Lanjut/terperinci/gambar baca Kosmo! di link SINILONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam.
Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.
Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.
Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.
Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.
"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris.
Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.
Saturday, November 28, 2009
Malaysian Transsexual Weds Briton
Wednesday, April 22, 2009
+ tidak pernah TIDUR <> tidak pernah diTIDURi +
Roslin tidak pernah tiduri Faizah
waziha@kosmo.com.my
| |
| |
PETALING JAYA – “Saya terkejut, tidak sangka dia beri kenyataan begitu! Sumpah, kami tidak pernah bersama!�
Itu jawapan tegas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam ketika ditanya sama ada dia pernah mengadakan hubungan seks dengan isterinya, Faizah Mohamad sebelum lafaz cerai yang diucapkan di luar mahkamah pada 11 Februari lalu.
Faizah, 32, yang mendengar keterangan Roslin bagaimanapun hanya memandang ke arah ahli keluarganya di belakang sambil menggelengkan kepala kerana dalam keterangannya sebelum itu Faizah mendakwa mereka pernah bersama.
Kedua-duanya hadir bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang difailkan Faizah selaku plaintif pada 20 Februari lalu.
Peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Faizah ternyata tidak berpuas hati dengan keterangan Roslin dan bertanya sekali lagi: “Benarkah? Sebab plaintif (Faizah) kata ada (seks)?�
Roslin, 34, bagaimanapun mendakwa dia terkejut dengan kenyataan Faizah dan sanggup bersumpah sekali lagi bagi menafikan keterangan isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Jamil Ahmad menangguhkan kes itu pada 12 Mei depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai mereka berikutan timbulnya percanggahan keterangan berhubung isu persetubuhan.
...Lanjut di SINIWednesday, September 10, 2008
Perdana Menteri Thailand
Samak perlu letak jawatan
BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memutuskan secara sebulat suara bahawa Perdana Menteri Samak Sundaravej (gambar) perlu meletak jawatan secepat mungkin.
Keputusan itu dilakukan berikutan penglibatan Samak dalam rancangan masakan televisyen dengan menjadi hos sekali gus yang melanggar peraturan.
Peraturan itu adalah menghalang Perdana Menteri memegang jawatan lain ketika berkuasa.
Undian di kalangan hakim sebanyak 9-0 itu berkuat kuasa serta merta tetapi Samak boleh kembali ke jawatannya jika dia mampu meyakinkan Parlimen untuk mengembalikan kedudukannya.
"Jawatannya sudah berakhir dan tempoh sah kabinet juga sudah tamat walaupun perlembagaan menyatakan mereka (anggota kabinet) perlu bertindak sebagai kerajaan sementara sehingga Perdana Menteri dan Kabinet baru dilantik," kata Hakim Mahkamah Perlembagaan, Chat Chawakorn.
Menurut perlembagaan, semua anggota Kabinet kecuali Samak akan terus melakukan tugas mereka sehingga Kabinet baru dibentuk.
Timbalan Perdana Menteri, Somchai Wongsawat, akan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.
Berikutan keputusan mahkamah itu, para penyokong Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) yang telah berkampung di pejabat kerajaan hampir dua minggu turut bersorak kegembiraan.
Samak, Samak.... sabor je la...tak pasai-pasai kena suruh letak jawatan.
.
Sunday, September 7, 2008
JAKIM, HALAL PRODUCTS & AUDIT REPORT 2007
Empat agensi agama dakwa Raja Petra hina Islam
PUTRAJAYA - Empat agensi agama Islam semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin kerana mendakwa menghina agama Islam dan umatnya melalui artikel-artikel di portal berita itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Pengurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr. Abdul Ghani Mohamed, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) Anan C. Mohd.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Putrajaya pada pukul 12.40 tengah hari.
"Kami minta pihak berkuasa menyiasat tulisan-tulisan ini dan ambil tindakan sewajarnya supaya ia dapat jadi pengajaran kepada semua pihak sama ada muslim atau bukan muslim," kata Wan Mohamad.
