Showing posts with label happy birthday. Show all posts
Showing posts with label happy birthday. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

1 Januari 2012 (Genap 42 Tahun)

Hari ini genaplah aku berumur 42 tahun.
.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang terus mengurniakan rezeki dan kesihatan yang baik dan yang paling penting rahmat bahagia bersama keluarga tercinta.
.
Moga Allah s.w.t terus melimpahkan rahmat dan keberkatanNya dengan umur yang panjang, sihat tubuh badan, murah rezeki dan iman yang kekal, selama ada hayat. Juga kepada kita semua.
.
Thank you Allah.

Saturday, January 1, 2011

And Again...The Whole World Celebrates My Birthday!!!

Hu hu hu (sekali lagi setiap tahun terus jerr mari datang statement perasan ni...) The world celebrates my birthday!!! Oh thank you thank you...

Alhamdulillah and today 1 Januari 2011 (1/1/11) den dan pun masuk 41...Ya Allah, murahkan dan cukupkan rezeki, permudahkan segala urusanku dan keluargaku, rahmati kami dan kurniakanlah kebahagian dari dunia sampai akhirat. AMIN 41x

Tuesday, May 11, 2010

Hanaa Dah 9 Tahun, Selamat Hari Lahir!!!

Hari ini Hanaa masuk 9 tahun. Dah besar panjang anak Abah ni...
Selamat Hari Jadi Hanaa - kami semua sayang Hanaa!

Nak tengok gambar-gambar Hanaa peragakan pakaian/busana Muslimah - HILYAH Collection - sila lawat / klik blog Mama Hanaa di hilyah-busana-muslimah.blogspot.com

Monday, January 18, 2010

Happy Birthday Hanif...!!!

Hari ini hari jadi Hanif yang ke-12. Selamat hari lahir, semoga jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Tambah pulak tahun ni UPSR/PSRA! So, buat betul-betul OK!
Pagi tadi bawa dia pi JPN Shah Alam, buat IC / Mykad.
Hanif tanya ada ujian apa-apa ke nak buat Mykad.
Saya cakap ada - nanti pegawai dia tanya Malaysia ada berapa negeri, apa ibunegeri Selangor. kalau salah jawab tak leh dapat Mykad...(he he he tengok dia diam je...)
Lepas dah settle semua, masuk nak turun lif, Hanif tanya --- ni saya dah buat Mykad kira saya dah ada lesen bawak kereta ke, Bah?
Tu gambar Hanif pegang buah jambu yang dipetik dari farmville!!!

Friday, January 1, 2010

Sempena Hari Haul Mu, Tajudin --- (sajak)

Thanks semua rakyat dunia!!! Terimakasih kerana sambut birthday tuan punya blog ni - 1 Januari 2010.

(biasaklah, jangan marah, ini statement perasan setiap tahun)


Ya Allah, aku dah 40 tahun...Allah mulakan hari Jumaat ini 01.01.10 dengan Gerhana Bulan.



---



Sempena Hari Haul Mu, Tajudin

Selamat Ulangtahun Tajudin
Hari Haul
Yang ke-40
Kau sudah hampir ke senja
Jangan perasan muda
Jangan tengok kepala
Tapi tengoklah pada pahala

Tajudin
Kalau panjang umur hidupmu
Ke-80 tahun bersubsidi
Maka separuh hayatmu
Telah selamat dihabiskan
Harap kau tidak nyanyuk
Harap kau tidak mengarut dan mencarut
Harap kau tidak menyibuk dan mengacau
Kau terus hidup berusaha
Dan terus berjuang

Dan Tajudin
Kalau umurmu hingga ke-63
Maka tinggallah 23 tahun cuma
Seusia itu
Nabi masih mampu merubah umat
Sahabat masih mampu meluas agama
Panglima perang masih mampu menakluk Parsi dan Rom
Hitler dan Napoleon pun mampu menawan Negara
Otto, Bell dan Edison pun mampu mencipta sejarah
Ramai yang berjaya
Dan ramai yang kaya
Tapi kau hanya bertapa di Subang Jaya
Di dunia yang penuh tipu daya

