa tahun? 5?




Semua atuk-atuk pun join...




hanif he he he star wars punya hero... just landed from the unknown zone...

games for 8yo & below...

tahu bakaq --- oh my peberet...

Uncle Razak.

OK edylia -- happy birthday -- suka high school musical ye...

Friday, November 28, 2008

MEREDAH KASIH PADA YANG SAYANG -- (sajak)

MEREDAH KASIH PADA YANG SAYANG

Besarkanlah jiwaku ini
Dengan hamparan kasihmu

Siramilah hatiku
Dengan suci sayangmu

Jernihkanlah segala yang ada
Tetap pendirian
Meruntun di kelopak tidak bertepi
Ku tatapi sehari-hari
Tenang peribadi

Kunjungilah ke dalam hatiku ini
Dengan keindahan kasihmu
Dengan keindahan budimu
.
-tajmosa-
1995

Thursday, November 27, 2008

nak curi kereta & tak berbau

Nak curi kereta?
bukan bukan bukan... (blog ni tak mengajor bende bukan bukan tu..)
.
gambar 3 keping bawah ni bukan gambar nak mencuri kereta, tapi kawan saya ni tertinggal kunci kereta dia kat dalam tu, kereta pulak terkunci. ini ialah kereta proton saga iswara. kacang je...
.
a. mula-mula cabut (ye cabut je...tanggalkan) getah pelapik tepi tingkap tu.

b. ambik pembaris 12" kasi jolok besi/plastik yang lock pintu tu...
c. dah OK, boleh bukak. kasi letak betulkanlah semua pelapik-pelapik tu...boleh le ambik kunci tu. lain kali kalau kunci tertinggal dalam tu, jangan panik... buat macam biasa je...apa yang penting, cepat-cepat cari pembaris 12"

---
Malang memang tak berbau.
Gambar bawah ni ialah gambar kereta kawan saya (Proton Waja) menghentam besi/rel penghadang tepi hi-way dalam perjalanan tengahari dari Tanjung Malim ke Shah Alam pada kelajuan 100km/j. Sebabnya - terlelap cuma sebentar SEKELIP MATA.
.
Rim (alloy) depan tu siap terkoyak....!!! Alhamdulillah, semua dalam kereta OK.


Pesanan kepada diri dan semua pemandu (terutama yang baru dapat lesen) hati-hati di jalanraya, kalau mengantuk, pi R&R PLUS dan rehat. Khidmat pesanan awam ini dibawa khas oleh.. (ooii cikudin, dah la tu...)
(jangan lupa, lawat juga >>> http://www.panducermat.org.my/ )

Wednesday, November 26, 2008

...Tipah tertipu bang...Tipah tertipu!!!

Saya berborak dengan seorang rakan yang terlibat dalam dunia seni/event management dan bekerja dalam media arus perdana. Dia bercerita tentang TEMPOH kemunculan penyanyi yang betul-betul menonjol/bertahan ialah pada setiap 10 tahun. Yang ada sipi-sipi tu ialah mereka yang memeriahkan dunia seni je.
.

Saya tak pasti, saya bukan anak seni & pemerhati seni, tapi tengok pendapatnya ini. Mid 70-an kita ada DJ Dave. Mid 80-an Ramlah Ram (orang Muo ni..). Mid 90-an Siti Nurhaliza. Dan Mid 2005-an Mawi (peh, happi je orang Kulai/Felda dengor..steady la orang Kuley...). Akan muncul satu lagi penyanyi yang unggul/cemerlang pada Mid 2015-an -- kita tengok ler saper yang kena.
.
Itu kata kawan tu la.
.
Yang ini saya kata. Mid 80-an, ada satu ungkapan dalam filem yang diingati sampai la ni -- TIPAH TERTIPU BANG!!! (sampai orang nama Tipah pun jadi malu...). Pada saya, ungkapan filem yang diingati saya rasa datang setiap 20 tahun sekali. Selepas 20 tahun (sekarang), ungkapan yang mungkin akan diingati untuk 20 tahun lagi --- ya, saya rasa yang ini >>> I LOVE MAT REMPIT...!!!

agaknye la...
setuju ke?