Ditanya mengapa laporan itu dibuat setelah kerajaan mengharamkan blog berkenaan, Wan Mohamad berkata, tiada jaminan bahawa Raja Petra tidak akan mengeluarkan artikel seperti itu di saluran yang lain. - Bernama
===
September 05, 2008 23:38 PM
ISA Can Be Used On Raja Petra, Says Syed Hamid
PUTRAJAYA, Sept 5 (Bernama) -- Action under the Internal Security Act (ISA) can be taken against "Malaysia-Today" blogger Raja Petra Kamaruddin for his comments on the blog which allegedly insulted Islam and Prophet Muhammad.Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said if the investigation which was being conducted based on police reports made by four religious agencies found that he committed the offence, Raja Petra would face the action.Syed Hamid was commenting on the police reports lodged by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Federal Territory Islamic Religious Council (Maiwp) and Federal Territory Religious Department (Jawi) against Raja Petra.They complained that in his comment on an article entitled "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim", Raja Petra allegedly used sentences which insulted Muslims.He is also alleged to have allowed comments which degraded Islam and Prophet Muhammad for an article entitled "Not all Arabs are descendants of the Prophet" to be published in the blog."The action taken by the religious agencies is in line with the law because his (Raja Petra) actions to use obscene and bad words for Prophet Muhammad is clearly in contradiction of the law."The probe and action should be expedited so that he will realise his mistakes and learn to respect Islam," Syed Hamid said.Although Raja Petra claimed that he was not the blog's owner, Syed Hamid said Raja Petra had to be responsible for the contents published as he had always made himself appear as the sole representative for the blog.On a related development, Syed Hamid said the establishment of a media council should be reviewed due to the "daringness" shown lately by bloggers to put themselves above the law.The establishment of such a council was proposed earlier but was protested by media practitioners."The establishment of the council is not meant for controlling the media, but more on managing them in case they violate the freedom given to them."I will try to discuss with media practitioners to get their feedback on the matter," he added.-- BERNAMA
===
===
HALAL & HARAM & FARDHU.
Laporan Audit 2007 mendedahkan kira-kira 40 peratus daripada sampel produk makanan yang diimport di pasaran tempatan menggunakan logo halal yang bukan disahkan atau dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketika ini, hanya sembilan logo halal diiktiraf Jakim. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata pihaknya memilih 42 sampel produk makanan di pasaran yang diimport bagi tempoh Februari hingga awal Mac tahun ini dan mendapati hanya 25 sampel menggunakan logo halal diluluskan Jakim. Selain itu Ketua Audit Negara turut mendedahkan, daripada 45 sampel produk makanan tempatan yang dikaji, hanya 31 menggunakan logo halal yang masih sah, manakala lima produk makanan masih mempamerkan logo halal walaupun sudah tamat tempoh dan selebihnya sembilan yang lain mempamerkan logo bukan dalam senarai halal Jakim.
.
Details --- click here or here.
My earlier post on this matter >> here.
Please take your time to read 2007 Audit Report (by National Audit Department or Jabatan Audit Negara) on JAKIM/HALAL HERE (...from page 36 to 68).
Monday, May 12, 2008
.....ayyer lawot bertamboh masen kek pokan port dickson....
Festival muzik jadi liar
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMamir.azam@kosmo.com.my
ANTARA aksi yang boleh disaksikan di Port Dickson, semalam (..deleted deleted).PORT DICKSON – Ribuan generasi muda yang mengunjungi pantai peranginan tersohor di sini untuk berpesta selama dua hari bermula 9 hingga 10 Mei lalu mengundang rasa tidak selesa di kalangan penduduk.
Apa tidaknya, rata-rata yang hadir termasuk warga asing bukan hanya berpesta sehingga mabuk tetapi turut memakai pakaian menjolok mata.
Pengerusi Majlis Bertindak Membantah Penganjuran Pesta Pantai Port Dickson, Mohamad Nor Mohamad Sap berkata, pesta sedemikian terbukti mencemarkan budaya dan mengundang masalah sosial.
Menurutnya, penganjuran pesta berkenaan juga bertentangan dengan ajaran agama Islam serta budaya masyarakat Malaysia, tetapi juga menyumbang kepada aktiviti maksiat dan gejala sosial.
“Saya dapati ribuan golongan muda berhibur di pesta berkenaan selama dua hari ia diadakan di pantai ini. Saya mendapati mereka yang datang terdiri daripada golongan belia dan sebahagian besarnya merupakan anak Melayu dan kaum Cina.
“Saya berasa sangat kesal dan tidak faham mengapa perkara ini harus terjadi kerana ini bukan pertama kali ia diadakan di mana pada tahun 2006 pesta sedemikian pernah diadakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mohamad Nor sebelum ini telah menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan, yang turut mewakili Persatuan Penduduk Taman Aneka, Batu 9, Jalan Pantai kerana mendakwa permit hiburan menganjurkan pesta berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan minta ia dibatalkan demi kebaikan generasi muda.Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
so, kita nak buat apa, taj?
nantilah saya bincang dengan kawan baik saya. depa la ni suami isteri duduk port dickson ternak lintah.. boleh lah pakat-pakat, tengok apa depa boleh buat dengan lintah-lintah depa tu..