Dan Tajudin
Andainya umurmu cuma sehingga esok
Bersyukurlah
Bersyukurlah dalam redha


Kekuatan kesungguhan mu terhenti di situ
Maka
Lihatlah apa yang telah kau usahakan
Lihatlah apa yang telah kau jayakan
Lihatlah keluarga, waris dan keturunanmu
Penentu jayamu
Sudah diperbuat kebaikan sepanjang hidupmu
Yang akan terus hidup walaupun sesudah matimu
Cukuplah dengan apa yang telah ditakdirkan

Dan sempena Harijadimu
Hari Haul
Yang ke-40
Jangan kau jadikan Tajudin itu jasad yang kosong
Jangan kau jadikan Tajudin itu roh yang buruk
Datang ke dunia dengan putih bersih
Maka jangan pergi dengan jiwa hitam dan busuk

Moga Allah selamatkan kamu wahai Tajudin
Moga Allah sejahterakan kamu wahai tajudin
Moga Allah rahmati kamu wahai Tajudin


-tajmosa-
Subuh Jumaat, Gerhana Bulan, 1 Januari 2010, 15 Muharam 1431. Genap 40 tahun.

Tuesday, July 28, 2009

Happy Birthday Kakak!!!

(HANIS)
Hanis turns 13 today! Sweet 13, should be sweeter than the day you're born he he he!!!! So senyum selalu, jangan masam/muncung OK.
Abah, Mama, Hanif, Hanaa & Kak Yah love you so much!!! Happy Birthday, kakak!!!
(hari ni tak yah bersihkan kucing, relaks je...he he he)

Monday, May 11, 2009

A-P B'day

Hari ini - Hanaa sambut hari lahir ke-8.

Happy Birthday Hanaa - specially from Abah, Mama, Kakak, Abang.
Kami semua sayang Hanaa!!!
Hanaa bergambar bersama Cat <<--- nama kucing tu...

Friday, March 13, 2009

Friday the 13th --- Happy Birthday!!!

Happy birthday to my dearest wife. Moga gembira/ceria selalu hidup bersama 3H & 1T...
.
(wish to share below - from one of the emails received ceduk from Harian Metro...)
---

Kenali karakter melalui tarikh lahir
PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang. Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.
.
Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai. (kah kah kah...!!! besday saper ni??? saper lahir 1 haribulan, jom pi pantai...)
2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya. (Hosni Mubarak) & (Barack Obama)
5 - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. (Lim Guan Eng), (DS Sammy Vellu)
9 - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya. (DSAI) (Nurul Izzah) (Khairi Jamaludin)
11 - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. (HANAA -- banyak sangat main dengan kucing...)
12
- Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. (Hannah Yeoh)
13 - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu? (TS Muhyiddin Yassin)
16
- Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan. (Ir. Nizar Jamaluddin)
18
- Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. (HANIF -- lukisannya dasat-dasat, will post some in future)
19 - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya. (Bill Clinton)
20 - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya. (Nabi Muhammad s.a.w), (Che Det @ TDM), (DS Hadi Awang), (Lim Kit Siang), (Adolf Hitler)
21 - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya. (DS Najib)
24
- Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. (DS Mohd Ali Rustam), (Nor Ezam Mohd Nor)
25 - Gembira dan gemar berlawak.
26 - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih. (Pak Lah)
27 - Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda. (HANIS --- perintahnya yang adik-adiknya tak mau dengar >> jom mari kita semua bersihkan rumah cat...), (Saddam Hussein) & (Karpal Singh)
29 - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.
>>>**********<<<
Relaks, jangan serius sangat...taknak percaya pun tak pe...Pernah jugak hadir Kursus macam ni kendalian Dr. Fadilah Kamsah, tapi lama dulu, lupa pulak. Kalau ada saper boleh share, please komen/email.