Tuesday, November 25, 2008

--ZULKAEDAH--

Share short notes taken during Ust Kamal Ashari's Kuliah Maghrib @ Masjid Saidina Abu Bakar, SS19 Subang Jaya - "Zulkaedah - Bermulanya Pembukaan Kota Mekah".
--
We are still in the month of Zulkaedah. Zulkaedah is the 11th month in Islamic Calender (Hijrah) -- from Muharram.......Ramadhan (fasting month), Syawal (Aidilfitri), Zulkaedah & finally Zulhijjah (Aidil Adha), next month. Apart from other Holy Months in Islam, Zulkaedah also has its importance. Event that took place in the month of Zulkaedah (6 Hijrah) was Perjanjian Hudaibiyah (the Treaty of Hudaibiyah) between Jahiliah Mecca (Musyrikin) and pilgrims from Medina (Muslims) led by Nabi s.a.w. Jahiliah stopped/prevented the pilgrims from performing the Haj.
.
Jahiliah were so arrogant during the discussion (including rejecting the inclusion of names of Allah and the Prophet) with some terms were not in favour to Muslims. Even the sahabat – Saidina Abu Bakar r.a and Saidina Umar r.a showed dissatisfaction and wanted to stop negotiation. But, Nabi s.a.w showed his tolerance, prevailed/accepted/sealed the Treaty. He knew what best for Muslims. With the Treaty, Nabi s.a.w together with 1,400 Muslims had no choice but to go back to Medina. For this, all were required to pay dam @ penalty for not performing Haj. Nabi s.a.w instructed pilgrims to pay dam (goat slaughter) but none took action (even after repeating 3 times). Nabi s.aw. moved to his tent for a while. Then, came his wife Ummu Salamah suggesting Nabi s.a.w to show the way to pay dam.
.
Ust Kamal explained at lenghth esp. on the process of negotiating, what can we learn from the event & each condition made by Jahiliah, the roles of sahabat/Muslims & the role of a wife and to lead by example etc.
.
And, history showed what happened the following year. 10,000 Muslims (pilgrims) entered Mecca without resistance from Jahiliah. Many Jahiliah, after that, accepted/embraced Islam. Dan ketika peristiwa itu Allah s.w.t. turunkan surah An-Nasr.
---
Our cikgu, Ustaz Ahmad Tunggal (Tokoh Maal Hijrah Johor 1424 -- pic) used to teach/tell us about the Treaty in school, tapi dulu untuk peksa je...semua hafal je...sepatutnya kena menghayati. Hayatilah perjuangan susah payah Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam perjuangan Islam. Thank you Ustaz - ustaz yang sentiasa senyum dan tak pernah marah. Moga Ustaz sentiasa sihat walafiat.

Ust. Ahmad Tunggal (3rd from left) ketika terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1424 Johor (pic from Utusan)

COTY 2008 - does your car make the list?

Cars.Bikes.Trucks (CBT) will organise its 7th Car of the Year (COTY) 2008 and the nominees for 2008 are as per below. Winners to be announced during official event dinner on 27.11.08 (Thursday). Kereta saper la gamaknya menang ye...
.
A) Entry Level Car - 1. Chevrolet Aveo Notchback 2. Hyundai Accent 3. Hyundai i10 4. Naza Forza 5. Proton Saga 6. Toyota Vios
.
B) Premium Small Car - 1. Fiat Bravo 2. Honda Jazz 3. Renault Clio 1.6L 4. Volvo C30 5. Proton Satria Neo R3
.
C) Family Car - 1. Chevrolet Optra Magnum 2. Hyundai Elantra 3. Nissan Sylphy 4. Proton Gen2 CPS 5. Proton Persona IAFM 6. Proton Waja CPS 7. Suzuki SX4 Crossover 8. Toyota Altis
.
D) Executive Car (below RM200,000) - 1. Honda Accord 2.0 / 2.4L 2. Mazda6 2.5L 3. Peugeot 407 CKD 4. Volvo V50 2.4L
.
E) Premium Executive Car (above RM200,000) - 1. Jaguar XF 2. Lexus GS300 Facelift 3. Mercedes-Benz E230 Avantgarde 4. Honda Accord 3.5L V6 5. Mercedes Benz C230 Avantgarde Advance 6. Lexus IS 250 7. Audi A4 1.8T
.
F) Limousine - 1. Mercedes-Benz S500 CKD 2. Lexus LS460 SWB
.
G) Performance Car (below RM300,000) - 1. Hyundai Coupe FX 2. Mazda MX5 3. Volkswagen EOS 4. Peugeot 308GT 5. Honda Civic Type R 6. Peugeot 207CC 7. Renault Megane CC 8. Renault Megane F1 R26 9. Renault Clio RS 10. VW Polo GTI
.
H) Performance Car (above RM300,000) - 1. BMW M3 2. Mitsubishi Lancer Evolution (X) 3. Volkswagen Golf R32 4. Audi TT 5. BMW 135i 6. Mercedes Benz SL350 7. Mercedes Benz SLK200
.
I) Midi MPV - 1. Grand Livina 2. Honda Stream 3. Mazda5 4. Toyota Rush (2WD) 5. Kia Rondo
.
J) Large MPV - 1. Hyundai Starex 2.5CRDi VGT 2. Mercedes-Benz R280 3. Renault Grand Espace 4. Chery Eastar
.
K) SUV - 1. Chevrolet Captiva 2.0D AWD 2. Perodua Nautica AWD
.
L) Premium SUV - 1. Audi Q7 2. Mazda CX9 3. BMW X6
.
M) Pickup Truck - 1. Mitsubishi Triton 2.5L Lite 2. Mitsubishi Triton 3.2L Auto
.
.
Details click here & HERE

