Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Capal a.k.a Chapal Untuk Berhari Raya

Sempena Aidilfitri 1431 yang bakal menjelang tiba, kami menawarkan Chapal/Capal untuk digayakan dipakai bersama-sama dengan baju Melayu/Jubah. Bolehlah beraya sakan tahun ini!

Harga setiap sepasang ialah RM65 tidak termasuk kos hantar. Boleh mula buat pembelian/pesanan dengan emel jenis capal/chapal (lihat bawah) kepada saya di tajudinms@gmail.com supaya saya boleh memaklumkan kepada anda nombor akaun Maybank untuk di bank-in pembayaran.

Capal A (atas)
Capal B
Capal C
Capal D

---
Kami bersedia berbincang lanjut untuk pembelian borong/banyak dengan harga diskaun terbaik.

Dengan setiap pembelian chapal ini, RM7 akan disumbang kepada anak-anak yatim terutamanya bagi menggembirakan hati mereka di Aidilfitri ini.
Terimakasih atas sokongan anda semua kepada kami.
Selamat Berpuasa/Berhari Raya.

Sunday, October 19, 2008

Sambutan Aidilfitri Warga SIMDE

Semalam 18 Oktober 2008 / 18 Syawal 1429 - Warga SIMDE -- pentadbir sekolah, guru-guru, staff, ibubapa dan para pelajar bersama-sama meraikan Sambutan Aidilfitri - bertempat di Dewan SIMDE & Dataran SIMDE. Majlis diserikan dengan Tazkirah Aidilfitri dan persembahan Nasyid Raya....dan.... jamuan raya....

Persiapan awal oleh sukarelawan ibubapa & guru.



Scoop persiapan Coral Speaking murid Tahun 6 bergambar bersama Teacher Noorisah untuk Hari Ihtifal SIMDE, November nanti.

Hensem & kacak gitu....Majlis Sambutan Aidilfitri dimeriahkan dengan anak-anak yang mengenakan pakaian Baju Melayu lengkap (baru macam pi Marhaban..)
Parent paling jauh yang pulang bercuti dan datang bersama memeriahkan Majlis -- En. Norisham (baju gelap) dari Tehran, Iran bertukar-tukar data sulit dengan En. Haris (nak borong karpet ke...?)
Puan Sita Dini (baju biru - Ketua Biro IT/Komunikasi PIBG) bersama Puan Salina (Ketua Biro Pendidikan PIBG)
Cikgu Nor Shafeni (berbaju emas!) bergambar dengan murid Tahun 5
Hanis & friends - Murid Tahun 6
Warga SIMDE --- makan time....

Sup lembu+daging+gearbox sumbangan parent Puan Raden Hartini (HS Nada) - terimakasih daun keladi Puan...

Persidangan Meja Bulat oleh CEO SIMDE bersama En. Zaki dan Tuan Syed (baju coklat - NYDP PIBG)
Sebahagian Persembahan Nasyid Raya oleh murid SIMDE
Muffin yang masih segar dan panas lagi -- baru keluar oven -- my favourite (tq)..
Antara makanan yang disumbang oleh semua warga SIMDE (terimakasih)

eloklah kita berpesan-pesan (terutama untuk saya/isteri) dan sesiapa yang ingin mengambil/mengamalkan pesanan:
.
a. ibubapa perlu berbuat baik dengan semua guru yang mengajar anak-anak mereka -- maksud berbuat baik termasuklah kenal mengenal guru dan bertegur sapa, bertanya khabar guru dan bertanya khabar tentang anak (pembelajaran dan perangai depa di sekolah). jika kita baik dengan guru, guru akan lebih ikhlas dan bertanggungjawab mendidik dan mengawal anak-anak kita. (tanamkan dalam diri anak kita sifat sayangi guru mereka, bukan sebaliknya) .
.
b. program ibubapa/sekolah seperti ini dapat memupuk semangat ke arah itu. kalau tak dapat/boleh hadir, boleh jumpa terus guru-guru di masa yang sesuai ataupun kalau tak boleh juga, buatlah phone call.
.
c. jangan terlalu memewahkan anak-anak kita (walaupun ibubapanya memang mewah) -- tapi lebihkanlah kepada mendidik akhlak & mengasuh anak.
.
jangan sampai terlepas pandang. bersama-samalah kita semua memperbaikinya.




