Showing posts with label far east. Show all posts
Showing posts with label far east. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

Sekitar Karnival 2009 @ SIMDE --- 30 Mei 2009

Seperti yang diblog sebelum ini - berkongsi sebahagian gambar Karnival @ SIMDE pada Sabtu lepas 30 Mei 2009.

Persatuan Pengakap membuat demo pasang khemah.
Khemah la ni agak senang dipasang kerana ianya pasang siap - DIY. Kalau khemah dulu-dulu, letih...
Pemeriksaan barisan persatuan beruniform SIMDE dan Perasmian Karnival oleh YB Dr. Hj Ahmad Yunus ADUN Sijangkang, yang mewakili YB Dr. Halimah Ali - EXCO Selangor


Pasukan Bomba Subang Jaya turut membuat demo/pameran/penerangan
Gerai Penaja - ASUH, menjual pelbagai buku & majalah Anis/Asuh
YB bersama Penasihat Yayasan SAMDE - Tuan Syed Alwi
Gambar kenangan bersama YB Dr. Hj Ahmad Yunus. Turut bersama Penaja jamuan makan dari pagi hingga ke malam - Hotel Singgahsana Petaling Jaya (Pengurus Besarnya - Tn. Hj. Rohizan - 4 dari kiri)
Jualan/Demo membuat putu mayam original halal/suci/bersih di Gerai PIBG. Selalunya kalau makan putu mayam asyik was-was sahaja, rupanya ada orang Islam yang menceburi bidang ini membuat/menjual/mengedar putu mayam di Petaling Jaya/Subang Jaya/Shah Alam.


Seperti biasa --- kambing golek. Memang sentiasa direbut/dinanti-nanti oleh peminat-peminat tersendiri kambing golek/panggang (di kalangan pengunjung dan ibubapa) !!!
...kat mana yang sedapnya kambing golek ni...???
Pameran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) - memberi fokus kepada kemalangan jalanraya, jenayah kongsi gelap, ah long dan penyalahgunaan dadah. Bagus pameran statik ni - menyedarkan.
Ada gak ibubapa yang tak boleh tengok gambar accident ni...(tutup mata dan keluar)
Contohnya - gambar ini (kena gilis/lenyek dengan tayar lori).

Jenis-jenis dadah (klik untuk besarkan) -ganja mentah, ganja mampat, candu mentah, candu masak, daun ketom, pil ecstasy (xtc), pil psikotropik, syabu, morfin dan peralatan menghisap.
Sama-samalah awasi anak-anak kita dari gejala-gejala jenayah ini.

Gambar-gambar "doctors" in action.

Ibubapa yang turut serta menyokong (senyap-senyap join...) telematch yang diadakan.
OCPD Subang Jaya yang turun padang memberi sokongan dan juga penjelasan di bilik pameran.
Ustaz Ehsan dan bekas pelajar SIMDE. Kepada bekas pelajar SIMDE semua, cepat-cepat buat ALUMNI SIMDE. Objektif Alumni shall include among others to keep ex-students in touch, to facilitate contact between members, to activate activities to benefit ex-students and SIMDE/junior/students, to foster strong bonding with adik-adik junior, students & guru-guru di SIMDE and if possible, to establish ex-student care fund.
OK adik-adik, get-together and set your pro tem committee, move on...
Bergambar bersama sebahagian anak ayatim/miskin Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB), Subang Bestari selepas jamuan makan tengahari meraikan meraka. Pengurus RAKB ialah Ustaz Hamzah (dua dari kiri, baju maroon). Tiga dari kanan ialah Tuan Haji Abu Hassan Morad - Pengarah Urusan Galeri Ilmu - penerbit majalah Islam - ASUH, ANIS dan sebagainya - penaja utama Karnival.
YB Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, tidak pernah menghampakan jemputan SIMDE, turut hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang acara karnival.
(YB turut hadir merasmi/menyaksi demo pemakaian tudung oleh Busana Muslimah)

Ram (kanan - suami YB Hannah) bersama Ustaz Mazlan (Pemangku Guru Besar SIMDE)

Dari kiri Ram, CEO Yayasan SAMDE, Penasihat dan wakil Little Trees - juga salah sebuah penaja Karnival kali ini
Ais Krim Goreng Special
...ahhhaa, ni yang best & unik --- demo memasak dan jualan ais krim goreng di Gerai Tahun 5 --- terror la budak-budak Tahun 5 goreng ais krim!!!!


