Showing posts with label usj. Show all posts
Showing posts with label usj. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Takziah & Al-Fatihah

Sudah 2 hari berturut-turut 2 sepupu isteri meninggal dunia.


Semalam petang Allahyarhamah Nurfarahin Idris (40 tahun) meninggal kerana strok & komplikasi. Pagi ini pula Arwah Dr. Azaman Muslim meninggal kerana jangkitan viral. Kedua-duanya diurus/disolat di Masjid Al-Falakh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 23 (tempat kubur Hanan)

Takziah kepada seluruh keluarga. Al-Fatihah untuk kedua-dua Arwah. Moga Allah merahmati keduanya dan termasuk dalam golongan yang berbahagia di akhirat. AMIN.

Friday, September 25, 2009

Al-Fatihah, Al-Fatihah & Al-Fatihah

Hari Raya Ke-3, Pak Sedara --- Allahyarham Mokhtar Salim (Anjang Mokhtar) meninggal dunia di Taman Maluri kerana kanser. Al-Fatihah untuk Arwah, moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Takziah kepada seluruh keluarganya.



===
Hari Raya Ke-4, jiran kami meninggal dunia. Allahyarham Mohd Jamil Arif (bapa Mohd Wafi --- Setiausaha Biro Pemuda Masjid Abu Bakar As-Siddiq) adalah orang lama di SS19 ini. Orangnya peramah dan suka berkongsi pengalaman/bercerita. Lebih dikenali sebagai The Master of Tai-Chi kerana menjadi guru tai-chi di kalangan penduduk SS19, Subang Jaya & Kelang dengan pengikut-pengikut berbilang kaum.

Arwah pernah suruh saya cari gambar-gambar SS19 dan Subang Jaya semasa ianya mula-mula dibangunkan tahun 80-an dahulu supaya dibukukan, jadi sejarah budak-budak Subang Jaya terutama SS19. Saya tak buat.
Arwah selalu ajak saya join kelas Tai-Chinya. Saya tak join.
Arwah suruh saya bersama beliau hidupkan semula Persatuan Penduduk di SS19 ini. Saya tak buat.

Ketika saya dipilih mengetuai Biro Pemuda Masjid, Arwah jumpa saya ucap tahniah dan tanya saya apa beliau boleh bantu. Arwah bagi beberapa idea yang bernas. Oleh kerana Arwah sudah berumur, maka dia memberi 2 nama anak-anak lelakinya untuk bantu saya. Dan saya memilih Wafi (anak sulung lelakinya sebagai Setiausaha Biro Pemuda Masjid).
Ramai orang hadir di Tanah Perkuburan USJ22, beri penghormatan terakhir. Moga Allah tempatkan Allahyarham Mohd Jamil Arif dalam golongan orang yang soleh, Amin.
===

Untuk pembaca blog ini, kubur Allahyarham tidak jauh dari kubur pengarah di atas ini.

Monday, September 7, 2009

Hati Anak Yatim

Anak Yatim happy musim raya, rasanya, kalau tengok pada hadiah dan sedekah orang ramai. Ini adalah anak-anak yatim dari USJ4 yang pi ramai-rami shopping di MYDIN USJ.
.
(Perhatian: Kalau ada sesapa nak bawak anak yatim shopping (free ke / diskaun ke) ke MYDIN terutama kepada pengurus rumah anak yatim, jangan pi melulu je, hubungi En Nazamuddin Mansor (Bahagian Promosi) terlebih dahulu, beliau boleh tolong uruskan segalanya.)
.
En. Naza orang yang baik, peramah dan sangat memudah/membantu. Kecik hati En. Naza kalau orang bawak anak yatim shopping di Mydin tapi tak maklumkan kepada dia...

Sunday, July 26, 2009

Al-Fatihah & Takziah --- Yasmin Ahmad

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Jenazahnya selamat diuruskan - dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Abu-Bakar As-Siddiq. Sebelum itu, para jemaah solat Subuh beramai-ramai ke rumah Arwah selepas solat Subuh untuk bacaan Yassin/tahlil. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 sebelum Zohor tadi. Imam 1 - Imam Abbas Manan mengimamkan solat jenazah dan talkin (bukannya Imam III seperti laporan mStar Online).