Monday, September 29, 2008

Syawal - Takbir Raya (Aidil Fitri / Aidil Adha)

(Hanis, Hanif & Hanaa)
.
Pagi raya Aidilfitri (sama juga Aidiladha), jom ikut bertakbir. Untuk Hanif, masa kecik ni, ikut je orang bertakbir. Tapi bila Hanif dah besar, jangan malu/takut nak bertakbir hari raya. Kalau pi masjid/surau kalau orang hulur microphone tu, ambik je dan BERTAKBIR la..(jangan main sorang-tolak-tarik-baling pulak). Hafal takbir yang tulis kat bawah ni, mudah je..


Meh tengok klip video Mawi bertakbir, klik sini

Thursday, September 25, 2008

Tengkiu Tengkiu & Kad Raya & Duit Raya

(sahabat-teman-rakan-bloggers-pelawat)
.


ahhhh almost forgot to blog on this. Kad raya (and e-card) pun dah mulai datang, yo lah, raya pun bukan jauh lagi, patut le ngantor kad raya kan.. kepada yang dah hantor (dan kepada yang tengah nak hantor) timakasih ler banyak-banyak ye, ingat juga hang pa semua kat kawan ni…tq tq tq so much..appreciate much..
.


.
Eden raso la, tak dapek la eden nak balas kad raya tuan/puan. Eden guna teknologi je, bacalah blog ni… ini lah eden, eden memang ingat semua sedara/sahabat/rakan/bos besaq/bos kecik eden tapi kira ok lah guna teknologi, the most important thing is that -- i remember u and u remember me, kira still jugak ingat...kan?
.

Sebenaqnya, antara kad raya yang paling awal masuk ke peti surat rumah kawan ni (kira pengirim tetap kad raya setiap tahun) ialah kad raya dari Cik Puan Z Blonde dan Cik Puan Z Zidane (not their real names, changed for security reason ha ha ha -- glamer skit -- jangan marah ..).....cepatnya depa punya kad tiba, kira-kiranya macam, den tak sompek nak nak niat puasa, kad raya pun tiba… (cepat tak?) timakasih kat cik puan cik puan!!! baik korang semua ...hantar lagi ye tahun depan..Yang suruh collect e-card pun ada juga, tq jugak le..nanti ada masa den poie kolek...
.
yang ngantor email e-card pun canggih-canggih, yang paling canggih yang guna middlespokeswoman (wow...!!) siap upah singer/actor untuk ucapkan selamat Hari Raya kat kawan ... tq tq..(berapo juta la mu bagi upah ye...)
.
BTW, the first raya card that reached us this year was specially for Hanif --- it was from Menara Optomotery. Tq Kak Nor/Boss Zawawi...suka beno si Hanif.. actually, raya card is more meaningful as compared to sms, mms, email and e-card. last week, we went to MPH Subang Parade (bookstore) -- pehhh -- ada kad raya as big as your table -- siap ada lagu raya lagi...!!!

---
---
oleh sebab den tak dapek nak balas kad rayo, den ingat nak bagi duit rayo je la...terimalah duit rayo ikhlas dari den untuk semua.


Den pun dapek duit ni dari hadiah orang. So sempena bulan Ramadhan ni elok juga den hadiah-hadiahkan kat kawan-kawan den kat atas tu & juga kepada semua sahabat bloggers yang sulur/bawa geng jenguk sini..(duit raya cum upah)

...qulim....maya....owin....deint....khalidz....ujie....aaapit....duniatiger...budakkampung...MD..ron...

...ashraflatif...sasha....ween...tzywen...adamenza..harizamry...n.i...uncle...taniternak...mie..maelnaga...

...whitenaval...

.

dan semua lah..(termasuk yang masuk blog direct & semua individu yang rajin mai jenguk sini...albeeb & frens, wr & co, yen, amy, geng johor, geng bangi, geng penang, geng USA, geng Austalia, geng Europe, geng Jepun (semua-semua la ye...) meh ambik duit ni, jangan malu..buat le benda yang berpekdah)

(ada saper-saper tak dapat ke?)......cukup ke idak duit raya sorang 50juta tu, kalau tak cukup, habaq la...

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN (dengan ucapang -- semoga semua bahagia dan ceria di Aidilfitri)