Tuesday, August 31, 2010

DIRGAHAYU MALAYSIA, MERDEKA (& 15th. ANNIVERSARY!!!)

DIRGAHAYU MALAYSIA, MERDEKA~MERDEKA~MERDEKA!

Semangat tergenggam
Erat memacu segala derita dan angkara
Awal sejarah dan ke akhirnya
Meningkatkan jati diri memuncak
Belakang hanya menoleh, tidak berundur

Keturunan ini
Bangsa ini
Tanah bertuah ini
Di bumbung besar yang satu
Bersatu tidak berpecah runtuh

Merdekalah rakyat dan bangsa
Di tanganmu negara berjuang untuk terus hidup dengan arah yang jitu

Merdekalah pandangan
Merdekalah fikiran
Merdekalah jiwa
Merdekalah darah
Merdekalah semangat
Kental dan bermaruah
Dalam perjuangan

Ini hak kita
Di tangan kita tergenggam semua bicara
Majulah
Majulah semua
Rakyat Malaysia
Merdekalah semua
Rakyat Malaysia
Dabiklah dada bangga dan berani
Ini negara bertuah
Biar segala pancaroba melanda
Pijaknya tetap erat di sini, tidak berganjak
Dirgahayu Malaysia
Saksikanlah
Ini bangsa bersatu dengan jiwa padu
Merdeka
Merdeka
Merdeka

-tajmosa-
sempena menyambut 31 Ogos 1998




===
Hari ini juga 31 Ogos 2010 ialah hari ulangtahun perkahwinan saya & isteri yang ke-15 (15th Anniversary). Moga Allah s.w.t terus melimpahkan kami sekeluarga rahmat, kebahagiaan & rezeki yang berpanjangan berbahagia dunia/akhirat. AMIN 15x.

Tuesday, August 24, 2010

Insya Allah (Maher Zain) - khas untuk Hanif & kawan2nya



(diblog khas untuk Hanif & kawan-kawannya yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR/PSRA - Semoga Berjaya! Insya-Allah)

Insha Allah Lyrics Inshallah Lyrics (Maher Zain)

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost

That your so alone

All you is see is night

And darkness all around

You feel so helpless

You can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake

You feel you can’t repent

And that its way too late

Your’re so confused, wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way
Turn to AllahHe’s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

OOO Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray

You’re the only one that showed me the way

Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insya Allah we’ll find the way

Sunday, August 22, 2010

Bantuan Untuk Rumah Amal Kasih Bestari


Gambar-gambar kebakaran yang teruk di Tingkat 3 Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB) di bangunan 3 tingkat yang disewanya untuk menempatkan anak yatim/asnaf.






Gambar Surau di Tingkat 2 yang elok selamat.

Gambar - salah satu cara Rumah Amal untuk dapatkan duit, menjual kuih raya.

---
Tidak terlewat untuk saya blog membuat rayuan bagi pihak Ustaz Hamzah dari Rumah Amal Kasih Bestari - rumah penjagaan untuk anak yatim/asnaf - yang terbakar (lihat berita dari Harian Metro pada minggu lepas (link SINI atau baca artikel bawah). Lihat juga gambar yang saya ambil kesan kebakaran tersebut di awal posting ini.