Sunday, January 18, 2009

HANIF's birthday

Hanif turns 11 today. He is not at home. No celebration no birthday bash. He is celebrating his 11th birthday with his friends/teachers. Dia ikut pi Program Kepimpinan SIMDE 2009 untuk semua pengawas/ketua darjah/penolong SIMDE di Kem Bina Taqwa, Kg Baiduri, Banting Selangor, selama 3 hari 2 malam (since Friday). Kira nak jadi pemimpin la tu...
.
Happy Birthday!!! Dari Abah, Mama, Kakak & Hanaa. So gambar-gambar ni semua hadiah dari Mama & Abah...(pilih la nak jadi yang mana satu...)
.
Kalaulah Hanif jadi pemimpin ternama satu hari nanti...

Gambar HANIF -- pemimpin negara -- terpampang di semua pejabat kerajaan/swasta, universiti, sekolah, parlimen serta semua galeri gambar.

Gambar HANIF pemimpin negara terulung di duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen & 50 sen...Hanif -- seorang pemimpin yang berjiwa rakyat -- gambar-gambar billboardnya sentiasa menjadi tumpuan ramai...
Tapi ingat ye, Hanif -- kalau rakyat dah tak suka -- cepat-cepat resign OK...
---
HANIF jadi tokey busat punya...

Hanif -- Chairman cum Managing Director cum CEO "AirWorld" (even your maid can fly now) -- syarikat penerbangan terulung dunia yang menjadikan KLIA & Batu Berendam Airport (dekat sikit dengan Muar) sebagai HUB-HUB utamanya
Orang yang terbang dengan AirWorld dapat CD souvenir...! (gambar atas masa majlis pelancarannya)Hanif -- ingat ye, kalau dah kaya jangan aksyen, jangan sombong -- kekalkan pakai t-shirt oren tu, keep simple...Uncle Dzul mesti suka punya. EON Bank pun suka, BHP pun, Felda pun suka... (ehmm la ni semua orang re-brand guna warna OREN...Hanif nampak hensemmmm pakai baju warna oren he he he)

---
Kalau Hanif jadi Astronout - Angkasawan Malaysia pertama jejak kaki ke bulan...the first Malaysian Astronout to land on the Moon!!!
OK senyummmmm nak ambik gambar ni --- ingat kalau buat ceramah jangan cas lebih-lebih sangat - cukup dengan RM5,000 sejam.
.
Hanif ada keluarga bahagia - Hanif bersama adik dan kakak dalam interview bersama MYBABY

Hanif ada keluarga lagi besar yang bahagia -- ingat kalau dah berjaya nanti kena tau sapa yang sentiasa berada di belakang kita...ramai yang selalu doakan kita -- ibu bapa adik kakak abang, atuk, atuksedara, pak sedara, mak sedara, kawan-kawan.

OOOO ye...

HANIF (in blue t-shirt & spec) together with his ADC (chief security officer) & bodyguards... sedang bersiar-siar di taman rekreasi (ha ha ha Tuan & Kapten, jangan marah...)
.
Ni la yang Hanif suka sebenarnya, kereta kereta kereta...hotwheels

OK...HAPPY BIRTHDAY. JADI ANAK YANG BAIK OK! WE LOVE YOU VERY MUCH!

(note: on "tips how to" -- Hanif-the-birthday-boy shall extend special thanks to auntie-auntie n.i. & ujie - blogroll. Thank you!!!)

Thursday, January 1, 2009

turn 39 today --- (1st. posting in 2009)

so today, i turn 39 and the whole world celebrates it. thank you. it's a public holiday for all people of the world! (statement perasan setiap tahun)

---

nak buat apa umur dah 39 ni? apa azam? ha ha ha age is just a figure/number. the most important thing is how you treasure/appreciate life.

saya selalu berazam (berdoa) agar Allah permudah untuk saya/isteri (terutamanya) & keluarga dapat mengerjakan ibadah haji sebelum umur saya 40 tahun. today dah 39, left with 1 year to go 40, dan cuma ada satu lagi musim Haji Zulhijjah 1430H. But based on our current financial which is starting to turn sour, am not very sure whether the AZAM can be materialised.

