Friday, November 19, 2010

Kata-Kata Aluan Hari Ihtifal Sekolah November 2010

Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG SIMDE

Bagi pihak Persatuan Ibubapa & Guru SIMDE, saya menucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua murid, pelajar dan guru yang menerima anugerah kejayaan pada Malam Ihtifal 2010 tahun ini. Kecemerlangan memerlukan komitmen yang panjang dan perlu disokong dari semua pihak. Penglibatan dan komitmen berterusan daripada ibubapa dan guru adalah penting dalam menjayakan kecemerlangan di SIMDE.

Kepada mereka yang menerima anugerah dalam Ihtifal 2010 kali ini, teruskan usaha untuk lebih cemerlang untuk masa-masa akan datang dan membantu supaya warga SIMDE yang lain terus cemerlang bersama-sama. Kepada yang belum atau tidak menerima anugerah Ihtifal tahun ini, jangan kecewa atau berputus asa, sebaliknya terus tingkat dan lipatgandakan usaha ke arah yang lebih baik.

Bersama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita di SIMDE yang akan menjadi pewaris kita supaya mereka cemerlang di dunia dan akhirat. Di samping itu, kita doakan juga agar Allah s.w.t sentiasa memberi rahmat, keberkatan dan dan kesihatan yang baik kepada guru-guru SIMDE yang terus menerus mengajar anak-anak kita dengan penuh tekun dan ihsan.

Terimakasih.

PIBG SIMDE - MUAFAKAT, IKHLAS, MEMBINA

Kata-Kata Aluan Hari Sukan Sekolah Oktober 2010

SEPATAH DUA KATA DARI

YANG DIPERTUA PIBG SIMDE

Beriadah, rekreasi dan bersukan adalah rutin aktiviti sihat yang perlu diamalkan. Selain ianya dapat menyihatkan tubuh badan, ianya dapat memberi ketenangan, mengurangkan stress tekanan dan memupuk semangat kekeluaargaan, kejiranan serta merapatkan tali silaturahim sesama masyarakat.

Begitu juga dengan Hari Sukan ini. Selain menelaah, belajar, menjalani peperiksaan di dalam kelas, Hari Sukan dapat membawa minat murid/pelajar untuk aktif dalam pertandingan sukan dengan semangat kesukanan bagi setiap acara yang dipertandingkan. Kcemerlangan sistem pendidikan seharusnya bukan hanya diukur melalui prestasi peperiksaan tetapi juga kepada aktiviti sukan dan aktiviti luar kelas samada dalam bentuk persatuan, badan beruniform atau juga pertandingan bukan sukan yang lain seperti debat, bahas, berpantun, matematik dan sebagainya.

Hari Sukan seperti ini juga dapat melibatkan dan merapatkan hubungan ibubapa dan guru serta anak-anak kita. Semoga Hari Sukan ini mampu mencapai okbjektifnya. Kepada semua yang terlibat dalam Hari Sukan ini, selamat bertanding dengan semangat kesukanan. Badan yang sihat menzahirkan keceriaan dan kecerdasan.

PIBG SIMDE - “MUAFAKAT, IKHLAS, MEMBINA”

Monday, November 8, 2010

Jauhi Zina

Zina adalah satu perbuatan paling terkutuk/jijik dan satu daripada 7 dosa-dosa besar dalam Islam. (Rujuk Al-Quran Surah Al-Furqan ayat 68-69). Zina itu adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad nikah yang sah. Ianya termasuk jugak kegiatan pelacuran dah hubungan seks terlarang yang lain. Akibat/kesan daripada zina ini sangat buruk bukan sahaja kepada pelakunya tetapi kepada keluarga dan keturunannya serta masyarakat. (Rujuk Al-Isra': 32)

Menurut data Jabatan Pendaftaran bahawa anak luar nikah Melayu/Islam di Malaysia yang berdaftar (didaftarkan & hidup) adalah seramai 16,100 orang (tahun 2007), 16,541 (2008) dan 17,303 (2009). Masya-Allah!

Dan bagi tempoh 5 tahun (2005-2009) jumlah terkumpul anak luar nikah itu adalah seramai 74,723. Jumlah ini menggambarkan akhlak anak muda/ perhubungan keluarga masyarakat Melayu Islam dewasa ini. Memang banyak faktor yang menyumbang ke arah anak luar nikah dan perzinaan ini. Antaranya penyalahgunaan sistem komunikasi, media, DVD/CD, Internet, kerosakan sistem pendidikan dan masyarakat.
.
Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Asr r.a Rasullullah s.a.w bersabda --- Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Adakah itu akan terjadi? Jawab Baginda: Ya, nescaya akan terjadi. (Riwayat Ibnu Hibban & At-Thabrani)
.
Bersama-samalah kita menjaga dan mendidik keluarga kita, anak-anak dengan didikan agama yang mulia, tingkat perhubungan dengan nasihat menasihati, pro-aktif dalam kerja-kerja dakwah/menegur/ melarang aktiviti munkar/maksiat dan pantau aktiviti anak-anak kaum keluarga dari masa ke masa.
.
Moga Allah s.w.t memelihara kita dan keluarga daripada maksiat, zina, kemungkaran dan kerosakan akidah. AMIN.