PETALING JAYA: Seramai 17 anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari, Subang 2, di sini, kini terpaksa menyewa di kawasan rumah kedai berhampiran sementara menunggu pengurusan membaiki kerosakan asrama mereka yang hangus terbakar, 16 Julai lalu.Pemilik rumah berkenaan, Hamzah Busu ketika dihubungi berkata, setelah beberapa minggu menumpang teduh di surau berhampiran, pihaknya harus berpindah demi memberi keselesaan kepada anak yatim berkenaan.
“Saya terpaksa menyewa enam unit rumah kedai bagi memberi ruang kepada mereka melakukan aktiviti seperti biasa dengan menggunakan satu unit sebagai surau dan unit lain untuk kelas pengajian manakala unit selebihnya dijadikan asrama,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini tidak menerima arahan bomba untuk membaik pulih asrama berkenaan menyebabkan pihaknya terpaksa menanti.
“Bomba berjanji akan segera membaiki asrama terbabit beberapa hari selepas kejadian, namun sehingga kini tiada jawapan menyebabkan saya harus menyewa rumah lain buat sementara waktu,” katanya.
Dalam kejadian yang berlaku petang Jumaat, 16 Julai lalu, asrama menempatkan anak yatim lelaki berkenaan musnah terbakar.
Asrama di rumah kedai tiga tingkat yang menempatkan anak yatim lelaki berusia 13 hingga 15 tahun itu gagal diselamatkan kerana api marak dengan cepat.
“Kebakaran itu memusnahkan hampir keseluruhan bangunan membabitkan kerugian lebih RM50,000.
“Apa yang menyedihkan, mereka tinggal sehelai sepinggang apabila semua kelengkapan dan barangan dalam asrama itu gagal diselamatkan. Difahamkan, rumah amal berkenaan menempatkan seramai 50 penghuni.
Ketika kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, semua penghuni asrama berkenaan tiada di bilik masing-masing kerana mengikuti aktiviti riadah di luar dan kebakaran itu hanya disedari selepas anak lelakinya melihat kepulan asap tebal di bangunan asrama berkenaan.
“Anak saya terus memaklumkan kejadian itu kepada saya sebelum menghubungi bomba.

“Jiran berhampiran turut membantu memadamkan api namun gagal. Bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mengawal api merebak ke bangunan lain,” katanya. Menurutnya, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan mengharapkan asrama itu mampu dibaik pulih semula demi keselesaan anak yatim menghuninya.
“Saya bersyukur dan berasa lega kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Cuma bangunan asrama yang rosak dan perlu dibaiki seperti syiling, atap dan cermin selain perlu menggantikan peralatan asrama yang hangus,” katanya.
Orang ramai yang simpati dan ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Hamzah 016-2516515 dan 014-6648103 (Wan Rokiah Wan Salleh) atau akaun Bank CIMB Pusat Jagaan Kasih Bestari, 12260000135104.

===
Para budiman yang membaca rayuan ini dan ingin menyumbang ( lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini) boleh terus hubungi Ustaz Hamzah, kami sendiri mengenali antara satu sama lain. Harap kita boleh meringankan beban beliau dan anak-anak yang menumpang di Rumah Kasih itu, Insya Allah.

Thursday, August 12, 2010

Capal a.k.a Chapal Untuk Berhari Raya

Sempena Aidilfitri 1431 yang bakal menjelang tiba, kami menawarkan Chapal/Capal untuk digayakan dipakai bersama-sama dengan baju Melayu/Jubah. Bolehlah beraya sakan tahun ini!

Harga setiap sepasang ialah RM65 tidak termasuk kos hantar. Boleh mula buat pembelian/pesanan dengan emel jenis capal/chapal (lihat bawah) kepada saya di tajudinms@gmail.com supaya saya boleh memaklumkan kepada anda nombor akaun Maybank untuk di bank-in pembayaran.

Capal A (atas)
Capal B
Capal C
Capal D

---
Kami bersedia berbincang lanjut untuk pembelian borong/banyak dengan harga diskaun terbaik.

Dengan setiap pembelian chapal ini, RM7 akan disumbang kepada anak-anak yatim terutamanya bagi menggembirakan hati mereka di Aidilfitri ini.
Terimakasih atas sokongan anda semua kepada kami.
Selamat Berpuasa/Berhari Raya.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa semua Muslimin/Muslimat.

Moga ibadah puasa dan amal ibadah kita bulan Ramadhan ini diterima Allah s.w.t dan Allah memberkati Ramadhan kita tahun ini lebih baik darupada tahun-tahun sebelum ini, Insya-Allah.