Monday, November 24, 2008

...a BIRD can fly, but a FLY can't bird...

ha ha ha apa punya tajuk tu Taj??? just to relate with the pic below & teringat sorang kawan punya tagline kat email dia, suka beno dengan tagline tu......he he he sori bro. Fyi, the pic was taken just after the rain stopped 1 hour before Maghrib (in front of our house). The birds seem to enjoy "lepaking" and singing unknown songs (may be nasyid, may be lagu Amy Search -- Kita Nyanyi Selepas Hujan, but surely not Linkin Park's..)
.
Inilah rutin burung-burung tu setiap kali lepas hujan petang, depa akan lepak kat wayar kabel letrik tu...RIUH....sampai Hanif tanya -- kenapa burung-burung tu tak kena KAREN bila diaorang tenggek kat situ??? Saya jawab (not so sure) -- pasal dia tenggek kat satu wayar je, kalau depa bergayut dua kabel, mau mati burung-burung tu kena karen...Hanif cepat tanya balik -- kalau kita bergayut kat satu wayar je tu, boleh ke? (Memang saya tak pasti) -- ntah la yek....
.
O ye, dah terblog bab KAREN ni, tiba-tiba saya teringat seorang kawan satu batch di U dulu, kami semua panggil dia -- Haji Karen (...Ya Allah, saya lupa nama sebenar dia!!!). Dia suka dengan electrical/electronic gadgets dan cekap tentang hal itu (tu yang dapat gelaran). Dia dah pun meninggal lama lepas grad 14 tahun dulu. Al-Fatihah untuknya. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh kawan kami ini, Amin.

Sunday, November 23, 2008

best time to TAKE OVER -- when?

---1---


Irish probe: Air Canada co-pilot had mental breakdown, flight attendant stepped in
By SHAWN POGATCHNIK , Associated Press
Last update: November 19, 2008 - 3:22 PM
DUBLIN, Ireland - An Air Canada co-pilot having a mental breakdown had to be forcibly removed from the cockpit, restrained and sedated, and a stewardess with flying experience helped the pilot safely make an emergency landing, an Irish investigation concluded Wednesday.
The report by the Irish Air Accident Investigation Unit into an incident in January applauded the decision-making of the pilot and the cockpit skills of the flight attendant, who stepped into the co-pilot's seat for the emergency diversion to Shannon Airport in western Ireland.
None of the 146 passengers or other nine crew members on board the Boeing 767 bound from Toronto to London was injured after the 58-year-old co-pilot had to be removed by attendants and sedated by two doctors on board.

It said the co-pilot was a licensed veteran with more than 6,500 hours' flying time, about half on board Boeing 767s, and had recently passed a medical examination.
But it said the pilot noticed immediately that his co-pilot was not in good professional shape on the day of the flight, arriving late to the cockpit after all the safety checks and paperwork had been completed. He reported that the co-pilot's behavior worsened once they were airborne, and the co-pilot advised him to take a lengthy break for naps and a meal.
As the aircraft reached the middle of the Atlantic, the report said, the co-pilot began talking in a "rambling and disjointed" manner, took another nap, and then refused to buckle his seat belt or observe other safety procedures when he returned to the cockpit.
The pilot concluded that his colleague was now so "belligerent and uncooperative" that he couldn't do his job.