---

saya masih ingat, suatu malam (malam Jumaat) sejurus selepas solat-sunat-sebelum-isyak (rawatib qabliyyah), seorang pak lebai duduk menghampiri saya, salam dan tiba-tiba sahaja dia bertanya - tuan sudah pergi haji? saya kata belum. dia tanya -- bila nak pergi? cepat sahaja saya jawab -- Insya-Allah sebelum umur saya 40 tahun. Dia kata -- tuan kekalkan berdoa kepada Allah, moga Allah tunaikan doa tuan. Pak Lebai itu kata lagi -- saya sendiri mengerjakan haji ketika berumur 37 tahun. semuanya rahmat Allah.

saya yakin dengan kata-kata Pak Lebai itu. Rahmat Allah. Kadang-kadang kita heran camana penoreh getah/nelayan boleh pi haji suami isteri. Orang yang kerja kat bendang pun sama. Rahmat Allah. Kadang-kadang heran juga kenapa orang yang berharta mempunyai duit cukup untuk anak cucu, tapi masih tidak ke sana. Yang terbang melintas Tanah Suci banyak kali dalam setahun, tapi tak upaya nak singgah ke Mekah. Yang dah berduit/teringin dan dah register nak pi pun, masih tak dipanggil oleh Tabung Haji. Yang dah siap semua sekali/kursus/beg/kenduri nak pi haji/dah bertolak dari rumah nak ke berlepas ke Mekah pun, meninggal di tengah jalan. Maka saya yakin, semuanya rahmat Allah.

Moga Allah merahmati kita semua. Moga Allah merahmati diri kerdil ini dengan memberi umur setahun lagi. Moga Allah permudahkan kita semua, adik/abang/kakak/sedara/mara/rakan sekolah/rakan U/rakan kerja/pembaca blog ini dapat mengerjakan Haji pada usia yang paling wajar dalam keadaan sihat dengan penuh rahmat-Nya, Amin.

(Nur hantar mesej dia jumpa my old friend jiran semeja dalam satu kelas di sekolah dulu, kawan tu baru balik Haji.)

---

SELAMAT BERCUTI semua. Happy HOLIDAY !

Saturday, November 29, 2008

happy birthday edylia edry...!!!

share sebahagian gambar masa sambut b'day anak buah...


hanaa together with nanny, tok long and newborn, annesa nadya.

coklat + grape = sodap sangat tu...

cake cutting... berapa tahun? 5?




Semua atuk-atuk pun join...




hanif he he he star wars punya hero... just landed from the unknown zone...

games for 8yo & below...

tahu bakaq --- oh my peberet...

Uncle Razak.

OK edylia -- happy birthday -- suka high school musical ye...

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan (13) -- HANIF & kelebihan TARAWIH

(Hanif)
Kalau mengikut kalender Islam (Tahun Hijrah) malam ini 19 Ramadhan adalah malam di mana HANIF dilahirkan, maka umurnya 11 tahun genap hari ini. 11 tahun lepas, lepas berbuka puasa, terus bawa mama Hanif ke SJMC, dan uwekkk uwekkk -- selamatlah Hanif dilahirkan ke dunia. Mula-mula nak letak nama "Muhammad Hanif", tapi kami masukkan nama Firdaus -- mengenang sempena kelebihan orang kerjakan solat Tarawih malam 19.


MUHAMMAD HANIF FIRDAUS -- (yang terpuji, yang lurus, syurga).
Cikgu/kawan-kawan/sekolahnya panggil Hanif.
Atuk & atuk sedara, sepupu, paksedara/maksedara panggil Firdaus.
Tapi kalau dijerit nama penuhnya -- fullname -- he he he, memang ada lah salah yang dia dah terbuat...
--
--
KELEBIHAN SOLAT TARAWIH -- Malam Ke-
.

1. Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.

8. Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Friday, August 22, 2008

Usain Bolt




Agence France-Presse
Friday, 22 August 2008
Bolt bids for golden treble in 4x100 relay
Jamaica's world record-setting double Olympic sprint champion Usain Bolt will look to complete a golden treble Friday in the men's 4x100-meter relay at the Beijing Games.
BEIJING (AFP) -
Jamaica's world record-setting double Olympic sprint champion Usain Bolt will look to complete a golden treble Friday in the men's 4x100-meter relay at the Beijing Games.
Jamaica's path to gold in both the men's and women's relays was smoothed when the United States failed to qualify thanks to botched baton hand-offs in the heats of both.
Bolt, who celebrated his 22nd birthday on Thursday, didn't run in the relay preliminaries, but Dwight Thomas, Michael Frater, Nesta Carter and former 100m world record-holder Asafa Powell secured his chance at a third medal, while Jamaica's dominant women sprinters led the way into their final.



