Showing posts with label pisang. Show all posts
Showing posts with label pisang. Show all posts

Wednesday, December 10, 2008

PISANG KAKI kepada semua KAKI PISANG

Kaki pisang = banana foot/leg (he he) = persimmons (korea persimmons?)
.
Ada jiran bagi pisang kaki kat kami. Hanaa kata nampak macam tomato. Hanif kata tak nampak macam pisang pun, tapi macam terung bulat atau epal atau peach (Prunus presica).
Formula mana yang betul?

>>> a. ciku + epal + pisang = pisang kaki

>>> b. peach + pisang + tomato = pisang kaki

>>> c. epal + terung bulat + peach = pisang kaki

So kalau orang bagi tekateki -- pisang apa yang bulat? jawabnya, itulah pisang kaki.

Pisang Kaki yang siap untuk dibedal...manisssss. tq jiran tq...
.
Sebenarnya, pokok pisang kaki macam pokok jambu batu atau pokok gajus atau pokok pelam epal (bukan macam pokok pisang pun...). ia adalah pokok kekal dikot (ingat pelajaran biologi @ sains pertanian? dikot @ monokot?)
.
>>Monokotiledon- biji benihnya hanya mempunyai satu kotiledon sahaja. Contoh tumbuhan monokotiledon ialah rumput, lalang, pokok jagung, padi, tebu, pokok kelapa, pokok pisang dan orkid.
.
>>Dikotiledon - biji benihnya mempunyai dua kotiledon. Kotiledon ialah daun biji benih yang mengandungi makanan, terutamanya kanji. Makanan di dalam kotiledon digunakan semasa percambahan biji benih. Contoh tumbuhan dikotiledon ialah pokok keembung, pokok getah, pokok bunga raya, teratai dan pokok ati-ati.
.
Khasiat pisang kaki dan lain-lain boleh dilihat di SINI

Saya ambik benih dia nak cuba tanam kat depan rumah, kalau idup dan berbuah nanti, saya ajak semua pembaca blog ini, mai rumah, kita makan buah pisang kaki...(he he he)

Tuesday, August 5, 2008

MUAR dilimpahi musim buah-buahan

sejurus lepas pi visit Proton's Technology Week, lewat petang tu kami sekeluarga terus bergegas lari balik ke Muo (Muar)... Muo tengah musim buah-buahan (....takde kena mengena dengan saudara sedurian tu). Durian, manggis, dokong, langsat, duku, pulasan, rambutan, jambu, kelapa, jering, pisang berangan... peh semua ada dalam kebun. yang penting, kena petik, kopek kulit, masuk mulut dan kena kunyah sendiri...lepaih tu jangan lupa telan...kulit boleh buang merata-rata (atuk depa kata tak pe...buang je lah...)




buah pulasan (pulas + an)
buah rambutan (rambut + an) & buah kelapa



kat muar depa panggil ni jambu ball (tempat lain kawan idak le tau)

cucu-cucu atuk sedang bertugas secara sukarela kutip rambutan gading (rambutan kuning)


superman datang membantu...(yang tengah tu) bior betul????


pokok duku

Hanaa tengah tunjuk contoh buah manggis



Hanaa tunjuk cara-cara yang betul memanjat pokok manggis kepada cousins

...dan ianya diikuti oleh Hanif...(.. laaaaa patah le dahan tu...)

selepas gagal memanjat pokok manggis, Hanif cuba memanjat pokok durian..!!

makan durian mentah (kena jolok) -- abah Hanif punya kerja la tu...
(peraih durian beli durian dari orang kampung RM0.50 sekilo...!!!! korang ni tak patut betui la...hangpa jual kat KL sedap-sedap je RM5-10 sekilo...)
sebahagian buah yang larat dikumpul oleh cucu-cucu atuk...

&

seperti biasa sebelum balik dari Muo, inilah ole-ole nya.. mee siput (untuk stok)

Tuesday, June 24, 2008

Cinta Sukun - Bercintalah Sesukun-sukunnya (sajak)



CINTA SUKUN - BERCINTALAH SESUKUN-SUKUNNYA

Bukan niat ingin perli
Jauh sekali diriku irihati
Apalagi dikau ku cemburui

Apalah nak jadi dengan dunia ini
Cinta pun boleh dijualbeli
Oleh buah sukun goreng diumpani

Petang semalam buah sukun
Petang ini buah sukun
Petang esok pastinya buah sukun

Dijamahi bersama-sama - manja
Dengan gelak dan pelukan - mesra
Kata perbualan tidaklah penting - leka
Asalkan sukun goreng dikunyahi - bersama

Cinta sukun
Cinta sukun
Orang lain yang mempelawa pisang goreng
Pun
Tidak langsung si dia mahu berpaling

-tajmosa-
1995
.

Thursday, June 5, 2008

tempe biji getah!

secara kebetulan orang tua saya ada di KL (tinggal/menemani adik dalam pantang di rumahnya, sebulan dua..).
saya sekeluarga terus KL hari ini.


mengadap muka orang tua itu lebih baik (bahkan mendapat pahala) tidak kira masa, di kala gembira, apalagi di kala duka. maka, kami berbual panjang termasuk tentang harga barang-barang naik zaman Pak Lah ni...melambong-lambong..


emak tak komen banyak tentang Pak Lah dan naik harga...biarlah dengan Pak Lah tu, katanya. emak cuma berkongsi cerita hidup susah hingga makanan tak de masa dahulu. kalau dah harga beras naik, kira OK lagi tu... zaman dahulu, beras pun tak de, sebagai ganti terpaksa makan ubikayu rebus dan pisang rebus.


lauknya apa?.......................mana ada lauk >> makan ubikayu dan pisang rebus je la...


cucunya menyampuk (anak saya la tu..) -- oooo saya suka tu, saya suka makan ubi dan pisang goreng... sedap tu...
Atuknya balas -- sehari dua sedap la...kalau dah sampai satu tahun makan ubi/pisang je, baru tau...


emak terus bercerita kat saya dan cucu2nya tentang cara buat/makan tempe biji getah! bukan tempe kacang soya yang kita makan tu....ini tempe dibuat dari biji getah! dulu mana ada tempe kacang soya tu...

budak2 la ni, biji getah pun tak pernah tengok..... kesian kan..



ini gambar dari internet (saya punya gambar masih tak boleh upload)





oleh kerana saya pun tak pernah makan tempe biji getah, saya tanya, apa rasanya...sedap ke? emak jawab -- rasanya maung... tapi kalau harga soya naik esok lusa, tukar lah makan tempe biji getah.... (he he he semua senyum)


ada orang kata (sekali lagi, ada orang itu kata...) makan tempe akan jadikan kulit muka putih bersih, cantik melepak, halus, gebu, licin, berseri dan disukai ramai...