Bekas pelajar yang confirm hadir support aktiviti SIMDE

Aktiviti sebelah malam ialah marhaban/ceramah oleh YBhg Dato' Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah & Konsert Far-East


Kumpulan Far-East sedang menikmati jamuan. Program Karnival sehari suntuk itu tamat jam 12 malam. Syabas & Tahniah kepada semua khasnya guru-guru/ibubapa/keluarga yang terlibat bertungkus lumus menganjur, membantu, menyokong dan menjayakannya!


===
Tahniah kepada Adik Nurul Huda (Tahun 6) - dapat mesej dari Alor Setar - menjadi penjaga gol utama pasukan bolabaling Selangor bawah 12 - tewaskan Kelantan 9-6.

Thursday, May 28, 2009

Karnival SIMDE 2009

Semua orang/keluarga/penduduk Subang Jaya dijemput hadir memeriahkan Karnival Amal SIMDE 2009 yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini 30 Mei 2009 mulai 7.30 pagi sehingga 11 malam bertempat di Dataran SIMDE, Sekolah Integrasi masjid Darul Ehsan (sebelah Masjid Darul Ehsan) SS15 Subang Jaya.

Karnival akan dirasmikan oleh YB Dr. Halimah binti Ali - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, EXCO Negeri Selangor.

Antara aktiviti - Pertandingan Bola Baling/Futsal, Demo Polis, Pameran Bomba/Agensi dadah Kebangsaan, Periksa Kesihatan, Pertandingan Gubahan Pengantin/Hafazan/Mewarna/Bercerita (BM,BI,Arab), Pertandingan Nasyid/Memasak, Pertandingan Kategori Bayi (Anakku Sayang) dan Busana Muslimah akan demo cara pemakaian tudung.

Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh YB Hannah Yeoh Tseow Suan (ADUN Subang Jaya)

Sebelah malam - Marhaban/Berzanji oleh Kumpulan Far-East & Ustaz Wan Akashah, Ceramah Motivasi Keluarga oleh YBhg. Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood/Ust. Wan Akashah dan akhirnya Konsert Nasyid oleh Far-East.
(Nota: Untuk program sebelah malam dikenakan tiket RM5 (Dewasa) dan RM3 (7-17 Tahun))

Semua dijemput hadir.

Sunday, June 22, 2008

sms muar 25 years celebration + simde carnival

there will be two big events (oh no, three...!) this week that require the participation/involvement/attendance of the owner of this blog.



--
Sekolah Menengah Sains Muar 25 years celebration @ SMS Muar, Johore (1983-2008) - jointly organised by the school, Alumni and PTA. The 3-day event will kick-off on Thursday 26 June 2008. Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat after Maghrib. YAB MB Johor, Datuk Abdul Ghani will officiate the celebration on Friday and Dinner on Saturday night. Saturday - a talk by Mejar Dr. Faiz bin Khaleed - Angkasawan Negara. Public can visit exhibitions, games and gerai jualan. More details here.

(Calling all Alumni members/spouses/family to turun Muar – kalau tak mau berkampung for 3 days, choose one pun ok! )


--

--
SIMDE will organise its 1-day annual carnival on Saturday 28 June 2008 (@ Dataran SIMDE, SS15 Subang Jaya Selangor – the school compound) -- - and this time with the support by Ana Muslim. Will be officiated by YBhg Dato Hj Abu Bakar – Orang Besar Daerah Petaling. Open to public. Itinerary, click here.

At night, Projek Jejak Ilmuan Islam – officiated by YB Dr. Hjh Halimah Ali – State Exco on Education; and Forum Pembangunan Modal Insan Rabbani – panels – YB Dato’ Dr. Hassan Ali – State Exco, YBhg. Datin Hjh Aminah Zakaria & moderator – Ustaz Zamri Zainal Abidin – IKIM. Konsert Nasyid by Kumpulan Far East. Tickets available. For event details and tickets kindly call 03-5638 0486.

--


--

Friday night 27 June 2008 - Dewan Felda.

Bro., selamat pengantin baru!! Moga berbahagia ke anak cucu >> ke akhir hayat. Sorry bro., kawan tak dapek nak datang, tapi ramai lagi kawan-kawan kita yang akan hadir memeriahkannya.

Syabas & Tahniah .. >> .. dan sebagai hadiah, terimalah lagu ni
Selamat Pengantin Baru (Saloma)
Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera
Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
.
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (P.Ramlee & Saloma)
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi




--