Read here and here >> Air hostess helps land Air Canada plane after co-pilot breaks down

.
the above is specially for my friends who take airplane as their second home, near to engine -- Tzy Wen, and pilot -- Azrul. Hope MAS / Air Asia stewardess / steward is trained to become a pilot/co-pilot esp. during emergency landing... komen skit bro....
.
---2---

Islam -- Fiqh-as-Sunnah

Fiqh 2.54: An imam may change his place and become a follower
If the regular imam or appointed imam is not present, it is permissible to appoint someone else to perform the duty of imam. If the regular imam appears during the prayers, the substitute imam may move back to the rows and allow the regular imam to take over. Al-Bukhari and Muslim record that Sahl ibn Sa'd said: "The Messenger of Allah sallallahu alehi wasallam went off to take care of the affairs of the tribe of 'Amr ibn 'Auf. The time for salah came and the mu'azhzhin went to Abu Bakr and said: 'Will you lead the people in salah and I shall make the iqamah?' Abu Bakr agreed. [While he was] leading the prayer, the Messenger of Allah appeared and joined the rows. The people clapped [their thighs with their hands] but Abu Bakr would not turn around during the prayer. When most of the people began clapping, he turned and saw the Prophet...[who] pointed to Abu Bakr to stay in his place. Abu Bakr raised his hands and praised Allah because of what the Prophet had told him. Then, Abu Bakr moved back until he joined the rows and the Prophet stepped forward [to lead]. After he had prayed, he went to Abu Bakr and said: O Abu Bakr, what prevented you from staying there when I told you to do so?' Abu Bakr said: 'It is not fit for the son of Abu Quhafah to lead the Prophet in prayer.' Then the Messenger of Allah said: 'Why did I see most of you clapping? If you find something in the prayer you should say subhanallah, for when you say it, it will attract his (i.e. imam's) attention and clapping [thighs with hands] is for the women.'"

Fiqh 2.62: Appointing another to lead the rest of the salah
If the imam must leave during the salah due to some reason, for instance, he remembers that he is in need of making ablution or he loses his ablution during the salah, then he should appoint another to lead the remainder of the prayer.
'Amr ibn Maimun says: "I was standing and there was no one between me and 'Umar, the morning he was killed, except 'Abullah ibn 'Abbas. He had barely pronounced the takbir when he was stabbed and he said: 'The dog has bitten or killed me.' 'Umar bade 'Abdur Rahman ibn 'Auf to lead the salah and he led them in a short prayer." This is related by al-Bukhari.
Abu Razin reports: "'Ali was praying one day when his nose began to bleed. He took a man by the hand and put him in front of the congregation, and he left." This is related by Sa'id ibn Mansur.
Ahmad observes: "If the imam appoints another [it is acceptable] as 'Umar and 'Ali appointed another. If the people pray individually, [it is acceptable] as in the case of Mu'awiyyah when he was stabbed and the people prayed individually and completed their prayers."

Fiqh 2.62 a: When the people dislike their imam
Many hadith have been related which warn against leading a congregation while one is disliked by them. Dislike here relates to one's religious conduct and is based on a valid reason.
Ibn 'Abbas relates that the Prophet said: "Three people's prayers will not rise above their head the length of a hand's span. [They are:] a man who leads a people in salah and they do not like him, a woman who has disobeyed her husband and he is dipleased with her, and two brothers who are estranged." This is related by Ibn Majah. Al-'lraqi says its chain is hasan.
'Abdullah ibn 'Amr relates that the Prophet sallallahu alehi wasallam said: "Allah does not accept prayers from three [types of] people: a man who leads a people and they dislike him, a man who attends the prayers after their time is finished, and a man who re-enslaves his freed slave." This is related by Abu Dawud and Ibn Majah.
Elaborating upon it, at-Tirmizhi says: "It is disliked that a man should lead a people in salah while they dislike him. If the imam is not a wrongdoer, then the sin is upon those who don't like him."

Details read here

---3---

Saturday November 22, 2008
Wanita Umno chief comes out with guns blazing
By SHAHANAAZ HABIB
KUALA LUMPUR: Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz fired her first salvo a day after her deputy Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil announced her intention to challenge her in the coming party polls.
Stating that she would defend the wing’s top post, Rafidah poured scorn on Shahrizat for breaking her earlier promise that she would not challenge her.
“She even said, ‘My word is my honour’, which was published in the media. She said she would abide by the advice of the party’s top leaders and that she accepted the (June) transition plan,” said the long-serving Wanita chief.

