Showing posts with label debat. Show all posts
Showing posts with label debat. Show all posts

Wednesday, July 16, 2008

FUMBLE DI MEDAN PERANG (sajak)

.
.
Fumble Di Medan Perang

Kan telah diikat, berdebat ada cara
Bukan hanya hentam keromo
Nampak sangat seperti kodomo

Dek kepingin menjadi Panglima Perang
Terus tonjolkan diri ke depan
Lalu tertinggal segala seni dan adab
Meracau dan celupar tak bertempat
Dan dikau pun kecundang
Berbuih mulut merayu
Minta belas ikhsan
Dan dikau pun tersungkur diratah
Oleh
Panglima Perang yang satu lagi
Oleh
Panglima Perang yang satu lagi

Panglima Perang yang satu lagi
Kerap ke medan perang
Kerap bertempur berjuang habis habisan
Tajam akal petah bicara
Handal tolak tepis tamparnya
Tanpa mengungkit kisah perang yang lama
Tanpa mengungkit aib lawannya
Sifat panglima memandang ke depan
Jelas berpencak di bumi berpijak
Demi untuk rakyat
Demi untuk negara
Dan bukan untuk menjaga tembolok sang ketua

-tajmosa @ cheras business centre-
(mengenang debat minyak Anwar-Shabery 15.7.08)

.
.

Thursday, July 10, 2008

DEBAT (minyak) - ADAB & TATASUSILA

Berdebat @ debate, sama seperti berbahas. Pertandingan Bahas. Ada tajuk. Ada tempat, ada tukang bangkang, ada tukang cadang, ada orang tengah, dan ada panel hakim, serta ada penjaga loceng (masa). Ada juga penonton atau tukang sokong. Yang tukang bangkang kerjanya mesti bangkaaaaang je... yang tukang cadang, kerjanya asyik cadaaaaang je.
.
Walau penat ataupun masa debat terlalu panjang sekalipun, waktu tempoh berdebat itu jangan ada yang tidur, baik yang berdebat mahupun yang mendengar debat. Takut tak tau hujung pangkal, dan terkebil-kebil dibelasah kiri kanan. Lepaih tu bukak cerita lain...
.
Oleh kerana berdebat seperti juga bahas - maka, ada menang ada kalah - mesti ada hadiah untuk taruhan. yang menang dapat hadiah. ala, macam cerita P.Ramlee -- nujum pak belalang -- apa si sultan tu taruh -- negeri!!! yang kalah, kalau tak mau diberi hadiah pun ok, tapi selalunya dapat saguhati kenang-kenangan, kira cukup la..
.

Pernah tengok debat/bahas?
.
Kalau fakta-hujah bagus sekalipun, tapi cakap gagap terketaq-ketaq - hakim akan tolak markah. Kalau lontaran suara/intonasi/gaya bagus unggul cemerlang tapi fakta tak de @ kurengg -- hakim kadang-kadang tak perasan (kira boleh kautim je) - boleh dapat markah sikit. Maka, apa lagi kalau gaya bagus, suara jelas, fakta lengkap, disokong pulak bukti-bukti dari fail/statistik/sejarah - maka, mudah le kerja hakim bagi markah.
.
Berdebat mesti dengan bahasa yang baik. Tiada menghina dan mesti tiada perkataan/perbuatan lucah mahupun berbaur lucah. Jangan sesekali memaki, mencerca pembahas di pihak yang satu lagi -- walaupun kawan tu pernah terkencing dalam seluar, jangan mengungkit perkara buruk itu di khalayak ramai atau depan panel hakim.
.
Fokus hanya pada TAJUK DEBAT. Kalau tajuk pasal AYAM, jangan merapu pi cerita pasal periuk kera, anak ikan, ataupun meroyan sampai cerita pasal kereta...! Berdebat ikut adab sopan, jangan sampai macam nak ditelan microphone pulak atau baling/sepak kerusi -- geram punya pasai.

.

Nak berdebat bahas, kena rajin praktis - practice makes perfect - praktis kat depan cermin boleh, suruh kucing dengaq pun ok, praktis depan pokok kantan pun ok. Kena praktis, supaya tak panik/kelam-kabut.
.

Kalau masa dah habis -- walaupun pendebat/bahas tengah naik syeh (hujah berapi-api, tangan dua-dua belah kat atas langit..!) dan faktanya bernas/tepat -- maka berhentilah, maaf, hakim tak akan ambil kira markah (silap-silap hakim dah letak pen dan pi teguk air).

.

Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Bila menang -- baguslah -- semua orang suka. Penyokong suka, orang yang sokong dalam kelambu pun suka, orang yang sokong nyorok-nyorok pun suka, orang yang tak pernah menyokong pun tiba-tiba ngaku dia pun sokong juga dari dulu....

.

Bagi yang kalah, terima je lah tengok kenapa kita kalah...jangan sibuk dok salahkan orang lain...dah kalah ngaku kalah, jangan blame orang lain.

.

Apa pun, mestilah ada pengajaran dalam fakta-fakta debat. Fakta-fakta yang bernas perlu diberi perhatian dan diambil tindakan. Maka, gunakanlah kebijksanaan & pikiaq la.

.