Details click subject.

.



pic from internet
(9.69s world record in the Men's 100m - August 16)

.

1. Happy Birthday Usain Bolt! (if you're a Malaysian, you can easily pocket RM2 million as your birthday present)

2. Why so many sprinters (even long distance runners too) come from Jamaica / African countries?
.
3. If Jamaica can produce 2008 Olympic sprint runner in Beijing i.e. Usain Bolt - will Malaysia send in our own Hussein Dol to compete in 100m 2012 Olympic in London? Boleh? Malaysia Boleh, what?
.

4. So, please double check & "usha" - itu Usain Bolt training kat mana? and his food intake? so that our Hussein Dol can copy - in 4 years - still got time.


Monday, August 18, 2008

Pervez Musharraf resigned


Agence France-Presse - 8/18/2008 12:36 PM GMT
Musharraf resigns as Pakistan president

Pakistan President Pervez Musharraf resigned on Monday, bringing down the curtain on a turbulent nine years in power to avoid the first impeachment in the nuclear-armed nation's history.
The key US ally, who seized power in a 1999 coup, announced the move in a lengthy televised address, rejecting the charges against him but saying he wanted to spare Pakistan a damaging battle with the ruling coalition.
The departure of the former general set off wild celebrations at home, yet it was far from certain what would come next for a nation whose role in the "war on terror" has been increasingly questioned by Washington.
"After viewing the situation and consulting legal advisers and political allies, with their advice I have decided to resign," Musharraf, wearing a sober suit and tie, said near the end of his one-hour address.
"I leave my future in the hands of the people."

Read details.

.
Pervez Musharraf was born 11 August 1943 (ohh, Happy Belated Birthday, Sir!). He seized power in 1999. He suspended the constitution of Pakistan. He appointed himself to the office of President of Pakistan, in 2001. He jailed/arrested several justices/lawyers/publics. Today, he announced his resignation as President of Pakistan.

.
Sorry to say this -- Sometimes, the end of the journey (or perhaps, the entire route) can be predetermined. Classic example.

Monday, July 28, 2008

HANIS is 12-y-o today.

hari ini 28 Julai ialah hari lahir hanis (kakak) yang ke-12. happy birthday kak dari abah, mama, hanif and hanaa, and kak yah too.

.

kakak buat birthday party untuk semua rakan-rakan kelas Darjah 6 nya di sekolah. dia kata dia nak buat untuk semua kawannya dan bukan hanya untuk kelasnya sahaja (kerana tahun terakhir buat dia bersama rakan-rakan.... lepas ini tak tau pi mana...mereka semua sangat rapat). sayu hati mamanya mendengor. selain dari buat jamuan, kakak buat souvenir khas (mug) untuk semua kawan dan guru-gurunya dan dia tulis sendiri - good luck, remember me, semoga kita berjaya, ikhlas, maafkan, halalkan ilmu etc. (teringat pulak abah zaman sekolah & U dulu...bagus lah tu)



ok kak, semoga kakak ceria/gembira sambut birthday. kuatkan azam semangat, belajar bersungguh-sungguh supaya kakak berjaya cemerlang dalam UPSR & PSRA, bersama-sama rakan-rakan yang lain.
.
happy birthday, kakak, we love you..!
.
.
.

update 9.30pm:
.


Saturday, July 5, 2008

anggota GERAK KHAS dikerah bersiap sedia

hanif was at his classmate adam-naufal's birthday bash. all came in full army military uniform (party theme). luckily hanif's uncle is an army soldier - the funny thing is that dia punya perut sama besaq dengan uncle dia punya .....






hanif report for duty - sharp 30-minute late

the commander-in-chief briefed the special troop on the assigned mission.



he he he - no comment.


all on site photos courtesy of Jeneral-In-Chief & Colonel-In-Chief -- adam-naufal's parents.

.