Details here. Read also HERE and here. Baca juga SINI.


------
Pilot needs a co-pilot to land the airplane. Imam needs bilal. No.1 needs No.2. Husband needs a wife, vow to stay together & to "run" a family. You may take over at anytime, the time will come. Just be prepared. Anytime!
.
Remember these Malay proverbs -- (a) berat sama dipikul ringan sama dijinjing (b) ada sampan nak berenang (c) berjalan pelihara kaki bercakap pelihara lidah, and (d) ada tangga nak memanjat tiang (kalau tak faham, go/find Karam Singh Walia & ask for the meanings...oh ye, mana pi Mr. Karam?)

Saturday, November 22, 2008

harga CILI dah mulai mendongak


Harga ladang CILI besar tengah mendongak naik. Kalau di Perak & Penang harganya dalam RM10 sekilo. Saper tengah tanam cili time ni, senyumlah korang ye... tapi naik harga pasal dah masuk musim hujan... hati hati sikit...penyakit pun banyak & buah pun tak tahan dengan hujan. So, yang best time ni ialah orang yang tanam CILI secara fertigasi (lengkap bersistem & ada rumah kalis hujan). Kalau tanam cili padi...peh...lagi lumayan pak...
.
Kepada semua rakan-rakan/pengusaha seFERTIGASI - selamat maju jaya!!!
Kepada yang nak berjinak-jinak dalam fertigasi -- habaq la kat kami....

Friday, November 21, 2008

...banyak-banyak heran & heran banyak-banyak

Heranlah jugak. Anda heran tak? Heran sikit ke, sederhana atau heran banyak?


Tengok senario ni.
__

Salim dan 2 lagi rakannya kena tangkap dituduh curi buah pelam Pak Abu, habis 10 ekar digondolkannya. Tapi orang kampung tak puas hati, semua kata saya pun terlibat sama curi buah pelam tu pasal saya tau selok belok buah pelam. Tapi saya tak kena tangkap kerana tak de bukti kukuh, cuma tuduhan-tuduhan je dari kebanyakan orang kampung...
.
Beberapa hari Tok Penghulu & Ketua Kampung buat siasatan, akhirnya Salim dilepaskan. Orang kampung kata Salim dibebaskan kerana dia baik dengan saya & saya baik dengan Tok Penghulu. Tapi 2 orang lagi sangkut. Oleh kerana Salim nak protect saya dari difitnah (pasal saya kawan baik dengan Salim) dia buat kenduri di rumahnya dan panggil orang kampung serta buat makluman yang mengatakan bahawa saya tak terlibat langsung dalam kes curi buah pelam Pak Abu tu....
.
aikkk? Camana Salim tau saya ni tak terlibat? Kalau betul saya tak terlibat, camana Salim boleh kata macam tu -- kalu bunyi macam tu, mungkin atau dah tentu dia tau sapa yang sebenarnya terlibat......
---
yang nyato nye, buah pelam seluas 10 ekar yang disonglap dari ladang Pak Abu dah pun selamattttt...

Thursday, November 20, 2008

ALL BLACKS to bulldoze WALES @ Cardiff - 23 Nov 08

Wales vs New Zealand

The old rivalry has its latest tweak on Sunday morning when Wales, coached by New Zealander Warren Gatland, attempts to upset the All Blacks' hopes of a third Grand Slam in their match in Cardiff.
VENUE & TIME: Millennium Stadium, Cardiff, Sunday, November 23, 6:15am NZT (about 1am Malaysia).
HEAD TO HEAD: Played 23 - New Zealand 20, Wales 3.
LAST TIME: November 25, 2006 (Cardiff) - New Zealand 45-10 Wales.