sebahagian dari orangramai yang hadir ziarah di perkarangan masjid

dari petikan mStar

Ahad Julai 26, 2009
Jenazah Pengarah Yasmin Ahmad disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya
Oleh AU YEONG HOW, KEITH JONATHAN dan SHAHRIL ADZRIN
SUBANG JAYA: Jenazah pengarah filem dan iklan terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum waktu Zohor sebentar tadi.
Sebelum itu jenazah arwah Yasmin Ahmad telah dibawa ke masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang Jaya untuk dimandikan dan disembahyangkan, yang diketuai oleh Imam Ustaz Ahmad Salim dan bilal Ustaz Mohamad Soen.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak malam tadi sekitar pukul 11.26 malam di Hospital Pakar Damansara.
Turut hadir pada majlis pengebumian ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes
Antara rakan-rakan artis serta sahabat handai Arwah Yasmin yang hadir ke majlis pengebumian ini ialah , Fatimah Abu Bakar, Rosyam Nor, Pengarah filem, Amir Muhammad, Jaclyn Victor, Sharifah Amani, Suhaimi Baba, Tan Karhoe (pelakon filem Telentime), Low Ngai Yuen, Jo Kukathas, Ho Yu Hang, penggiat teater, Fahmy Fadzil dan penyanyi/penulis lagu, Pete Teo.
Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.
9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.
9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.
10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.
11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.
11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.
11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.
12.46 tengahari: Jenazah Yasmin Ahmad telah selamat disemadikan dan bacaan talkin sedang dijalankan.
Berita selanjutnya selepas ini.
Berita terdahulu
Pengarah Yasmin Ahmad meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.
Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.
Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

Sunday, July 5, 2009

Sekitar Hari Keluarga Al-Mukminun USJ2



Antara anak-anak jemputan khas oleh masjid dan diberi kupon untuk membeli-belah di gerai-gerai.




Tuan Haji Muzammli (Nazir Masjid) berucap. YB Dr. Halimah & YB Hannah Yeoh turut hadir.

Pertandingan a-nyam ketupat dan isi boreh.
Pertandingan Chess. Kebetulan saya suka main chess dan saya ikut Pak Haji ni punya game/move. Ganas. Main attack je, habis bungkus semua orang...orang lama beb...

Musical Chair - semua dapat hadiah.
Saudara baru - Mohd Adam (kanan) yang turut bagi ceramah kepada para hadirin mengenai kenapa beliau memeluk Islam (setelah mendalami Islam ketika berumur 16 tahun).

Friday, July 3, 2009

Hari Keluarga Masjid Al-Mukminun USJ2

Semua dijemput hadir meriahkan Hari Keluarga Masjid Al-Mukminun USJ2.
Tarikh: 4 Julai 2009 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Sekitar Perkarangan Masjid.
Acara: Pertandingan Karom, Jogathon, Catur, Azan, Ping-Pong, Hafazan, Lukisan Kanak-Kanak, Futsal etc. Juga ada jualan gerai pelbagai barangan dari benda kecil ke benda besar.
Bawa seluruh kaum keluarga beramai-ramai ke Al-Mukminun USJ2, Sabtu ini (esok).

Thursday, May 21, 2009

Allah Lebih Menyayangi dan Maha Mengetahui

(Hanis, Hanif, Hanaa)

Dah 2 hari berturut-turut Abah bersolat jenazah. Pertama, Subuh pagi Selasa lepas selepas selesai Solat Subuh di Masjid Abu Bakar AsSiddiq. Seorang ahli kariah Masjid kita, Allahyarham Abd. Rahman (Amran Ramon Abdullah), 48 tahun meninggal dunia jam 1 pagi dan selamat diuruskan jenazahnya jam 5 pagi untuk persediaan Solat Jenazah. Arwah sakit komplikasi buah pinggang.

Kedua, semalam. Abah bersolat Zohor di Masjid Al-Falah USJ9. Kebetulan datang awal sikit, maka Abah lihat beberapa orang dan pegawai masjid menguruskan jenazah kanak-kanak lelaki dan diletakkan sebelah kanan Imam. Selepas selesai solat Zohor terus Imam bangun untuk solat jenazah.

Menunaikan solat jenazah ke atas kanak-kanak memang sangat menyentuh hati perasaan Abah. Memang Abah sedih/hiba kerana terkenang Arwah Hanan, maka Abah pun faham sedih ibubapanya / keluarganya. Andak Girl (ibu saudara) yang bantu urus jenazah Hanan balik dari hospital dan bawa ke masjid, sampai sekarang pun, masih akan menangis jika teringatkan Hanan, putih bersih budak tu...

Abah ingat masa lepas jenazah Hanan disolatkan ketika itu, Imam Masjid Darul Ehsan membacakan doa panjang (bertambah Abah sayu dan tersedu sedan --- masih teringat ke hari ini) - tambahan pula Imam pun sama bersedih, dan dia pula berdoa dalam Bahasa Melayu berulang-ulang kali dan semua jamaah faham/mengaminkannya -- "Ya Allah, kau berilah kesabaran yang tinggi kepada kedua ibubapa kanak-kanak ini, jadikanlah kanak-kanak ini pendahulu kedua orangtuanya, perintis bagi keduanya, sebagai simpanan bagi keduanya, beratkanlah timbangan keduanya. Ya Allah, penuhkanlah kesabaran ke atas hati kedua ibubapanya"

(Hanis, Hanif, Hanaa & Hanan --- Abah/Mama sayang semuanya)

Wednesday, May 13, 2009

Akhirnya Terbukalah Klinik USJ Sentral

Our bro cousin, Dr. Azaman Muslim bukak Kliniknya, dia buat Majlis Tahlil Kesyukuran sempena pembukaan Klinik USJ Sentral (di kompleks perniagaan terletak betul-betul berhadapan dengan Hypermart Giant USJ 1 Subang Jaya).
Tahlil Round 1

Reception (ists)
Doktor Hanif - orang buat opening ceremony, dia pulak buat poning!
Uncles strong/moral support untuk anak buah- Uncle Halim and Andak Mat with Dr. Azaman. Uncle Halim (red shirt) ialah doktor pakar pediatrik (pakar kanak-kanak) Ampang Puteri Specialist Hospital
Uncle Halim, Hanif (nak mintak MC), Sofea & Tokey Klinik...
Tahlil Round 2 (lelaki kariah masjid)
Makan time...

