Showing posts with label Witir. Show all posts
Showing posts with label Witir. Show all posts

Wednesday, September 17, 2008

Ramadhan (11) -- Berbuka Puasa SIMDE+Mu'min

Malam tadi, sempena Nuzul-Quran berlangsung majlis berbuka puasa SIMDE yang ditaja oleh Al-Meswak Mu'min pengeluar ubat gigi Mu'min, warga SIMDE meraikan penuntut-penuntut Tahfiz A-Mukri, Puchong.



Bersama-sama bergotong-royong menyediakan/menyusun juadah berbuka puasa --- suka je caterer tengok...


Pehhh...Hantam saja la... Bismillah Bismillah... best nyer makan dalam dulang...
(rahsia sulit -- 4 penghuni dulang ni makan 2 dulang...he he he -- saper tu???)
Penuntut Tahfiz A-Mukri. Ada seorang bapa yang tanya, kecik-kecik lagi depa dah jadi Al-Hafiz. Saya kata baguih la... dari hafal benda yang bukan-bukan...
Untuk makluman (sepertimana dimaklumkan oleh orang-orang lama Subang Jaya), Surau SIMDE ini dahulunya (pada tahun 70an/80an) adalah sebuah Surau untuk kawasan Subang Jaya dan digunakan untuk solat Jumaat iaitu sebelum terbangunnya Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, MDESJ). So, jom sama-sama kita jaga Surau SIMDE yang bersejarah ini....
Pengerusi Eksekutif (Executive Chairman) Al-Meswak Mu'min -- Tuan Amirullah Hj Abdullah bagi sepatah dua kata. Saya tangkap tiga perkara:-
a. Al-Meswak Mu'min kini adalah 100% dimiliki oleh Bumiputera Islam selepas mengambilalihnya kerana kesedaran penggunaan nama Mu'min pada ubat gigi itu yang pada mulanya milikan orang bukan Islam.
b. Ubat gigi Mu'min 100% halal. Menggunakan kalsium yang bukan dari tulang haiwan. Kalsium yang diguna halus, boleh memasuki lubang-lubang kecil pada gigi (menutup rongga/lubang kecil/halus pada gigi).
c. Ubat gigi Mu'min tiada florida. (dari segi kimianya) jika gosok gigi dengan florida kemudian berkumur-kumur dengan air paip (mengandungi klorin), campuran itu menghasilkan chloroform. Apa musibah chloroform? (untuk lelaki pun ada, untuk pompuan pun ada) -- harap kawan baik saya pakar kimia yang baca blog ni -- bagi komen ye (jangan malu-malu)...
chlorine + fluoride = ++ chloroform

Guru Besar sampaikan sumbangan kepada penuntut Tahfiz A-Mukri. Lepas Isyak, semua mengerjakan solat Tarawih dan Witir.

Kepada penganjur, penaja, penyumbang, penderma dan semua yang meriahkan majlis, terimakasih daun keladi...!!! Hanya Allah s.w.t sebaik-baik pembalas kepada semua amalan.



Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan (8) -- Soal Jawab Masalah (3)

Imam II Masjid Saidina Abu Bakar (ketika beliau bertugas) akan melakukan Solat Witir 3 rakaat dengan satu (1) salam -- tanpa tasyahhud awal (dan bukannya seperti biasa iaitu 3 rakaat dengan dua (2) salam). Dan, imam akan maklumkan setiap kali sebelum memulakan witir-nya. Hanif ikut hingga selesai solat tarawikh/witir habis (lebih-lebih lagi tengah cuti ni...).
.
Balik dari masjid, dalam kereta dia dah tanya.
.

Hanif: Kenapa imam pesan solat witir satu salam je...?
Abah: Boleh, tambah pulak kita ikut je imam tu...
Hanif: Solat witir ni satu salam ke atau dua salam?
Abah: Kita kena ikut imam. Kalau satu salam, buat je satu salam.
Hanif: Saya tak faham lah...

.

(kesian pulak dengor nya...)

Abah: Ok, apa yang tak faham, tak faham kat mana?
Hanif: Kalau kita solat witir dengan satu salam, kita beri satu salam belah kanan je ke?


--
(alahai anakku...!!!!..tengok camana anak-anak punya interpretasi...)

Monday, September 1, 2008

Ramadhan (4) -- lepasi hari pertama

(Hanis, Hanif & Hanaa) - First day OK
Ramadhan 4
.
6pm -- Took Hanif to Pasar (Bazar) Ramadhan Subang Jaya (SS18, same road to JM Bariani Subang Jaya - the best Muar Bariani in Subang Jaya)


Orang terlalu ramai, al-maklumlah, first day -- ibarat kuih ada satu, yang nak beli 3 orang. Hanif nampak frust -- takut dia tak dapat beli apa-apa.

akhirnya kami beli ni je la -- kueh tiow -- buat tokok tokok -- pasal orang pun tak ramai -- boleh ambik gambo lagi youuu
Nasi Ayam Kak Laily ni pun sedap jugak -- tapi kat rumah pun dah masak ayam herba organik untuk berbuka puasa 1st Ramadhan. Cukup lah..


Hanaa (7-y-o) -- her firsttime full fasting day today -- couldn't move much esp. after 6 pm -- we asked her not to fast (but she insisted to proceed) -- asyik kira jarum jam je... tu gambo dia tengah terbongkang taken 30 minutes b4 Maghrib. her class teacher distributed a checklist -- carta Ramadhan to all (pic below - contribution by Halagel). so, it guides Hanaa on her daily duties during Ramadhan (bagus jugak tu)
8.30 pm -- Isya'/Tarawih -- Masjid Saidina Abu Bakar SS19 -- jamaah 800-1,000
9.30 pm -- Break after 8-rakaat Tarawih for 10-minute Tazkirah -- jamaah 500
9.40 pm -- Continue 12-rakaat Tarawih -- jamaah 300
10.20pm -- Perform 3-rakaat Witir & Tahlil -- jamaah 200
10.30pm -- Moreh/Tadarus