TEAMS:
Wales: 1 - Gethin Jenkins, 2 - Matthew Rees, 3 - Adam Rhys, 4 - Alun-Wyn Jones, 5 - Ian Evans, 6 - Ryan Jones, 7 - Martyn Williams 8 - Andy Powell, 9 - Gareth Cooper, 10 - Stephen Jones, 11 - Shane Williams, 12 - Jamie Roberts, 13 - Tom Shanklin, 14 - Leigh Halfpenny, 15 - Lee Byrne.Reserves: 16 - Richard Hibbard, 17 - John Yapp, 18 - Luke Charteris, 19 - Dafydd Jones, 20 - Dwayne Peel, 21 - James Hook/Dan Biggar, 22 - Andrew Bishop.
New Zealand: 1 - Tony Woodcock/Neemia Tialata/John Afoa, 2 - Keven Mealamu, 3 - Woodcock/Tialata/Afoa, 4 - Brad Thorn, 5 - Ali Williams, 6 - Jerome Kaino, 7 - Richie McCaw, 8 - Rodney So'oialo, 9 - Jimmy Cowan, 10 - Dan Carter, 11 - Sitiveni Sivivatu, 12 - Ma'a Nonu, 13 - Richard Kahui, 14 - Joe Rokocoko, 15 - Mils MuliainaReserves: 16 - Corey Flynn, 17 - TBC, 18 - Anthony Boric, 19 - Kieran Read, 20 - Piri Weepu, 21 - Stephen Donald, 22 - Isaia Toeava
REFEREE: Jonathan Kaplan

Wednesday, November 19, 2008

...errr...U suka korek HIDUNG ke atau korek TELINGA...??


Seorang pemuda (balak, cowok) pi keluar dating (first date) dengan seorang wanita anggun lagi ayu (minah, cewek, awek).
.
Mereka terus ke taman bunga dan duduk di satu bangku yang jauh dari orangramai. Oleh kerana first date, awek tu malu-malu sikit. Pemuda tu asyik senyum je dan tengok puas-puas wajah ayu girlfren nya. Bangga la konon. Tapi nak jadi cerita, akhirnya mata bertentang mata. Cewek dan cowok tatap wajah antara satu sama lain.
.
Tiba-tiba awek tu tanya balak >>> boleh i tanya skit.
.
Balak >>> Musti la bulih....
.
Awek >>> U suka korek idung ke korek telinga...???
.
Balak >>> (dalam hatinya -- ni mesti awek aku nak uji tahap kejujuran aku ni...)
.
Awek dengan suara manja >>> jawab la, U suka korek yang mana? Idung ke telinga?
.
Balak >>> ....errr...i suka sangat korek idung...
.
Awek >>> betul ke?
.
Balak >>> betul... sumpah...!!!
.
Awek (naik angin) >>> kita baru first date, U dah tipu I idup-idup...kalau macam tu, kita putus setakat ni sahaja.
.
Balak (terpinga-pinga) >>> kenapa, kenapa? I tak tipu, I memang suka korek idung...
.
Awek >>> kalau macam tu, cuba U korek idung U sekarang...!!!
.
Balak tu pun apalagi -- terus je korek hidung - dan dapat lah dia 2 biji "bijih besi" dalam dua-dua lubang hidung nya, dah terjuih nak terkeluar pun....sabor je la..
.
.
.
Moral : (i) jangan cuba-cuba tipu orang pompuan.... (ii) nak jumpa orang tu, bersih-bersihkanlah mana yang patut.

Tuesday, November 18, 2008

...what to expect huh?

what do you expect -- when people start talking/debating/showing about the thing between the two legs...
.
(a) OK (b) too BAD (c) No Choice bro (d) see the leg la...


Axed UM VC says its because she’s a woman
Beh Lih Yi November 17, 2008
Former Universiti Malaya vice-chancellor Rafiah Salim has alleged gender bias by the government towards local academicians amidst the controversy of her not being re-appointed to the post.
The first woman to head a public university in the country, Rafiah’s contract was not renewed recently and she was informed on the decision merely 48 hours before the expiry of her term.
She was appointed in May 2006.
“Just because we are women and we don’t have that thing between the legs so we are not good,” she told Malaysiakini in an one-hour interview today held at her new office at UM.
Former vice-chancellors of UM, the country’s oldest public university, are often granted an office premise to conduct research and development.

Details -- click HERE.


---


Stern Action For Demonstrating Nude: Selangor CPO
-->
SHAH ALAM, Nov 14 (Bernama) -- Selangor police chief, Datuk Khalid Abu Bakar, today warned firm action will be taken on anyone or any non-governmental organisation (NGO) who stage illegal assemblies."We will take firm action against any NGO that holds a gathering without a permit, what more with nude persons," he said when contacted here Friday.Khalid was commenting on the threat by 'Gerakan Reformis Rakyat Malaysia' (Reformis) that its members would strip in front of Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, which houses the offices of the Menteri Besar and the state executive councillors, to press the state government not to do things that did not benefit the people as reported in the 'Sinar Harian' newspaper Friday.

