Showing posts with label kanvas. Show all posts
Showing posts with label kanvas. Show all posts

Monday, December 1, 2008

Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Ada kaki-kaki pancing maklumkan bahawa memancing ikan lagi BEST dari memancing AWEK. Bahkan, memancing ikan lebih tinggi cabarannya dari memancing awek (mak aii... betul ke?)
.
Tapi memancing ikan keli tiap-tiap hari mana larat.... So, apa depa buat la ni ialah menternak keli dalam kanvas (ye... kan senang...)
.
Kos buat kolam kanvas (berbanding kolam simen/tanah) sangat rendah. Luas setiap kolam kanvas ialah 6'x20'x4' (lebar/panjang/tinggi). Isi air rendah je maksima dalam 2 kaki. Boleh masuk beribu anak ikan sampai besar. Pada peringkat matang, kawan saya ini akan jual ke supermarket/pasaraya/hypermart RM5.50/kilo (dah siap siang) dan RM4.50/kilo (belum siang).







Kepada sesiapa yang berminat, boleh bagi maklumbalas ataupun tengok kat rakan-rakan yang terlibat dalam penternakan ikan (BLOGROLL). Khas kepada mereka yang berminat untuk buat projek di Pantai Timur (dari Kuantan, Pahang -- KT -- Kota Bahru, Kelantan) boleh hubungi rakan saya yang membekal/membuat projek itu di sebelah sana -- En. Wan Rahim (013-9205504)
.
Tips -- (1) nak matikan ikan keli (untuk disiang/dijual) janganlah diketuk-ketuk kepala dengan belakang parang -- naya kat ikan tu (nasib baik ikan tu tak tau nak ludah). Cara yang terbaik ialah taburkan je garam (dalam bekas biru atas tu), sekejap lagi ikan tu pun akan meninggal dunia.
.
(2) air yang selalu ditukar dalam kolam itu boleh diguna untuk siram pokok (buat lah projek tanam sayur kat tepi kolam ikan tu...) idak le membazir..