Monday, September 7, 2009

Hati Anak Yatim

Anak Yatim happy musim raya, rasanya, kalau tengok pada hadiah dan sedekah orang ramai. Ini adalah anak-anak yatim dari USJ4 yang pi ramai-rami shopping di MYDIN USJ.
.
(Perhatian: Kalau ada sesapa nak bawak anak yatim shopping (free ke / diskaun ke) ke MYDIN terutama kepada pengurus rumah anak yatim, jangan pi melulu je, hubungi En Nazamuddin Mansor (Bahagian Promosi) terlebih dahulu, beliau boleh tolong uruskan segalanya.)
.
En. Naza orang yang baik, peramah dan sangat memudah/membantu. Kecik hati En. Naza kalau orang bawak anak yatim shopping di Mydin tapi tak maklumkan kepada dia...

Ambik sikit semangat Nabi & para sahabat

Diriwayatkan bahawa Nabi dan para sahabat terlibat dalam beberapa peperangan ketika bulan Ramadhan seperti Peperangan Badar dan Tabuk. Banyak juga peristiwa besar berlaku dalam bulan Ramadhan. Bahkan pembukaan Kota Mekah juga berlaku pada bulan Ramadhandahan.
Tak mau berdiam, Masjid mengadakan gotong royong semalam bermula jam 8. Cuma buat/cat tempat parking di sekitar masjid.
Imam 11 - Ustaz Wan Adam (jubah)

Ambik semangat...

Saturday, September 5, 2009

Selamat Tempuhi Peperiksaan UPSR/PSRA

Pagi tadi berlangsung solat Hajat dan bacaan Yassin murid tahun 6 SIMDE dan juga GASIS (Gabungan Sekolah Islam Swasta) yang akan menduduki peperiksaan UPSR / PSRA di SIMDE. Program berlangsung di Masjid Darul Ehsan dan dipimpin oleh Tuan Imam, Ustaz Imran Nasoha. Selain murid, yang turut hadir ialah ibubapa dan guru.
Masjid Darul Ehsan baru diubahsuai sempena Ramadhan 1430 ini.

Khusyuk dengar Taklimat oleh Guru Besar. Kementerian Pelajaran keluarkan arahan, setiap murid kena memakai topeng muka sepanjang waktu exam dan mereka akan dipastikan suhu badannya sebelum masuk ke exam hall. Murid bersuhu lebih 37.5 degree akan diasingkan di bilik exam yang lain, dan yang lebih daripada 39 degree akan dibawa terus ke klinik.
Sesi bersalaman/bermaafan.
Kepada semua murid Darjah 6, jaga kesihatan baik-baik sepanjang musim pepriksaan ini. Buat yang terbaik. Selamat tempuhi UPSR/PSRA dengan jayanya!!!