Ustaz Karman dari Bangi (kanan) led majlis tahlil tengah berbual dengan Long Shahid.

Cif Tokey with his other half, Norina, English Teacher @ SMKSJ, guru Hanis!!! Kat sekolah Hanis tak panggil Mak Long, Hanis panggil Puan Norina...
Hanaa, do you really want to be a Pharmacist?
Ada free blood test, cek sugar level & ayaq kencing. My BP now is 111/77 as compared to a few weeks ago


Keluar je dari pintu Klinik, toleh kanan boleh nampak GIANT Hypermart.

OK tahniah (12x) kat Tokey Klinik! Klinik dah pun memulakan operasinya. Saper-saper tak sihat, nak pi klinik ni, terus je lah datang antara jam 8am - 10pm

Monday, January 19, 2009

May Allah Bless Mujahiddin. And, KTM too

Went to Taipan USJ during lunch-hour. Together with a friend, we performed today's Zohor at Masjid Al-Falah USJ9 (my last visit was sometime in 2004/05).

Masuk masuk je Masjid Al-Falah, kawan tu firsttime mai, terus habaq -- cantiknya masjid ni...! (memang cantik Masjid Al Falah macam Masjid Nabawi (macam je...)). Sempat jumpa kawan lama -- Brader Tom (hang belum nak kawin???) & Bro Hamdan (orang kuat Kayu Nasi Kandar). Sempat juga jumpa Ustaz Rahim - dulu Bilal Masjid SS19, la ni dah join Al-Falah (...tak pasti Ustaz Rahim jadi Bilal @ Imam di situ). Ustaz Rahim pandai Bahasa Arab dan dulu Ustaz adakan kuliah/kelas Bahasa Arab/Quran di Masjid ss19. Masjid Al-Falah ramai sungguh jamaah Zohornya, saya jangka dalam 250-300 orang (3 saf). Meriah.

Imam mengetuai pembacaan Qunut Nazilah pada Rakaat ke-4 Solat Zohor itu, semoga Allah s.w.t memelihara Palestin dan memberi kemenangan kepada para Mujahiddin.
---

KTMB aims for RM1 profit

KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) has rolled out an ambitious plan to return to profitability this year. Reflecting the rarity of national rail companies making a profit anywhere in the world, the loss-making KTMB is aiming for just a symbolic RM1 net profit for the year ending December 31, which is the first of its three-phase turnaround plan. Figures for last year were unavailable, but KTMB posted a RM116.1 million net loss on a revenue of RM349.2 million in 2007. The architect of this plan is KTMB's new managing director, Abd Radzak Abd Malek.
Phase two, to run from 2010 to 2011, will be to re-brand KTMB, while the third phase will start in 2012 and focus on capacity-building and human capital development.

Click subject for details

he he he I've a longtime friend @ KTM who follows this blog -- just got promoted heh? dear friend, some KTM stations are really underutilised. from stesen kayu now changed to stesen batu along the track but still underutilised bro. (how much KTM spent?)

tak pe la.. pelan pelan, jual kayu alas track yang lama tu pun boleh cover profit juga. berapa harga sebatang kayu tu, ramai gak orang beli buat landscape...

i pray for my dear friend and pray for KTM too. (kalu itu profit sudah mari, itu kawan jangan lari, kita kasi angkat satu table kedai malbari...)

Sunday, August 10, 2008

...ala kak, jangan le buat macam tu...

hari ni kami ke pusat membeli belah yang terkenal di dunia -- MYDIN -- mall, hypermarket, gudang beli-belah ultra-moden di USJ -- biasa lah, ramai orang.
.
anak pulak rayau-rayau, saya pun tercari-cari anak saya.
.
sedang tercari-cari tiba-tiba ada orang jerit -- DIN!!!! (saya tengok sebelah --- ada seorang kakak jerit sebelah tepi (telinga) saya --- ingatkan dia panggil saya. kuat benor... )
.
kakak tu sebenornya tengah panggil/jerkah anak dia (marah pasai merayau ke - baru jumpa, atau nak marah anak dia jalan sana sini -- tak tau la). tapi kak, janganlah jerit tepi telinga saya... terkejut pun iye jugak, tambahan pulak nama saya pun DIN jugak...
___
___
___
sebelum balik anak saya yang merayau tu sempat jumpa Cikgu Jaafar (Jaafar Onn @ JO). Cikgu Jaafar ada rancangan memasak di MYDIN.