Details HERE & HERE


--

Nik Aziz bidas pengkid
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mencabar sesiapa yang melawan fatwa yang dikeluarkan Majlis Kebangsaan Fatwa berhubung pengharaman perlakuan wanita menyerupai lelaki atau ‘pengkid’. “Majlis Fatwa keluarkan hukum berlandaskan al-Quran dan hadis. Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam. Dia tentukan hukum untuk manusia. “Siapa kita sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangatkah kita nak lawan Allah?” katanya kepada pemberita ketika mengulas terdapatnya NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penampilan wanita menyamai lelaki atau ‘pengkid’. Terdahulu beliau menyempurnakan perasmian pembukaan Restoran London Fish Tales di sini semalam. Menteri Besar Kelantan itu juga memberi peringatan kepada NGO bukan Islam supaya tidak campur tangan terhadap urusan fatwa yang dikeluarkan itu kerana ia dikeluarkan berasaskan al-Quran dan hadis.

Details >> HERE

Monday, November 17, 2008

LABBAIK ALLAH-HUMMA LABBAIK

Labbaik Allah Humma Labbaik, Labbaikala Syarik Kalakalabbaik, Innal Hamda Wannikmata, Lakawal Mulk La Syarik Kalak
.
"O my Lord, here I am at Your service, here I am.There is no partner with You, here I am.Truly, the praise and the provisions are Yours,and so is the dominion and sovereignty.There is no partner with You."
.
"Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu."
--
Musim Haji telah tiba lagi, banyak kenduri saudara, sepupu dan sahabat/rakan yang pi haji. Ada yang dapat dihadiri, banyak juga yang tidak. Apa pun, kepada semua jemaah haji, selamat mengerjakan ibadat haji, semoga mendapat haji yang mabrur (tiada balasan kecuali Syurga Allah). Semoga sihat, selamat pergi dan selamat kembali. Khas saya tujukan kepada Abang Long Kasri & isteri yang akan berlepas dari Bayan Lepas Pulau Pinang, esok. Juga kepada Zul (anak Wak Long) yang telah berlepas dari Senai Johor.
.
Melihat orang berombongan ke sana, memang menimbulkan rasa rindu yang teramat sangat untuk ke Tanah Suci semula. Sedikit gambar pengubat rindu ketika kami di Mekah/Madinah. Moga Allah permudahkan urusan kita semua (tuan/puan pembaca blog ini) untuk ke Tanah Suci (lagi).


Hanaa
Gambar dari tempat penginapan di belakang adalah Masjid Nabawi. Dari kiri -- Hanis, Mama & Hanaa

Masjid Nabawi

Perkuburan Baqi


Kubah Hijau itu adalah tempat Makam Nabi s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a..

Laluan pejalan kaki antara Masjid Nabawi & Perkuburan Baqi



Hanif di kedai 2 RIYAL. Jangan risau. Bahasa digunapakai di kedai-kedai di Mekah & Madinah ialah Bahasa Melayu.
Ja'ranah -- antara beberapa tempat Miqat/Niat Ihram selain Bir Ali (dari Madinah)

Jabal Rahmah -- tempat bersejarah Nabi Adam bertemu Hawa, setelah diturunkan daripada Syurga. Tempat makbul untuk berdoa. Di sini juga Nabi s.a.w terima wahyu terakhir pada Haji Wada' (Al-Maidah, ayat 3) -- "Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut pada mereka dan taubatlah pada Allah. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Aku penuhi akan ni'mat-Ku dan Aku redha Islam menjadi agamamu". Pada Haji Wada' itu, Nabi s.a.w menyampaikan Khutbah Terakhir >> klik SINI

Kalau tak silap ingatan saya, di latarbelakang Kaabah (luar Masjidil Haram) sebelah kanan ialah Hilton Mekah.

Gambar buah kurma yang dibungkus (macam kita bungkus buah nangka) untuk kekalkan kualiti.



YA ALLAH, murahkanlah rezeki kami & keluarga, saudara-mara kami dan para sahabat kami, permudahkanlah & kurniakanlah kami peluang & kesempatan untuk kami mengerjakan Haji dan Umrah, AMIN.